Friday, March 29, 2013

Kek Lapis Sarawak dan Collagen Cappucino




 Assalamualaikum...

Hehe..Sebenarnya tatau nak tulis tajuk pe. So aku wat je la tajuk yang direct to the point. 

Aku nie sebenarnya penggemar kek. Tak kira la ko bagi makan kek apa, aku akan makan je. Rasanya kalau kek kat secret recipe tu semua flavor aku dah rasa. Hehe..So, tetibe terbaca sorang membe aku, si nad (Adeh, nama sama lak ;p)  post kat wall fb dia tentang kek lapis sarawak..Aummm..sedapnye~ Pastu siap uplod gambo lagi..Bertambah tak tahan la aku melihatnya. Kebetulan lak dia duduk Kuching and memang ada jual kek tu, terus je order. Sebuku RM10. Ok la tu kan, untuk aku sorang. Sebab hubby tak gemar kek2 ni..Manis katanya..Dia dah manis, watpe nak makan manis-manis lagi..Aiceh!


Pastu si nad ni pon ada jual kopi kolagen.Harga untuk 3 kotak, RM125..Agak mahal kan? tapi ada trial pek, 4 paket untuk RM10..Aku nak try trial pek dulu. Actually aku ni memang kurang sikit minum minuman 3 in 1 sebab tak elok kan..Tapi sekali sekali boleh la kot nak minum. So order sekali dengan kopi ni termasuk postage sume RM30...Senang berurusan dengan si nad ni. Jap je order dah sampai.

Gambar amik kat google la

Kek tu sedapppp sgt..Akak ipar aku stay kat Sarawak. Nanti dia balik kampung nak kirim la kek lapis banyak-banyak..Boleh tak? Hahaa..Yang aku beli ni perasa kendos kot. Eh, perasa ke perisa? Konfius jap. Hehe..Mula-mula cam pelik la dengar nama tu. Kondos? Apa tu? Pas google baru tau.."ooo..nama dia gini sebab ada letak coklat kecik2 brand kendos tu.."


 
 Haa..ni la coklat kendos

Time budak2 dulu memang suka makan coklat ni..Makan banyak berkeping-keping pon tak cukup. Hehee..Oh, kopi tu pon sedap sangat..Kalau harga dia murah sikit, mesti aku tak ragu-ragu nak beli lagi..Haha! Katanya bagus untuk kesihatan dan kurangkan berat badan..Aik? Aku yang dah sedia kurus ni, kang bertambah kurus lak..Hehee..Kurus kurus pon pas kawen terus naik 2kg kauuu~ ;D Kalau berminat nak order, leh la pergi ke blog dia --> Nadea Ramly




p/s: Cam teringin nak pakai set Miracle Beauty yang orang dok heboh2 sekarang ni..Ok ke eh?











Tuesday, March 26, 2013

Sijil Nikah

Alhamdulillah..

Setelah menunggu hampir 3 bulan, siap gak sijil nikah aku. Yeyy!! Ingatkan sijil nikah tu sekeping je, rupanya berkeping2 dan banyak muka surat..Kalau dah gini ghopenye, memang takleh la nak simpan kat wallet. Besar gedabak! Nak lipat2, sayang lak.

Time korang nak collect sijil nikah tu, jangan lupa bawa sekali sijil nikah sementara. Bila dah dapat sijil tu, check betul2 setiap maklumat yang tercatat dalam sijil tu. Jangan jadi cam aku punye, banyak spelling error. No. IC aku pon salah! jumlah wang hantaran, umur saksi, nama saksi pon salah..Mungkin time buat tu agaknya staf tu tengah mengantuk kot. Hehe..Takpela, human error. Yang penting, bleh betulkan balik.

Then, time amik sijil tu dia akan bagi sekali form untuk apply Kad Nikah Pintar. Isi form tu, dan sediakan perkara2 berikut, terus submit hari yang sama :

1. Copy IC suami dan isteri
2. Dua keping gambar isteri (wajib bertudung) dan suami (wajib bersongkok)
3. Borang permohonan
4. Buat bayaran RM50
5. Salinan sijil nikah asal

ni la borang nak kena isi tu..sekeping je..pastu kena tandatangan suami dan isteri

Masa hantar tu, hubby tanya kat staff yang kat kaunter tu

hubby : bila siap ye puan?
staff    : dalam 3 - 4 bulan
hubby : haa..??
staff    : Atau pon tunggu kitaorang call untuk datang collect.

aku yang dengar pon terkejut. Awat lama sangat?? Bukan benda tu sume pakai komputer je? Adeii..tunggu sijil nikah dekat 3 bulan..Tunggu kad nikah dekat 4 bulan..Terpaksa la mengusung sijil nikah original yang besar gedabak ni kesana kemari..Sabar...Sabar..

Tuesday, March 19, 2013

Demam






 Assalamualaikum...

Minggu lepas aku baru baik dari demam. Aku kalau demam, start dengan sakit tekak, selesema, bersin2 dan demam..Pastu batuk lak..Makanya sepanjang masa tu gak aku tak ke dapur. Tak larat..Huk huk..Tau2 je hubby dah siapkan makanan. Dia beli la, bukan masak. Hahaa..

Aku kalau jatuh sakit, memang payah nak makan ubat. Tak suke. Sebab aku memang jenis tak reti makan ubat. Dulu aku time skola, bila demam je, paling2 terer pon aku makan panadol kaler merah yang manis tu. Leh la gigit2..Dah nak habis skola menengah, baru aku reti makan panadol kale putih tu..Hahaa..Sebab pahit kan. Aku kalau makan ubat macam panadol, aku kunyah2 je pastu telan dan minum air. Kalau ubat pahit, nasib lah. Kalau ubat kapsul, aku buka kapsul tu, kuarkan isi dia, kacau2 bagi larut dalam air, pastu minum. Rasa dia? Ko cuba la sendiri kalau nak tau rasa camne. Aku gak takleh makan panadol soluble tu. Alergik. Mau ruam satu badan. Dulu aku taktau, so aku bantai dua biji panadol soluble tu. Sebab senang kan. Terus minum je air tu, tak payah kunyah2 panadol yang pahit tu. Pastu terus muntah2 dan demam makin teruk. Kuar ruam2 merah satu badan. Bila gi klinik, doktor cakap aku alergik ubat. Huuu..

Memandangkan aku tak suka makan ubat, maka berbotol2 air 100plus la aku minum bila demam. Alhamdulillah, baik.Time demam jangan minum air tu sejuk2..Bagi kuar semua gas dia pastu minum camtu je. Seronok bila time sakit ada orang jaga kan.Ada orang kemas rumah..Ada orang siapkan makanan..Ada orang hantar dan amik pegi kerja..Ada orang urutkan bila lenguh..Ada orang picitkan kepala bila pening..Ada orang selimutkan bila tidur..Hahahaa..Nak berjalan dalam umah pon kunun tak larat, minta dukung. Mengade sangat. ;p Padahal time kerja kat ofis ok je..;D

Bila aku dah sembuh, hubby plak berjangkit. Sebelum tu aku dah warning, jangan dekat2 sangat dengan aku, nanti jangkit. Nak kiss pon aku bagi pipi je..Hahaa..Kejam. Now sekarang memang dah berjangkit. Tapi dia degil, suruh makan ubat pon takmau. "takpe, abg kuat..", katanya. Last2 bila tak tahan sangat, dia pegi klinik sendiri. Hehee..Tapi still tamau amik MC, cukuplah amik ubat je katanya. Ok lah, layankan. Apa dia nak, kita cuba tunaikan. Bila tak selera makan, aku wat kan bubur ayam. Licin. Hehee..Gi kerja pon, aku siapkan sapu tangan dengan sebotol air 100plus untuk dia bawa coz asyik selesema je kan. Bagi minum air suam campur madu dan limau nipis untuk legakan sakit tekak dan batuk. Sekarang dah sembuh. Alhamdulillah.

Bila dah berumah tangga ni, kena selalu give and take..Hidup saling bergantung antara satu sama lain. Bila kita susah, dia ada..Bila dia susah, kita ada..;)
 










Tuesday, March 12, 2013

Pregnant



Assalamualaikum

Ye..
Tak perlu lah excited sangat bila baca tajuk tu.
Coz, actually...

I'm not pregnant yet.

Erm..Sebenarnya aku kalau boleh malas nak wat entry pasal ni. Tapi dah camne leh tertaip pon aku taktau. Normal la kan, bila kita hidup nih dikelilingi orang yang sangat sangat la mengambil berat tentang diri dan hidup kita. Sangat sangat la suka mengambil tau tentang hal orang lain. Dan sangat sangat la peramah bila kerap kali tanya perkataan yang kadangkala dia dah tau jawapan nye pon kan.

Bila kita single,
"bila nak kawen?"
"dah jumpa pasangan lom?"

Bila dah bertunang,
"kawen jangan lupa jemput, tak sabar nak merasa nasi minyak ko.."

Tapi bila jemput, takde nye muncul batang hidung plak kan. 
Itu dah biasa.

Bila dah berkahwin,
"bila nak bertiga?"
"dah ada isi belom?"
"bila nak pregnant?"

Lagi tak tahan bila yang dok tanya, "bulan ni dah peyed lom?" "Bila last peyed?"

Hamboiiiiii..Sejak bila plak aku kena repot kat orang bila nak peyed ni..Sangat annoying tau...
Kalau ko tanya soklan pasal pregnant kat aku camtu, konfem lah aku nak je jawab "kalau boleh, sekarang pon nak" Memanglah ia just soalan, sekadar bertanya. Tapi yang bertanya bukan lah seorang, tapi beramai-ramai..Err, maksud aku, ramai lah yang bertanya soklan yang sama. Sebulan..Dua bulan kahwin..Aku ok lagi, kalau orang nak tanya pon, jawab je lah

"Belom ada rezeki, awak doakanlah sekali ye"

Tapi bila dah masuk 3 bulan ni, bukan je aku yang risau..Tapi kerisauan bertambah-tambah jadi stress bila orang asyik tanya benda yang sama..and aku tau tu tak elok. Bila stress lagi susah nak pregnant coz tu mengganggu hormon kita. *sigh*

Sape taknak anak? aku sangat-sangat lah nak...Aku yakin mostly semua pasangan mahu kan anak. Lagi cepat lagi bagus. Sebab tu lah orang berkahwin. Dengan salah satu tujuannya, untuk mendapatkan zuriat dan keturunan secara sah dan halal.aku ni mungkin boleh ditahap sabar lagi. Ramai je pasangan yang dah 3-4 tahun atau lebih, tapi masih belum dikurniakan zuriat kan? Siapalah kita nak persoalkan takdir. Ko tanya lagi bila nak pregnant. Boleh tak aku balas balik "ko tau ke bila ko nak mati?" Nape tanya camtu? Sebab ajal, maut, jodoh, pertemuan semua tu rahsia Allah..Dan zuriat juga termasuk lah rahsia Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..Hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat hambanya..

Tak perlu lah nak persoalkan, bila pasangan tu takdapat anak lagi..

"Lambatnye? Korang planning ke? Si anu tu baru kahwin terus lekat"

Heloooo..Tak semua orang sama ye..Sila paham. Kalau dia dapat rezeki awal, alhamdulillah. Tu dah rezeki dia. Kalau lambat, insyaallah redha lah. Dan berusaha lagi.

Dulu time masih single, aku selalu remind diri aku..Takmo tanya orang yang baru kahwin or dah lama kahwin dengan soalan "dah pregnant ke?" "bila nak pregnant?" Coz aku tau that kind of questions sangatla sensitif. Dan aku berharap bila aku dah kahwin, takde la orang tanya aku camtu. Tapi..Ada gakkkkkkkk~ =_=

Kalau la asyik ulang ulang tanya..

Bila?
Bila?
Bila??

Haihhh..pe nak jawab?? Jawab pakai tangan boleh?
Talk to the handdddd..ekekke..

Sebenarnye kalau tak tanya pon, kita leh agak kot jawapan tu..Kalau dah pregnant, mesti lah nampak "timbul" kat perut dia..Tak pon nampaklah baby nye bila dah kuar..See? tak perlu tanya pon. Tunggu je dan insyaallah ada jawapan. Ko tanya tanya macam la ko nak tolong jaga anak tu nanti kan? eh, teremo lak. Maaf.

Tak lama lagi nak raya dah..Hmm..Raya mesti lah best kan? 
Jumpa sanak saudara..
Berkumpul ramai-ramai..
Tapi kalau ditakdirkan time tu lom ada rezeki lagi.
Pasti bertalu-talu soalan "itu" akan timbul...T_____T

I hate that kind of questions! Camne ye nak cakap..Susah la nak describe perasaan tu! Hanya orang yang mengalami je leh faham...but I believe that kun fayakun is kun fayakun. 
Rezeki semua di tangan Tuhan. Bersabarlah hati. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. ;)

Maaflah kalau entry kali ni berbaur luahan.
Untunglah aku dikurniakan suami yang sangat memahami dan rajin memujuk..
Korang doakan lah moga kami cepat2 menimang baby...
Kembar pon ok.
^_^



 

Wednesday, March 6, 2013

Mengirim Wang ke Indonesia dengan Western Union







Assalamualaikum...

Hari tu tibe2 kawan aku kat Indonesia sms, bagitau yang dia urgent perlukan duit..Udah nak kena kirim time tu gak. Aku dah la tak penah nak transfer duit selain dalam Malaysia ni..so aku tanya dia katne nak buat? Dia suh gi Money Changer...Walau pon rasa ragu-ragu coz setahu aku kat situ leh tukar duit je, tapi aku pergi la gak..Sah! Tekaan ku betul..Dan dan time tu payah no la nak contact kawan aku ni, sms tak balas (dia habis kredit rupanya), call pon payah..Facebook dia takde plak. Heh ;p Maklumla enpon takde roaming, kena call dia guna fixed line and dail dulu 101 untuk sambungkan panggilan ke Indonesia.





Pas dapat contact dia, aku cakap je dengan dia nak transfer guna Western Union, cek kat website, cawangan dia ada kat post office area office aku. So bergegas la ke post office yang terletak dalam shopping mall itu..Alamak ramainye orang~~ Takpe, kita amik no.giliran dulu. Lepas tanya kat akak kat kaunter pos tu, dia suh amik borang and bagi copy IC..Adei, takleh ke copy dalam post office je? Dia kata takleh. Dah celah mana aku nak cari kedai potostat ni? Udahnye patah balik ke ofis, semata-mata nak copy IC then beratur balik kat post office tu..Pfftt..!


Bila no. dipanggil kejap je selesai. Tu lah, kalau taktau memang rasa payah no la urusan dia. Kalau dah tau, settle kejap je kan. So, kalau korang pon nak kirim duit ke Indonesia or luar negara guna Western Union, ni tips :

1. Bawa copy IC siap2 (jangan lupa cross dulu, takut ada pihak salah guna)
2. Bawa duit yang nak di transfer dalam RM, tak payah susah2 gi tukar nilai matawang..Sume tu pihak Western Union yang uruskan.
3. Amik borang, minta kat kaunter..Borang free je.

 Then, dia akan bagi copy borang tu kat kita. Ko inform kat kawan ko kat luar negara tu no. PIN. Sebab time dia nak amik duit tu nanti, akan ditanya nama dan no. PIN...Tak sampai sejam pon dah leh collect duit tu. Jangan lupa ada extra charge ye untuk servis ni. Tapi tak mahal pon.Ok.


















Monday, March 4, 2013

Preview : Kek Kahwin (Green Velvet)




Assalamualaikum...

Bila takde idea nak update blog, mari lah kita korek-korek cite pasal kawen lagi..Bio sume orang muak dan termuntah nak baca..Ohhohohoo..



Ok, kali ni cite pasal kek kawen lak. Actually aku takde kisah sangat pasal kek kek ni..Asalkan ada, cukup lah. Aku ingat nak beli kek secret recipe je. Senang dan sedap. Tapi makcik aku cadangkan, tempah la kek yang cantik cket, bukan selalu pon kan..Oklah, fine. Kita ikutkan je. Sebab masa dah suntuk dan aku tak jumpa kek mana berkenan di hati, aku bagi je duit kat makcik aku and minta tolong dia settle kan. Then makcik aku bawa gi umah sorang pembuat kek ni. Katanya dia dah selalu beli dengan akak ni. So, ikutkan je. Akak ni peramah, senang nak deal dengan dia. Aku cakap je nak design camne, kaler pe..Then dia leh wat. So, aku bayo terus untuk kek 2 tingkat, 1 saiz besar dan 1 lagi saiz sederhana. Perisa Green Velvet ye bukan Red Velvet. Ehehe..Sebab aku request akak tu tukar kale ijau supaya masuk dengan tema aku nanti...Harga? RM200 je..Berbaloi-baloi..Huruf N & H tu mewakili nama kami...hehe..


So, ini lah kek nye...Tadaaa! Tema biru turqoise + hijau. Pisau cam pedang tu dapat free. And akak tu pon ada bagi free gift bluberry cheese tart sekorak yang super duper sedap..Yummy..Tenkiu! Kalau korang yang duk area Batu Pahat berminat nak tempah dengan akak ni, boleh la ke page FB beliau iaitu ; Pettilicious














Friday, March 1, 2013

Klip instrument doaku Hadad Alwi_by asrull



Bila layan je dia punye rentak walau tanpa lirik..Memang mengasyikkan..Nak nak time tu tengah bersedih ke, marah ke, jiwa pon leh jadi tenang..Tapi kalau yang tengah bersedih, dengar lak rentak camni, mau terus banjirrr..hehe..

DIY : Guest Book





 Assalamualaikum...

Lagi entry stok dari draft yang lepas-lepas..Kali ni cite pasal Guest Book lak..Tengok pengantin lain buat Guest Book, kita pon nak ada jugek la kann~ ehehe.. Tapi pengantin lain punye mahal-mahal, kite punye meurah-murah je, jimat kos, janji hado..hehe..tapi yang penting, aku kena pikirkan sesuatu yang kreatif. Sebab time dua2 majlis kan ada dua pasang pengantin, so kena semua la dapat guest book. Aku lak telah mengofferkan diri untuk membikin guest book derang.

1. Poskad
Banyak idea yang timbul time nak buat nih..Rasa cam nak wat bentuk cam poskad banyak-banyak, then orang tulis je atas kad tu, pastu masukkan dalam bekas. Cam blogger ni wat la..



Tapi cam leceh lak nak simpan nanti kan..Nak asing-asingkan nama lagi..Nak beli album lagi..leceh-leceh...



2. Quilling 
Yang ni comel gak...dah berangan gak nak buat sendiri. Tapi ofis aku takde shredder yang sesuai untuk quilling tu. Shredder ofis aku, bila masukkan kertas terus hancur lumat. Hehehe..Nak beli sendiri semata-mata wat tu je, cam membazir lak. Nak gunting kertas tu satu persatu, tak koser aku..Haha! So cencel gak...

 




         


3. Hard cover book



Hah, yang ni paling sesuai! Mudah, jimat dan adil..Nape adil? Sebab setiap pasangan pengantin dapat buku masing-masing..Aku wat untuk abang aku and bakal adik ipar sekali. Tapi design lain-lain sikit lah kan. Untuk aku punye ni..Aku amik cover dari planner yang aku ada. Planner tu pon dapat free kat ofis, supplier bagi. Nampak cantik je cover dia dari kulit dan ada button lagi untuk tutup. aku tukar isi dalam dia dengan buku yang baru. Beli drawing block kat popular yang berharga, RM10 kalau tak silap. Cari yang hard cover baru cantik. Pastu isi ke dalam cover kulit tadi bagi ngam-ngam je masuk. Aku takde gambar nak tunjuk coz tak sempat amik gambar. Pe yang ada je lah aku tunjuk ye. Then guna la kreativiti korang untuk menghias. Tampal la bunga ke, manik ke, reben ke, sponge pon aku aku gunting bentuk love dan tampal..Hehe..Comel. Kalau kreatif, semua benda boleh jimat kan? Kos aku RM10 je, tapi berbaloi-baloi..Puas hati coz pas habis majlis, memang buku penuh dengan ucapan-ucapan dari tetamu yang hadir..Terima kasih korang!








DIY : Hantaran Nikah Tema Maroon + Peach + Pink


Assalamualaikum...

Kali ni sambung cite pasal kawen lagi..Dah lama entry ni tersimpan dalam draft. Pe kata aku publish je kan?

Memandangkan time nikah takde hantaran, tersimpan sikit masa aku..Just dua dulang je lah untuk aku hias iaitu dulang barang kemas untuk acara batal air sembahyang dan dulang duit mas kahwin. Tu pon siapkan 2-3 hari sebelum majlis.

1. Dulang Barang Kemas.
Seriously aku memang takde beli apa-apa lah untuk menghias, aku just recycle balik barang-barang yang ada. Amik cket barang-barang time tunang dulu and makcik aku ada bagi bunga-bunga hantaran anak sedare dia yang dah taknak pakai dah. So, aku pakai la balik mana yang elok. Cucuk tang situ, cucuk tang sini, siap...Ada dua bekas untuk rantai dan gelang tangan.


 

2. Dulang Mahar.
Untuk mas kahwin ni mula-mula aku nak gubah cam sejambak bunga tu..Dah siap tukar sume duit dengan duit baru. Tapi duit baru ni dia cam licin sikit kan. Cam plastik. So cam susah nak lipat-lipat, maka terpadam lah hasrat tu. Then, macam nak letak dalam frame je, tapi duit kertas banyak-banyak, bape frame lak nak guna? Album? Old skul sgt...Ok cancel..so, timbul idea. Aku gulung-gulung je then ikat reben. Masuk dalam bekas baldu. Bekas ni akak ofis bagi time besday aku. Akak ni memang ada jual barang-barang english deco and vintage. Cantik lagi. Kan bagus kalau dimanfaatkan? Hehe..Sampai skang masih utuh lagi duit2 dalam ni..



Hubby : Simpan la duit ni sampai anak-anak kita besar nanti.
Aku     : Takleh. 
Hubby : Nape?
Aku     : Nanti duit ni mereput. Rugi tak sempat wat shopping. Hihii..;p

Pekata tukar dengan sepasang subang emas ke? Aci tak? Ekeke..




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers