Alhamdulillah...
5 Jan 2013 - 6 Jan 2013
Dapat gak gi honeymoon sama2..hihi..Actually trip ni sebelum ke Langkawi hari tu. Tapi tak menyempat nak update, so sekarang la baru story mory pasal nih. Rugi satu entry kalau tak citer ;p Trip ke Melaka kali ni gi berenam
iaitu dengan kawan2 kerja hubby..Masing-masing dah berkahwin lah. Seawal jam 10 pagi dah gerak dari umah menuju ke R&R
seremban.
Kita pakai baju sama..yey! Couple T yang aku beli online je kat
internet. Aku suka shopping online. Leh tengok gambar puas2 pastu tak
memenatkan nak berjalan ke kedai. Hehee..Tapi aku dah survey puas-puas
dulu baru beli..Ada kat blog lain aku nampk dia jual baju yg sama tapi
mahal cket. Nasib baik aku jumpa yang jual murah..Pandai kan?
Hehee..Lagi pon baju ni nampak sopan cket bila aku pakai coz labuh
sampai lutut kan.
Sampai Melaka terus berjalan-jalan kat Bandar Hilir. Nak panjat A
Famosa. Bila sampai tempat parking, kena letak kupon letak kereta lak. Pastu aku
tunggu je la dalam kereta sementara hubby and kawan-kawan dia gi cari kupon letak kereta.
Tempat jual kupon tu jauh. Tempat bayar saman dekat lah. Tunggu punya
tunggu sampai la terlelap..Mengantuk lah..tapi tibe2 dengar bunyi bising, aku terjaga..Ada orang tengah bercakap-cakap pastu blah..Alamak, tu
macam orang majlis bandaran je??Kan betul..Aku tengok balik kat cermin
luar, ada sekeping saman dia dah letak..adeii..camne la leh
tertido..huhuuu..cepat je derang letakkan saman. Tak lama pastu hubby pon
sampai....Aku takut sgt abg marah sampai mood aku sendiri yang hilang..Dalam masa
yg sama aku bengang kenapa leh kene saman..So sebab dah perasaan
bercampur baur camtu, aku pon diam je lah. tapi muka ketat tu leh nampak
la. Dalam hati dah cuba pujuk-pujuk diri sendiri. "behave nadia..behave..jangan sampai rosakkan mood nak berjalan-jalan nih.." huhu..
muka aku takleh blah..haha! |
Masa naik beca tu pon aku masih diam lagi walaupon dalam hati suka sebab
memang teringin pon nak naik beca..hehe..time amik gambar berdua tu aku
dah cam kekok nak senyum, so nampak la gambar tu muka aku semacam je..huk
huk..Tapi tak lama pastu ok je. Sebab aku pon tegur aku cam biasa je,
cam takde pape je. Pujuk aku cakap tak payah pikirkan sangat, benda dah jadi. Lagipon bape sen je saman parking tu, walaupon aku tau dia memang takkan bayar..kikiki..So watpe aku nak layankan perasaan sgt kan? Ngade2 la
tew~ hehee..Pastu kami gi naik A Famosa, jalan-jalan..Pastu gi makan
asam pedas. Nasib baik dah tanya orang kedai tu dulu. Memang kena letak
kupon parking la. Orang yg parking sbelah kitaorang takde kupon, dia kena
saman..dia ternampak, dia nak kejar orang majlis bandaran tu, tapi saman
dah kuar, takleh watpela kan...Dah membebel la dia sorang2 kat situ marahkan orang yang bagi saman tu. Mahal tau makan kat situ dah la tak
sedap! opss..sowie~ mey ngan laki dia makan ketam goreng, leh kedai tu cas sampai
RM40 ..fuyohh..dah cam makan seafood kat restoren la plak. Ketam goreng biasa je pon!
Bila malam gi naik cruise lak..cantik, dapat tengok lampu2 sepanjang tepi sungai..tapi bila nak ke darat pening lak, rasa cam nak muntah. Mabuk sungai kot? Bukan mabuk laut..hahaa..Pastu kawan2 hubby nak gi jalan2 tempat lain, tapi aku dgn hubby nak gi jumpa family aku jap. Kebetulan family aku jalan-jalan kat situ gak. hehe..pastu beli tauhu bakar, belacan, fringe magnet an macam-macam lagi..Besar up town kat melaka ni. Puas gak la ronda-ronda..
beratur gi beli tiket cruise |
cantik kan lampu-lampu yg bergemerlapan` |
pemandangan dari atas Menara Taming Sari.. |
Pas naik menara taming sari, gi Mini Rider lak coz tiket dia sekali pakej. Dia cam ko masuk 2 orang dalam mendalah tu, pilih filem pe yang korang nak, filem 3D lan kan.Then benda tu akan gerak-gerak sekali sama cam dalam filem. Konon nak bagi effect la. Aku pilih cite duk dalam gerabak keretapi. Pastu time gerabak tu menjunam ke bawah, ko pon rasa cam menjunam. Bila habis naik benda ni, masing-masing rasa pening dan nak muntah. Hahaha~
ni muka sebelum naik mendalah tu..hehe |
di Muzium Samudera bersama couple masing-masing.. |
Pastu gi taman mini malaysia.
Cantik...kat situ ada rumah-rumah ikut negeri-negeri kat malaysia..semua
rumah tradisional dari kayu..pastu ada persembahan tarian. Kitaorang
pon
ikut menari sekali. hehe..ntah pape je kan..kawan hubby ada amik gambar
time kitaorang dengan penari-penari tu, tapi takde plak aku minta gambar
tu dari dia. Kalau tak leh tunjuk betapa tebalnye mekap yang derang
pakai. Scarry~
Taman Mini Malaysia..cantik kan rumah tu? |
aku dah 3kali pergi melaka.last g dengan family in law.memang dekat melaka kau kena beringat.xboleh letak parking sebarangan.aritu aku letak kereta depan hotel..sekali pagi tengok ada surat saman.sejak kena saman memang aku dah selalu beringat.parking xboleh sebarangan.
ReplyDeleteaku tak ingat la bape kali..tapi tiap kali pegi, dah makin maju..mungkin duit dari saman2 parking tu la dia guna untuk mencantikkan bandaraya melaka..hehe..tp hubby aku tak bayo pon ;p
ReplyDeletelagi sesak bandar melaka bila tiba time cuti..memang aku rasa terlalu padatlah time tue.lepas nie kau cuti kemana?
ReplyDeletepelangi chenta : nak pegi cameron...tapi tak plan lagi pon bila..haha
ReplyDelete