Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Petua Bila Baby Kena Demam Campak


Assalamualaikum...

 Alhamdulillah..masuk hari ni dah 5 hari hanan kena demam campak. Tapi maby sebab dia baru berusia 6 bulan, belum makan campur2 so antibodi masih kuat dan cepat sembuh..Hari ahad lepas dah perasan bintik2..then hari selasa camtu dah surut..3 hari..tinggal ada bekas2 je kat bahagian muka..


Alkisahnya hari jumaat lepas macam rasa badan hanan panas dari biasa...Bila bawa klinik malam tu, doktor kata suhu normal je, 37..Ni payah nya takde termometer sendiri kat rumah kan, tak tau suhu normal berapa, panas berapa..Then doktor pesan untuk lap2 je badan dia, maybe cuaca and dia bagi gak sebotol ubat demam, in case macam nak demam, leh prevent terus kan..Balik nya aku bagi makan ubat sekali, meraung-raung hanan sebab dia memang tak suka ubat..Tips kalau nak hilangkan rasa ubat tu ialah minum air zam2 tapi takde air zam zam lak kat umah. Redha je lah..Then tampal gak cool fever untuk baby tu bagi panas dia reda sikit..Esok nya aku terus beli termometer online kat lazada. Harga dia RM59.90 je after diskaun. Kejap je dah sampai..Senang pasni nak monitor suhu baby atau mak ayah nye sekali. hehe. 
  
ni la rupa termometer yang aku beli tu

on the way pergi klinik hari ahad tu..penuh dah kat muka and badan..T_T

Hari sabtu aku sukat suhu dia, dah turun sikit..36..kadang2 37..tapi dia merengek-rengek gak macam tak selesa. Then malam tu baru perasan macam ada bintik2 kat badan and perut dia..Aku ingatkan ruam lah sebab tak pernah tau camne rupa demam campak tu..Pagi ahad tu mandi kan dia macam biasa tapi hanan tak happy, selalu dia la paling suka mandi dan main air..Time nak pakaikan baju tu perasan dah makin banyak lak bintik-bintik..Penuh muka dan badan..Ah sudah! Anak aku alergik apa lak ni?? Rasanya takde la bagi makan bukan-bukan, bubur nasi je macam biasa..Ke alahan habuk? Towel? Tak terpikir pon demam campak sebab suhu dia normal je dan dia tak demam...Wassap gambar kat makcik, sah la demam campak..Aduhai, demam campak takleh kena air kan..Tadi ummi dah mandikan hanan patutlah tak selesa, terus naik bintik2 penuh 1 badan..huhu...Maafkan ummi...Terus bawa hanan ke klinik kali kedua.

Nie lah antara petua jika anak kena demam campak :

1. Jangan mandikan. 
Kalau nak mandikan, lap lap je dengan air suam-suam kuku. Tak usah la berenang kat besen tu. Nanti bintik-bintik cepat merebak dan rasa gatal.

2. Elak anak dari berpeluh.
Kat rumah aku pakaikan baju tipis-tipis je..Kalau kat bilik siap pasang dua kipas lagi, atas siling and kipas meja menghadap dia sebab nak elak berpeluh kan..Time siang tak payah pakaikan baju pon takpe. Kalau duduk dalam econ, selesa la dia..sejukkkk je..

3. Bagi minum air kelapa muda
Since hanan baru je start boleh makan, so aku takde la bagi banyak2..Tak banyak pon 2-3 kali gak aku bagi..sekali bagi 2-3oz..glup glup glup..habis dah dia minum..time kena campak nie hanan jadi kurang menyusu..makan langsung taknak..1-2suap terus merengek bila kita sua lagi..sedih aku..huk huk..Yang paling sedih dia taknak direct bf langsung! Taktau la jadi rasa payau ke, tak sedap ke..So terpaksa la pam then bagi thru botol..Tu pon minum nya 1oz je..sikit sikit..huhuu..! T_T then kerap terjaga malam..Maby sebab tak selesa ke..haus ke..cian anak ummi..

4. Cari daun semambu
Ok, walaupun aku asal kampung, tapi tak pernah tau pon camne rupa daun semambu nih..Ni pon 1st time dengar bila akak ipar suggest kan..Kebetulan ada kawan hubby kerja kat Taman Botani, dia lah yang baik hati tolong petikkan dan siap hantar ke rumah lagi malam-malam.

ni lah rupa daun semambu..macam daun kari, tapi besar sikit saiznya.

Guna nya daun semambu ni, boleh dibuat mandi..Kisar atau carikk2 then letak dalam besen air suam. Tapi jangan la mandikan lama2, ala kadar gitu, tujuannya nak bagi badan rasa selesa coz daun semambu ni leh hilangkan rasa perit dan gatal akibat demam campak tu. Aku mandikan hanan dengan air daun semambu ni sekali je..Selalu nya dia suka je mandi kan, ni masa mula-mula letak dia dalam ni dia buat muka pelik..pastu kaki slow slow kuis air..selalu time mandi kaki sampai nak terkeluar dari besen, tu aku suka mandikan tak payah pakai besen dah..pastu lama-lama dia menangis, maby sebab geli kot ada daun-daun dalam tu..hahaa..

aku pon macam tak selera je mandi dengan air camni ..hihi

Selain tu, boleh gak kisar halus, campur dengan bedak sejuk, sapu kat badan, tapi aku tak wat coz aku dah sapu ubat yang doktor bagi tu je..Boleh gak buat alas tidur guna daun-daun tu..

5. Rajin sapu ubat / lotion celamine yang doktor bagi
Jangan sapu sekali je sehari coz lepas sapu kan dia kering..Sapu la pagi sekali..petang sekali..malam sekali..Kalau malas pon buat lah dua kali sehari. Hanan bila sapu ubat ni dia jadi selesa dan berhenti merengek..Hilang kot rasa gatal2 tu..Taktau la dia rasa gatal ke tak sebab dia tak pandai menggaru lagi kot..huhu..

 

Alhamdulillah..hanan cepat sembuh..Bintik-bintik mula timbul hari ahad..Hari selasa camtu dah surut..Hari rabu dah tinggal bekas-bekas je dan hari khamis ummi dah boleh kerja..;)











Friday, December 6, 2013

Tips Minum Air Gula







 Assalamualaikum...

Sejak kandungan menginjak ke 5 bulan, selera makan aku bertambah-tambah..kejap kejap lapar..kejap kejap lapar..tak dapat makan berat-berat pon, dapat kunyah-kunyah jadi lah..Kat umah sentiasa kena sediakan kudapan macam roti ke, biskut ke..tu pon kadang2 sekali hadap je dah habis..huhu...

Tambahan pula sekarang cuti sekolah kan. Maka tiap-tiap minggu tak putus-putus la dapat jemputan kenduri kahwin..Kadang-kadang dalam sehari tu sampai 3-4 tempat kena pegi..Dan tiap rumah yang aku pergi tu, mestilah kena makan nasi. Nasi baryani lagi tau..Sedap sangat, aku suka..Walaupon siang nya dah makan banyak, malamnya still boleh melantak yang berat-berat lagi macam sate, chicken chop..huhu..so bila next appointment...jeng jeng jeng...dalam 2 mgu berat dah naik dekat 4kg weiii...patutnya time tu datang check up sebab HB rendah, tapi sekali dapat detect berat terlebih naik, abeslaaa...

Berat sepatutnya bagi wanita hamil, bulan pertama hingga ke kelima, boleh naik 0.5kg je sebulan..berat selepas tu boleh naik 2kg je sebulan, atau 0.5kg seminggu..tapi berat aku tu dah macam berbulan-bulan punya..sebelum pregnant, 48kg je skrang dah 55kg..dekat nak bersalin nanti taktau la berapa plak. huhu..

Oleh kerana berat badan dah ternaik lebih dari yang sepatutnya, maka doktor suh set another appointment untuk minum air gula..Perkara yang paling aku dan ibu-ibu mengandung paling tak suke..Aku tak pernah kena pon sebelum ni. Ingat nak tipu-tipu gak la time bagitau berat tu kan, tapi risau lak..Kang jadi pape, padan muka aku. So relakan je lahhhh~

Alhamdulillah, tadi aku berjaya minum air gula dengan jayanya tanpa muntah. Hehe..Meh, aku share tips:

1. Kena start puasa dari pukul10 malam..
- Jangan makan or minum pape pastu. Tapi kalau dah haus sangat minum la seteguk dua air masak untuk basahkan tekak. Sebelum kul 10 tu aku dah makan nasi, makan kurma dan minum air masak banyak-banyak untuk tenaga keesokan hari nya.

2. Sampai klinik awal (sebelum kul8)
- Selalunya kaunter ambil no. giliran tu buka 30minit awal dari waktu temujanji, so 7.30pagi dah bleh amik no.giliran. Tapi ko kena sampai awal means 7.20 ke..So tak perlu la ko nak beratur panjang and tunggu lama..Nurse akan ambil darah then baru minum air gula.

mak oii...panjang dah.

Nurse akan bagi 2 tube untuk ambil darah sebelum dan selepas minum air gula
 
3. Minum laju-laju dan sementara air masih hangat
- Lagi satu untungnya kalau datang awal, nurse baru bancuh air gula tu. So ko kena minum time air tu masih suam. Sape yang datang lambat sikit, air dah sejuk dan gula pon jadi likat, lagi la loya ko nak minum. Dah la perut tengah kosong time tu kan. Minum laju-laju. Jangan stop sampai air dalam gelas habis. Jangan minum sikit-sikit. Jangan fikir apa pon time tu, fikir nak habiskan cepat-cepat je. Jangan lupa selawat dan baca bismillah sebelum minum, kang tersedak plak.

4. Kumur-kumur
- Lepas selamat dah minum air, pergi toilet dan kumur-kumur dengan air paip coz nak hilangkan sisa-sisa yang berbaki dalam mulut kan. Kalau tak, masih terasa-rasa melekat lagi rasa manis tu.

5. Tunggu 2 jam. Jangan plak ko pergi jalan-jalan or balik rumah, tunggu je kat situ. Coz takut kalau ko banyak bergerak, result akan terganggu. Nurse la cakap gitu, taktau la betul ke tak. Lepas 2 jam, nama ko akan dipanggil lagi untuk ambil darah buat kali kedua.

 

Siap! Dah bole balik.

Tapi aku tadi balik lewat cket la sebab HB rendah kan. Kena check up lain plak.





Sementara menunggu tadi, klinik ada wat ceramah untuk penjagaan gigi sepanjang kehamilan. Bosan tak buat apa, pergi jela. Dapat pemeriksaan percuma dan sample ubat gigi percuma..apa yang aku nak tegaskan kat sini, korang tak payah risau sangat kalau kena minum air gula tu..Rasa dia takde la teruk mana pon. Teruk lagi kalau kena minum air garam kot? Jamu ke? ahahaa..Lagi pon tu bancuhan glocose, bukan gula pasir yang biasa tu..So, anggap je la sedap. Boleh lagi la nak telan bagi aku. Leh try sendiri. 75g gula atau glocose bancuh dengan air saiz mug tu. Hehe..Dulu aku pon takut gak, siap plan nak wat appointment kat swasta je coz orang kata air gula dia lagi sedap, ada perisa oren la, blackcurrent la, macam perisa glucose tu la, tapi watpe nak membazir kan..Guna je la yang free ni ha. Hehee..




Thursday, May 9, 2013

Mandi Bersama...^_^

Assalamualaikum..



Tajuk macam ada segan-segan meow nak taip..hehe..
Tapi ni salah satu tips kebahagiaan suami isteri.
Pernah mandi bersama dengan pasangan? Korang yang dah kahwin mestilah pernah kan. Kalau tak pernah, balik rumah nanti boleh buat..rugi ooo kalau tak pernah.
Bagi yang belum berkahwin, jangan mengade nak try lak.

Mula mula memang la memang segan tahap gaban kan..Ye la, tak biasa.
Tapi bila dah biasa mesti best. Apa nak malu lagi, kan dah halal.
Mandi bersama ni dapat mengeratkan kasih sayang sesama suami isteri.
Rasululullah dulu pon mandi bersama isteri dia.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" 
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian. Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. 

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

 

Kalau ada bath tub kat bilik air, untung lah..Kalau tak, mandi je bawah shower tu. Berebut-rebut nak dapatkan air. Tolong shampoo, sabun..Hihi...Sementara masih berdua ni, guna kan la kesempatan yang ada secukupnya..Bila dah ada baby dan anak-anak dah besar nanti, mungkin agak susah sikit. Ye lah, budak-budak ni kadang-kadang payah nak bagi paham. Bila tengok mak ayah dia keluar masuk bilik air sama-sama, nanti dia naik pelik lak, pastu nak ikut-ikut lak. Haaa...Pastu masa yang ada untuk spend berdua pon dah kurang bila masing-masing sibuk menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Tapi boleh je kan. Terpulang kepada diri masing-masing.

Ada gak pasangan yang tiap masa pon nak mandi sama. Tak kira la kat rumah sendiri atau rumah mertua atau rumah orang lain. Itu macam dah belangkas la plak. Rumah sendiri takpe lagi, bagi aku kalau mandi bersama kat rumah orang lain dah macam segan lak. Ye la, apa pandangan orang lain kan, walau pon tau kita dah halal sebagai suami isteri, tapi nak romantik pon kena la bertempat kan. Takkan la semua nak tunjuk kott..Sama la macam bila berjalan-jalan kat luar nak berpelukan je. Tau la dah kawen, tapi takkan la semua nak tunjuk kot..Hormati la pandangan orang lain...Kat umah ko nak peluk puas-puas pon takde sape marah or meluat. Hehe..

So, kesimpulannya. Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sumber :  http://www.iluvislam.com

Wednesday, March 6, 2013

Mengirim Wang ke Indonesia dengan Western Union







Assalamualaikum...

Hari tu tibe2 kawan aku kat Indonesia sms, bagitau yang dia urgent perlukan duit..Udah nak kena kirim time tu gak. Aku dah la tak penah nak transfer duit selain dalam Malaysia ni..so aku tanya dia katne nak buat? Dia suh gi Money Changer...Walau pon rasa ragu-ragu coz setahu aku kat situ leh tukar duit je, tapi aku pergi la gak..Sah! Tekaan ku betul..Dan dan time tu payah no la nak contact kawan aku ni, sms tak balas (dia habis kredit rupanya), call pon payah..Facebook dia takde plak. Heh ;p Maklumla enpon takde roaming, kena call dia guna fixed line and dail dulu 101 untuk sambungkan panggilan ke Indonesia.





Pas dapat contact dia, aku cakap je dengan dia nak transfer guna Western Union, cek kat website, cawangan dia ada kat post office area office aku. So bergegas la ke post office yang terletak dalam shopping mall itu..Alamak ramainye orang~~ Takpe, kita amik no.giliran dulu. Lepas tanya kat akak kat kaunter pos tu, dia suh amik borang and bagi copy IC..Adei, takleh ke copy dalam post office je? Dia kata takleh. Dah celah mana aku nak cari kedai potostat ni? Udahnye patah balik ke ofis, semata-mata nak copy IC then beratur balik kat post office tu..Pfftt..!


Bila no. dipanggil kejap je selesai. Tu lah, kalau taktau memang rasa payah no la urusan dia. Kalau dah tau, settle kejap je kan. So, kalau korang pon nak kirim duit ke Indonesia or luar negara guna Western Union, ni tips :

1. Bawa copy IC siap2 (jangan lupa cross dulu, takut ada pihak salah guna)
2. Bawa duit yang nak di transfer dalam RM, tak payah susah2 gi tukar nilai matawang..Sume tu pihak Western Union yang uruskan.
3. Amik borang, minta kat kaunter..Borang free je.

 Then, dia akan bagi copy borang tu kat kita. Ko inform kat kawan ko kat luar negara tu no. PIN. Sebab time dia nak amik duit tu nanti, akan ditanya nama dan no. PIN...Tak sampai sejam pon dah leh collect duit tu. Jangan lupa ada extra charge ye untuk servis ni. Tapi tak mahal pon.Ok.


















Thursday, November 8, 2012

Nasihat Untuk Bakal Pengantin


Biasanya bila dah dekat dengan hari bahagia, memang banyak lah nasihat dan tips-tips yang kita dapat dari orang sekeliling..Nasihat tu kebanyakannya berguna dan ada gak sebahagiannya hanya dengan tujuan untuk mengusik sahaja.. 

Semalam abah kol bagitau dia dah jumpa tok imam @ kadi yang bakal menikahkan aku nanti..Sebenarnya sebelum ni aku ada suarakan kat abah akan hasrat aku nak dia sendiri yang nikahkan  aku nanti, tapi abah menolak coz tak biasa kot. Takpela, janji nikah kan. So, sambung cerita, time jumpa pak imam tu ada lah beberapa pesanan yang dia pesan kat abah....

1. Pengantin lelaki time majlis akad nanti bawa duit RM150...RM100 untuk pak imam, RM20 untuk saksi akad pertama, RM20 untuk saksi akad kedua, RM10 untuk pendaftaran. Duit tu kena la letak di dalam satu sampul, so senang la pak imam tu nak agih-agihkan nanti...Ni kalau kawasan aku la, kawasan korang tak tau la cmne. Kot lain plak ke.


2. Pengantin perempuan pakai baju biar menutup aurat, jangan pakai ketat2 walau nak berfesyen pon. Jangan pakai gaun pengantin kaler putih tu yang sekarang macam dah jadi trend lak time outdoor atau bergambar kat studio je nak pakai gaun dan kot..Memang tutup aurat, tapi ketat dan tiru budaya kristian time derang kawen. Berkahwin nak dapat barakah bukan tambah dosa...Tak mekap takpe, janji tutup aurat..Glup! Terpaksa la aku cancel gaun pengantin yang aku dah tempah kat mak andam tu..Baru berangan nak jadi cinderella atau princess time outdoor nanti...Siap dah beli inner harga RM74 lagi..huk hukk..Tapi sebenarnya bersanding tu pon ikut adat hindu kan? So, camne tu? Haa..Ikutkan kitaorang memang takmo sanding langsung, tapi ikut kan keluarga...Huu..Yang penting wat simple2 je, takde renjis2, apa sume tu lah.


3. Sebelum akad nikah, pastikan kedua-dua pengantin ada air sembahyang..Lepas akad nikah, terus wat sujud syukur dan solat sunat nikah...Berjamaah dengan isteri lagi bagus. Kalau malu nak wat depan orang ramai, wat dalam bilik pon takpe. Lepas dah solat nikah, baru gi balik kat tempat akad tadi kalau nak wat acara batal air sembahyang.


4. Jumlah mas kahwin seeloknya lebih tinggi dari hantaran coz mahar tu yang menjadi hak mutlak isteri dan itu yang diwajibkan dalam Islam. Tapi orang kita ni selalunya terbalik, selalu mas kahwin ikut kadar yang ditetapkan je, wang hantaran lak dia minta banyak2..Padahal wang hantaran tu hadiah suami kepada isteri je. Sepatutnya hadiah tu tak boleh diminta2, ikutlah berapa ikhlas dia nak bagi kan..Melainkan Kelantan atau Terengganu kalau tak silap aku, mas kahwin derang tu lah wang hantaran untuk perempuan..Kalau silap, aku mintak maaf.

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Bagi aku, jumlah mahar tu ikutlah bape laki tu nak bagi. Kalau ikut negeri johor, RM22.50 je, nak bagi jumlah tu pon alhamdulillah, nak bagi lebih pon alhamdulillah...Sebaiknya elak bagitau orang berapa jumlah hantaran, kalau hantaran tu tinggi, takut timbul riak lak. Kalau hantaran tu rendah, bimbang jadi umpatan lak. Kalau rahsia, takde la orang tau berapa kan. Sendiri dapat, sendiri guna, sendiri simpan lah.

so, aku sambung lagi nasihat-nasihat lain yang aku dapat dari kawan-kawan aku...


5. Jangan seronok sangat dengan majlis sampai tinggal yang wajib. Sesetengah pengantin selalunya perempuan, bila bersanding tengahari, of course la make up pon kena siap awal2 kan..Pas bergambar, bersanding semua, sibuk nak outdoor lak. So bila masa nya nak solat zuhur tu? Kadang-kadang dah nak maghrib baru siap outdoor and balik rumah, bila nak solat asar tu? Ingat, solat bukan boleh qada suka-suka hati je..Berdosa besar nanti. Harap-harap dijauhkan dari perkara-perkara macam tu kan..Insyaallah time aku nanti zuhur masuk awal. So boleh perform solat dulu sebelum majlis bermula and nikah pon pas isyak.


6. 10 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh mengenali pasangan masing-masing...Ni nasihat dari orang senior lah. Bukan 10 bulan or 10 hari..So sepanjang 10 tahun tu memang adalah gado2 sikit, itu tak kena, ini tak kena, and kalau ada anak-anak pon, baru nak membesar. So, memang kena banyak bersabar and banyak cabaran..Tapi bila dah lepas tempoh 10 tahun tu, insyaallah takde dah gadoh2 or masam muka..Dah leh terima keburukan dan kebaikan pasangan masing-masing, dah leh faham diri dia camne..


Itu je, kalau ada lagi, nanti aku update lagi ye ;)

 

Tips Interview Kahwin : Pejabat Agama Batu Pahat

Assalamualaikum... Ok, lepas selamat amik keputusan HIV minggu lepas. And confirm2 la result nye lulus kan? Alhamdulillah...then terus balik kampung untuk proceed interview dan hantar borang kebenaran berkahwin kat Pejabat Agama Batu Pahat. 

Memandangkan aku dan en.tunang berasal dari daerah yang sama, so senang la cket urusannya. Leh pegi pejabat agama sama2.. Hari isnin tu amik cuti then terus gerak gi Pejabat Agama. Sekarang kan musim hujan kan, so pertengahan perjalanan tu ikut jalan Seri Gading..Jalan raya dah ditenggelami banjir and jammed. Yela, pagi isnin orang sibuk nak pegi keje lagi. Kete lain duk tepi je tapi en.tunang aku slumber je redah. Kang lambat lak sampai kalau nak tunggu2 kan...Alhamdulillah selamat sampai. Ada lak doc yang aku terlupa nak wat copy iaitu surat akuan bujang..Nasib baik kat pejabat agama tu memang ada sediakan servis potostat. Sekeping dia caj 20sen. Then terus naik tingkat atas, ambil no. and submit borang. Ambil 1 nombor je untuk sepasang bakal pengantin. Lepas submit borang and cek dokumen, proceed dengan interview kat tingkat bawah. Biik sebelah receptionist je. Tapi bilik tu cam ofis la, and tempat interview tu kat depan derang. So time ko interview tu ramai la yang memerhati. Malu je kalau tak dapat jawab wei..Alhamdulillah, senang je soalan. Markah penuh dapat. Kalau datang dengan pasangan, masuk sekali la time interview. Dia akan tanya bakal pengantin laki dulu, so yang perempuan dah tau jawapan, kurang la sikit nerves nye. Hehe..Alhamdulillah..Lepas setel interview, pegi balik tingkat atas, serahkan borang interview tu kat Kaunter 1, wat pembayaran RM17 untuk proses, then staf tu akan bagi satu dokumen untuk korang serahkan kepada pak imam@kadi yang akan menikahkan korang nanti. Tapi kat pejabat agama ni memang sume borang pon kena bayar kan? nasib baik la murah. coz member2 aku wat tempat lain, derang ambil borang pon free je. Kadi ni pon bukan sebat ambil sape2..Setiap mukim ada kadi masing2..Yang tu, aku minta tolong ayah aku uruskan. Tapi pas settle sume tu memang rasa LEGA! Yey, dah leh kawen!! Huh huhh..Kurang sikit rasa beban kat bahu and kepala ni coz tinggal majlis akad je nanti, walaupon ada lagi benda2 kecik lain yang kena setelkan, at least perkara penting ni dah selamat...Alhamdulillah... 

Nak tau soalan bocor? Ni diaaa..hehe..sama je untuk semua bakal pengantin di kawasan Pejabat Agama Batu Pahat..pejabat agama lain aku taktau la plak..Tapi soalan lebih kurang je and ada yang tak payah interview pon. 


Thursday, October 25, 2012

Petua Menjaga Gigi

Sewaktu majlis bahagia kita, mestilah kita nak sentiasa tersenyum kan, melayan tetamu yang hadir, nak amik gambar sana sini..Tapi kalau gigi kuning berkarat, malu aih nak senyum..tutup mulut je kang. So, petua nih aku jumpa dari artikel Utusan Online. Leh follow mana yang patut.

PENGAMBILAN minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan sihat :- 

 1. PETUA klasik untuk memutihkan gigi adalah menggunakan soda bikarbonat yang diletakkan pada berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida. Aku dah try nih..Masin la soda bikarbonat nih...Tapi orang cakap takleh wat selalu sebab akan menipiskan lapisan enamel gigi. Maby once a week dah cukup.

2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. 

3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi. 

4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi. 

5. SELAIN teh dan kopi, buah- buahan seperti anggur merah, ceri, beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu. Jadi, berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu. Bila majlis dah dekat nih memang aku elakkan minum kopi, teh, nescaffe dan sebagainya...Banyakkan minum air masak je.

 6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi. 

 7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan penyelesaiannya. 

 8. JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan kotoran permukaan yang berpunca daripada pelbagai makanan. Korang penah wat scalling? Ngeri wooo...Tapi pastu rasa best! Aku ada wat gak beberapa kali..Memang la time wat tu gusi berdarah2 and rasa ngilu yang amat sangat. Rasa cam gusi kita ditoreh2, tapi takde toreh pon. Dia cuma buang plak2 and karat yang melekat kat gigi. Pastu gigi and gusi terasa bersih sebersihnya..hehe.. - LYNN 


 © Utusan Melayu (M) Bhd
 

Tuesday, July 10, 2012

Panduan Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Assalamualaikum..

Rentetan daripada entry aku sebelum ni berkenaan PTPTN, kali ni aku nak share lak dengan korang cara-cara atau panduan untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Korang boleh gak refer pada pekeliling ni--> KLIK atau pon blog nih--> KLIK


Firstly, kena la tau syarat2 nye kan:
1. Mengikuti kursus secara sepenuh masa. Means, bukan part time dan sebagainya.
2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Means, takde extend2 or repeat paper sampai 7-8 semester.
3. Pembiayaan PTPTN tak bertindih dengan tajaan lain. So, kalau ko dah ditaja dengan Petronas ke, Shell ke, biasiswa negeri ke..Tak payah ngade2 nak mohon lagi.
4. Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup iaitu 30 Jun 2013
5. Kursus yang diikuti mestilah dapat pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)


Okey...Kalau dah cukup sume syarat2 tu, kita move on ke langkah-langkah seterusnya.


1. Salinan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip yang disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti.
- Kalau kat UiTM, korang pegi je bangunan canseleri kat atas bukit tu. Yang berhadapan dengan pintu masuk utama UiTM tu. Cakap je dengan staf tu nak minta pengesahan untuk PTPTN. Terima kasih aku nak ucapkan kat sorang brader baek ati yang sudi tolong aku dapatkan cop pengesahan ni..;))


2. Salinan perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)
- Keutamaan salinan ni adalah untuk IPTS2 di Malaysia coz biasanya kursus2 dalam IPTA dah di sahkan oleh MQA. Tapi untuk lebih selamat, korang print la gak salinan ni. Bukan susah pon, cari je kat internet. Atau boleh gak refer kat sini---> MQR


3. Borang akuan pelajar.
- Borang ni korang boleh download dari PTPTN dan isi je butiran mengenai diri korang. Ni link untuk download -->Borang Akuan Pelajar


4. Surat rasmi
- Surat rasmi atau cover letter ni penting. Alamatkan kepada PTPTN, dan tulislah tujuan korang untuk memohon penukaran pinjaman PTPTN kepada Biasiswa. Tak perlu ayat berbunga-bunga, straigt to the point je.


Kalau dah lengkap semua dokumen di atas, boleh la masukkan ke dalam sampul surat, letakkan setem singgit, dan alamatkan ke PTPTN:

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...Masukkan dokumen ni ke dalam peti pos. Selawat banyak2, moga permohonan berjaya. Amin.. ;)



Friday, May 11, 2012

Ciri-ciri Suami Awesome




Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus




Friday, December 2, 2011

Pesanan

Nie aku dapat dari email..Tak pasti lagi kesasihannya, tapi sharing is caring kan..Sama-sama la kita jaga kesihatan ok?




Tuesday, November 15, 2011

Tips: Memperbaiki Kehidupan


Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita?



Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Thursday, November 3, 2011

Wajah Semanis Gula

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"


Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."


Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.


Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat: Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan: Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Jom senyum! Moga bertambah-tambah rezeki kita insyaallah~ ^_^

sumber: i luv islam



Friday, October 21, 2011

Tips Untuk Ibu Bapa

TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO' DR FADZILLAH KAMSAH



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

· Sebelum tidur

· Semasa tidur

· Selepas tidur

· Selepas riadah

· Selepas solat

· Selepas mandi air suam
12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak, solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak yang cemerlang " (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Wednesday, October 19, 2011

Hati Tenang Tanpa Bebanan Hutang

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud:-

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari." ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)


Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?

1-Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin
2-Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan
3-Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa
4-Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang
5-Libatkan saksi dalam proses peminjaman
6-Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan
7-Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling
8-Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang


"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia."


Tak mengapa tak banyak harta, takde kereta, takde rumah besar, tak mewah tapi hati tenang tak dikelilingi hutang. Eh, tapi. hutang ptptn tak habis bayar lagi..T_T. Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.


Sumber: i luv islam




Tuesday, October 4, 2011

Rabbi Yassir Wala Tu’assir


Rabbi Yassir Wala Tu’assir

maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.


p/s: Amalkan lah doa ini setiap pagi, setiap masa..Moga2 segala urusan kita menjadi mudah dengan izin Allah..;) Aminn..




Monday, September 19, 2011

Waktu yang Tepat


Kadang-kadang bila berjalan kat luar, then nak tunaikan solat, nak buka puasa ke, time tu jauh lak dengan masjid, azan pon tak kedengaran..Korang pon was-was dengan waktu kat jam tangan korang tu. Tepat ke tak? Dah masuk waktu ke belum?


Selalu nya aku refer pada jam SIRIM untuk pastikan waktu kat jam tangan aku adalah tepat. Korang leh refer kat website nie and compare dengan waktu kat henpon atau jam tangan korang. Haa..sama tak? Tapi kadang2 kita suke cepatkan waktu kat jam, supaya kita lebih alert..Cepat 5 minit ke, 10 minit ke..Tapi kena gak ada jam yang betul2 tepat kiraan waktu nya. Untuk kemudahan kita gak kan. ;)



http://www.blogger.com/img/blank.gif




Friday, July 29, 2011

Musuh Atau Sahabat, Mana Pilihan Kamu~



Siapa sangka?

Dua insan yang dulunya pernah berselisih faham, kini menjadi teman yang baik antara satu sama lain.

Bila mengimbas masa lalu, dan merenung masa yang sedang dilalui sekarang, alhamdulillah... Allah mengatur semuanya dengan cukup indah. Ya, dulu mungkin dua orang sahabat tersebut pernah mengguris hati masing-masing. Hingga menyentuh hati-hati sahabat yang lain di sekeliling mereka. Dan hati-hati yang tidak sepatutnya diusik turut terluka.

Ketika itu tentunya syaitan sangat gembira. Berhasil memecah-belahkan umat akhir zaman. Bertepuk sorak makhluk Allah yang satu itu bila manusia mula lalai dan terlupa dengan janji syaitan kepada Allah di depan Adam. Bahawa ia tidak akan berhenti mengganggu manusia sehingga kiamat.


Siapa juga sangka?

Jika dulu dua insan yang sangat akrab, bersama ke mana jua, menangkis segala permasalahan yang timbul secara bersama kini bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Hubungan yang dulu nya ibarat isi dengan kuku kini berubah bagai langit dengan bumi. Jauh dan semakin jauh. Beza dan semakin berbeza. Kesalahan yang sekecil hama, diperbesar-besarkan sehingga akhirnya nak bertegur sapa secara mesra juga sudah jadi kekok dan janggal.

Bila mula terbentuk bibit pergaduhan, cepat-cepatlah sedar dan istighfar. Jangan diturutkan godaan nafsu yang membuahkan amarah. Ingatkan diri dan sahabat, bahawa syaitan sedang ketawa. Syaitan itu musuh manusia, tidak patut untuk kita turuti kehendaknya, melainkan kehendak Allah yang wajib kita patuhi. Bagaimana sahabat yang dulu kita sayang2, kini boleh menjadi musuh? Kenang lah kembali, saat-saat indah dan manis bersama. Apa gunanya bermasam muka dan menjeruk hati? Bersabarlah. Dugaan tidak datang hanya pada pasangan bercinta, tapi juga hubungan persahabatan. Salah seorang perlu mengalah. Salah seorang perlu berpesan kepada kebaikan. Jangan terlalu ego dan jangan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain salah. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Kita tidak mengetahui dan Allah lebih mengetahui. Muhasabah diri. Ketahuilah bahawa setiap tindakan ada sebab nya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. Jangan terlalu bersangka buruk dan jangan bertindak melulu. Persahabatan tidak akan timbul masalah sekiranya hati masing-masing ikhlas kerana Allah.


Bermusuhan atau bersahabat. Anda yang tentukan.



Credit to: sunahsukasakura


Thursday, July 21, 2011

Para Lelaki, Rugi Kalau Tak Berjanggut!

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.


Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda


Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?
Lalu Baginda menjawab..


Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.



Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.



Ayah aku berjanggut, datuk aku pun sama, abang and adik lelaki aku pun berjanggut..Agak-agak bakal suami aku nanti berjanggut tak? hehe..Actually aku lebih suke lelaki yang tak membela janggut. Kalau ada pon apa salahnya, janji kemas. Tapi terpulang lah pada diri masing-masing kan. Pahala free..Taknak ke?

Monday, July 18, 2011

10 Soalan Sebelum Ambil Keputusan Untuk Bertunang @ Berkahwin

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.




- Artikel iluvislam.com



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers