Wednesday, March 5, 2014

Pengalaman Trimester Ketiga


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Sekarang usia kandungan dah dah masuk 35 weeks..Dah menginjak ke Trimester Ketiga which is trimester terakhir dalam cycle kehamilan. Apa nak cerita ye?

Kedudukan Songsang (Breech)
- Masa kandungan berusia dalam 7bulan (28 weeks), dah pergi wat detail scan kat klinik. So time tu kedudukan baby adalah breech. Iaitu kepala baby kat kanan and punggung kat kiri kita. Macam duk melintang la dalam perut tu. doctor cakap takpe, baby kecik lagi dia leh pusing-pusing lagi..Tapi time check up 30 weeks sampaila ke 32 weeks, iaitu dah 8bulan..baby masih lagi berkedudukan songsang..Time ni dah start risau tapi doktor tak bagi jumpa mak bidan berurut takut lain plak jadi nya kan..Baby leh terbelit dengan tali pusat atau boleh gak lemas kalau tersalah urut..Kalau time awal-awal dulu insyaallah boleh lagi. Okey, time ni aku dah start nervous..Coz kalau baby masih tak berpusing ke kedudukan cephalic which is kepala di bawah, berkemungkinan terpaksa bersalin secara operate. Sebab anak pertama kan, risiko bila nak bersalin normal and kalau normal pon, jahitan adalah banyak dari biasa...Kalau sampai 34 weeks or 36weeks masih tak berpusing mungkin pakar kat hospital akan tolong untuk pusingkan baby guna kaedah ECV. Tengok kat youtube macam mengerikan juga. Dia guna tangan sepenuh tenaga tolak perut dan baby tu. Pasti menyakitkan. Huhuuu..

Aku start google and tanya-tanya orang camne nak atasi benda tu. Banyak gak info yang aku dapat dari internet dan ada juga yang aku amalkan.
1. Sujud lama-lama, supaya baby mudah berpusing kerana tarikan graviti. Yang ni aku buat tiap hari time solat hajat. Walaupon kepala terasa berpusing coz darah mengalir ke kepala dan badan terasa berat, tapi aku gagahkan gak buat hari-hari...Lepas habis solat je memang terus rasa letih dan mengantuk.Terus tidoo..zzzz...Buat kat katil pon leh, wat la posisi macam sujud tu sekurang-kurang nya 5minit.
2. Banyak bercakap dengan baby coz baby selalunya mendengar kata-kata ibu ayahnya. Yang ni hubby aku la rajin usap-usap perut and cakap dengan baby supaya berpusing.
3. Ambil supplement Salindah (RTA). Yang ni makcik aku suggest suh beli and try. Murah je pon, sebotol baru RM20 mengandungi 30 biji kapsul. Sehari ambil dua kali, sebiji setiap kali. Salindah ni homeopathy so aku tak kisah sangat coz rasanya pon sedap macam gula-gula..hehe..
4. Rajin usap-usap kepala baby (kalau kepala kat belah kanan perut, usap belah kanan perut) supaya dia bergerak.
5. Guna torchlight atau ais untuk menggalakkan baby berpusing. Hehee..yang ais ni aku tak wat coz macam kesian lak kang baby kesejukan dalam perut. Yang guna torch light ni caranya korang dalam posisi macam sujud tu pastu suluh kat perut hala ke bahagian bawah. Kononnya baby leh tertarik dengan cahaya dan dia akan pusing lah. Buat time baring terlentang pon leh.
6. Rajin-rajin wat solat hajat, baca surah Maryam hari-hari..baca doa mudahkan bersalin..Kalau boleh minta tolong suami, mak, ayah, mak mertua doakan sekali dan buatkan solat hajat sekali..Insyaallah.

Dan alhamdulillah..Time check up 34 weeks...doktor scan lagi dan baby dah berpusing ke kedudukan sepatutnya. Syukur sangat2 dan rasa nak menitik air mata. Time pegi check up ni hubby masih outstation kat Jepun, so dapat sampaikan berita melalui wassap je lah. Hubby pon turut gembira. Legaaaa rasanya..Insyaallah dapat bersalin normal. Semoga dipermudahkan, aminn....

Cepat Letih dan Mengah
- Bila jalan sikit cepat rasa letih. Naik tangga apatah lagi. Rasa macam awal-awal mengandung lak. Huhu..tapi time-time camni la kena banyak exercise kan? Cepat rasa mengah walaupon time tu tak buat pape, just duduk-duduk tengok tv je..Nak makan banyak dalam satu masa pon takleh coz nanti cepat mengah dan rasa tak selesa kat ulu hati. Tapi kadang-kadang aku tak layan kan. Nanti makin manja lak badan ni.

Tidur Tak Lena
- Mula-mula dulu memang tidur tak lena sebab banyak faktor la..Kadang kepanasan coz suhu badan meningkat disebabkan hormon kan. Dengan cuaca panas lagi sekarang ni. Bangun kul3 pagi pon kadang-kadang aku mandi lagi coz tak tahan panas sangat. Kadang-kadang sakit pinggang la, sakit perut la coz baby aktif menendang. Tapi sekarang dah ok sikit coz dah jumpa cara yang best untuk tido. Banyakkan guna bantal. Kalau tidur terlentang, letakkan bantal kat bawah kaki. Tapi cara ni kurang sesuai takut baby kurang dapat oksigen. Tidur mengiring dengan kepala lagi tinggi dari badan, peluk bantal dan letakkan sebiji lagi bantal kat celah kaki. Sebelum tidur rajin2 la urut betis dan kaki dengan losyen untuk elak kaki cramp time tido. Insyaallah dapat tidur dengan selesa hingga pagi.

Baby Semakin Aktif 
- Bila usia kandungan semakin besar, pergerakan baby pon semakin aktif. Seawal kandungan berusia 4 bulan, kita dah leh rasa pergerakan bayi tapi time tu just pergerakan halus je la, umpama ada rama-rama berterbangan dalam perut. Rasa geli-geli gitu. Hehe..tapi bila dah masuk trimester ketiga ni, tendangan padu dan padat yang selalu baby buat. Kadang-kadang rasa bergegar perut. Tengah makan pon boleh tersentak atau terberhenti coz tahan sakit. Time siang mungkin boleh tahan lagi dan kadang-kadang kita pon tak perasan coz busy wat keje kan, kalau time malam lagi aktif..Berombak-ombak perut sampai kena pujuk2 baby supaya tido..

Bila kandungan dah berusia 30 weeks, kita kena catat pergerakan baby dalam buku merah. Pergerakan mestilah tak kurang dari 10 start 9 pagi hingga 9 malam, means dalam 12 jam la. Ada suatu ketika, baby tibe2 kurang respon, walau pon aku dah rangsang, pergerakan dia slow je..aku dah naik risau dengan keadaan baby dalam tu. Menjelang esoknya baby masih kurang bertindak balas dan kurang bergerak. Balik kerja terus pergi klinik dan scan, itu pon pas hubby pujuk suh scan gak. Bila scan, baby banyak tidur, tapi ada gak bergerak. Time balik je dari klinik, amboi dia punya aktif memang tak ingat. Aku pon pelik. Aku siap bagitau hubby agaknya baby saje nak suh kita tengok dia kot, pastu baru dia rasa excited, mak ayah dia tengok dia. Sejak tu baby terus kembali aktif bergerak macam biasa. Alhamdulillah legaaaa...Kalau dia nak tendang kuat-kuat pasni pon aku biar je, takmo baby merajok lagi..huhu..;(

Kurang Selera Makan
- Tiap pagi bangun tido je rasa macam mual. Macam perut masuk angin kot. Tapi aku expect maby bila baby dah besar ni, bila kita makan malam tu, gas terkumpul kat dada ke ulu hati ke, so bila bangun pagi jadi rasa tak selesa..Makan pon takleh banyak coz perut cepat terasa penuh. So, berat aku tak bertambah dah tapi aku harap baby dapat menyerap apa yang mak nya makan.

Amalan Supaya Mudah Bersalin
- Banyak kan buat senaman untuk mudah bersalin macam squad, kagel dan sebagainya..Jangan malas-malas..Rajin-rajin gak guna minyak kelapa dara untuk buat urutan prenium (yang ni korang boleh google sendiri) dan minum minyak kelapa tu bila dah masuk 35 weeks. Banyak sebenarnya info kat internet untuk amalan mudah bersalin ni. Rajin makan kurma supaya bertenaga dan sebagainya. Dan rajin-rajin gak bersama suami...thehehee..

Persiapan Ke Hospital
- Bila dah masuk 30 weeks selalunya nurse dah suruh korang siap-siapkan barang untuk dibawa ke hospital. Basuh semua baju-baju dan barang baby. Kemas dalam beg. Buat check list supaya takde barang yang tertinggal nanti. Aku dah siap kemas semua cuma belum letak lagi dalam kereta. Insyaallah nanti tinggal letak je.


Apa lagi ye?Rasa macam dah panjang bebenor ni..Tiap orang lain-lain pengalamannya..Alhamdulillah, terasa cukup mudah kehamilan kali ini...Takde mabuk or loya di awal kehamilan. Takde bengkak or sakit kaki...Dan alhamdulillah gak tak penah demam or jatuh sakit, just hubby je yang ada gak beberapa kali dia demam..Takde masalah-masalah lain, sukar tidur or sakit pinggang..Kadang-kadang bila aku nak cepat, boleh lagi berlari or jalan laju-laju macam terlupa lak tengah mengandung. Hehee..Syukur alhamdulillah dipermudahkan semua nya..Kadang-kadang citer dengan hubby macam tak caya tengah pregnen, bila hubby tanya balik nape, aku jawab rasa macam masih budak-budak...hahaaa..sama gak dulu time baru mula-mula kahwin, rasa macam tak caye dah jadi isteri orang..Berbulan gak la nak sesuaikan diri. Hihiii..;)


Semoga selamat dan dipermudahkan time bersalin nanti...Amin..Lagi beberapa minggu je lagi ni..dup dap dup dap..;)

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers