Thursday, May 17, 2012

Bila Digelar Sahabat Baik (entry yg agak panjang)




Umumnya maksud perkataan sahabat, kawan atau teman mempunyai maksud yang sama. Tapi bagi aku panggilan sahabat lebih sesuai untuk orang yang betul2 sanggup menjadi sahabat ko tak kira susah atau senang...Boleh ke ko panggil orang or sape2 yang ko baru kenal sebagai sahabat ko?cam janggal plak kan? mesti la cakap tu kawan ko ke kan..Eh, apa punya intro ni? Aku pon tak paham..Tak kisah la pasal panggilan tu...


Nih aku nak cite pasal sorang sahabat baik aku yang aku kira takde gantinya or sama dengannya..Perkenalan kami bermula bila aku start keje kat company sekarang and time tu dia tengah praktikal. Mula-mula jumpa aku dia yang tegur aku dulu time lunch "ko tak makan ke? jom makan sekali" padahal baru first time tegur tu..Peramah cam dah lama kenal kan?hehe..tak lama pastu dia diserap keje tetap kat company tu, so tempat keje sama and tempat tinggal pon sama..so, banyak lah masa kitaorang habiskan bersama. Walaupon umo dia tua dua tahun dari aku, tapi aku tak rasa dia cam akak aku. Cam baye2 aku je..Dalam company ni, boleh dikatakan aku paling muda, so kebanyakan staf perempuan aku panggil akak, melainkan dia sorang je aku tak panggil akak.Tapi takdela aku nak panggil abang untuk staf yang lelaki, just certain je...Aku lebih selesa guna aku kau je, takde la segan kan. Hehee..


Nama kawan baik aku ni fiza..Oleh kerana umah dan tempat kerja adalah dekat, aku gi keje naik motor je..Fiza akan tumpang aku tiap pagi walau sebenarnya dia leh je naik kereta dengan osmet aku yang lain. Dia tak kisah tak dapat pakai kebaya or baju cantik2 coz kena naik motor kan. Kang habis terselak sume malu tau. Kalau aku pergi kerja jalan kaki, dia akan ikut jalan kaki..Kalau aku balik lambat even sampai 10 malam pon dia akan setia menunggu tanpa pernah merungut pon.


Pernah one time dia demam..Memang tak larat betul. Dia nak amik mc tapi camne nak pegi klinik kan. Aku bawa gak gi klinik naik moto, nasib baik la tak pengsan tengah jalan kan. On the way balik tu, benti jap kat tepi jalan coz nak beli bekfast and dia termuntah. Uhuu..kesian sangat..then dia banyak tau kisah2 aku..Bersyukur coz dia seorang yang pandai simpan rahsia. Aku pernah serik sebelum ni, beria aku anggap minah ni kawan kan, so share la bila ada masalah or pape, tup tup orang2 lain cite kat aku tentang benda yg aku banyak tatau sebelum ni..Pernah dengar tak "cakap belakang"?..Perhhhh..sentap. Sekali dua takpe, tapi kalau dah banyak kali, sakit hati gak tau..So better aku tak payah cakap pape dengan orang camtu. Berdiam lebih baik. Tapi aku ada fiza, so fiza la tempat aku luah pe yang terbuku di hati..Hehe..



Bila kitaorang stress, kitaorang suka habiskan masa dengan window shopping..Mana lagi kalau bukan kat giant or jusco kan. Tapi selalunya giant la..Masuk giant bawa troli, padahal tak beli pe pon. Bila nak kuar pulang balik troli. So, troli tu just buat pegang2 je..Hehee..Kadang2 kitaorang karok sama2..Suara dia merdu...Aku pon dah hafal lagu pe dia suka nyanyi coz tiap kali karok pon lagu2 sama gak diulang. Hehee..Bila keluar dengan kawan2 lain, dia mesti ada. Kalau tak aku taknak pegi..Hujung minggu selalu jogging sama-sama. Tak jauh pon, area rumah kitaorang gak.Hehee..tapi sejak dia dah pindah tempat lain, aku memang jarang keluar rumah. Kalau ada pon keluar sorang2 atau dengan incik tunang. Tapi incik tunang selalu bz..Cari duit nak kawen gak. Lagi pon tak elok la asyik keluar selalu.




Bila time besday, selalunya kitaorang terus terang je kitaorang nak apa..Pas survey2 kat kedai, nanti masing2 belikan. Camtu lagi bagus kan? Kita dapat apa yang kita suka..



Kitaorang mungkin banyak persamaan dari segi kegemaran dan ada chemistry. Bila jalan2 nampak kasut yang cantik, dia nak beli, aku pon akan beli..Nampak tudung cantik, aku nak beli, dia pon akan beli..Nampak handbag tu cam cantik je, aku beli..Tup tup tak lama pastu dia pon beli handbag lebih kurang camtu..Nampak makanan sedap, aku nak makan, dia pon akan makan gak..Klaka je. Hehe..dia pon pernah ikut aku balik kampung, kenal family aku..family aku pon suka dengan dia. Orang peramah memang mudah mesra dengan orang kan.




Selalunya bila ada makanan kitaorang akan makan sama-sama..Kitaorang akan ingat satu sama lain. Kalau time tu aku takde kat umah, dia akan simpankan untuk aku. Kalau time tu dia makan kuih walaupon sikit, dia tetap akan tinggalkan sikit untuk aku rasa. Camtu la sebaliknya..Kitaorang tiap hari masak kat umah untuk makan malam. Masak sama-sama, makan sama-sama..Beli barang dapur sama-sama..apa dia teringin makan, aku akan masakkan. Kadang2 kat umah aku panggil dia "madame" je. Tinggal order pastu dapat. Haha! Tapi sekarang aku masak and makan sorang2 je coz dia dah takde..Rindu saat2 tu..;(



Bila dia bertunang, aku pon bertunang..cincin tunang kitaorang pon hampir sama, saiz je lain..hehe..tapi fiza dah kawen dulu and dah menetap di JB bersama suami tercinta. Alhamdulillah, murah rezeki dia.





Time dia nak benti keje tu aku la paling terasa. Tapi aku takde la tunjuk kat dia coz aku taknak dia bersedih. Minggu-minggu selepas dia takde, memang aku cukup terasa..Sunyi..sepi..takde lagi kawan nak bergurau, kawan pergi kerja, kawan makan, kawan mengusik, kawan berjogging, kawan masak, kawan jalan-jalan, kawan pegi karok..sume wat sendiri dah. aku kena biasakan diri gak. Lama-lama ok..fiza, kalau ko baca entry ni, ko jangan risau tau. Aku ok and hepi je kat sini, aku harap ko pon sama..;D


Bole tuju lagu??


Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri






P/s : entry kali ni banyak gambar plak ekk..ekekee..;p









Sunday, May 13, 2012

4 Tanda Hidup Tak Berkat



4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, Aku suka baca tips2 and tazkirah yang aku dapat dari internet. Tapi macam rugi pula kalau simpan sorang2..Apa salah nya kalau benda baik kita share sama2 kan..Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain..Kadang2 kita tengok orang yang hidup sederhana, semua biasa2 je tapi lagi bahagia dari kita..Makan pakai semua cukup. Jiwa tak resah memikirkan hutang bertimbun.


2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan. Bukan kita tak usaha, tapi usaha kita selalunya tak mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Adakah usaha kita diberkati?


3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang. Nak bercakap memang senang, nak mengamalkan tu yang susah. Marilah kita sama-sama cuba amalkan apa yang kita selalu nasihat pada orang lain.


4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas. asyik fikir kerja je 24 jam tapi masa dengan Tuhan kadang2 kita abaikan, kita lewatkan..Macam mana hidup nak berkat? Bukan ke semua rezeki tu datang daripada Nya?


Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?



Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga


by: Islamic Articles



Friday, May 11, 2012

Ciri-ciri Suami Awesome




Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers