Thursday, July 29, 2010

Hidup Biarlah Selalu Menghargai

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi..
Haruslah berusaha memperoleh kesempatan bersamanya seumur hidupmu..
Kerana ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat..


Saat bertemu teman yang dapat dipercaya, rukunlah bersamanya..
Kerana seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah ditemukan..


Saat bertemu orang yang pernah kau cintai..
Ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih..
Kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih..


Saat bertemu orang yang kau pernah benci..
Sapalah dengan tersenyum, kerana dia membuatmu semakin teguh dan kuat..


Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu..
Baik-baiklah berbincang dengannya..
Kerana jika bukan kerana dia, hari ini kau tidak memahami dunia ini..


Saat bertemu orang yang pernah diam-diam kau cintai..
Restuilah dia, kerana saat kau mencintainya bukankah kau mengharapkan dia bahagia?


Saat bertemu orang yang pernah meninggalkanmu..
Berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidupmu..
Kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..



Hidup Biarlah Selalu Menghargai







Tuesday, July 27, 2010

Luka Di Badan Boleh Nampak, Luka Di Hati Siapa Yang Tau

Kain dikuis lembut...Jari-jemari tekun menjahit. Benang tersusun cantik. Mencantumkan kain yang pada mulanya hanya lah sebidang kain. Bertukar menjadi baju. Kain yang lembut. Corak yang indah. Sedang terleka, jari tertusuk jarum. Darah menitik. Hati mengaduh. Sakit. Luka yang kecil cuma. Tapi masih kelihatan. Darah merah yang mengalir membasahi jari. Luka segera dirawat. Sembuh, namun masih meninggalkan parut. Masa berlalu dan parut pun hilang, namun peristiwa tertusuk jarum masih segar diingatan. Walau hanya sekecil cuma, tetap meninggalkan kesan dan perlu dijadikan pengalaman. "Berhati-hati dalam setiap apa yang dibuat, sesaat terleka buruk padahnya"


Hati..Setiap insan memilikinya. Tanpa hati. Kita mati. Luka di hati, datangnya tanpa dipinta. Acap kali sudah berhati-hati, namun seringkali juga hati ini terluka. Banyak hati cuba dijaga, di akhir nanti, hati sendiri juga yang merana. Tidak perlu mengeluh, tidak perlu bersedih, tidak perlu menyalahkan. Kerana hati, diri sendiri yang perlu menjaganya. Hati yang hancur, bisa dicantum kembali. Namun retaknya, masih kelihatan. Tidak perlu dipersoalkan kenapa hatinya begitu, kenapa tidak begini, kenapa perlu begitu, kenapa tidak hanya terjadi begini, kerana hanya empunya diri mengerti bagaimana keadaan hati nya.


Luka di badan, pasti kelihatan. Luka di hati, siapa yang tau. Luka di badan, doktor bisa merawat. Luka di hati, Al Quran bisa menjawab. Jagalah diri, jagalah hati.




Thursday, July 22, 2010

Yang Best Untuk Diterokai

Boring tak tau pe nak buat?



Bosan dengan website yang tiap hari dikunjungi??



Jiwa kacau?



Fikiran buntu?






Layarilah laman web ini...

http://www.iluvislam.com/v1/news.php




Bagus untuk diterokai dan pasti banyak membantu!

Untungnya Dapat Suami yang Mithali

Kisah Suami Mithali yg Wajib Contohi oleh para Suami

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadkepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan.

Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.

Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplahdengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".


"SEBARKAN LAH MOGA-MOGA KISAH NI AKAN MENJADI PEDOMAN KPD LELAKI YG BERGELAR SUAMI"

Adapted from: http://dqaseh2u.blogspot.com/2010/07/kisah-suami-mithali-yg-wajib-contohi.html

Sunday, July 18, 2010

Dia Bukan Untukku

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]


Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..



Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah.

Thursday, July 15, 2010

Sakaratulmaut

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).


Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.

Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154).


2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di balik kepakaran doktor yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meskipun anda di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8).


3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)


4. Kematian datang secara tiba-tiba.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34).


5. Kematian telah ditentukan waktunya,

tidak dapat ditunda atau dipercepat. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11).







Rahsia Khusyuk Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan 3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Bazir.

Jangan membazir..


Tak elok membazir..


Membazir itu amalan syaitan..


Daripada membazir, baik bagi orang yang lebih memerlukan tu..


Mesti selalu kan korang dengar orang cakap perkara-perkara camni. MEMBAZIR. Kita tak suka buat, kita cuba elakkan dari terbuat, tapi still...Kita masih buat dan selalu buat tanpa disedari. Bayangkan je la kalau kat rumah, dalam bilik korang pasang kipas, pasang lampu, then nak pegi tengok tv kat ruang tamu, ada korang padam kipas and lampu tu? Aku nie kadang2 padam, kadang2 biar je..Ye la, kalau tak padam kipas, karang nak masuk bilik terus sejukkkk je..Tapi tu sebenarnya membazir tenaga eletrik.

Pastu kann..aku pernah makan kat kedai makan la kan..Kat meja sebelah nie ada satu family tengah makan. Tengok gaya cam orang berada. Pastu leh terdengar bunyi orang hirup air dari gelas sampai habis. Srottt..Srott.Cam bunyi straw tu. Pastu dengar sore cam bapak tengah marah anak.."Tak payah hirup sampai licin air tu, kalau dah nak habis, gi order yang baru...Buat malu je cam kita tak mampu.." Haishh...Ada plak gitu! Apa salah nya nak minum sampai habis pun kann..At least takde la sampai membazir. Tak paham betul aku dengan perangai-perangai orang camni.


Ermm..Tapi kann..Sejak akhir-akhir nie aku rase selera makan aku macam dah berkurang. Kalau dulu leh je aku bertambah 2, 3 kali..Skang nak habiskan sepinggan nasi pon payah. Maybe faktor umur dah meningkat kot? Or faktor kesihatan? Or aku yang menggedik, bila makan nak memilih..?? Ish..tade nyerr aku gitoo..So, bila makan je, posibbility untuk makanan tu tak habis adalah sangat tinggi..Kadang2 aku dah cuba amik sukatan yang sikit, tapi still tak habis..Lagi sadiss bila makan orang lain yang belanja kan. Mesti la dia cam terasa kot kalau aku makan tak habis. Nak wat camne kan, kalau pakse2 kang, ada gak yang ter munnnn..Haa..Dah lain citer lak! Kat umah pon mama aku selalu bebel..Makan mahen2...makan mahen2..Padahal memang aku leh makan sikitt je..Huk huk...


"Hargailah rezeki yang diperolehi walaupun ia sebesar zarah, kerana pada nya terdapat berkat yang tidak dapat kita lihat"


Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.


Tuesday, July 13, 2010

Cute Blogger Award





hurmmm dapat tag ni dari MZ HANY…Thanks sis!


1. Apa nama blog dan kenape letak name tu?

LADY D'YOT
Nape aku letak? suketi aku la nak letak nama pe kann..dah blog aku..erk, tetibe terkasar..i'm sorry~ erm...dyot nie nama atuk aku panggil..diah jadi dyot. aku pon tak paham nape. then, dyot tu maksudnya Do Your Own Thing..means, ko wat keje ko, tak payah sebok2 hal orang len..lady tu sbb aku pompuan ler. Takkan nak letak incik d'yot plak..cam pelek daaa..

2. Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?

camne dapat idea ehh..ntah. aku rase cam besh and simple je. aku letak lah. amik masa beberapa hari gak la nak cari nama untuk blog nih. last2 jumpa gak..


3. Bila blog anda mula beroperasi?

1 julai 2010..new born!


4. Siapa follower pertama anda?

nard elainy...hahaha!


5. Ucapan kepada si pemberi award

macehhh sis hany~ award first for this blog!



6. Tag 9 org yg anda rasa patut terima award ni. :)
1)pyelonc
2)edura hanum
3)sape2 yang jadi follower aku



Friday, July 9, 2010

Kau Cantik..Tapi Aku Benci Kau.

Tibe-tibe nak benci orang plak nih...Apa kes nih..


Lumrah hidup. Manusia ada yang dilahirkan cantek, kurang cantek, pandai, kurang pandai dan sebagainya. Baru lah balance kan? Kalau semua cantek je, rupa sama je, kang bosan lak manusia nak idup kat dunia nih. Aku suke tengok pompuan cantek, laki ensem. Tapi aku bukan la lesbo or playgirl ye. Aku mengagumi ciptaan Tuhan. Indah. Menawan. Tapi sayang, kalau muka je cantek tapi perangai nauzubillah. Aku kurang gemar la ngan pompuan and ladies2 yang muka je cantek, tapi...


1. Gelak kuat2 depan orang ramai
- Nie gelak yang tahap bergegar la. Kalau tengah makan kat restoren ke, tibe2 boleh dengar dia gelak tu cam sore halilintar. Aishhhh..Lagi hebat kalau gelak sampai tepuk2 meja tu. Orang sekelilling pon rase terganggu tau! Cik kak, muka tu dah cukup cun dah, tapi nak gelak tu control2 ayu ler cket..Kalau gelak pon mengalahkan lelaki. Lelaki nak kata pe? Nak bantai gelak kuat2, gi balik umah je la. Takde sape kisah.


2. Merokok
- Yang nie memang ler memang aku tak minat..Ye, aku tau tu privacy masing2. Tapi aku pon ada privacy gak. Kot ko nak merokok seblah aku, then hembus2 asap kat aku, ada gak yang dapat pelempang free kan..Opsss..Sowie, i tak biasa nak kasar2 ni lah. Kalau nampak lelaki merokok, normal la kan. Derang nie memang degil, dah cakap rokok membahayakan kesihatan, still nak wat gak. Tapi kalau gadis ayu, bertudung, pastu merokok..Aishhh..Ada kecacatan di sitoo..Kang ko dah kawen, pregnen, masih hisap rokok lagi..Puhhh..puhhh...Cian kat baby dalam perot tu..Sesak napas dia bila mummy dia tak habis2 isap asap beracun.Huk huk..


3. Pakai baju tapi macam tak pakai baju
- Erk...erk...camne tu? Means, sexy tak hengat laaaa..Cam tak de beza lak bila tgok dia nih. Pakai baju ke tak nih? Ke men kaler je badan dia tu bagi nampak cam pakai baju? Uhuhuu..Kaum adam suke ler golongan camni kan. Yela, sekali pandang rezeki beb..rezeki..Mata tu toksah alih ke lain...Coz bila dua kali pandang dah kira dosa lak..Aisssshh..!! Tak payah la tayang sume nye kat orang kot. Rugi beb..rugi...Kot suke sangat nak sexy2, ko pakai kat bilik tido je la..Kat umah pon bahaya gak. Lain la takde lelaki2 lain kannn..Ye, aku tau tu privacy ko nak pakai apa kan. Nie blog aku, suketi aku la nak bebel apa kannnn...Har har harrr..


4. Berlagak classy
- Hohooo..Tak reti nak cari word yang seswai dalam bm. Camne dimaksudkan dengan classy tu?? Yer laaa, dah cantik, or perasan cantik, mestila cket2 ada gak rase perasan bagos kan. Means, ko nak berkawan pon, memilih..Nak kawan yang setaraf ngan ko je la kan..Yang cantik2 gak, bergaya gak, berharta gak...Pastu nak makan pon, tak main la tempat cam mamak la, food court la, "eeeeuww..i tak biasa la..kotor la tempat nie u..." "alaa, mana ada class nak makan kat tempat2 camnih.." Aishhh..Nyampah aii..Kecantikan ko tu hanya sementara je la. Harta yang ko ada tu pon takkan berkekalan. Tak payah la nak memilih sangat. Manusia asalnya sume sama je. Dari tanah gak. Ko tu dijadikan dari berlian ke? Tade nyerrrr...




Ok, habis dah aku membebel. Aku tau aku bukan la sape2 nak cakap camni..Bukan la nak menyampah, just menyuarakan rase tak suke..Lantak korang la pe nak wat. Ada aku kisah? Tapi tak suke tetap tak suke...Uhuhuu..



Bye.




Wednesday, July 7, 2010

Bila Dah Rapat

Mula-mula lom kenal, wat derk...


Bila dah kenal, intai-intai..


Tak puas intai, try usha-usha..


Bila dah dapat, syg gile-gile..


Bila dah syg, tibe-tibe kena berpisah..


Sadisss..


Pe yang korang pikirkan tu...?
Erm...Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang internet addict. Pe tu? Manusia yang takleh hidup tanpa internet. Tapi gejala nie hanya menyerang bila aku berada di tempat selain rumah aku. Bila balik kampung takde plak aku meroyan cari internet. Pelik. Mungkin aku tersangat selesa berada di rumah, sampai tak teringat pasal internet.


Citer sadis nie bermula bila laptop kecayangan ku start wat hal..Mula2 asyik terestart sendiri time aku tgah eppy2 beronline..sabow je..Then mula lah nak hang2...sabow je...Pastu kua la plak kod2 pebenda ntah cam dalam cite matrix tu..Sabow je..Lastly, takleh idop terusss...takleh sabow nih! Hantar kat membe aku suh repair, dia takleh nak wat. Hantar kat sorang lagi. Laptop tu sihat kejap je, pastu berpenyakit balik. Hantar plak kat membe aku yang lain. Terus takleh on. Sadisss...Nak hantar kedai, boleh. Tapi for sure la kos dia lagi mahal coz laptop tu aku dah pakai dekat 6 tahun, spare part dia pon ntah ada jual lagi ke idok. uhuhuu..Nie la susahnya bila dah rapat, dah terlalu bergantung, dah takleh nak berpisah dah. Bila Allah tarik balik nikmat tu, terkontang-kanting dibuatnya..


Nie pon aku online gune laptop membe je. Tenkiyu very much to ML. Jasamu ku kenang ke akhir hayat. I lebiu lah! Aku dah terpikir nak beli laptop lain, or pc ke, bli yang 2nd hand ke. Tak pon tiap hari melepak kat cc tu ke. Subscribe broadband then online kat opish ke..Aishh, janji leh online! ML cakap, takpe, gune je dulu dia punya, selagi boleh. Janji leh jaga baik-baik...Ouwww~ So sweet la u darling. Nanti i banje u makan eh. Nak makan pe, cakap je..Karipap? Burger Pak Dolah? Gule2? Aishh..Giler kedekut aku. Hik hik..Ala, don't worry. Buat baik pasti dibalas baik..Ko buat baik kat aku, ada la ganjaran yang menanti nanti...(^_^)


Hidup memang indah kan?

Senyumm...Susah sangat ke?

Pernah tak deal dengan orang yang susah sangat nak senyum? Ada orang gelar, muka ketat. Maybe otot2 kat muka dia dah ketat, sampai takleh nak tarik lagsung bagi senyum. Kang pakse2 tarik, terputus lak urat2 kat muka tu. Selalunya first impression bagi golongan2 nie ialah sombong. Aku pun kalau jumpa orang yang asyik nak wat muka ketat nie, dalam hati aku mesti suspect orang tu sombong.Tapi cool! Sebab dia hebat dalam control memek muka. Tapi tu hanya penilaian yang dibuat bila aku lom kenal ngan orang tu. Selalunya camtu la kan. Tak kenal maka tak cinta. Erk..tapi kalau dah kenal leh bercinta ke? Uhuh. Abaikan.


Aku nie pon senyum ikut keadaan gak. Kalau aku rase nak senyum, aku senyum la. Kalau malas nak senyum, senyum terpakse pon jadi la. Kalau aku gerak ke mana-mana sorang2, memang sepanjang jalan tu aku wat muka ketat la. Gila ko nak senyum sorang2? Kang ada yang terperasan lak. Lagi2 lelaki. Kang derang perasan aku nak ngorat diorang plak. Baik la aku wat muka sombong, takde orang berani nak dekat. Lantak lah nak label aku sombong or whatever, janji idup aku selamat. Ohohoo..Aku ada kenal ngan sorang minah nie, dia bukan la mahal ngan senyuman, friendly gak, suka gelak2, tapi bila time amik gambar je, automatik mesti nak wat muka ketat, kaku. Ala, muka yang takde perasaan tu. Tak kira la gambar ngan membe2 ke, gambar official ke, mesti wat muka takde perasaan. Sekelumit senyum pun takdok. Kalau tengah bual2 ke, or gelak2 ke, and dia perasan ada orang nak amik gambar, automatik terdiam and muka jadi ketat. Hebat! Tindakan refleks. dia bagitau benda tu memang automatik. Maybe muka dia leh tindakbalas ngan kamera, aku pon tak tau la.


Senyum tu sedekah. Selalu kita dengar pasal nie. So, photographer yang selalu amik gambar orang tu, tiap masa mintak orang "senyum...senyumm", means, diorang peminta sedekah la ek? ekeke..Jangan mare~




Monday, July 5, 2010

Eppy Besday...Pentingkah?

Hari nie besday mama aku.
Epi besday mama.
Pukul 8pagi aku dah semangat kol mama aku. Time bekfes sorang2 kat kedai makan, aku kol mama and nyanyi lagu besday untuk dia. Dia suka. Aku lagi lah suka. Balik umah nanti kita celebrate eh ma.


Hari nie gak besday abang aku.
Epi besday yen.
Kite dah kol, ko tamo angkat. Bizi kot. Tapi kite sms, ko sempat balas. Okey la tuh. Kalau minggu nie balik kampung, kita celebrate beday sama2 ngan mama eh.


Hari nie gak besday uncle aku.
Epi besday uncle ron.
Sorry tak kol. Cukup la wish gune sms je. Nak celebrate? Gi la celebrate ngan family mu. Hohoo..


Besday aku?
Dah lama lepas..
Tak perlu tau bila. Coz tak penting. Takde cuti khas bila besday aku tiba. Takde sambutan besar-besaran. Takde bonus tambahan sempena besday aku. Apa yang ada? Umo aku akan bertambah setahun. Ye, aku semakin tua. Umo tua, jiwa muda. Hohoho..


Aku beruntung.
Kerana setiap kali besday aku tiba, ada insan2 prihatin yang sudi menyambutnya, menyediakan kek, membeli hadiah, memberi ucapan, menyanyikan lagu besday, dan "mengenakan". Ketika di rumah, family yang sambut. Ketika di universiti, kawan-kawan yang sambut. Ketika dah bekerja, rakan sekerja yang menyambut. Bertuah kan? Walau aku bukan siapa-siapa. Tapi mereka masih sudi membuat aku gembira. Terima kasih.


Tapi aku tak pernah sambut besday dengan orang teristimewa berdua. Istimewa? Berdua? Siapakah? Boifren. Kesian kan. Memang tak pernah. Apa rasanya? Mesti seronok kan? Romantik. Manje2..Suap2 kek..Dapat surprise..Nakkkkkk...Hahaha..Aku tak pernah rase pengalaman tu. Tak pernah dapat peluang tu. Nanti lah. Bila dah kawen, sambut berdua dengan suami, boifren halal. Mesti lagi seronok. Hehehe..Tapi takpe. Sambut ramai-ramai pon best juga. Meriah. Aku bersyukur dengan semua tu. Alhamdulillah.


=)



Pendiam Aku Bukan Kerana Lemah

Aku pendiam.


Ye, aku seorang yang pendiam.


Tapi bukan pendendam.



Aku lebih suka buat keje aku sendiri. Melayan perasaan tanpa peduli hal sekeliling. Tapi mata aku melihat. Telinga aku mendengar. Otak aku berfikir. Minda aku memproses. Aku lebih suka habiskan masa di internet. Berkurung di bilik sorang-sorang dan buatlah apa-apa yang aku suke. . Aku hanya keluar dari bilik bila perut terasa lapar. Aku hanya menonton tv bila internet down . (Shosss..Aku tak suke bile takde internet!) dan aku hanya keluar rumah bila rasa perlu dan bila aku rasa nak. Selebihnya, apa aku buat?? Membaca, beronline, berangan, tido. Aku suke dan selesa dengan ruang hidup aku. Sudah terbiasa begini. Bagi aku, ruang aku, aku yang punya. Jangan siapa berani usik. Aku tak ganggu kau, dan kau jangan ganggu aku.


Mungkin ada yang salah faham. Menggelarkan aku seperti kera sumbang. Time keje, dok terperuk kat tempat aku. Balik keje, terus masuk bilik. Sok nak gi keje, baru muncul balik. Ada aku kisah? Aku tak suke amik tau hal orang and sama juga, aku tak suka orang amik tau hal aku. Ko nak bergossip, suka hati ko. Aku boleh melayan, aku boleh tumpang gelak, aku boleh menyampuk, tapi yang pasti, bukan aku yang mulakan. Aku hanya peserta or mungkin pendengar. Tapi jangan gelar aku sombong. Pendiam tak bererti sombong.


Jangan silap dengan memandang rendah pada orang pendiam. Jangan anggap mereka bodoh. Mungkin mereka tidak menampakkan apa-apa yang terzahir, tapi mereka banyak menyimpan maklumat tersirat yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan lalu dipertontonkan. Aku selesa dengan diri sendiri dalam dunia sendiri. Aku tak mengacau sesiapa, tak mengata sesiapa, tak mengumpat sesiapa dan tak pernah suka sibuk-sibuk mengambil tau hal sesiapa kerana itu tak penting.

Tapi..

Pendiam aku bukan lah langsung tidak bercakap.


Aku masih ramah menegur orang. Aku masih boleh usik-mengusik dengan kawan2. Masih boleh bergurau-senda. Senyum dan bergelak ketawa. Tapi mungkin hanya melibatkan perkara remeh-temeh. Bukan hal peribadi. Aku hanya jadi banyak bercakap dengan orang yang aku selesa nak berbual, dengan orang yang aku boleh percayai. Kepercayaan tu takleh dipaksa. Ia datang sendiri dari dalam hati. Mulut boleh menipu tapi hati tak boleh menipu. Bukan susah nak jadi pendiam. Ko hanya perlu kunci mulut. Simple. Aku senang nak bercampur dengan orang. Tapi bukan senang nak rapat dengan orang. Aku boleh rapat dengan seseorang yang aku baru kenal selama 5 minit dan tak semestinya orang yang aku dah kenal bertahun-tahun boleh rapat dengan aku sebagaimana yang aku baru kenal 5 minit tadi. Tak perlu persoalkan kenapa. Kerana semuanya mengikut naluri hati. Keselesaan. Aku respect dengan orang yang boleh bercakap dengan hebatnya. Mana diorang dapat idea banyak2? Minda diorang sangat laju memproses data dan seterusnya diluahkan melalui mulut. Hebat. Orang yang bijak berkata-kata boleh dapat ramai kawan. Tapi tak bermaksud orang pendiam takde kawan. Buktinya. Aku.







Bukan Cinta Biasa

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.


"Apakah ini kerana Allah?" tanya hampir berbisik.


"Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah," jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang "meninggalkan" . Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…

Mengapa hanya kata-kata "apakah semua ini kerana Allah?" yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, "kenapa sampai hati kau buat begini?" Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada "kerana" yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi "jika itu kehendak Allah" dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela "kehilangan" anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip "kerana Allah". Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila "bukan kerana Allah" menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih "gitu-gitu" juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada "dendam". Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi "kerana Allah", rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – "better bend than break" (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah "kerana Allah". Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata "kerana Allah". Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita "kena hidup dengannya." Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!



Durian Belanda Penawar Cancer

Durian Belanda atau Soursop ialah buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan.

Sumber: Google

Sunday, July 4, 2010

Jangan Hanya Tau Mengata

Penah tak time korang tengah makan kat kedai makan ke, tengah jalan-jalan ke, then korang didatangi peminta sedekah or orang yang jual2 pen tu ke. Then, pe reaksi korang? Nak bagi sedekah or suruh orang tu blah? Or korang maki orang tu? Kalau jadi kat aku, aku diam je and senyum or geleng2 kepala. Nanti tau la diorang tu blah sendiri. Tapi aku penah nampak, peminta sedekah camni kena maki hamun ngan orang. Ish..Tak patot la bebb..Ko jangan hanya tau mengata. Kalau taknak bagi duit takpe, tapi tak perlu la nak maki orang tu. Dia tu manusia gak. Ada hati and perasaan. Tak baik bagi aib kat orang. Ko hanya tau mengata dari pe yang ko nampak. Tapi ko tak tau pe yg sebenar-benarnya berlaku. Mungkin betul la peminta sedekah tu hanya menipu ke. Tapi camne kalau dia tu memang betul2 miskin. Tak pun kena colek ngan sendiket pape ke, then kena paksa minta sedekah plak. Korang mana tau kan coz benda tu tak jadi kat korang. Jangan hanya tau pikir negatif je beb. Berdiam adalah lebih baik.


"Elehhh...konon pakai baju compang-camping, tapi kat umah simpan emas banyak.."

"Tu nak berlakon je la tu. Mintak simpati kat orang"


Ishh, jangan mengata. Biarkan je diorang tu.
Sama la kalau korang nampak kawan korang yang macam tengah dilanda masalah tu ke. Perangai dah cam orang gila. Hari-hari nak menangis bagai, meratap..Menyesali pe yang terjadi.

"Alaaa..Pasal tu je pon nak nangis2..Cam takde laki lain kat dunia nih"

Pe korang wat.? Jangan la gelakkan dia. Kalau pon taknak bagi nasihat, diam kan je. Jangan mengata pape coz bukan korang yang alami semua tu. Korang hanya tau mengata dari pe yang korang nampak and pikir je, pe dia pikir, pe dia rase, korang tak tau..So, tak payah wat conclusion sendiri. Semua yang berlaku ada sebab nya. Semua yang orang buat ada sebab nya. Kita makan sebab lapar. Kita minum sebab haus. Kita kerja sebab nak dapat duit. Kita nak duit sebab nak penuhi keperluan kita. Takde perkara yang terjadi dengan sendiri and takde perkara yang berlaku tanpa sebab.


Ehh...ehhh...Fikir balik. Aku pon kadang2 ada terlepas gak mengata orang. Tapi tak penah lagi nak maki2 orang nih. Cara terbaik, kalau tak puas ati, ko bising2 je dalam hati. Tak pon ko membebel kat diari ko. So, takdelah wa dosa lebih mengumpat orang. Coz benda tu dah jadi rahsia ko sorang. Kalau kita tak suke orang mengata kita. Kita pon jangan la wat benda sama. Simple.



Saturday, July 3, 2010

Hargailah Sementara Masih Ada

Laptop aku rosak. Sangat bosan coz tak dapat beronline dengan megahnya. Nie pon aku pinjam laptop kawan aku. Dah seminggu lebih kot macam nie. Luckily aku ada kawan yang baik ati and prihatin cam dia. Mekasey banyak2..Aku bukan nak citer pasal laptop, tapi seperti tajuk di atas, hargailah sementara masih ada. Bukan hanya fokus pada manusia, tapi barang2 or apa-apa yang ada di sekeliling kita.


Ok, meh aku citer pasal manusia dulu la kan. Kalau korang ada kapel, ada wife or husband. Kadangkala mesti ada gak bertikam lidah kan, gado2 kecik ke, salah paham ke. Normal la sume tuh. Time tu memang tak ingat pape, masing-masing ego, tak mengaku salah sendiri, tau nak marah-marah je. Tapi cuba korang amik masa sejenak untuk berfikir, pe yang korang sume dah lalui bersama pasangan masing2, cuba kenang balik saat2 indah dengan dia, then maby dengan cara itu lebih mudah untuk korang memaafkan kesilapan pasangan masing-masing..Guna lah setiap masa yang ada, untuk bersama dengan dia. Jangan lah kerana kesilapan yang kecil pon nak dibesar-besarkan. Kalau dia ada buat silap, kita nie yg sebagai manusia gak, tak mustahil esok lusa kita plak yang lakukan kesilapan sama kann..Hargailah dia sementara diberi kesempatan. Cuba korang bayangkan, tengah gado-gado gitu, pas kua dating ke, berlaku salah faham, dah masing-masing ego taknak ngaku salah, time balik dalam kete pon taknak bertgur sapa, then terlibat dalam kemalangan, salah sorang meninggal dunia. Tak ke haru tuu..Time tu nak menjerit, meraung, mintak maaf pon takde guna dah. Dah terlambat.


Bagi yang ada kapel plak, jaga lah pasangan korang baik-baik. Hargai mereka. Yang gurl tu jangan lah asyik nak majok je. Yang jantan plak, jangan la nak jadi king kontrol lak. Sume pergerakan awek ko, ko nak sekat. Tu lom kawen lagi, kalau dah kawen memang patut la wat gitu. Kang kalau diorang dah tak tahan, silap-silap haribulan ko yang kena tinggal. Tak ke naye..Time tu baru la nak menyesal kenapa sepanjang dengan dia ko tak tau nak menghargai.


dan kalau citer pasal barang plak. Tau-tau la nak jaga elok2. Benda tu kadang2 nak pakai lama. So, kena la guna dengan cermat. Karang kalau dah rosak, sape susah? Diri sendiri gak..



Hidup ini singkat.

Kita tak tau sampai bila kita mampu hidup.

Kita tak tau sampai bila kita mampu kecapi pe yang kita ada sekarang.



So, belajar lah untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita. InsyaAllah kalau kita sentiasa buat baik dengan orang, kita mati pon dalm senyuman. =)



Minta Hantaran kahwin Tinggi

"SAYA ada masalah dengan teman wanita saya. Hubungan kami sudah menjangkau setahun dan berhasrat untuk mengahwininya. Masalahnya, sikap dia dan emak dia membuat saya rasa tertekan.

Kekasih saya itu sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu kota dan pengajiannya akan berakhir tahun depan. Dia berasal dari pantai timur dan cuma orang kampung. Masalahnya, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengannya, teman wanita saya menyuruh saya menyediakan wang sebanyak RM20,000. Terkejut saya tapi demi menjaga hatinya, saya mengiakan saja.

Saya tanya dia kenapa perlu sampai RM20,000. Dia beritahu, apabila majlis perkahwinan nanti, dia perlu banyak duit untuk mengadakan majlis kenduri. Wang hantaran pula perlu tunai RM8,000, tak boleh kurang. Adakah perkara ini perkara biasa dan pernah dibuat orang?

Teman wanita saya juga menyatakan emak dia nak saya berduit dulu, selepas itu baru boleh kahwin. Kata-katanya itu membuatkan saya tertekan? Adakah saya perlu mencari calon hidup lain? Saya benar-benar serba salah.

Sepanjang bercinta dengannya, saya memberinya telefon bimbit, sara hidup semasa dia belajar, beli keperluan bulanan dan macam-macam lagi. Saya juga ada komitmen pada keluarga saya sendiri tapi dia seperti tak mahu faham dan selalu marah kalau saya tak bagi apa yang dia mahu. Apa perlu saya buat?"


Adapted from : Harian Metro 3/6/2010


Oit...oittt...Apa kes la nak wang hantaran mahal2 gitu..Kot laki ko tu anak dato' ke, tan sri ke..tak kisah la kann..Tapi ko pon orang kampung je. Bukan niat aku nak hina orang kampung ke apa, coz aku pun orang kampung gak. Tapi setau aku kalau nak wat kenduri kendara kat kampung nih, kos nya jauh lebih murah, tak macam kat bandar2 besar...One more, kalau pihak pempuan tu nak wat majlis kenduri, bukan tanggungjawab laki dia nak sediakan duit untuk biaya kos tu tapi keluarga pihak pempuan tu punya tanggungjawab..Adeiii~ Berkahwin bukan mudah. Lepas berkahwin tu, banyak lagi perbelanjaan yang korang kena pikey kan. Kalau duit dah habes nak wat majlis, lepas kawen ko nak makan apa lak? Makan pasir? Pikey la secara logik..Wang hantaran tu bukan wajib pon, yang wajib kan mas kahwin (mahar), so biar la jumlahnya seswai dengan kemampuan lelaki tu..Lagi bagus, kalau dapat kumpul duit sama-sama.

Jika niat perkahwinan dilangsungkan ikhlas kerana Allah atau untuk memenuhi tuntutan agama, kedua-dua pihak, sama ada keluarga bakal pengantin lelaki atau perempuan perlu bertolak ansur dan tidak menyusahkan. Wang hantaran yang diletakkan perlulah berpada-pada, setaraf dengan kemampuan bakal pengantin lelaki.

Aku rase kalau pompuan tu still tak leh nk bertolak ansur, better cari lain kot. Hahahaa..Kriteria utama yang ditekankan untuk mencari pasangan hidup ialah kefahaman dan amalan agama, bukannya paras rupa dan harta. Ingat tuu..



Friday, July 2, 2010

Do Your Own Thing

Do Your Own Thing
Artist(Band):The Cheetah Girls




You don't have to be like anybody else
So what's the problem why can't you be like yourself
Your individual, you might as well let it show
Oh, Oh, Oh
Because you're beautiful just the way that you are
Not everybody has to bling-bling superstar
Holla back if you're feeling what I'm feeling (now)
Oh, Oh, Oh


You got to do your own thing
Don't be just the same
Get the party jumping
The way you like
You got to do your own thing
And dance your own way
Go a little crazy
Cuz you got the right

Go Home and change your clothes 25 times a day
Tell the haters not to come around, you (they) bother me
Know that it's your world, go ahead and live it up
Oh
Some call you crazy well I Guess they'll never understand
I change my hair, my clothes, my style because I know I can
Now get out on the dance floor, and dance


You got to do your own thing
Don't be just the same
Get the party jumping
The way you like
YOu got to do your own thing
And dance your own way
You got something
That makes you rise
Up to the top of the world
You got to know what you like
All my fellas and my girls
Show who you are tonight
You got to do your own thing
You got to rock your own style
You got to live for yourself
Every once in a while


Do your own thing
And live your own way
The world is all yours
Go out and get some more
Do your own thing
ANd live your own way
The world is waiting
Go out and take what's yours

You got to do your own thing
Don't be just the same
Get the party jumping
The way you like
YOu got to do your own thing
And dance your own way
You got something
That makes you rise
Up to the top of the world
You got to know what you like
All my fellas and my girls
Show who you are tonight
You got to do your own thing
You got to rock your own style
YOu got to live for yourself
Every once in a while
YOU GOT TO DO YOUR OWN THING



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers