Thursday, September 29, 2011

Kita Nampak, Tak Semestinya Kita Tau

"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..


"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..


"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..


"Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna kita taw segala²nya.."



Okeh, ni aku dapat dari facebook kawan aku..aku dah post pon pasal nih kat facebook aku..Tapi tak sume la leh view kan coz aku set private. Hehee..tapi blog ni open, so anybody, everyone leh view blog ni..Jika kita lihat contoh2 situasi seperti yang berlaku di atas tu. Memang ada berlaku kan? Untuk ingatan kita semua dan diri sendiri gak..Kita kadangkala suka judge dari pe kita nampak je..Kalau simpan dalam hati, ok lagi..yang mulut laser slumber je mengutuk or mengumpat depan2..siap ajak orang lain lagi join mengumpat. Free je wat dosa. Uhuhu..nauzubillah, ya Allah peliharalah lidah ku dari mengutarakan perkataan yang sia-sia..Kadang2 memang takde niat pon nak sakitkan hati orang tu, mungkin saje bergurau, atau borak2 kosong, tapi intipati yang dipercakapkan tu memang pedih, pedas dan panas macam sambal cili padi baru bikin. hehe..Sesetengah orang memang jenis tak kisah, lantak la ko nak kutuk ke, ngumpat ke, kat akhirat sok, pahala ko bagi aku la sikit. hehe.


Dulu time study, aku ada seorang pensyarah taraf prof. Pegi keje naik bas awam je, then berjalan kaki nak gi kelas. UiTM tu besarrr..nak gi dari 1 fakulti ke fakulti lain memang jauh. Tapi prof ni dah biasa, so dia ada jalan short cut sendiri. Kadang2 redah kebun ke, bukit ke, dia tak kisah pon. Dengan pakai kemeja dan kasut berkilat tu. Heheee..Handphone pon takde coz dia lagi suke pakai public phone atau telephone kat ofis je. Tapi yang aku dengar, dia ni duk umah banglo, harta banyak, selalu gi bercuti luar negara..Memang simple and sempoi gile. Kalau berjalan2 kat lua pon slumber je pakai suar pendek ngan t-shirt style apek2 kat pasar tu..Kalau orang tak kenal, mesti orang bajet dia apek jual sayur je, tapi orang taktau dia tu kaya raya. Tu la, jangan judge orang dari pe kita nampak je. Biarlah kita bersangka baik je. Apatah lagi kalau hal tu takde kena mengena dengan kita pon. Yang penting, kita doakan je kebahagiaan dia.


Ni pantang nampak kurang cket, tak kena cket, mula lah menjaja cite, pikir bukan-bukan..haihhh..Sebelum nak menilai seseorang, nilai diri sendiri dulu..kita ni dah cukup bagus sangat ke? dah perfect sangat ke? Tak semua yang kita harapkan, yang kita impikan, kita leh dapat..Kalau kita nak kata orang tu jahat, adakah kita dah cukup baik? Kalau kita nak kata orang tu miskin, tak mampu..adakah kita ni dah terlampau kaya? Walau apa jua berlaku, walau apa tindakan orang tu buat, mesti ada sebab nya, mesti ada hikmahnya. "Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna kita taw segala²nya.."


Kasihku Abadi


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku...

Adam dan hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati...

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan...

Mengasihimu, dikasihi...
Menyayangimu, disayangi...
Merindui dan dirindui...
Saling mengerti di hati...

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan...

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku...


Kasihku abadi..



Tuesday, September 27, 2011

Monday, September 26, 2011

Books Sale! Jom2!

Assalamualaikum..

Pekaba sume???

Sihatt..??? (Bajet cam ramai je bace blog nih) hehe..

Ok, ni ada pengumuman nak wat nih..Sila pay attention ye..


BIG BAD WOLF BOOKS SALE
Tarikh: 7 - 16 Oktober 2011
Masa: 10.00 pg - 9.00 mlm
Tempat: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor




Haaa....bagi penggemar2 buku terutamanya buku-buku bahasa inggeris, novel ke, boleh la berkunjung ke pameran buku nih...sale derang memang gile-gile punye murah..bayangkan buku yang berharga RM50++ pon leh jadi RM10 je..Buku-buku baru tau! Big Bad Wolf suatu fenomena di mana potongan yang melampau-lampau diadakan buat peminat buku di luar sana. Boleh bawa kawan-kawan, anak-anak ke sini ye..


Ok, harap-harap lah aku berkesempatan dan berpeluang untuk pergi..Nak borong novel Sydney Sheldon dan buku2 cite investigation banyak2...yippe!



Monday, September 19, 2011

Waktu yang Tepat


Kadang-kadang bila berjalan kat luar, then nak tunaikan solat, nak buka puasa ke, time tu jauh lak dengan masjid, azan pon tak kedengaran..Korang pon was-was dengan waktu kat jam tangan korang tu. Tepat ke tak? Dah masuk waktu ke belum?


Selalu nya aku refer pada jam SIRIM untuk pastikan waktu kat jam tangan aku adalah tepat. Korang leh refer kat website nie and compare dengan waktu kat henpon atau jam tangan korang. Haa..sama tak? Tapi kadang2 kita suke cepatkan waktu kat jam, supaya kita lebih alert..Cepat 5 minit ke, 10 minit ke..Tapi kena gak ada jam yang betul2 tepat kiraan waktu nya. Untuk kemudahan kita gak kan. ;)



http://www.blogger.com/img/blank.gif




Declare Sebagai Kekasih@Couple



Aku : Kita tak penah sambut anniversary kan? Kawan-kawan saya selalu post kat wall facebook derang bila tiba anniversary derang.


En.tunang : a'ah, tak pernah.

Aku : Ye la, camne nak celebrate, kita bukan penah couple pon..declare pon tak pernah. Dari dulu just berkawan je, then terus amik keputusan untuk bertunang.

HAHAAHAHAA..(kami tergelak sama)

En.tunang : Kite celebrate anniversary bertunang la.

Aku : Kalau gitu, dapat celebrate sekali je la.

En.tunang : Ala, celebrate la anniversary pas kawen nanti. Tiap2 tahun leh celebrate pe. Dah official lagi. Hehe.

Aku : A'ah kan..Ok2..;)



Aku dan en.tunang dah kenal sejak sekolah menengah. Tapi kami berkawan baik hanya selepas tamat sekolah. Hubungan kami lebih kepada kawan rapat, memang tak terlintas langsung lah jodoh aku dengan dia time tu, sehingga lah kami kenal hati budi masing-masing dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. "Lucky i'm in love with my bestfriend..Lucky you've been where i've been.." hak hak..;D


Penting sangatkah declare sebagai kekasih? Jawapan, depends pada setiap orang. Ada orang akan declare or propose perempuan yang dia minat untuk jadi kekasih or gelfren. Tak declare kang, takut dikebas orang. Tapi status couple, bila2 pon memang boleh dikebas coz lom sah jadi milik kita kan. Bila dah declare, mula lah mengira setiap hari yang dilalui sebagai pasangan kekasih. Cukup setahun, yeah..happy anniversary!! Ada kawan blogger aku, dia bercinta dari darjah dua (umo 8 tahun, skola rendah lagi dah pandai berutus surat cinta haaa), tapi hubungan mereka kekal sampai la ke jinjang pelamin. Cukup lama kan? Alhamdulillah, memang kuat jodoh derang..Time kawen hari tu pon derang amik gambar kat kelas and skola rendah yang derang sama2 blaja. So sweet~


Macam-macam cara orang guna untuk declare kan? Ada yang bagi surat, ada yang cakap direct je, ada yang guna sms je. Guna ayat-ayat romantis seperti, "sudikah awak jadi gelfren saye?" Woaaa....Time korang dulu, camne pasangan korang propose korang? Leh share tak? Hehehee..


Ada gak orang yang tak kisah pasal declare nih asalkan masing2 tau hati dan perasaan masing2..Selalu nya yang wat camni golongan artis la.."no komen.." "kami hanye hanya kawan jerr" tup tup nak kawen dah..Terpulang la camne kan. Maybe tak declare coz takde keberanian ke, keyakinan ke, ego ke.. Kang dah beria declare, bercinta, kesudahannya tak kemana..Uhuhuu..Sedey. Ada gak yang dijodohkan mak bapak, kenal hanya selepas kawen. So, camne nak declare kan.


Kesimpulannya, tak kisah la nak declare ke taknak declare sebagai couple kan. Declare yang official adalah ikatan pernikahan. Tu la bukti sebenar cinta lelaki tu, ikhlas nak jadikan perempuan tu isteri dia, untuk mendapatkan hubungan yang diredhai Ilahi. Masa tu bukan korang berdua je yang isytiharkan hubungan tu, tapi juga disaksikan oleh orang ramai dan sahabat handai yang merestui hubungan tu. So sweet kan? Nak celebrate tiap tahun pon akan rasa lebih bermakna. ;)




Wednesday, September 14, 2011

Hadiah yang Bermakna.. ;)




Wahh...Bestnya dapat hadiah! ;)










Apa agak-agaknya isi nye??










Jeng jeng jeng..












Senaskah al quran tafsir.. ;)
Warna biru...i like~



Terima kasih ye..;)






Tuesday, September 13, 2011

Memaafkan Itu Mulia

Kita hidup sebagai manusia biasa mesti tak terlepas dari melakukan kesilapan yang kadangkala kita sedar atau pun tak sedar. Jadilah orang yang suka memaafkan dan rajin meminta maaf. Tak perlu tunggu bila tiba hari raya, bila-bila masa pun boleh minta maaf. Memaafkan bukan saja menjadikan hati kita lebih lega dan tenang tetapi juga merupakan perbuatan yang mulia...Untuk apa berdendam, berhasad dengki, berkecil hati..Semua itu hanya ujian dari Tuhan ke atas kita sebagai hambaNya..Redha lah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.


Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]


Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)


Nabi yang pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)


"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)


source: Lenggang Kangkung



p/s: tadi kena marah ngan unknown caller yang tibe2 call office and tengking2 coz tak dapat bercakap dengan orang yang dia nak..letak je tpon terus beristigfar panjang aku dan terpinga2..takpe, aku dah maafkan kau...;)



Monday, September 12, 2011

A Doctor In The House.



Aku bukan penyokong mana-mana parti politik..Bukan juga hanya berdiri di atas pagar. Tapi aku punya pendirian dan pendapat sendiri. Ok lah, takmo cite panjang. Sebenarnya..





Aku teringin baca buku nie..Aku minat membaca..Ada sape2 nak belanja tak? Harganya RM100 je..;) Atau maybe ada sape2 yang dah beli ke? Nak pinjam bleh? ;))




Wednesday, September 7, 2011

Kasih Kekasih~



Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati


Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi


Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia


Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih


Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan




Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat ilahi..
Terima kasih ya Allah di atas segala kurniaanMu..
Ujian yang Kau beri sebelum ini
mengajar aku untuk menjadi lebih tabah
mendidik aku untuk menilai mana kaca dan mana permata
menjadikan aku lebih menghargai ketulusan sebuah hati
lebih bernilai dari harta dan kemewahan..


Terima kasih ya Allah..
Kerana menemukan aku dengan dia..
Berkatilah hubungan kami..
Limpahi lah kami dengan rahmat dan kasih sayang Mu
Moga hubungan terjalin kekal ke alam syurga
Amin, amin..ya rabbal alamin...


- Selamat Bertunang: Helmy & Nadia -


......Terima kasih buat mak, abah, dan keluarga tercinta yang bertungkus lumus menjayakan majlis..Tak lupa buat para penaja, sedare mara dan rakan2 yang hadir memeriahkan majlis dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung..Terima kasih diucapkan..Doakanlah kebahagian kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan moga kami ditemukan di syurga..Aminnn~




p/s: mood jiwang lak lately..;p


Doaku Buatmu~

Ya Allah …
Aku berdoa untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintai-Mu
lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku
pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup
bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu


Wajah tampan dan daya tarik fisik bagiku tidaklah penting
Yang terpenting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau ya Allah
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia


Seseorang yang memiliki hati yang bijak
tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi
juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan karena
kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa
sebagai seorang wanita ketika aku berada di sisinya


Ya Allah….
Aku tidak meminta seorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu


Ya Allah….
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar cintaku


Berikanlah sifat yang lembut sehingga
kecantikanku datang dari-Mu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat
melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk
dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,
mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk
dirinya setiap pagi


Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku
berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah
memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."


Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya
indah pada waktu yang telah Engkau tentukan


Amin….





Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers