Thursday, January 26, 2012

Hidup Tanpa Internet?



Dulu aku adalah pengguna internet tegar, means aku takleh hidup tanpa internet. Bahaya bukan? Internet bagi aku dah macam keperluan dan benda yang aku takleh tinggalkan. Time study dulu, aku tak mampu pakai broadband. Maklumlah, nak sara hidup pon bergantung sepenuhnya pada ptptn (mekasih ptptn bagi saya berhutang..huhu..) Nak makan lagi, bayar sewa umah lagi, bayar yuran universiti lagi, itu, ini, sume pakai duit tu. Aku ada gak kerja part time masa study. Tapi hasil yang aku dapat pon hanya cukup-cukup makan je. So, nak langgan broadband adalah keputusan yang paling berat untuk aku buat. So, camne aku nak guna internet? Tiap kali gi kelas, aku paling suka bila kelas kat lab, so leh guna internet secara percuma. Yahoo! Bila kelas bukan kat lab, aku sanggup usung laptop yang berat tu, (dulu aku pakai laptop acer lama dari diploma sampai aku habis keje..tapi pas 6 tahun laptop tu dah innalillah..T___T) ke sana ke mari. Umah aku umah flat tingkat 4, kelas aku pon atas menara, so memang kena panjat anak tangga beratus-ratus la tiap hari, tapi aku tak kisah. Biar pon bahu aku cam dah senget dah, demi untuk mendapatkan internet free, aku relaaa..haha! Kat uitm banyak port yang korang leh cucuk untuk dapatkan internet. Even korang leh guna wireless, tapi guna cable network tu lagi laju, and line internet tak hilang2..Lagi satu, kena bawa power adaptor tiap masa. So, bleh la surf dengan gumbira tanpa timbul masalah laptop kehabisan bateri. Port yang aku selalu lepak seperti surau, library, Bilik 24 jam dan fakulti. Aku leh hafal dah tempat2 yang ada power plug, so senang la aku nak beronline lama-lama..hehe…Bila tiba weekend, kadang-kadang aku rajin gak gi uitm kalau nak online. Bila tiba mood malas, aku sanggup menapak ke cyber café kat syeksyen7 tu..



Bila balik kampong, memang la takde internet. Tapi sanggup langgan mobile internet, yang kita leh langgan per hour, per day or per week tu. Tak pon, aku pegi je lah cyber café yang berdekatan. Actually, takde la dekat sangat pon. Kira jauh la gakk..

Bila dah bekerja, aku sangat gumbira bila hosmet aku sume melanggan internet fixed line kat umah (streamyx). Aku dengan senang hati turut sama join. Tapi bila derang decide nak terminate internet ni, aku dah start gelabah..Takkan la nak langgan RM135 tiap bulan sorang2..? Aku pinjam lak broadband member aku..Line slow lak..tak setanding ngan streamyx coz dia guna maxis. Tapi tu pon dah bersyukur coz ada gak tempat untuk aku beronline. Tak lama pastu aku langgan broadband sendiri guna Celcom. Bayar la tiap bulan RM68. Heavenn..Then aku rasa jumlah tu membebankan aku lak. Tapi faedahnya tak seberapa. Aku dah fikir nak business online je, guna blog ke, jual insurans ke, yang memerlukan internet. At least leh cover balik bil2 internet yang aku bayar tiap bulan.Tapi tu hanya dalam fikiran lah, tak menjadi realiti pon.


Kadang2 orang pelik..Apa aje yang aku buat time online sampai berjam-jam mengadap internet tiap hari? Jawapan aku, takde apa. Haha! Eh, betul..Even aku online hari2, tapi takde benda konsisten yang aku wat time online. Biasanya, just surf you tube, baca artikel untuk apa sahaja info yang aku nak tau, belaja bahasa jepun, france, haha! laman social cam facebook, iluvislam, download lagu, baca komik online kat mangastream, chatting kat ym, main game online, etc..tapi semua tu leh menghiburkan hati aku dan wat aku happy dengan internet. So, camne tibe2 aku leh stop dengan internet?



Bagi aku, mungkin kesedaran tu datang sendiri kot. Ye lah, bila umur dah meningkat, perasan diri dah makin tua, ahaks! dan tiba2 bosan nak menghadap internet lama-lama..Mungkin aku dah letih. Dan mungkin aku fikir, takkan la sampai dah kahwin, sampai ke tua aku nak camni kan? Berkurung kat bilik, online sampai pagi..Ish ish..tak bagusss..Bertambah bengkak la mata aku yang sedia gothic nih..hehee..So, aku kena STOP! Start time tu gak la, aku terminate terus broadband yang aku pakai. Dan aku gagahkan diri untuk tak melanggan mobile internet. Dan time-time tu gak la laptop aku wat hal. Huwahhh….T_T Maka sunyi lah hidup aku tanpa laptop dan internet. Apa nak buat? Apa nak buattt..??? (Menjerit dalam hati) So, aku cuba focus pada benda lain lak. Itu lah guna nya bila ada banyak hobi. Heheee…Aku sibukkan diri aku ngan membaca. Macam2 buku aku beli..dan aku menjinakkan diri menonton televisyen..(sila paham bahawa aku bukan peminat tv, kerana tv hanya membuatkan aku mengantuk..zzzZZZ…=_= ) Kalau bosan gak, aku ajak la hosmate aku jalan2 ke, dengar lagu ke, kemas umah ke..hahaa!



Now, dah hampir setahun aku hidup tanpa internet kat umah. Tapi still ada gak la internet kat ofis, just tu limited access. Kalau dulu hidup aku dengan internet 24 jam. Sekarang tidak lagi..Pe yang aku leh rumuskan, banyak kebaikan yang aku dapat. Kalau dulu, tiap kali gi ofis, ada saje yang tegur mata aku cam zombie, cam panda..huhuu..Mana tak nya, sehari bape jam je aku tido..Pukul3 pagi baru dapat lelapkan mata. Tu pon kadang2 tertido dengan laptop masih on lagi. Tapi sekarang, aku masuk tido lebih awal. Pukul 12 pon dah berlayar..Kadang2 pukul 11..hehe..Maka aku dapat bangun pagi dengan lebih segar dan ceria! Takde la rase mengantuk or letih lagi…Bila tengok tv, aku dapat luangkan lebih masa dengan housemate. Hehee..Tapi aku still takleh tahan kalau tengok tv lama-lama..Mengantuk! Aku juga dapat jimatkan duit. Yeay! No more broadband fees! Dapat gak jimatkan bil eletrik! Dapat gak lebih masa untuk buat perkara lain, solat on time, di awal waktu..Beribadat..Dulu kalau dah khayal sangat, kadang2 sampai terlewat solat. Nauzubillah. Jangan tiru perkara tak baik camni ye dan banyakkkk lagi benda lain. Sebenarnya internet tu still penting, coz kat situ la antara sumber utama untuk mendapatkan maklumat terkini. Kalau hanya bergantung pada paper atau berita di tv belum tentu100% tepat kan?


Internet atau tidak? Terpulang pada anda..;p Hidup biar bersederhana. ;)




Wednesday, January 25, 2012

Berkongsi Mengeratkan Lagi Kasih Sayang

Amboi tajuk...Macam nak bagi tips hape je kan? Hehee..


Umum dah tau, kalau masih skola, kerajaan bagi sorang RM100 kan? Kalau belajar lagi kat universiti or mana2 institusi, kerajaan bagi baucer buku RM200 setiap seorang untuk dibelanjakan di kedai2 buku terpilih. Terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu..So, aku ada 2 orang adik masih study, total adalah RM400..Tapi sorang lagi adik aku dah balik ke perak untuk meneruskan pengajian, tak dapatlah nak menumpang rezeki dia. Kikiki..Nevermine, adik yang bongsu ada lagi. Alang2 aku balik kampung nie, gerenti dia ajak akak dia keluar teman jalan2. Hehehee..



Lokasi yang dituju adalah kedai Popular. Hamboiii..Ramai sungguh umat manusia dalam ni macam takde hari lain je nak beli buku. Oh, lupa lak hari nie hari cuti. Patut la penuh je shopping complex kan.


Adik : Kak, amik la pape cukupkan 50..eh, 20..wat adiah besday.hehe
Aku : Alaa...20 leh beli pe je? Tak cukupp..(Sangat tak bersyukurkan aku ;p )
Adik : Ye lahh..Amik je la dulu.


Jalan..jalann..pusing..pusing...aku amik, aku letak balik..Aku amik barang lain, letak balik. Sebab asyik terjumpa je benda lain lagi menarik. Nak amik novel english, tapi teringat kat umah ada 4 buah novel aku tak habis baca lagi..So, tak jadi la nak amik balik. Nampak lak kamus "belajar bahasa jepun dalam 30 hari" wahhh...menarik!! Tapi teringat lagi kamus jepun yang aku penah download, tak gak aku terer2...Hihii..



Haduii...nak amik pe nih? Last2 aku capai je la pe aku nampak. A4 paper (leh guna untuk guest book "ahem" nanti..kikikii..), note pad, creep paper dan pape je lah..Tak sampai pon RM20. Tadi tamak sangat kan kata tak cukup. Pastu menjajau cari adik aku, jumpa dia, terus letak barang2 yang aku dah amik dalam basket dia. Hehehee..


Aku : Dik, cepat lah gi bayo..dah beratur panjang kat kaunter tu.
Adik : Ala, jap lagi la..taktau nak beli pe lagi nih..


Dah lebih 2 jam tunggu, tak gak gi bayo..masih mundar-mandir dalam tu. Last2 aku suruh je adik aku gi beratur. Nak beratur pon punya la ramai orang..Sampai kat kaunter, pas kira2, RM160++ Ahh..rugi lak nak pakai baucer 200 kan. So adik aku guna 150 je, balance bayo guna cash. Takpela dik, expired bulan Mac kan. Next time la gi shopping balance 50 tu..Hehee..Taaapiii, memang puas ati oh, dapat beli banyak banyak banyak barang sampai taktau nak beli apa kot? Time aku dulu takde pon. Takpela, rezeki dapat kat adik aku kan. Alhamdulillah..



Abang aku pon sempat gak sambar buku. Dah alang-alang kan. Ala, murah je pon, RM15. Tapi memang berbaloi-baloi la beli buku ni..Kalau dengar ceramah dia aku tak bape paham coz pure slang ganu kan. Kalau buku ni, memang standard bahasa malaysia lah. Pas dapat buku ni, memang sepanjang jalan aku duk membaca je, time makan, time ada masa terluang, dalam kete..Masa balik umah tu dah maghrib dah, duk dalam kete gelap kan..Aku pasang lampu kat handphone sebab nak membaca buku nih. Alhamdulillah, sebelum sampai umah dah habis baca dah! Besstttt..~



Buku ni banyak berkisar tentang permasalahan semasa.


Haa...yang ni lak..Kadang2 ada bakal pengantin bingung nak beli cincin apa untuk lelaki kan? Silver ke? emas konfem tak bleh..Tapi ada gak yang beli cincin suasa. Aku memang tak minat la tengok lelaki pakai cincin. Nasib baik en.tunang pon tak suke, rimas kata nya. Cer tengok pe hukumnya?


Itu saja..Nak tau lebih lanjut, gi beli sendiri. ^_^



Ohhh...terima kasih untuk cik adik yang sudi berkongsi baucer tu. Semoga kasih sayang kita bertambah-tambah erat...Heee...;D

Senduk Dan Penapis Air Untuk Door Gift Pengantin

Kan minggu lepas adalah cuti sempena Tahun Baru Cina. Maka apa lagi, balik kampung!! Yippaa! Bila cuti, ramaila pasangan amik keputusan untuk mendirikan rumah tangga coz time2 camni la orang berkesempatan nak pegi kan? Kat kampung aku pon banyak kerja kawen. Tapi aku tertarik kat salah satu pengantin ni yang bagi door gift unik untuk para tetamu. Nak tau pe dia?





Tadaaaa!!!









Comel kan? Isi beg door gift itu adalah senduk, sebungkus jelly, telur dan air mineral...Senduk tu untuk tetamu perempuan, manakala untuk tetamu lelaki dapat penapis air. Mungkin sesuai la dengan perempuan yang suka memasak dan lelaki yang suka "ngeteh" atau lepak kat mamak minum teh tarik. Hehe..At least benda ni leh dimanfaatkan dan berguna kan? Good idea~



Tengah terfikir-fikir apa doorgift untuk majlis aku nanti..Hihii..;p




Friday, January 20, 2012

Kelmarin Adalah Besday Saya

Bantai je la tajuk nak bubuh gitu..


Actually entry ni mula2 nak buat la tajuk "hari ni hari lahir saye" then tak sempat nak update blog time tu, tukar ke esok nye "semalam adalah besday saye" tak gak ter post entry...So, memandangkan dah 3 hari berlalu, jadi lah tajuk gitu...


Tahun ni besday paling simple, takde kek, takde celebrate bagai, takde kumpul ramai2, takde baling2 telur ke tepung ke, budu ke..(aku dah merasa semua tu) alhamdulillah, selamatttttt..;) Memandangkan besday aku dan en.tunang beza 10 hari je, maka time besday dia hari tu dah puas makan kek, beberapa hari selepas tu, salah sorang ofis mate pon belanja makan kek. So, cukup lah..Gemok nanti makan kek banyak2.Hehee..



Sehari sebelum tu dah sambut besday dengan en.tunang, maklumlah dia bz dengan keje je, waktu free pon tak tentu, kadang tengah kuar berjumpa pon, dia kena on call. Tapi dia tak penah merungut penat, walau pon keje tanpa rehat yang cukup. Eh, tetiba cite pasal dia plak kan..Malu aii..



Di kesempatan nie, aku nak ucap terima kasih banyak2 buat kawan2, saudara-mara dan sesiapa yang mengenali diri ini yang sudi mengingati hari lahir aku dan memberi ucapan. Zaman skang orang ingat besday pon dengan bantuan kalendar kat fesbuk..ye dak?? Tapi masih ada gak yang wish guna email, skype, ym, sms, call, twitter dan wish direct je...hehe...thank u sangat2..eh, aku lom bagitau eh aku ada twitter? haa..sudi2 kan lah add @ladydyot. hehe..Terima kasih gak yang sudi bagi hadiah dan kad...So comel la korang.


Selalunya bila tiba besday..2 perkara utama yang aku akan ingat iaitu umur yang makin meningkat, tapi amalan masih kurang. Uhuuu..Then, kesusahan ibu aku untuk menjaga dan membesarkan aku..Terima kasih banyak2 mak, jasamu tak terbalas oleh ku..Muahhh..cayang mak. Bila tibe besday ada 3 orang utama yang selalu aku nanti2 kan untuk call aku iaitu mak, abah dan yang teristimewa di hati..Aicehh~ Tiap2 tahun bila tibe besday, mak n abah akan call hp aku and nyanyi lagu besday..Kadang2 derang call asing2, kadang2 derang nyanyi berduet..Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamuuu..sampai habis..wahhhh...soo suweettt~ ;D


Ok, lagu kat bawah ni khas untuk mak, walau pon mak tak baca blog aku.
Ikhlas dari hati;


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya



Thursday, January 19, 2012

Buatlah Walaupun Terpaksa..

“Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa….
Solatlah walaupun keadaan terpaksa…..
puasalah walau keadaan terpaksa….

Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa… dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNYA. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari… insya-Allah… Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut….”

Petikan from [KAMI PEMINAT USTAZ AZHAR IDRUS – FB @ 10/1/12)…


Wednesday, January 18, 2012

Guru dan Sin Chan

Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !

Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?

Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!





Monday, January 16, 2012

Dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Dosa akan terjadi jika larangan Allah (perkara haram) dilakukan.
Dosa juga akan terjadi jika perintah Allah (perkara wajib) ditinggalkan.

Manusia boleh berdosa kepada Allah.
Manusia juga boleh berdosa kepada manusia.

Dosa boleh dipadamkan dengan keampunan.

Jika berdosa kepada Allah, kita boleh bertaubat dan memohon maaf kepada Allah. Allah maha pemberi rahmat dan maha pemurah lagi maha pengampun.

Berdosa kepada manusia lain, hanya boleh dimaafkan oleh orang tersebut sahaja.

Moga Allah menerima taubat dan mengampunkan dosa yang telah kita dilakukan.

Moga Allah melimpahkan rahmatNya, melembutkan hati orang yang kita berdosa kepada mereka, agar memaafkan dosa kita.

Moga Allah selamatkan kita dari dosa dan neraka.


Credit to: Lenggang Kangkung


Friday, January 6, 2012

Pengalaman Sebenar K0ma (Mesti Baca)

Pengalaman Sebenar K0ma (Mesti Baca)
by Ustaz Nasir

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang sahabat yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua.



Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.



Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan.



Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.



Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.



Pada bulan Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.



Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.



Sewaktu beliau koma



Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas agar Allah memanjangkan usianya.



Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.



Jawab malaikat itu baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.



Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.



Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.



Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, "adakah tuan akan mencabut nyawa saya sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?"



Jawab Malaikat “Ya:.



Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.



Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.



Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat jam 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan!



Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.



Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.



Pengajaran:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.



2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih padanya kalaupun dia mati.



3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa mereka tidak ikhlas, termasuklah saya.



4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan



5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.



6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.



7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.



8. Beliau banyak kali menyakiti hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.



9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar



10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian



Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui kisah dan tauladan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.



Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Maka selalulah memberi…


Rengung-renungkan dan selamat beramal!


Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers