Thursday, February 2, 2017

My 31st Birthday

Assalamualaikum

Happy birthday..
Happy birthday..
Happy birthday to me..
Hehe.



Alhamdulillah..genap dah umur aku 31tahun..what? 31? tua nyaa..hehe..not tua actually, tapi matured. gituu..:p

Bila umur dah makin meningkat ni, takde la excited nak sambut ke, apa ke..Cukuplah sekadar masih ada yang ingat dan wish. Tu pon dah memadai dan cukup untuk membuatkan aku gembira. :) Paling tak sangka, ex-boss tempat kerja lama pon ada gak wish. Awww..so sweet. Tak sangka lak beliau masih ingat lagi. Hehe.

Tiba-tiba teringat balik time zaman muda mudi dulu..Bila time birthday je, kawan-kawan pakat dok kenakan. Paling dasyat adalah time aku baru mula-mula kerja kat office lama tu. Budak mentah dan noob lagi, so asyik la kena buli. Eh, bukan la buli apa, macam jadi target untuk diaorang bergurau. Hehe..Masa aku balik kerja tu, diaorang buat surprise celebration. Siap ada kek, makanan, dan staf berkumpul ramai-ramai nyanyi lagu birthday kat office..oh terharunya! Then balik kerja tu boleh pulak kena baling tepung. Huuhu..Ingatkan dah tamat kat situ je. Oh, tidakk..Malam tu kawan2 rapat kat office celebrate sekali lagi kat McD..Baliknya tak ku sangka, ada bala yang bakal menimpa. Depan rumah sewa kena simbah dengan sebaldi air longkang ke hape ntah yang busuk teramat sampai nak muntah. Ohh..how could you! Lepas mandi dan bersihkan diri, diorang bagi hadiah..Teddy bear yang sangat besar dan hadiah lain-lain..Huhu..Tapi takde lah nak marah ke apa, redha je lah. At least jadi pengalaman berharga buat aku. Hehe..

Tu cerita bertahun-tahun dahulu..Sekarang dah dewasa, hidup bahagia bersama anak-anak dan suami tercinta..Syukur alhamdulillah..:)


Thursday, January 19, 2017

mini pelamin murah!


Assalamualaikum..
Selamat bertemu tahun 2017 :)

Kali ni nak story sikit berkenaan bisnes sampingan yang aku buat. Boleh roger aku kalau korang berminat nak dapatkan barang atau perkhidmatan berikut :

1. Otak-otak frozen
2. Kerepek pisang dan lain-lain kerepek
3. Supplemen Yummy Skindy
4. Kosmetik Seqy Beauty
5. Sewaan Mini Pelamin RM100
6. Sewaan bantal nikah dan dulang hantaran
7. Servis gubahan hantaran

Entry kali ni aku nak detailkan berkenaan Mini Pelamin. Actually mini pelamin ni korang boleh dapatkan di area Selangor dan Johor.

MINI PELAMIN RM100..!!!

Murah kan..???

Pakej termasuk:
👉4 unit kain tirai belakang warna off white
👉2 unit kain tirai depan/scalloop warna off white
👉1 unit besi backdrop (max 7 kaki x 7 kaki)
👉2 unit stand box
👉2 unit bantal bulat
👉1 unit bantal ottoman atau 1 unit kerusi kacang atau kerusi petak
👉1 unit lampu spotlight RGB (boleh tukar2 warna)
👉2 unit lampu meja
👉2 unit pasu kaca beserta bunga artificial hydragea
👉2 unit pasu kaca kecil
👉2 unit grass ball
👉1 unit karpet bulu putih

Complete set!

Tapi..
Tapi..
TAPII..

Set ni untuk DIY je tau. Means kena ambil sendiri, pasang sendiri dan pulang sendiri. Kalau nak delivery boleh gak, tapi ada la caj tambahan. Hehee..

If korang nak beli sendiri semua barang ni, almost 1k gak la kos dia..baik sewa je kan kalau setakat nak guna sekali.

Whatsapp : 0192727724 (nad) atau 0195426612 (iera)

FB : Mini Pelamin RM100



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers