Tuesday, June 18, 2013

Sesi Berqaseh

Assalamualaikum...

Since badan cepat letih dan mengantuk sekarang ni..Aku tercari-cari produk supplement untuk dicuba..Dah la sekarang ni jarang exercise coz kawasan perumahan aku banyak cina dan anjing berkeliaran, kang tak pasal-pasal masuk spital sebab kena gigit anjing (ceh, alasan je tu! ;p) Macam-macam gak kawan-kawan ada cadangkan untuk aku amalkan, Evening Prominese Oil (EPO), kapsul kacip fatimah la,  shaklee dan etc etc..Tapi aku tertarik dengan cadangan salah sorang opismate iaitu blogger mzhany untuk mencuba produk Qaseh dari Ana Edar.

Kandungan utama Jus Qaseh adalah berasaskan makanan sunnah nabi iaitu kurma, habbatussauda, air zam zam, madu dan sebagainya. Kadang-kadang orang terlalu eager untuk dapatkan supplement berasaskan bahan-bahan perubatan moden sehingga melupakan sunnah nabi. Mungkin jus ni kita boleh bikin sendiri dengan blend semua bahan-bahan tu, hehe..Tapi disebabkan malas, kita beli je lah yang ready made. Lagipun bahan-bahan lain seperti Zaffa'ran dan Habbatus Sauda tu mana plak nak dapatnya kan..

Supplement ni hanyalah sebagai makanan tambahan je. Kalau nak kekal sihat, kita kena gak jaga pemakanan, rajin exercise dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Memandangkan area rumah aku ada swimming pool, kalau ada masa, aku pergi gak berenang ngan hubby. Nak pegi berenang sorang-sorang segan lak. Hehe..Tu pon salah satu cara untuk exercise kan? Setiap minggu juga aku peruntukkan sekurang-kurangnya dua hari tanpa minyak. Kira cam colestrol free la. So aku just masak makanan yang kukus, rebus atau bakar je. Beras yang kitaorang gunakan pon sekarang dah bertukar ke Herba Ponni Taj Mahal yang takde kanji. So, sesuai la untuk orang diet. Hehe..Tapi sebenarnya ni sebab mak mertua aku la duk suruh guna beras ni coz tengok badan hubby macam dan mencanak-canak naik kot. tapi aku tengok sama je. Maintain ensem..Wakaka..Mama memang pakai beras ni coz dia kan pesakit diabetes. Selepas hampir 1minggu guna beras ni, memang berat hubby dah turun 1kg. Alhamdulillah..Harap-harap dapat la sampai ke target dia untuk sampai ke 60kg..hihi..Beras ni harga dia RM38 untuk 5kg..Tapi agak jimat gak coz bila nak masak, untuk satu cawan kecil tu, letak air 3 cawan. Coz dia takde kanji, so dia perlukan air yang banyak untuk mengembang. 1 cawan tu boleh makan sampai 3 orang. Bila makan beras ni gak automatik perut akan rasa cepat kenyang ;)



Di bawah ni aku kongsikan kebaikan jus Qaseh:

KEBAIKAN & KHASIAT QASEH ADINDA GOLD @ QASEH KEKANDA GOLD
:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular    dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian



Jus ni rasanya agak manis dan pekat..Kuat rasa madu dan kurma. Kot yang tak biasa makan manis-manis, boleh la teguk air masak pas minum jus tu, macam kitaorang hehe..Bila nak minum jus tu je, mula la kunun-kunun nak romantik sweet-sweet. Berkanda-dinda sambil masing-masing suapkan jus tu kat mulut pasangan. Wakakka..Dah jus tu kata untuk Kekanda dan Adinda kan, kitaorang follow je lah..Hehee..


Jom, amalkan cara hidup sihat!

Friday, June 14, 2013

Laluan Kontra ke Putrajaya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Berbulan-bulan meredah jalan jem untuk pergi dan balik ke tempat kerja, kini dah jumpa solution untuk atasinya. Untuk jalan balik ke rumah dari tempat kerja, aku sanggup lalu highway PLUS walaupon ada satu exit je. Tol pon cuma tambah 40sen. So dapatla skip jem dari MARDI hingga ke Sg.Ramal...Sebelum ni kul 7 lebih selalunya baru smpai rumah. Sekarang kul 6.30 pon dah sampai rumah...Syukurrrr...Untuk pergi ke tempat kerja lak, jika kebiasaannya, aku akan lalu highway Kajang Silk untuk ke tempat kerja di Seri Kembangan. Maka panorama jalan jem adalah biasa bagi aku.


Camni lah rupanya..Jalan terkedek-kedek. Kalau drive kereta manual, lagi la terasa azabnya..Tapi lama-lama dah terer kan, aku bawa breakfast atau snack siap-siap dari rumah. Bila tersangkut dalam jem camni, sambil layan radio Era.fm, tangan lak pegang makanan and mulut mengunyah. Tanpa pegang stereng, slumber je control kaki untuk tekan pedal minyak dan clutch..Heheee..

Tapi baru-baru ni, LLM umumkan yang diorang akan wujudkan laluan kontra ke putrajaya. Means, lorong menghala ke Putrajaya ada 4, dan ke Kajang menjadi 2...Weeehooo! 



First day tu aku tak ikut laluan kontra, coz isau kang tetibe keluar kat mana-mana ntah. Tapi sumpah menyesal coz jalan jem gileee..So esoknye aku ikut laluan kontra, adalah sangat mendamaikan coz perjalanan smooth je. Alhamdulillahh~


Tapi ikut laluan ni, takleh la ko nak potong-memotong coz ada satu laluan je kan. Tapi ok lah coz dah tak jem. Hehee..Makanya sekarang tak sampai 30 minit pon dah boleh sampai ke opis. Makin lambat la aku keluar dari rumah! Opss~

Wednesday, June 12, 2013

Alhamdulillah..


Alhamdulillah..

Mama dah leh kuar hospital..
Syukur sangat-sangat.
Wat sementara ni mama duduk umah kami dulu coz badan pon lom kuat sangat dan kesihatan pon lom pulih sepenuhnya kan.
Tapi mama dah leh jalan sendiri, makan sendiri, selera pon dah ada.
Makan pon bertambah-tambah mengalahkan hubby..hehee..Mungkin sebab dah hampir 2 minggu hari tu dia takleh nak makan pape..
Alhamdulillah.


Time nak check out dari hospital tu, dapat bil 4k..OMG!!
Tapi tu harga sebenar la, dia tulis kat bil tu, hanya perlu bayar 400++ after subsidi kerajaan..Terima kasih kerajaan, banyak tolong rakyat ye..tapi memandangkan mama pemegang kad pesara kerajaan, so tak perlu bayar pape. FREE! Alhamdulillah..


Sekarang bila hubby kerja malam, aku ada teman kat rumah. Hehee..
Aku jaga mama elok-elok macam mak sendiri. Sediakan apa dia teringin minum atau makan, basuhkan baju, layan dia berbual, potongkan kuku, urut-urut bahu dan aku suka sangat belai-belai rambut mama. Lembut sangat, kalah model iklan shampoo. Salah satu tugas terpenting, jadi jururawat mama. Hehe..Lepas mama keluar hospital, doktor ada bekalkan beberapa jenis ubat dan insuline set. Ubat-ubatan seperti pil hanya untuk mengembalikan ketahanan tubuh mama. Ye la, lepas keluar hospital kan tubuh lemah lagi.Tapi yang insulin tu, aku kena inject mama tiap-tiap hari..Sehari 4 kali iaitu pagi sebelum sarapan, tengahari sebelum lunch, malam sebelum dinner dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang time aku kerja, hubby yang tolong inject. Mula-mula tu cam cuak-cuak juga nak inject. Ye la, takut tersalah cucuk ke, jarum terpatah ke, apa ke..Tapi alhamdulillah, lama-lama seronok lak. Hehe..Mama tak berani nak inject sendiri, takut kata nya. Tapi nak bagi mama pandai gak coz time aku and hubby kena kerja nanti sape nak tolong inject kan? Ini lah rupa pen untuk inject tu. NovoPen :


Insulin ni fungsinya untuk kontrol and merendahkan tahap gula dalam darah. Mama ialah pesakit diabetes, so ubat-ubatan dah tak dapat nak tampung dah. Terpaksa la kena inject seumur hidup..huhu..




Untuk kita yang sentiasa sihat ni, kena la sentiasa berjaga-jaga dalam pengambilan makanan dan jalani cara hidup yang sihat..Time sihat memang syok je bedal semua kan? Bila dah jatuh sakit, bagi pape pon tak lalu...huhu..



Tuesday, June 4, 2013

Update : Keadaan Mama

Assalamualaikum..

Apa khabar?
Sudah makan?

Alhamdulillah..Sejak aku post entry berkenaan mak mertua aku yang tak sihat, (rujuk sini) ramai gak yang contact aku through skype, sms, whatsapp bertanyakan keadaannya. Ada gak yang bagi suggestion dan tips. Terima kasih aku ucapkan. Tak sangka ada gak silent reader blog ni, walaupon kalau tengok dari follower dan komen yang ada cume berapa kerat je lah. Takpela, aku menaip entry di blog bukan untuk mendapatkan populariti, just untuk keseronokan dan berkongsi cerita. aicehhhh.. (ayat pasrah) hehehe..

Berkenaan kesihatan mama, weekend yang lepas keadaan mama masih tak berubah. Masih muntah-muntah even tak kerap seperti sebelumnya. Mama makin lemah dan tak bertenaga. Nak bangun untuk berjalan ke bilik air pon dah termengah-mengah.

Kesian.

Aku ni ntah kenapa sejak dua menjak ni hati jadi sehalus tisu. Cepat terusik. Bila urut-urut mama, dah rasa tulang je, cepat-cepat aku berlari ke dapur. Konon nak masak air. Padahal..
Menangis..T__T
Adeh, takleh tahan tengok orang tua yang menanggung kesakitan. Walaupon dia tak cakap, tapi dari riak wajahnya boleh bayangkan azab yang ditanggung. Mama taknak dibawa ke klinik atau hospital. Puas dipujuk. Mungkin dia fobia asyik kena cucuk je macam sebelum ni.

Malam tu mama batuk-batuk lagi dan muntah. Muntah air berwarna hitam.
Kami cuba pujuk pergi hospital, tapi mama enggan dan berkata "esok je lahhh..."
Mama nak tidur.
Ok.
Esok pagi, by hook or by crook kena gak bawa mama ke hospital.
Kami semua tidur dalam keadaan yang tidak nyenyak kerana risaukan keadaan mama.

Menjelang pagi, selepas bersarapan, kami terus bawa mama ke hospital.
Mula-mula mama dimasukkan ke bahagian spara kritikal, then dipindahkan ke emergency room.
Menjelang petang, kami dibenarkan untuk tengok keadaan mama.
Hanya seorang je dibenarkan masuk dalam satu-satu masa...Melihatkan keadaan mama yang terbaring lesu, dengan wayar yang bersilarat sana sini..Leher ditebuk, tangan kiri kanan dicucuk wayar dan perut juga, untuk memudahkan pengaliran air kencing. Keadaan mama dipantau 24 jam. 
Allahh....T___T
Terus aku salam dan cium tangan mama.
Duduk di sudut katil dan peluk kaki mama.
Tak sanggup aku tengok keadaan mama camtu. Ye lah, orang yang sebelum ni kita tengok dia ceria dan sihat je, tiba-tiba terbaring sakit camtu. Huhuu..

Menjelang malam, baru lah mama ditempatkan di wad Stabilization Area.
Means, keadaan mama sentiasa dipantau kerana belum betul-betul stabil.
Kandungan gula mama terlalu tinggi, tetapi kadar garam terlalu rendah. Mungkin sebab mama asyk muntah-muntah sebelum ni, so badan jadi dehydrate.
Ada 4 katil di bilik mama. Bila pandang keliling, sayu tengok keadaan pesakit lain.
Semua dengan wayar berselirat di badan dan tak berdaya bangun, dan ada juga yang bersambung dengan mesin (aku tak sure mesin apa) yang sentiasa berbunyi..tett..tet tet..tett...tet tet. 

Kini, bermula lah episod kami bergilir-gilir menjaga mama.Kerana siang hari aku dan hubby bekerja, adik bongsu hubby akan menjaga mama. Selepas habis waktu bekerja, aku bergegas pulang ke rumah, mandi, menukar pakaian, solat maghrib dan bersiap-siap pula ke hospital. Mungkin masih ada baki masa beberapa minit untuk menyediakan juadah makan malam. Tapi hubby kata tak perlu. Dia beli je. 
"abg taknak syg penat sgt...cukuplah syg tolong jaga mama..kemas rumah dan lain-ain biar abg buat.."

 

Menjaga pesakit di hospital, tidak memungkinkan kita untuk tidur...Kalau nak tidur, baik balik rumah. Coz aku takut kalau aku tertidur, tiba-tiba mama haus nak minum ke, lenguh-lenguh ke, nak termuntah ke, atau ada apa-apa yang dia perlukan, kita boleh segera bertindak. Tapi ada gak terlelap kalau mata dah tak tahan sangat. Time-time camni la terbayang betapa empuknye katil dan tilam kat rumah..Hehe..



Menjelang subuh, bertukar shift kembali dengan adik ipar..Dan aku meneruskan rutin harian, bekerja di pejabat. Kerja aku memerlukan aku duduk mengadap komputer dalam keadaan suasana sejuk penghawa dingin. Fuh, selesaaa...Hampir-hampir terlelap juga tapi aku tetap bertahan. Time lunch hour kang, leh tido. Yey!

senyap sunyi je bila lalu lorong ni..scary~~

Berbalik kepada kisah mama, mula-mula doktor suspect mama dijangkiti penyakit Hepatitis A atau ulser di perut sebab mama asyik mengadu sakit perut. Selepas pemantauan dan beberapa ujian dibuat, dapatlah disimpulkan rupa-rupanya kadar gula mama dah naik ke tahap tertinggi! Kalau manusia normal, bacaan gula adalah sekitar 5-6. Untuk pesakit diabetes, bacaan gula adalah sekitar 10-12..Tetapi doktor jelaskan kadar gula mama ketika di emergency room adalah 20 lebih! Terlalu tinggi..Allah..Punca? rupa-rupanya dah setahun mama skip makan ubat diabetes sebab dia rasa badan dia sihat je. Allah...Mengucap je doktor. dan bila aku ceritakan berkenaan hospital yang kami pergi sebelum ni..Mula-mula doktor kat sana cakap, mama keracunan makanan, then bawa hospital lagi, doktor cakap mama kena kencing kotor..Tapi doktor ni cakap mama takde penyakit tu semua. Dia pon pelik macam mana doktor yang mula-mula tu takleh detect. Patutla bila dah balik hospital time kat batu pahat tu keadaan mama tak berubah, macam takde kesan semua ubat tu. Dan lagi, ada satu ubat tu untuk kencing kotor, rasanya sangat masam, dan mengandungi asid untuk membunuh kuman dalam pundi kencing bagi penyakit kencing kotor. Tapi sebab mama takde penyakit tu, mungkin ubat tu dah menghakis perut dia sikit sikit, dah la perut kosong je tak makan, sebab tu dia rasa pedih kat perut..Huhuhuu...

Mujurlah kami bawa balik dia ke Kajang. Dekat sikit dengan tempat tinggal kami dan ada orang yang nak menjaga..Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga mama cepat sembuh..Sekarang pon keadaan mama dah stabil dan jarang-jarang muntah. Mama dah nak makan bubur sikit-sikit..Tak macam sebelum ni, minum air masak pon muntah. Alhamdulillah, syukur ya Allah..



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers