Friday, December 31, 2010

Tips Kebahagiaan

DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

- Berterus terang dengan pasangan

Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.

Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

- Lakukan segala-galanya bersama

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.

Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian.

Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

- Faham memahami dan bertolak ansur

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.

Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

- Tunjukkan cinta buat si dia

Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.

Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

- Hormat antara satu sama lain

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.

Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

- Lupakan peristiwa lalu

Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan.

Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

- Buang sikap cemburu

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

- Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

- Jujur

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.


Credit: Yahoo Mail





Happy Go Lucky

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Bukan semua orang sentiasa `happy go lucky`atau melalui hariharinya penuh bermakna. Problem, tension dan keliru, ada kalanya menjadi penyebab golongan remaja menjadi semakin `nakal` dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Pada peringkat usia begini mereka suka `memberontak`demi mencari perhatian. Dan ada yang lebih nekad, melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara tersendiri. Pasti kamu semua faham apa yang saya maksudkan?

Bagi mencari keceriaan dalam hidup, saya rangkumkan lapan peraturan basic untuk kamu amalkan. Sesuatu yang ringkas dan sedarhana tapi insyallah berkesan...


Pertama, dekatkan diri kepada Allah...

Kedua, jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat `api dalam sekam,` yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.

Ketiga, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Dont worry be happy!

Keempat, hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.

Kelima, jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.

Keenam, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.

Ketujuh, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkpakan penampilan anda dengan senyuman…

Kelapan, Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan… Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya khabar dan menghabiskan hujung minggu bersamasama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang diketogerikan sebagai `good friend`.



Petikan Dari Majalah Remaja 2009




Wednesday, December 29, 2010

Kekalkan Kegembiraan, Elak Bersangka Buruk

Masa tu, aku ada tengok cite Soul To take, dalam cite tu, ada slot di mana sorang budak laki ni selalu dibuli ketika di sekolah. Dia tinggal serumah dengan ayah tiri, kat umah pon kena buli gak. Tapi yang begusnya, setiap kali kena buli, kena pukul ke, dia akan ucapkan, "Terima kasih, sungguh sedap rasanya.." ahahaa.. Kalau orang buat dia marah pon dia akan ucap terima kasih. dan takde pon nak balas balik apa orang dah wat kat dia. Hehee..Maybe sebab dia tak pernah berdendam, hidup dia macam takde masalah, sentiasa happy. Untuk bersemangat, kita perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.


Apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan dijelmakan ke dunia nyata, cuma lambat atau cepat saja ia direalisasikan. Bila kita fikirkan sesuatu yang buruk dan sesuatu yang kita tak sukai kemudian selalu mengingatinya, kita akan menarik banyak perkara-perkara buruk untuk berlaku pada diri kita. Mengingat masalah, kita akan menarik lebih banyak masalah. Apabila kita fikirkan sesuatu yang baik, menggirangkan dan sesuatu yang kitasukai kemudian kita selalu mengingatinya,
Kita akan menarik banyak perkara baik untuk berlaku pada diri kita. Fikiran kita ibarat magnet. Fikiran positif menarik hal-hal positif. Fikiran negatif, menarik hal-hal negatif. Tiap kali kita mengingatinya, samalah seperti kita berdoa banyak kali untuk mendapatnya. Fikiran hanya wat kita jadi lebih susah hati, murung, sedih dan tak gembira. Kita juga mungkin boleh jatuh sakit kerana terlalu memikirkan sesuatu yang buruk. Disiplinkan mental kita. Jangan fikirkan hal-hal buruk, benda-benda buruk, perkara-perkara buruk, elak bersangka buruk, walau cuma sesaat!


Happiness attracts more happiness, joy attracts more joy!



Untuk kekalkan kegembiraan yang kita rasa, ucapkan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.

Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling kita, ucap walau peranan mereka pada kita kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat kita, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta kita. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan kita, membuat kita sedar kesalahan yang kita lakukan.

Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri korang kerana mengambil berat diri korang, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk korang sebagai ketua keluarga.

Jika korang seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk korang bergantung hidup padanya.

Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan korang, bukan sekali dua, tapi setiap hari.

Tiap kali kita dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran kita pada benda-benda yang kita ada dan hargai orang-orang di sekeliling korang.

Ini menjadikan kita bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.

Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri kita bersemangat selalu.

Kegembiraan yang terbit dari kesyukuran lebih bertahan lama.

Ia membuat kita jadi bertenaga. Kita akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

Credit to: nina mazrina


Tuesday, December 28, 2010

rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kece riaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita icon wink Rahsia Solat Di Awal Waktu : Sekiranya Ku Ingin Mengetahui

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mer eka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym .


Credit to: myjasmanie

Thursday, December 23, 2010

Lagi 8 Hari.

lagi 7 hari..eh, lagi 8 hari...
2011 bakal tiba meninggalkan tahun 2010 yang penuh dengan pelbagai cerita. Apakah persiapan aku untuk menyambut tahun baru? Mungkin kah baju baru? Kerja baru? Azam baru? Uhuhuu...Ntah, takde feel pape pon. Even umur juga bakal meningkat lagi setahun, menjangkau angka 25. Bukan muda lagi ye. dan bukan masa untuk main2 lagi...


Tapi aku takut menghadapi masa depan..Aku selesa dengan pe yang ada sekarang. So, aku taknak fikir pe jadi waktu akan datang. Tapi aku takleh camtu. Aku sedar hidup mesti diteruskan, tapi aku tak mampu membayangkan apa yang aku ada sekarang akan hilang or direntap begitu saje. Aku nak fikir yang positif2 je.. Aku hanya biarkan hari demi hari berlalu, jalani hidup macam biasa. Aku taknak serabutkan fikiran dengan fikir yang bukan2. aku takut bila aku wat azam, bila aku pasang angan2, tapi tak tercapai..Then, tu hanya wat hati aku kecewa teramat. Teringin beli ferrari, tapi kete sorong pon tak terbeli..Ohh, tu dah melampau-lampau la plakk..Adalah lebih baik aku terima je pe berlaku and tak payah berangan lebih2. Yang lepas, biarlah lepas. Tak boleh ulang or ubah pape pon..Kena focus pada yang bakal tiba nih. Chaiyok!


Selalunya, menjelang tahun baru aku akan catat pe azam aku. Then, bila hujung tahun, aku semak balik, adakah sudah tercapai segala azam and planning tersebut. Kalau ye, alhamdulillah..Kalau tidak, mungkin takde rezeki.


2010 memberi pelbagai peristiwa pahit manis buat aku..Pengalaman berharga yang aku takkan lupa sampai mati. Rase kejap je masa berlalu. Syukur pada Tuhan, banyak peristiwa gembira yang aku alami dan diberi kesempatan untuk merasai kesemuanya. Jujurnya, aku merasa amat bahagia dengan pe yang aku ada. Banyak perkara yang aku teringin sangat nak buat, hampir kesemuanya tercapai..Suke sangatt2..Alhamdulillah..terima kasih. Hampir kesemuanya terlaksana..Setiap saat yang berlalu, setiap peristiwa yang aku alami sepanjang tahun nie, terakam kemas dlm minda and blog..Terima kasih 2010.



Sunday, December 19, 2010

Orang Dulu-Dulu Punya Seksaan

Antara alatan yang digunakan oleh orang dulu2 untuk menyeksa manusia..Ish, tak dapat bayangkan camne sakitnya.




iron maiden


kerusi berduri..



eishh...

Thursday, December 16, 2010

Besar nyeeeee..

Berani korang gunting rambut camni??


















Tuesday, December 14, 2010

Nikmatnya Beristeri Kurang Cantik

Kelebihan Beristeri Kurang Cantik



Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?
Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:


LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah. Kecantikannya adalah semulajadi dan bukanlah kerana mekap yang tebal berinci-inci. Tiada kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.
Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Kadangkala wajah je cantik, tapi tak reti memasak. Tak reti memasak bukan la kesalahan, asalkan dia ada kesungguhan untuk belajar. Tapi kalau semua nak pembantu rumah yang buat, isteri memang kerja goyang kaki je lah. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….

LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.
Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik di mata suami. Apa pon definisi kecantikan adalah subjektif. Kecantikan sebenar terletak pada hati yang cantik dan budi pekerti yang mulia.


Credit to: Love Perak


Sunday, December 12, 2010

Anugerah Blogger Harapan


.thnx utk cik edura hanum yg telah mengtag aku.
.dah tag pastu bagi award...tenkiu..tenkiu..rasa tak layak je blog picisan ni untuk dapat award. hehe..

..slogan kenapa aku suka..
yang nie tak bape paham. suke blog yang bagi award ni ke, or suke blog yang create tag tu? takpela, aku wat suke blog yang bg award nie, iaitu edura hanum. dia member aku since skola menengah. blog dia sempoi, and entry2 dia sume ikhlas dari hati..simple and no copy2..i like~ hehe..follow la dia, edura hanum


..reaksi selepas dapat award nie..
suke..terharu..tak tau la nak cakap apa. aicehh..thanks ey!


..tag 15 blogger yang lain..
ramainya...3 je lah..
- mzhany
- asfaliza
- mas emieza zainur faryna





Kreatif Dengan Coklat

Suke makan coklat?? Sedap kan?? Tapi kalau tengok bentuk dia yang pelbagai rupa and comel2 je, cam sayang nak makan..Hehee..




pencil and sharpener...yang sharpener tu aku tak sure la coklat ke bukan..maby white chocolate?


kasuttt..


kuda..eh, keldai kot?


keyboard

spanar and skru pon ada!






Thursday, December 9, 2010

Sahabat..Ini Doa Buatmu.

Aku ada kenal dengan seorang insan...Beliau memiliki seorang sahabat karib yang aku rasa beliau dah anggap cam nyawa beliau. Aku kagum dengan semangat persahabatan yang ditunjukkannya. Walau aku bukanlah sahabat karib yang dimaksudkan itu, tapi aku rasa sudah cukup bertuah bagi sesiapa yang bersahabat dengan beliau...Dia cukup tabah dan tak pernah berkira. Dia sanggup buat apa saja demi kebahagiaan sahabat karibnya itu. Sangat kagum..Susah nak cari sahabat sejati sekarang nie. Aku doakan moga hidupnya sentiasa dilimpahi rahmat dariNya dan moga persahabatan beliau dengan sahabat karibnya akan berkekalan ke alam syurga. Aminn~



Sahabat...Ini doa buatmu.

Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.



Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri, mendiamkan diri. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.



Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku. Permudahkanlah segala urusannya. Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.



Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.



Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.



Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Jauhkanlah dirinya dari bersangka buruk. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.



Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.



Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.



Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.



Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai hamba-hambaMu.



Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku berserah..




Terima Kasih Tuhan~

Terima kasih Tuhan...
Untuk semua nikmat yang kau berikan..
Aku masih mampu bernafas hingga ke hari ini..
Aku masih mampu menjamah makanan yang sedap-sedap..
Aku masih mampu tidur dengan lena..
Aku masih mampu hidup selesa..
Aku masih mampu berteduh dari hujan dan panas..
Aku masih mampu berjalan ke sana ke mari...
Aku masih mampu menggerakkan tubuh melakukan semua perkara..
Aku masih mampu mengukirkan senyuman..



Terima kasih Tuhan..
Walau pelbagai dugaan datang menjelma..
Masih ku mampu hadapinya...
Masih ku mampu bertahan...
Masih ku mampu menjaga hati-hati milikMu..
Walau hati sendiri kadangkala cukup rapuh untuk bertahan..
Walau kadangkala ada yang tidak memahami..
Walau kadangkala ada yang membuat tafsiran sendiri..
Dan dugaan-dugaan itu hanyalah sebesar kuman, jika dibandingkan dengan penderitaan yang ditanggung oleh hamba-hambaMu yang lain..



Terima kasih Tuhan...
Menganugerahkan aku dengan ahli keluarga yang penyayang...
Menghadirkan buatku rakan-rakan sebagai peneman..
Memberiku peluang untuk merasai kasih sayang yang tak berbelah bagi..
Memberiku pekerjaan agar dapat ku mencari rezeki..
Memberi ku kesempatan untuk merasai kesenangan..


Terima kasih Tuhan...
Untuk semua nikmat yang kau berikan..
Ampuni hambaMu ini yang kadangkala lalai dan leka..
yang kadangkala alpa untuk mensyukuri nikmatmu..
yang kadangkala tidak bisa membuat pilihan...
yang kadangkala tersepit di tengah-tengah..
yang kadangkala ketandusan iman di dada...
yang kadangkala menyakiti hati hamba-hambaMu tanpa disedari..
yang kadangkala mendera hati sendiri untuk kebahagian hati-hati yang lain...
yang kadangkala mencuba yang terbaik, tapi rupa-rupanya itu bukan lah yang terbaik..
yang kadangkala tersilap langkah..
bukan kadangkala, tapi seringkali.


Terima kasih Tuhan,
Hidup di dunia telah mengajar aku banyak perkara..
Kadangkala apa yang kita lihat, tidak semestinya seperti apa yang kita fikirkan..
Kadangkala bila merasa hidup kita susah, sebenarnya kita sudah cukup bertuah..
Kadangkala ada yang tak senang duduk melihat kehidupan orang lain,
kerana di benak mereka tersirat seribu satu macam perkara..
Kadangkala ada yang suka mengambil tahu hal orang lain,
kerana bagi mereka itu adalah keperluan..
Walhal hidup sendiri belum tentu sudah terurus sepenuhnya..
Biarkan saja mereka.
kadangkala ada yang begitu baik hati, rela berkorban apa saja..
Sentiasa bersangka baik, kerana memang itu yang diharapkannya..
Ikhlas membantu tak kira masa, tenaga dan wang yang dihabiskan..
Ikhlas memberi nasihat dan pandangan atas nama teman dan saudara sesama Islam..
Ikhlas dalam menjalin hubungan persahabatan..Teman sejati.
Terima kasih diucapkan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya..


Terima kasih Tuhan..
Menjadikan aku insan yang paling bertuah di muka bumi ini...
Alhamdulillah~


Wednesday, December 1, 2010

Korang Rase Best Tak Tido Dalam Nie?

SLEEP BOX.

Benda nie hanya terdapat di Dubai, sebuah bandaraya yang besar dan sedang pesat membangun. Sleepbox nie diletak kat tempat2 strategik macam airpot, stesyen keretapi, di mana pengguna tidak perlu bersusah payah nak cari hotel or rumah penginapan jika hanya mau menginap untuk tempoh yang sekejap saje..















Harga yang disediakan adalah berpatutan. Pengguna akan diberi kunci. Tempoh minimum untuk menginap adalah selama 15 minit atau sehingga selama mana yang kita suka. So, bila lagi nak try??



Kompaun Munasabah Saman Trafik.

Kompaun munasabah saman trafik mulai hari ini

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Polis akan menawarkan kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai esok.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya hari ini menyebut semua saman dikeluarkan pada atau sebelum hari ini, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Jelasnya lagi, kaedah bayaran sama turut digunakan bagi semua saman yang dikeluarkan selepas itu.

Katanya, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula akan diberikan insentif 30 peratus daripada kadar kompaun sebenar.

"Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam," menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara tersebut boleh menghubungi mana-mana Pegawai Trafik Daerah, Kontinjen atau Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seperti disenarai dalam Ruangan Maklumat Trafik yang terdapat di laman web www.rmp. gov.my.



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers