Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

My 31st Birthday

Assalamualaikum

Happy birthday..
Happy birthday..
Happy birthday to me..
Hehe.



Alhamdulillah..genap dah umur aku 31tahun..what? 31? tua nyaa..hehe..not tua actually, tapi matured. gituu..:p

Bila umur dah makin meningkat ni, takde la excited nak sambut ke, apa ke..Cukuplah sekadar masih ada yang ingat dan wish. Tu pon dah memadai dan cukup untuk membuatkan aku gembira. :) Paling tak sangka, ex-boss tempat kerja lama pon ada gak wish. Awww..so sweet. Tak sangka lak beliau masih ingat lagi. Hehe.

Tiba-tiba teringat balik time zaman muda mudi dulu..Bila time birthday je, kawan-kawan pakat dok kenakan. Paling dasyat adalah time aku baru mula-mula kerja kat office lama tu. Budak mentah dan noob lagi, so asyik la kena buli. Eh, bukan la buli apa, macam jadi target untuk diaorang bergurau. Hehe..Masa aku balik kerja tu, diaorang buat surprise celebration. Siap ada kek, makanan, dan staf berkumpul ramai-ramai nyanyi lagu birthday kat office..oh terharunya! Then balik kerja tu boleh pulak kena baling tepung. Huuhu..Ingatkan dah tamat kat situ je. Oh, tidakk..Malam tu kawan2 rapat kat office celebrate sekali lagi kat McD..Baliknya tak ku sangka, ada bala yang bakal menimpa. Depan rumah sewa kena simbah dengan sebaldi air longkang ke hape ntah yang busuk teramat sampai nak muntah. Ohh..how could you! Lepas mandi dan bersihkan diri, diorang bagi hadiah..Teddy bear yang sangat besar dan hadiah lain-lain..Huhu..Tapi takde lah nak marah ke apa, redha je lah. At least jadi pengalaman berharga buat aku. Hehe..

Tu cerita bertahun-tahun dahulu..Sekarang dah dewasa, hidup bahagia bersama anak-anak dan suami tercinta..Syukur alhamdulillah..:)


Sunday, July 3, 2016

Sekian Lama Tak Bersiaran

Assalamualaikum...

Allahuakbar..lama sungguh tak bersiaran..nasib baikla password nak login masih ingat lagi..hehe.

Sedar tak sedar anak pon dah 2orang sekarang. Alhamdulillah dikurniakan sepasang anak2 yg comel. Bertambah sudah ahli dalam family kecil kami. Insyaallah semakin bertambah jika ada rezeki lagi nanti. Aminn..Kalau ada kesempatan nanti, akan aku share kan pengalaman bersalin anak kedua kami, Harazz Nubayl..ketika entry ni ditaip, beliau dah berumur 3bulan++..Kejap je dah besar usia anakanda. Hanan pon sekarang dah makin bertambah akalnya, bertambah becok mulutnya..Syukur dapat lihat anak-anak membesar depan mata. :)

Thursday, August 13, 2015

KAMI-Kids Island : Tempat untuk anak-anak bergembira


Assalamualaikum..

Amboihh kemain tajuk..Actually taktau nak letak tajuk pe. 

Alkisahnya weekend lepas jalan-jalan la ke Giant Sri Kembangan tu. Kitaorang bila tiba weekend je memang kena merayap..duduk rumah takbuat apa dah macam cacing kepanasan lah. Dan selalunya merayap keluar dari kawasan kajang lah. hehe..

Baru perasan yang restoren kat bawah tu dah bertukar jadi playground untuk budak-budak main tu. Memang dah lama teringin bawa hanan main kat tempat-tempat camtu. Tapi hati sabooo je nak tunggu hanan betul-betul pandai berjalan. Kalau tak rugi je coz tak banyak benda lak dia boleh main kan. Time weekend fee masuk murah je. RM17 untuk 2jam bagi seorang anak dan parents. Harga lain aku tak ingat dah. Boleh gak ambil untuk full day. Tapi kita rty lah 2 jam dulu ye. Macam biasa, nak masuk je semua kena pakai stokin. Untuk safety dan hygiene la. Aku konfem la dah pakai stokin tapi hari ni hanan pakai sandal je, so takde la stokin untuk dia. Sama la dengan hubby.

 

So kitaorang berjalan-jalan dulu dalam supermarket Giant cari stokin hubby. Dapatlah sepasang RM1.60..Pastu pergi DIY dapatlah stokin hanan RM4.90 siap reben2 lagi..Ade je lagi murah tapi yang tu macam comel lak. Boleh gak beli dari kedai tu dengan harga sepasang RM3, tapi stokin bodo2 je lah macam stokin budak skola tu. Mula-mula gi main tempat pasir tu..hanan tak geli. Kalau pasir yang betul2 kat pantai tu, dia boleh geli plak..taktau nape.



 Then pergi main kat tempat yang banyak ball..Time kitaorang pergi ni budak tak ramai sangat. Ramai budak-budak besar sikit la dari umur hanan. Derang pergi main permainan yang lagi extreme.


Sedar tak sedar dah cukup 2 jam. Dapat baucer free 2 jam, nanti lain kali boleh pergi lagi. Seronok tengok anak main. Kita pon boleh join sama. Hehee..


Tuesday, February 17, 2015

Rawatan Nebulizer dan Sedut Kahak Baby



Assalamualaikum...


Lamanya tak update blog..Kali ni pon nak citer pasal kisah yang dah lama terperap dalam draft. hehe...Kisah beberapa bulan lalu..gambar pon takde coz tak sempat nak backup dari handphone..huhu..


Hanan dah hampir seminggu demam..Suhu badan nya on off..Kejap ok, kang menjelang malam panas balik...Ada satu ketika sampai 38.5..Mujur ada termometer digital, mudah nak sukat suhu anak kan..Memang merengek je la, tidur pon tak lena kejap kejap terbangun..Then aku sentiasa tuam badannya dengan air biasa atau air asam jawa..Alhamdulillah, menurun sikit suhu nya..Bila demam camni, makan taknak, menyusu pon taknak..Makan susut badan anak ummi..Huhu..


Aku ada bawa klinik dekat dengan ofis, coz nak try ubat kat situ kot serasi dengan hanan kan..Lagipon dia memang doktor kanak-kanak..Dapatlah ubat demam, ubat clear kan hidung dan ubat batuk. Dia kata kahak hanan ni banyak sangat..So dia bagi ubat yang leh cairkan kahak dan keluar ikut najis..Tapi dah 2-3 hari tak reda gak batuk hanan..Alhamdulillah demam nya dah ok sikit, suhu dah tak panas sangat dan nak gak la menyusu walau tak banyak, nak main-main..


Ada gak dua tiga kali aku wat tepuk precussion dan steam tu, tapi yang keluar cuma hingus je, kahak takde..huhu...hanan macam dah pasrah je bila aku wat gitu, mula-mula je menangis pastu dah penat agaknya just merengek je..Selalunya aku buat guna periuk nasi, isi air, leh tambah bawang putih seulas atau garam sikit untuk bertindak sebagai antibiotik. Tapi air je semata-mata pon boleh..Satu sesi dalam 20-25 minit..Ok la lepas wat tu dia macam lega sikit, tapi kemudian batuk-batuk dia datang balik menandakan masih ada kahak lagi.


So Sabtu tu dah nekad nak bawa hanan gi Klinik Nadir yang famous kat Wangsa Maju tu..Nak buat neb dan rawatan sedut kahak. Call klinik tu, hampa coz dibagitau yang dr.nadir bercuti sampai 23feb..Takkan la nak tunggu sampai tarikh tu, lama sangat..yang ada doktor lain iaitu dr.halim..Kitaorang cari dulu sekitar kajang, tapi kebanyakan klinik cuma ada wat neb je, takde yang sedut kahak tu. Neb cuma mencairkan kahak dan melancarkan salur pernafasan baby je bagi dia mudah bernafas tapi kahak still berkumpul dalam tu. Dan banyak klinik buka separuh hari je. So, terus kan je la perjalanan ke Klinik Wangsa dr.nadir kat Wangsa Maju tu..Gigih tempuh jem..Sejam lebih gak la baru sampai.


Sampai-sampai je penuh orang kat kerusi. Tapi kalau aku baca kat blog-blog, diaorang sampai beratur keluar klinik dan ambil no.giliran..yang ni ok sikit kot, tak payah ambil no.giliran..Memang ramai la yang bawa anak-anak kecik nak wat rawatan tu..Baby 2-3 bulan pon ada..Memanjang dengar suara baby menjerit je kat dalam bilik doktor. Tu fenomena biasa. Tunggu punya tunggu, giliran tak juga kunjung tiba..Aku rasa tak ramai orang tapi tak gak dipanggil. Ada gak yang baru masuk, tapi boleh terus jumpa doktor. So pada firasat aku diaorang dah datang dulu, then tau lama lagi nak dipanggil, so diaorang kuar makan2 dulu kot..Dari kul4 kitaorang tunggu, sampai kul6.30 baru nama dipanggil..Ko bayangkan dekat 3 jam menunggu! Tapi ye la kalau seorang buat rawatan, dia dah ambil masa berapa lama kan..


Mula-mula dipanggil, doktor akan check dulu sejarah baby tu, tanya bersalin normal ke ceaser, pernah masuk hospital tak, bla..bla..doktor sangat baik dan lemah lembut..pastu hanan dibawa ke tempat untuk buat nebulizer..mula-mula dia nangis gak maby tak selesa, pastu boleh lak terlelap! mengantuk tunggu lama kot..


Dah selesai nebulizer, sesi sedut kahak dan hingus lak. Sebelum tu, baby dibedungkan dulu supaya dia tak meronta-ronta time proses berlangsung. Aku pegang badan hanan dan hubby pegang kepala dia. Doktor buat dengan lemah lembut je. Masukkan tiub kecil dalam tekak dan hidung. Memang banyak la hingus dan lendir yang keluar. Kesian gak tengok dia menangis-nangis sambil ada tiub dalam tekak. Tapi umi nak anak umi cepat baik..Tahan ye sayang..Tapi lama-lama dia ada gak terlelap..hahaa! Dah tak tahan mengantuk sangat la tu..Selepas selesai, dibekalkan ubat galak batuk dan ubat cairkan kahak. Doktor ada gak ajar cara-cara wat tepuk precussion tu kat rumah.


Alhamdulillah, malam tu hanan tidur dengan lena, takde terjaga-jaga lagi.. 2-3 hari pastu hanan dah beransur sembuh dan kuranglah bunyi kahak dia.Syukurrr..;)




Friday, February 6, 2015

Happy 29th Birthday Husband

Assalamualaikum..

Curi-curi masa kejap untuk update blog..Hati nie sebenarnya risau mengenangkan abah di hospital..Semoga Allah beri kesembuhan kepadanya..kurangkan kesakitannya..amin..


8 January 2015 yang lepas adalah birthday zauj, husband, suami tersayang..hehe..maka nya sebelum hari tu menjelang, dah macam-macam la timbul idea camne nak celebrate.Aku plan nak wat surprise party je. Means ajak je la kawan-kawan dia datang rumah then bawa kek kan..Tapi time tu adalah weekdays dan ramai kawan dia kena kerja shift plak.

So, kita move on lah ke agenda seterusnya iaitu celebrate sendiri je. Tiap kali lalu highway depan rumah ni, aku asyik la dok mengusya restoren Laman Grill ni..macam best je kan. Bukan macam, tapi memang best kot. Aiceh! So tanya pendapat kawan-kawan yang pernah makan situ, mostly cakap tempat tu best dan makanan sedap. Ada gak yang cadangkan western food dalam Bangi Gateaway, tapi tempat tak berapa nak romantik lak. Ok lah, Bangi Gateaway tu kita simpan untuk lain kali ye. Hehe..

Malam tu lepas dah balik kerja, terus ajak dia bersiap-siap.

Hubby bagitau bos dia ada bagi kek untuk bawa balik sempena birthday dia..So aku cancel la nak pergi cari kek pas balik kerja..Tapi bila sampai rumah, tengok-tengok kek dah jadi camni.............


 

 Alahai, sian nye. Tapi bleh makan lagi dn rasanya sedapp..Kek layer pandan. Hubby kan pergi kerja naik motor, dan tadi hujan renyai-renyai..Bawa motor kan bergoyang, tu yang kek jadi hancur camni..Takpela, sebelum sampai ke tempat dituju tu, aku minta dia teman pergi cari kek dulu. Hehe..Dia bukan makan kek sangat pon. So, aku gak yang kena perabih nanti. Beli sepotong dah memadai lah. Tapi aku beli dua potong sebab nak perisa lain-lain..hehee..

 


Rasa nak try makan steak kat Laman Grill..Dekat je dengan umah, hari2 lalu tapi tak berkesempatan lagi nak pergi kan. So, dah ada peluang ni kita pergi lah. Aku dah booking awal through phone sebab takut karang penuh lak.Sampai2 je ada waiter yang greet dan tunjukkan tempat kita. Dekorasi dalaman dan luaran restoren ni memang cantik. Dia pasang lagu slow dengan cahaya samar-samar, romantik sungguh? Pengunjung-pengunjung lain pon bercakap dan makan slow-slow je, takde la macam selalu kita makan kat luar orang dok ketawa terbahak-bahak, bercakap kuat-kuat kan. Ni just nice..Baru lah tenang nak makan kan.


hanan lebih suka main sendiri..penat umi panggil suh pandang kamera

birthday boy tayang gigi..;p



Aku order Rib Eye steak, hubby order Tenderloin steak..Cara masak? "Medium"..Medium rare pon ok..Coz lembut dan terasa juicy lagi..Jangan ko pilih "well done" lak..Takde rasa steak langsung nanti, keras je coz terlebih masak..hihi..Air lak Watermelon Freshly Squees dan Cranberry Floats. Untuk desert, ni saje aku gatal menambah, Caramelized Apple Bread. Order yang saiz kecik je, 200gms..Kalau korang jenis kuat makan, bleh la order yang saiz besar cket 400g..Tapi nasib baik lah kitaorang ni tak tamak kan, nampak je saiz kecik, tapi steak tu memang padat dengan daging yang juicy. Nak menghabiskan pon agak termengah lak..Portion dia memang mengenyangkan la untuk seorang. Dalam sepinggan steak tu, ada seketul daging, salad dan kentang lecek yang dibakar..Sedap sangat! Saiz kentang dan salad tu ada gak la semangkuk, tu yang jadi kenyang. 


yang lebar tu rib eye steak..yang kecik tu tenderloin..nampak je kecik, tapi padat!



Tengah kitaorang menikmati hidangan depan mata, tiba-tiba derang tutup muzik..Jadi senyap sunyi, then ada staf dia keluar bawa sebiji kek siap lilin terpasang ke sebuah meja, dan lagu birthday terpasang..happy birthday to you..happy birthday to you..Rupa-rupa nya ada family ni sambut birthday anak dia..Pastu pengunjung-pengunjung lain pon tepuk tangan..Hehe..aku cakap kat hubby, "eh, derang nyanyi lagu birthday la..macam tau-tau je hari ni birthday abang.." haha!

macam puding roti je..pastu letak aiskrim..

Bila dah kenyang, masing-masing tersandar...Tak lama pastu staff dia hantar desert lak..Mak oii ingatkan kecik je..Nasib baik la order satu je..Leh share makan bagi habiskan. Nyum-nyum, sedappp..





 

 


Berbaloi dengan harga dia. Memang puas hati. Pasni nak try steak kat Bangi Gateway lak. Ada yang kata situ lagi sedap. Nyam2..Korang dah pernah try ke?

Tuesday, January 20, 2015

Hanan Jatuh Katil

Assalamualaikum..

Hari ni pergi kerja dengan hati yang sebal dan sedih..
Mana tak nya, anak kesayangan pagi-pagi lagi dah jatuh katil. 
Begini ceritanya..

Pagi tadi aku bangun awal sikit coz staf level aku dah plan hari ni nak makan pot luck untuk lunch kan..Takkan nak masak dari malam, so pagi-pagi tu gak la masak, baru fresh. Ala, aku bawa nasi putih dan sayur je pon..Derang ada yang bawa lauk, ikan, sambal. Kena laju-laju buat kerja coz hanan kadang-kadang bila terbangun tidur, tengok takde orang kat sebelah dia mula la meraung. Bila dah siap semua cepat-cepat mandi, solat dan bersiap-siap ke tempat kerja.

Hanan pon terbangun, tapi baik lak mood dia. Pas bagi susu, dia main-main sendiri atas katil, gelak-gelak. Kitaorang laki bini masih bersiap dan biar je la dia main sendiri. 
Tiba-tiba hanan menangis kuat, hubby cepat-cepat pergi tengok..
Dengar hubby menjerit,

"Allahhh...!!"

 Sedar-sedar hanan dah ada bawah katil.
Hubby terus dukung hanan dan tenangkan dia. Aku pon pergi dekat dengan dia.

Allah...
Darah menitis-nitis dari mulut dia.
Patutlah sambil menangis tadi sambil mulut menyembur-nyembur..
Rupanya dalam mulut dah penuh darah.

Terus aku dukung dia bawa pergi bilik air.
Basuh-basuh mulut dan check part mana yang luka. Ak

u takut gigi dia patah je. Alahai, gigi dah la baru tumbuh dua, cinonet je..Kot lidah dia ke tergigit.
Alhamdulillah, bibir dia je pecah. Lepas lalukan air banyak kali, darah pon dah tak mengalir. Hanan pon menangis kejap je. Mungkin menangis terkejut, bila luka sejuk kena air, diam lah dia.


Terus peluk dia kuat-kuat.
"Maafkan ummi...maafkan ummi.."
"Tak sengaja tinggalkan hanan main sendiri.."
T___T


Baju dah banyak kena darah. Terus tukar dengan baju lain sebelum bawa ke tempat pengasuh.
Selalunya memang kitaorang tinggalkan dia kat bawah je..Kalau letak katil pon, susun bantal keliling tu elak dia jatuh. Tengah solat pon letak hanan kat bawah, dekat dengan kitaorang. Sebab hanan ni jenis takleh  kena tinggal atau takleh orang jauh dengan dia. Tapi pagi tu tengok dia elok je main, taknak la ganggu kan..Tapi lain lak jadi nya....Dah susun bantal tinggi-tinggi gak wat pagar, tapi dia reti panjat lakkk..Katil aku dah la tinggi sikit. Tu yang bibir hanan leh pecah sebab jatuh dari tempat agak tinggi gakkk..
T_T huk huk.

Sebelum ni pernah sekali je hanan jatuh katil time kat kampung. Tapi tak lah teruk dan tak cedera just menangis terkejut je sebab katil aku kat kampung rendah sikit.

Hanan pernah gak jatuh masa aku baru siap tukar pampers dia dalam kereta. Masa tu tengah jem, so kereta pon tak laju la. Kereta depan tu macam nak laju tiba-tiba dia brake emergency, hubby pon brake gak. Udah nya hanan tergolek bawah seat. Tak sempat aku nak capai coz masa berlalu terlalu pantas. 
Mujur gak takde pape coz bawah tu ada beg baju dia. Huhu...


bengkak dah bibir atas...huhu..

Maafkan ummi hanan..Pasni kita main kat bawah je la ye..Umi letak toto kat bawah, kamu golek-golek la sampai puas kat situ...Sayang anak ummi..

Tuesday, January 13, 2015

DIY Untuk Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum...

Lama nya tak update blog..Idea tu ada, tapi masa tu macam tak berapa nak ada..Bila terfikir nak update blog je, time tu gak terfikir banyak lagi benda lain yang lagi penting boleh dibuat...huhu..

Okey lah, kali ni nak cerita tentang DIY untuk persiapan majlis perkahwinan. 19 Disember 2014 yang lepas adik perempuan aku yang pertama telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan cinta hati nya..alhamdulillah, syukur..bertambah lah ahli dalam keluarga kami. So, sekarang tinggal 2 orang lagi yang kekosongan. Hehee..

Adik aku ni jenis rajin dan berdaya usaha sikit. Means, kalau dia cakap dia nak buat, susah camne pon akan dibuat gak. Aku kalau dah susah sangat, tinggal order atau beli je senang. Haha..Lagipon adik aku dan pasangan dia baru je bekerja tak sampai setahun pon, celah mana nak kumpul duit banyak-banyak dalam masa yang singkat kan? Mungkin sebab itu lah diaorang ambil keputusan untuk DIY kebanyakan persiapan majlis diaorang.Selain dapat berjimat, hati sendiri rasa puassss...

DIY Kipas Pengantin
Haa...yang kipas pengantin aku lah yang offer diri nak buat. Actually adik aku suruh carikan je mana yang dah siap, tapi aku menggatal nak DIY gak sebab barang nya dah ada kan.

 

Aku just beli dua biji kipas kat kedai diy, harga sebiji dalam 1.80 kot. Then beli gam UHU.

 

 Untuk hias aku guna selendang lama aku yang dah tak pakai. Pernah pakai sekali je time dinner diploma dulu. Then lilit lah renda sikit, siap!
 
 


DIY Payung
Payung yang adik aku guna boleh je beli kat kedai Daiso, sekaki payung baru RM5..Then lilit lah renda.


DIY Baju Bersanding dan Akad Nikah
Adik aku cerita, dia beli je jubah dan dress kat kedai. Harga dalam RM100. Then beads, manik2, dan hiasan lain dia jahit sendiri. Shawl dan Veil pon jahit sendiri. Untuk baju lelaki, dia just beli tanjak and samping dah siap kat Jalan TAR, dalam RM60 je.


DIY Bilik Pengantin
Guna je apa yang ada. Beli kain untuk backdrob time ada sale kat Jakel. Then dia hias dengan kelambu dan bunga kipas yang dibuat sendiri.


DIY Pelamin
Pelamin untuk majlis kedua-dua belah pihak derang wat sendiri. Kagum! Dua-dua pelamin pon comel! Bantal nikah tu adik aku guna tilam single kat rumah yang dah lama, ikutkan mak aku nak buang je..Tapi adik aku potong la bentuk bulat, then jahitkan kain satin, so jadi la tilam nikah.

 


ni outfit time akad nikah

ni outfit time bersanding


ni pelamin belah lelaki..takde gambar full..huhu..


DIY Mekap
Aku ler jadi mak andam tak bertauliah..hahaha...memandangkan aku dah lama tinggal kan dunia mekap2 ni..Pergi opis kadang2 kalau teringat baru la pakai bedak..haha...Aku guna je mekap2 yang aku ada time majlis aku dulu..Redhoo je la ye dik..Rasa nya tak expired lagi..haha! Aku mekap tiga kali..time nikah, bersanding dan bertandang. FOC ye.


DIY Goodies Bag
Ni pon adik aku buat sendiri..Kat dua-dua belah dia wat sendiri.


Dan banyakkk lagi benda yang derang DIY sendiri..Untunglah kalau rajin dan banyak masa kan. ;)
















Friday, December 5, 2014

Our 2nd Anniversary..^__________^



 Assalamualaikum...

Macam best plak baca bila centre kan ayat nih.
Haha.

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ilahi..Sedar tak sedar dah menginjak ke dua tahun usia perkahwinan kami. Rasanya baru semalam duk siapkan pelamin, duk kecoh sebab mak andam tak jadi datang..duk sedih sebab pelamin dan tempat makan damai tak seperti dirancang..baru merasa manisnya honeymoon..tibe-tibe dah 2 tahun hidup bersama..time runs so fast!

Tahun lepas kami sambut di rumah saje..Tahun ni plan nak berdating berdua plak lah

"I don't need an expensive gift..i don't need an exotic vacation..all i need just your time spent with me..you invaluable attention forever.."


Aicewahh! ;p

Okey lah, memandang kan masing-masing dah bercuti hari isnin tu..So pagi-pagi tu dah bersiap, then hantar hanan ke rumah pengasuh macam biasa..Tapi takde la pagi sangat..pung pang pung pang..Dah kul9 lebih gak baru keluar dari rumah. Memandangkan sekarang hubby tak lagi bekerja shift, so kitaorang ingin menggunakan masa yang ada sebaiknya.


Destinasi pertama yang dituju adalah Bank Muamalat coz kami nak setel kan urusan pinjaman perumahan dulu..then ke tabung haji untuk mendaftarkan akaun hanan dan simpan sekali duit-duit yang dia dapat time raya hari tu. Untung hanan, umur belum pon sampai setahun, saving dah 4 angka. Alhamdulillah rezeki...

Sepatutnya banyak lagi destinasi lagi pastu seperti kwsp, jpn, etc..tapi memandangkan masa yang agak mencemburui kita dan ambil masa yang lama gak nak settle kan satu-satu urusan so lepas tu terus la menuju ke Mines Sri Kembangan untuk berdating..Teringat lagi time baru-baru kerja dulu kitaorang pernah pergi sini naik bas je..hehe..Time tu masih kurus lagi.  ;p


Kami pergi makan dulu..Ala, kat KFC je coz rasa teringin nak makan KFC..Haha..Then tengok wayang cerita Hunger Games MockingJay...ohhhh..sangatlah frust coz cerita tu membosankan. Hubby aku siap tertido lagi. Cite siri pertama kitaorang dah tengok, memang best lah. Tapi taktau la nape episod yang ni bosan sangat. Dari mula sampai habis banyak dialog je, takde langsung action nye..haihhh..takpela, nak wat camne. Dah takde rezeki. Dah la beli tiket mahal. Maklumlah, sejak berkahwin memang takde tengok wayang dah, karaoke apatah lagi..Hubby kata benda lagha semua tu..Aiyakk..Tadi tengok movie kat TGV, tiket 2 orang RM32. Seat couple pon sama harga. Tapi yang best nye tengok movie bila dah berkahwin ni, ko nak terlentok ke, pegang tangan ke, halal dahhh...hik hik. ;p Keluar je dari wayang..

Hubby : Nasib baik abang tertidur tadi..
Aku : Nape?
Hubby : Sebab tidur lagi best dari tengok wayang yang bosan camtu.
Aku : >___<


Habis tengok wayang kami jalan-jalan jap keliling Mines..Dah macam pengantin baru lak. Hehe..Ye la, bukan selalu kan dapat spent masa berdua, masa yang ada ni la guna sebaik nye..Hadiah? Dah dapat dah semalam..Takde surprise pon..Sebab aku dah bagitau hubby awal-awal, anniversary nanti nak mintak pe..hehe..siap pilih sendiri lagik. Pasni dah boleh pikir nak hadiah apa untuk birthday akan datang lak. Wakaka!

Alhamdulillah, tamat lah satu hari celebration anniversary kami..Kikiki..Takde pon menginap di hotel mewah..Takde pon candle light dinner bagai..Takde gak spend time naik cruise..Cukup lah apa yang ada, namun kami cukup bahagia.


Terima kasih abang kerana sudi menjadi suami sayang yang sempurna..No body is perfect, but you make me feel complete..You are the man i love the most, the king of my heart, the soul of my mate..

 





Monday, November 24, 2014

Surprise Buat Suami :D

Assalamualaikum...

Dalam beberapa hari lagi kami suami isteri akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua..Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun..Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu..

Beberapa bulan sebelum tu aku dah sibuk dok pikir apa nak buat untuk celebrate hari istimewa itu..nak bagi hadiah pe? nak celebrate katne? berapa budget? dan macam-macam lagi..ye lah, untuk orang tersayang kan, semangat sikit nak pikir macam-macam..hihi..Even besday hanan nanti pon aku dah angan-angan na celebrate camne..hahahaa!

Firstly, aku survey dulu apa barang yang hubby perlukan. Check keperluan dia yang macam dah rosak ke, dah buruk ke, atau barang-barang yang dia ada aim nak beli ke...So, aku came out la dengan beberapa perkara. 
1) Jersey bola original - Ni aku survey kat website banyak la dah sold out..Plan nak beli yang JDT punye..Tapi, ye lah, dah habis musim kan? Sebab tu sold out. Tahun depan mesti keluar design baru, rugi je beli dah hujung-hujung tahun nih..ok cancel.

2) Jam tangan - Ermm..hubby memang suka usha-usha jam tangan..Ni yang aku perasan la time kitaorang jalan-jalan kat shopping complex ke..Tapi koleksi jam tangan dia banyak lagi la plak, leh guna lagi semua, takde yang rosak. Membazir lak nak belikan lagi kan. ok cancel.

3) Handphone - Handphone hubby dah rosak..Mula-mula dia start on off sendiri..pastu terus takleh on. Then aku bagi je dia pakai handphone aku yang Huawei tu coz aku dah pakai handphone sendiri yang company provide. Huawei tu kitaorang beli sama-sama dulu time dapat rebat handphone belia tu..hehe..Tapi pakai handphone tu pon slow je performance dia. So, handphone adalah hadiah yang paling sesuai. ;) ;) ;) So aku start survey-survey mana la handphone yang sesuai dengan dia tapi sesuai gak dengan budget yang aku ada. Alhamdulillah dapat.;D

Secondly, aku merancang untuk buat surprise..Actually, anniversary kitaorang pada 1 Disember. Tapi tak best la kan nak bagi time tu coz of course la dah tak surprise sebab masing-masing dah tau tarikh tu. Lagi pon time tu kitaorang dah apply cuti untuk celebrate dan berdating. Yeayyyy...! Memandangkan surprise yang dirancang pada tahun lepas tak menjadi, rujuk entry lepas -->> 1st Anniversary maka tahun ni by hook or by crook kena menjadi gak..tak kira..muahaha!

 

Setelah hadiah yang dirancang sudah selamat dibeli, aku terus balut dan bawa balik rumah. Check dulu schedule hubby untuk dapatkan tarikh yang sesuai. Yess! Hari khamis dia ada main badminton lepas balik kerja, so dia akan sampai rumah lambat sikit dan kebetulan time tu ada pasar malam, so tak payah masak! Haha! 

Sampai rumah aku terus mesej hubby,

Aku : Abg balik kul berapa?
Hubby : Maybe 8mlm
Aku : Ok

Then terus pasang lilin-lilin yang aku beli kat ikea sebelum ni. 

 
Murah jek. 36pcs rm7.90 if tak silap aku. Kalau tengok kat luar mahal. Ni pon lilin yang ada bau wangi, bau epal, kalau yang takde bau murah sikit. Lilin-lilin tu aku susun jadi bentuk I LOVE U..Idea ni pon dapat dari google. Hehee..Susun kat living room @ruang tamu coz aku ada agenda lain pastu. Hihihii..(gelak jahat)

 

Sebelum kul8 malam dah siap pasang lilin dan letak hadiah kat situ, aku padam semua lampu kat rumah dan biar lilin je terpasang. Kunci pintu dan mangga dari luar kunun-kunun aku takde kat rumah la, biar hubby kerisauan..ekeke..Aku dan hanan sembunyi dalam bilik, pasang kipas. Kat luar takleh pasang kipas coz nanti terpadam la api lilin-lilin tu. Hanan kalau ada aku dekat dengan dia, dia takkan nangis..Tapi lama-lama dia bosan lak bergelap dan dia nak main pon tak nampak apa..haha..kesian..dok golek-golek kat katil sampai la tertidur, tapi ayah nye tak balik-balik gak..Uih, alhamdulillah dah tidur. Lagi senang plan aku. hehe..Aku dah risau kang sampai lilin tu terpadam tapi tak sampai lagi lak, camne? Aku cek balik kat bekas lilin tu, oooo...leh tahan 4 jam..sempat la kot, insyaallah.

Tepat kul9.30 dengar orang buka pintu dari luar. Yess! Hubby dah balik..Pastu dengar bunyi tutup pintu. Then senyap je..Pastu..

Hubby : Ehem..ehem..! (Pura-pura batuk) Nie sape la main lilin kat tengah rumah ni..Nie apa pasang lilin banyak-banyak ni...(Sambil gelak-gelak)

Then, bila dia dah berdiri betul-betul kat lilin-lilin tu aku terus keluar dari bilik belakang dan terpa dia sambil jerit "SURPRISEEEEEE...!!!" Wahahaa...terkejut hubby...tapi macam tak terkejut sangat la. Ah, tak kisah la. Haha! Peluk hubby ketat-ketat tapi bau masyam peluh lak coz baru balik dari main badminton kan. Ah, pedulik..hehe..Muka dua-dua tersengih-sengih dan tergelak-gelak...Dalam hati aku puas sangat sebab surprise ni menjadi gak even terawal dari tarikh anniversary sepatutnya. Tapi sayangnya tak dapat nak rakam moment tu coz time tu la battery enpon dan kamera nak habis lak...T_T

Aku punya kuat jerit surprise and gelak tu sampai hanan yang tidur dalam bilik pon terkejut dan terbangun..haha..Terus suruh hubby buka hadiah tu...

Hubby : Eh, hadiah apa la ni..Awalnya bagi, anniversary kan minggu depan.
Aku : Saje nak buat surprise
Hubby : Memang surprise pon..Tadi sampai-sampai rumah, berkunci dari luar, ingatkan sayang keluar pergi mana la..
Aku :  Hihihi..
Hubby : Macam kotak handphone je nih
Aku : Bukan la, kotak je tu..

Buka lagi balutan..

Hubby : Ini memang handphone nih..
Aku : Tak la..buka je la sampai habis..
Hubby : Betul la handphone nih! (Muka girang) :D

Yess...Hubby suka! Hihi...Takpe la melabur sikit, untuk kebahagiaan orang tersayang kan. Mungkin tak la semahal I Phone 6 tapi tu dah wat hubby gembira. Esok nye time kerja pon dia mesej lagi terima kasih sayang..terima kasih sayang..hihiii..bahagiaaaaaa... ^_^ Kadang-kadang tak perlu kan modal yang banyak pon untuk beri kejutan buat pasangan kita, tapi kesan nye dan kenangan tu kita akan ingat sampai bila-bila...;)











Thursday, November 20, 2014

House Chores Paling Tak Diminati ;p


Assalamualaikum...

Normal la kan, kalau dah nama perempuan ni, kena la rajin buat kerja-kerja rumah ni..Lagi la bila dah berkahwin, dah jadi isteri orang, dah berkeluarga sendiri. Kena la pandai manage masa untuk uruskan hal ehwal rumahtangga..Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah tu contoh membasuh baju, iron baju, lipat kain, memasak, kemas rumah, etc..mesti ada at least satu dua benda yang korang tak berapa minat nak buat atau selalu lengah-lengahkan nak buat..haha..dah macam buka pekung di dada sendiri. ;p ;p

Aku paling malas bila bab melipat baju. Takde la malas naw sampai tak berlipat langsung. Jadual dobi baju aku, means membasuh baju kat rumah adalah dua hari sekali. Baju-baju aku and husband basuh sekali while baju hanan kitaorang asingkan, sabun pon guna lain-lain. Ye la, baju baby dah seharian pakai pon still wangi, takkan nak campur sekali dengan baju mak pak dia yang hapak nih..hehe..Jadual melipat baju juga dua kali sehari. Selalunya aku basuh baju malam, so dah tengah malam tu sebelum masuk tidur, sidai baju dulu..ataupon sebelum tidur dah basuh, then tunggu je la mesin proses, sok pagi-pagi tinggal sidai je..Selalunya weekdays kitaorang sidai kat dalam je. Kalau weekend baru la dapat jemur baju kat luar, best coz baju garing terkena pancaran cahaya matahari..Hari mendobi juga hari melipat baju coz sementara tunggu baju yang dibasuh siap diproses, aku wat la kerja-kerja melipat nih. Selalunya aku melipat kat depan tv la, so leka tengok tv sambil wat kerja, tak perasan tup tup dah siap..Tak pon lipat atas katil, empuk sikit nak duduk lama-lama kan. Kalau tiba tahap malas, sumbat je dalam bakul, ada mood nanti baru lipat..hahaa..Tapi takleh biar lama sangat tak berlipat, nanti dah kurang baju -bajan yang nak dipakai, terutama yg kecik-kecik tu..;p Kalau macam baju kurung ke, tshirt-tshirt hubby je memang gantung kat almari terus.

Hubby semua kerja-kerja rumah pon dia boleh buat, memasak ke, membasuh, kemas rumah, jaga anak..tapi satu ni je la dia tak pernah dan takkan buat iaitu melipat baju. Maybe leceh dan lagi satu, nanti aku gak yang membebel sebab ukuran tak sama la, salah tempat la, itu la, ini la..haha..biasa lah, perempuan ni semua benda pon nak kelihatan sempurna kat mata dia. Even kalau susun baju kat almari pon aku susun ikut jenis, baju kurung, kurunggg je semua takleh campur, then ikut warna lak, kalau merah, satu group tu merahhh je semua, pastu baru diikuti kaler-kaler lain. Bukan apa, kan nampak lagi kemas camtu, then memudahkan kerja kita bila nak mencari atau memilih baju nanti.

Hubby suka amalkan 5s kat rumah. Ye lah, dulu dia pernah kerja company jepun, kan memang strict dengan kebersihan dan susun atur. Aku rasa nak improve kan lagi la amalan tu kat rumah. Mesti seronok je tengok semua benda tersusun dengan kemas nya kan? Korang camne? Apa kerja-kerja rumah yang korang kurang minat? ;D

Wednesday, November 12, 2014

Makin Manja


Assalamualaikum..

Masih cerita berkisar tentang anak..Maklum lah anak sulung kan, macam-macam pengalaman baru la bila dah jadi seorang ibu ni kan..Umur hanan dah 6 bulan lebih. Makin bertambah akal nya, dan makin bertambah juga lah manja nya. Memandangkan hanan lebih banyak berkepit dengan aku, tidur pon kat ketiak aku, hahaa..Maka dia manja lebih dengan aku berbanding ayah nya.

Amboi sekarang, bila dah kenal orang ni kan..Kalau aku tengah dukung dia, orang lain ambil, terkebil-kebil dia pandang orang tu, pastu melalak..uwaaa...Kalau ayah dia pegang ok je pulak. Pernah one day, kitaorang pergi makan stemboat kat picc dan ada seorang akak tu duk agah-agah hanan, suka la dia ketawa mengekek, pastu akak tu dukung la hanan kejap je, terus melalak..cet.

 

Bila kat rumah lagi lah, pantang nampak kelibat aku, nak suruh teman dia..Kadang dah duduk sebelah dia pon still merengek, nak suruh dukung or pangku dia je, alahai, manja nya anak ummi nih...Kalau kejap-kejap boleh la, kalau tiap masa camtu, 24 jam, camne ummi nak wat kerja lain..Kalau ada hubby, terselamat lah aku coz hubby leh temankan hanan sementara aku nak masak ke, kemas rumah ke, buat kerja lain ke, janji jangan lalu depan dia, kalau tak start la merengek..Bila aku berseorangan, nak taknak time memasak pon sambil dukung dia, kalau letak kat baby rocker tu kejap je, pastu melalak bila dah bosan. Hanan ni dah la takut blender, bila bunyi blender je, automatik badan dia meronta macam kena karen, hahahaa..Kadang-kadang kalau dah terpaksa sangat macam nak mandi ke, nak pergi toilet ke, nak solat ke, aku terpaksa biar gak dia menangis camtu. Hanan ni jenis menangis takde nak slow-slow nye, terus menjerit kuat macam kena apa. Orang yang tak biasa dengar mesti terkejut tengok apasal la anak aku terjerit-jerit ni. Kadang-kadang sampai serak suara. Tapi kalau nak solat, hampar toto dan letak la sebelah kita, merengek jap je pastu diam la dia main-main sendiri sebab dia tau kita dekat dengan dia kot. Kadang-kadang pasang video kat enpon, dia khayal la jap, ikut mood dia dah bosan, teriak gak..huhu

Sekarang hubby pon dah banyak luangkan masa dengan hanan. Tiap pagi sebelum hantar ke pengasuh, husband la yang tukarkan pampers hanan sementara aku siapkan bekal untuk hanan. Bila weekend, kadang-kadang hubby la yang mandikan hanan, tukar pampers, suapkan makanan sume, sebab nak tighten bond antara ayah dan anak, dan supaya hanan tak la manja dengan aku seorang je, tapi dengan mak ayah nya gak, baru lah adil. haha..

 

Kadang-kadang menjaga anak ni memang meletihkan, tidur kejap-kejap terganggu, bila anak meragam dan kita taktau apa yang dia nak, kadang-kadang aku diamkan je..Hubby faham la tu, aku macam dah fed-up, terus dia ambil hanan dari aku dan berbual-bual dengan hanan,  

"hanan noty ye..nape melalak je..tengok muka ummi dah jadi ketat tu" 

"hanan nak apa...kalau taknak bagitau ummi, meh bagitau ayah..apa? nak adik??" 

dan macam-macam lagi la dia bebel macam la si hanan tu boleh faham (tapi kot dia memang faham, mana la tau kan..hihi) sampai aku yang muka dah ketat tadi jadi tergelak-gelak lak. Hehe..alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan suami yang memahami dan rajin memujuk, aku ni dah la jenis cepat terasa, serius hubby memang orang yang pandai sangat memujuk, even aku terdiam ke, tak senyum ke, terus dia pujuk-pujuk sampai la mood aku datang balik..hihi..Tapi aku jenis kalau orang merajuk aku takut nak tegur dan tak reti pujuk, so biar je la sampai mood dah ok baru konon-konon tanya pasal tu la, pasal ni la...hahaa!


Eh, entah apa aku bebel ni. Daaa ;p




Wednesday, November 5, 2014

Pecah Rekod



Assalamualaikum...

Tibe-tibe cite pasal pecah rekod kan..Nie semua sebab semalam aku mc..sebenarnya EL la sebab takde surat mc..alkisahnya isnin tu aku dah rasa macam biol je, pening kepala semacam, selsema dan bersin-bersin..buat kerja pon rasa nak terlentok je kepala atas meja..bawa kereta pon rasa melayang je..tapi alhamdulillah tak jadi pape, syukur selamat sampai ke ofis dan rumah..Baliknya aku terus melepak kat bilik..berat betul rasa kepala. Aku rasa pas lelap kejap ok kot. Tapi malam tu hubby berkeras nak bawa aku pergi klinik. So, menurut je la kita, kang derhaka lak nak bantah-bantah..hehe..Guna je medical card company hubby coz banyak klinik dia cover. Senang ada medical card ni, tunjuk je card tu, semua diuruskan dan of course la free of charge.

Klinik faveret family kitaorang ialah Klinik Zalfah kat Bangi. Klinik buka 24 jam. Best sangat coz doktor dia ramai, kalau waktu biasa ada 3 doktor bertugas so tak perlu la tunggu lama sangat kan. Kalau lepas pukul12 malam, ada seorang atau 2 org doktor bertugas. Layanan sangat mesra dari doktor2 dan petugas dia. Cakap lembuttt je, alahai lemah lutut dengar..haha! Ubat dia bagi ikut keperluan kita, takde la macam sesetengah klinik tu selambak terus dia bagi..Contoh kita cakap selesema je, dengan ubat batuk, demam, segala ubat dia bagi kan. Membazir kalau tak makan nanti dah la bayar mahal. Then, kat klinik ni harga dia berpatutan even kita datang lepas kul12 malam, harga tetap sama.


Sejak 2009 aku kerja kat company ni, nak masuk 6 tahun la kan? Aku pernah mc 3 hari je..sehari masa 2009, sehari masa 2010 dan lagi sehari 2011..Pastu aku tak pernah mc. Alhamdulillah sihat walafiat. Kalau setakat pening kepala sikit-sikit or selesema tu memang aku takde la nak mc, amik ubat kat farmasi then datang je la keje. Tapi semalam dah pecah rekod. Huhu..





Pagi nya bangun tidur still rasa pening kepala..suara pon dah garau semacam..Sekali lagi hubby berkeras suh aku cuti dan ambil mc..Ikutkan hati malas je, aku rela pergi keje coz duduk rumah je bosan lak nanti. Tapi hubby suruh gak cuti dan dia bgtau dia pon akan ambil cuti gak untuk jaga aku dan hanan. Ok lah, dah dia cakap camtu kan, turut kan je lah..Kebetulan hari ni kena hantar hanan ke klinik untuk inject 6 bulan. Ada hubby teman senang sikit kan. Hubby pon dah biasa jaga hanan. Setakat bagi susu, tukar pampers, mandi kan, melayan karenah tu semua dia dah master dah. Alhamdulillah, dapat la ummi berehat-rehat..Breakfast  hubby sediakan, dapat massage2 lagi..best-best ;) Malam tadi dah pergi klinik ambil ubat, tapi tak request mc so pagi ni aku rasa malas lak nak pergi klinik lagi, nanti dia bagi ubat sama je..ambil el je lah coz memang emergency pon nih kan.


Alhamdulillah hari ni dah ok sikit so dah kerja macam biasa. Thanks hubby coz asyik la memanjakan wife mu ini..heeee...~



Friday, October 24, 2014

Petua Bila Baby Kena Demam Campak


Assalamualaikum...

 Alhamdulillah..masuk hari ni dah 5 hari hanan kena demam campak. Tapi maby sebab dia baru berusia 6 bulan, belum makan campur2 so antibodi masih kuat dan cepat sembuh..Hari ahad lepas dah perasan bintik2..then hari selasa camtu dah surut..3 hari..tinggal ada bekas2 je kat bahagian muka..


Alkisahnya hari jumaat lepas macam rasa badan hanan panas dari biasa...Bila bawa klinik malam tu, doktor kata suhu normal je, 37..Ni payah nya takde termometer sendiri kat rumah kan, tak tau suhu normal berapa, panas berapa..Then doktor pesan untuk lap2 je badan dia, maybe cuaca and dia bagi gak sebotol ubat demam, in case macam nak demam, leh prevent terus kan..Balik nya aku bagi makan ubat sekali, meraung-raung hanan sebab dia memang tak suka ubat..Tips kalau nak hilangkan rasa ubat tu ialah minum air zam2 tapi takde air zam zam lak kat umah. Redha je lah..Then tampal gak cool fever untuk baby tu bagi panas dia reda sikit..Esok nya aku terus beli termometer online kat lazada. Harga dia RM59.90 je after diskaun. Kejap je dah sampai..Senang pasni nak monitor suhu baby atau mak ayah nye sekali. hehe. 
  
ni la rupa termometer yang aku beli tu

on the way pergi klinik hari ahad tu..penuh dah kat muka and badan..T_T

Hari sabtu aku sukat suhu dia, dah turun sikit..36..kadang2 37..tapi dia merengek-rengek gak macam tak selesa. Then malam tu baru perasan macam ada bintik2 kat badan and perut dia..Aku ingatkan ruam lah sebab tak pernah tau camne rupa demam campak tu..Pagi ahad tu mandi kan dia macam biasa tapi hanan tak happy, selalu dia la paling suka mandi dan main air..Time nak pakaikan baju tu perasan dah makin banyak lak bintik-bintik..Penuh muka dan badan..Ah sudah! Anak aku alergik apa lak ni?? Rasanya takde la bagi makan bukan-bukan, bubur nasi je macam biasa..Ke alahan habuk? Towel? Tak terpikir pon demam campak sebab suhu dia normal je dan dia tak demam...Wassap gambar kat makcik, sah la demam campak..Aduhai, demam campak takleh kena air kan..Tadi ummi dah mandikan hanan patutlah tak selesa, terus naik bintik2 penuh 1 badan..huhu...Maafkan ummi...Terus bawa hanan ke klinik kali kedua.

Nie lah antara petua jika anak kena demam campak :

1. Jangan mandikan. 
Kalau nak mandikan, lap lap je dengan air suam-suam kuku. Tak usah la berenang kat besen tu. Nanti bintik-bintik cepat merebak dan rasa gatal.

2. Elak anak dari berpeluh.
Kat rumah aku pakaikan baju tipis-tipis je..Kalau kat bilik siap pasang dua kipas lagi, atas siling and kipas meja menghadap dia sebab nak elak berpeluh kan..Time siang tak payah pakaikan baju pon takpe. Kalau duduk dalam econ, selesa la dia..sejukkkk je..

3. Bagi minum air kelapa muda
Since hanan baru je start boleh makan, so aku takde la bagi banyak2..Tak banyak pon 2-3 kali gak aku bagi..sekali bagi 2-3oz..glup glup glup..habis dah dia minum..time kena campak nie hanan jadi kurang menyusu..makan langsung taknak..1-2suap terus merengek bila kita sua lagi..sedih aku..huk huk..Yang paling sedih dia taknak direct bf langsung! Taktau la jadi rasa payau ke, tak sedap ke..So terpaksa la pam then bagi thru botol..Tu pon minum nya 1oz je..sikit sikit..huhuu..! T_T then kerap terjaga malam..Maby sebab tak selesa ke..haus ke..cian anak ummi..

4. Cari daun semambu
Ok, walaupun aku asal kampung, tapi tak pernah tau pon camne rupa daun semambu nih..Ni pon 1st time dengar bila akak ipar suggest kan..Kebetulan ada kawan hubby kerja kat Taman Botani, dia lah yang baik hati tolong petikkan dan siap hantar ke rumah lagi malam-malam.

ni lah rupa daun semambu..macam daun kari, tapi besar sikit saiznya.

Guna nya daun semambu ni, boleh dibuat mandi..Kisar atau carikk2 then letak dalam besen air suam. Tapi jangan la mandikan lama2, ala kadar gitu, tujuannya nak bagi badan rasa selesa coz daun semambu ni leh hilangkan rasa perit dan gatal akibat demam campak tu. Aku mandikan hanan dengan air daun semambu ni sekali je..Selalu nya dia suka je mandi kan, ni masa mula-mula letak dia dalam ni dia buat muka pelik..pastu kaki slow slow kuis air..selalu time mandi kaki sampai nak terkeluar dari besen, tu aku suka mandikan tak payah pakai besen dah..pastu lama-lama dia menangis, maby sebab geli kot ada daun-daun dalam tu..hahaa..

aku pon macam tak selera je mandi dengan air camni ..hihi

Selain tu, boleh gak kisar halus, campur dengan bedak sejuk, sapu kat badan, tapi aku tak wat coz aku dah sapu ubat yang doktor bagi tu je..Boleh gak buat alas tidur guna daun-daun tu..

5. Rajin sapu ubat / lotion celamine yang doktor bagi
Jangan sapu sekali je sehari coz lepas sapu kan dia kering..Sapu la pagi sekali..petang sekali..malam sekali..Kalau malas pon buat lah dua kali sehari. Hanan bila sapu ubat ni dia jadi selesa dan berhenti merengek..Hilang kot rasa gatal2 tu..Taktau la dia rasa gatal ke tak sebab dia tak pandai menggaru lagi kot..huhu..

 

Alhamdulillah..hanan cepat sembuh..Bintik-bintik mula timbul hari ahad..Hari selasa camtu dah surut..Hari rabu dah tinggal bekas-bekas je dan hari khamis ummi dah boleh kerja..;)











Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers