Sunday, December 30, 2012

Preview : Hadiah Kahwin

Selalunya bagi orang hadiah...Tak pon tengok orang dapat hadiah banyak-banyak kan? Tak sangka kali ni, diri sendiri merasa dapat hadiah banyak-banyak dan besar-besar...Disebabkan kepenatan dan tak larat, kami hadiah tu kami susun je dulu kat bilik, dah beberapa hari pas majlis baru buka..Hehee..

Alhamdulillah..Sudah rezeki kami kan..kebanyakan wish list aku dalam entry sebelum ni tercapai..Korang ni ada riki-riki blog aku eh? Cam tau-tau je aku nak apa..hehe..Nie antara hadiah yang kitaorang terima dan sempat aku catat:

1. Kipas angin - 2 biji
- Sangat berguna walaupun kat umah yang kitaorang tinggal dah ada kipas, tapi bila sedara-mara datang bertandang nanti, mesti nak guna banyak-banyak kipas gak kan? Salah satu kipas tu siap remote control. Aku tengok harga kat kedai eletrik..Mak aiii mahai..hehe..Pe pon mekasih ye! ;>

2. Frame - 4 buah
- Macam-macam jenis frame dapat..Ada frame bismillah, assalamualaikum, frame gambar dan frame yang gantung kat dinding..Macehh..leh guna untuk deco2 umah. Hehe

3. Mug

4. Knife set - 2 set
- Yang ni termasuk dalam wish list haku! Yey yeyy...Dapat 2 set lagik. 1 kaler biru, 1 kaler hijau..Baguslah tu, kaler tema kawen aku. Hehee..

5. Coffee set
- Thanksss...Sangat berguna untuk minum petang atau bekpes..hehe

6. Glass set - 9 set
- Yang ni orang kata hadiah "general" yang pengantin terima..Memang paling banyak lah..Aku bawa balik umah sebahagian je, yang lain aku tinggal kat kampung. Hehee..

7. Pengadun kuih @ mixer - 3 set
- Baguslah korang..Memang betul2 nak suh aku rajin membaking eh? Macehh..Tapi sayangnya takde dapat adiah microwave or oven, so aku leh wat kek kukus je lah. Hehee

8. Jam dinding - 3 biji
- Sume jam ni cantik2..sukee..Leh letak bilik, dapur..etc..hehee..

9. Set pinggan - 6 set
- Yang ni pon dapat banyakkk..Tapi memang berguna..Tak payah dah beli pinggan mangkuk lagi. Cukup dah. Yey!

1o. Set mangkuk - 3 set
- Boleh guna untuk lauk-pauk dan macam-macam lagiii..!

11. Coffee maker
- Wahh..tak expect pon dapat ni..Time jamuan nanti leh guna, or maybe aku leh letak ofis ke? Hehee..12.

12. Pasu - 3 biji
- Pasu dengan macam-macam design dari seramik dan kaca. Tinggal beli bunga je untuk menghias...;>

13. Bekas makanan / tupperware - 5 set
- Alhamdulillah..bekas ni memang sangat berguna tau. Untuk isi rempah ratus dan sebagainya..Mangkuk tingkat pon ada dapat gak. Leh wat bekal gi kerja nanti. Hehee..

14. Set perkakas dapur / kuali / periuk - 3 set
- Ni pon masuk dalam wish list haku..heheee..Dapat 3 lagi kau..Suka sangat coz sume nye pon jenis tak melekat cam tefal. Lengkap dengan sudip and senduk sekali..Yeyyy..

15. Jug keetle
- Yang ni leh wat backup kalau2 jug kat umah rosak nanti, ada yang baru dah sedia menanti. Hehee..

16. Rice cooker
- Ni pon sangat berguna. Pemberian dari kawan baik kat opis. Dia tanya aku nak adiah apa. Cakap je nak ni, alhamdulillah dapat..Comel ada corak bunga2 lagi..Hik hik..

17. Blender
- Hadiah dari akak ipar tersayang. Sangat berguna gak.

18. Cutlery set/ sudu & garfu 
- Yang ni dapat sekotak siap dengan bekas dia sekali. Alhamdulillahhh..Melengkap kan barang dapur kami.

19. Pembakar roti
- Yes, boleh wat bekfast roti bakar. Hehee..

2o. Lesung batu
- Adiah paling simbolik. Hehee..Kotak besar dan balutan pon banyak..Nak angkat pon beratt..Sekali dalam isi lesung batu yang besar. Memang guna hari2 untuk memasak. Hehe..Actually aku dah ada lesung batu sendiri, so yang tu aku bagi kat budak2 umah lama aku untuk derang guna. Kita guna la yang baru kan..Hehee..

21. Pengukus
- Yey, dapat pengukus. Even bukan yang eletrik. Tapi yang ni pon ok dah..Abang aku cakap nak bagi adiah pengukus eletrik. So lengkap dah..Hehee..

22. Rak pengering pinggan

23. Buku - 3 buah
- Aku suka membaca! Buku-buku ni ada yang berkaitan agama, panduan pengantin, dan sebagainya...Tak sempat lagi pon nak baca, tapi nanti aku akan baca gak sampai habis. Hehee..

24. Lampu hiasan
- Dapat lampu dari ikea! Yeyy..Leh letak kat ruang tamu..Mesti cantik. Hehee...

25. Jug
- Dapat jug kaca bunga2..Leh guna untuk hidang air kepada tetamu. Hehee..

26. Tiket Legoland
- Oh, yang ni best! Dapat 4 tiket masuk legoland..Tapi taktau la bila nak pergi kan..Hopefully sempat pergi sebelum expired date.

27. Set cadar
- Terus je aku ganti cadar kat umah hubby dengan cadar yang baru...Hehee..

28. Wang tunai
- Ini pon dapat banyak gak..Hehee..Mekasih semua..

29. Pemanas air
- Ni pon leh guna kat umah untuk simpan air panas. Atau time jamuan, wat simpan air teh biar sentiasa panas je kan..Hehee..

3o. Bekas perasa
- Ala yang ni biasanya dia datang sekali 3 bekas...Untuk gula, garam and ajinomoto tu..Memang berguna, letak kat dapur. Hehee

31. Hair Dryer
- Even menatang ni terletak yang first sekali dalam wish list aku..Tapi adiah ni dapat dari hubby. Sebab pas buka-buka adiah tu cam kecewa la kan "alaa..takde dapat adiah hair-dryer" trus hubby pujuk "takpe, sok abg belikan syg yee" tup tup dapat lah hair dryer...jenis dan brand aku pilih sdirik. Hubby bayar je..yeyyy!

Alhamdulillah..Even pas hampir sebulan berkahwin pon still ada gak yang bagi hadiah. Itu lah orang kata mencurah-curah rezeki masuk pas kahwin kan..Time nak kawen, punya la duit mengalir macam air..Hehe..Alhamdulillah..Syukur ya Allah..













Friday, December 14, 2012

Dugaan Sebelum Majlis

Assalamualaikum...

Seperti orang-orang tua kata, nak mendirikan masjid, nak buat benda baik, memang ada je dugaan dan halangannya. Sebab Allah nak uji kita. Allah uji sebab Allah sayang. Even semua orang pon nak majlis diorang perfect dan dah buat preparation awal, tapi still akan ada gak kekurangan di mana-mana..Mungkin ada beberapa perkara negatif yang akan aku ceritakan dalam entri-entri selepas ni, tapi niat aku just nak berkongsi cerita, bukan menjatuhkan mana-mana pihak. Eh, panjang pulak mukadimah nye ye??


Ok, seperti yang sedia maklum, mak andam aku tu aku hire berdasarkan suggestion mak aku. Kedai dia kat kluang. Even jauh nak ulang alik untuk pilih baju, fitting baju dan berurusan, tapi takpela. Aku tak kisah pasal tu. Hati aku mula tak sedap dengan servis yang dia bagi bila aku bagitau nak fitting baju, dia kata belum boleh coz awal lagi. Even aku minta fitting 2 or 3 minggu sebelum majlis pon dia kata awal. Boleh fitting 1 minggu sebelum majlis sahaja coz ada orang lain guna baju tu. Dah la kitaorang ni stay KL, nak ulang alik KL - Johor bukan lah dekat. Takpelah. So, 1 minggu sebelum majlis gi la butik untuk fitting. Tapi baju lelaki dia tak repair langsung even awal2 dulu dah amik ukuran semua. Hmmm..Baju nikah pon tak nampak bayang lagi sebab dia kata tengah hantar cuci kat dobi and baju untuk aku bertandang pon lom ada coz ada orang lain pakai..Apa nih..Huhu..Just dapat fitting baju untuk resepsi and outdoor saje.


Aku bernikah pada 01.12.12, sabtu malam ahad. So, dia cakap akan datang hari Rabu untuk pasang pelamin dan siapkan yang lain-lain cam bilik dan meja makan beradap. Tunggu punya tunggu tak datang gak..So khamis cakap nak datang. Tunggu punya tunggu tak datang gak..Then jumaat lak. Cakap nak datang pagi..Aku tunggu sampai malam baru muncul. Maka terpasang lah pelamin. Oleh kerana tarikh dah dekat sangat, aku tak sempat sangat nak monitor dia wat kerja and aku busy kat dapur. Nak pakai inai lagi. Tapi silap aku gak la yang ni. Patutnya tunggu je sampai siap. Bila dah siap, dia terus je balik tak jumpa aku or explain pape. Bila aku and family aku tengok pelamin tu...uhuuu...tatau nak cakap pe. Pelamin tu 3 panel, pasang kat tengah2 ruang tamu, which is ada tiang seri kat tengah-tengah rumah tu. Maka kerusi pengantin betul2 mengadap tiang tu. So, kalau orang amik gambar bukan nampak pengantin, tapi nampak tiang je lah. And..bilik aku pon dia wat ala kadar je. Letak langsir kat kepala katil and bunga sikit..Aku expect dia akan bagi langsir untuk dinding sekali la kan.Huu..Tapi paling sedey tengok keadaan pelamin. Simple dan..taktau la nak cakap. Muka aku relax je tapi dalam hati remuk. Malam tu pon tido dengan berlinangan air mata pas ngadu kat en.tunang..


Esok pagi-pagi aku tanya dia, pelamin tu boleh repair tak? Dia kata nanti dia fikirkan. Aku kol2 tak jawab and aku sms, dia kata akan datang pas asar. Udahnya sampai ke petang tak muncul2 gak. Maka makcik2 aku sepakat nak repair je pelamin tu sama-sama. So bermula lah kerja-kerja gotong royong kami sedara mara. Thanks to you all. Aku terharu sangat. Ada yang susun2 bunga, pasang langsir, buat itu, buat ini..siapkan kerja pon dengan gelak ketawa..Time paling klaka, bila nak angkat tiang panel pelamin yang berat tu. Benda tu ada banyak and kena angkat sekaligus, kalau tak pelamin leh roboh. So bila semua dah pegang tiang. Sorang makcik aku jerit "angkat!" So semua yang pegang tiang panel tu pon angkat. Dia jerit lagi "satu!" masing2 melangkah satu langkah.."dua!" melangkah satu langkah lagi..dan seterusnya..klaka sangat..bayangkan mak-mak orang wat kerja tu..hehe..pengantin derang tak bagi wat kerja berat2, darah manis katanya..adess..dalam sejam gitu, pelamin pon siap dialihkan dan direpair. Memang puas hati. Alhamdulillah..Lega hati aku untuk menghadapi majlis malam ni..


Tapi belum lega sangat coz baju nikah yang kitaorang sewa dari mak andam masih tak sampai-sampai lagi..Aku and en.tunang dah cuak. So, aku suggest kat dia, "kita pakai baju raya je lah.." Mujur la dia ada baju melayu hitam and aku pon ada jubah hitam..Hahaa..Lawak je nak nikah baju hitam kan. Tapi en.tunang kata takpela, janji pakai baju..Hehee..So, dah siap2 la dengan baju masing-masing..Aku kol mak andam ni banyak kali pon tak pick up. Huhu..Lepas maghrib baru la dia sms, akan datang jap lagi. Majlis pas isyak nih. Sempat ke? Takpe, aku sabar je..Hampir jam 8.30 camtu, dia pon sampai, cepat2 aku tukar baju and dia mekap..Mujur la baju nikah tu ngam2 je ngan badan aku coz takde fitting pon sebelum nih. Bila dah siap mekap, aku tak bape berkenan coz muka aku nampak lain and nape bulu mata panjang sangat. Tapi nasib baik lah takde cukur kening and buat sanggul tinggi coz benda tu awal2 lagi aku cuba nak elakkan. Haram. Kalau boleh taknak la mekap tebal sangat coz nanti nak solat lepas nikah dengan suami. Takpela, malas dah nak argue.


Bila en.tunang sampai, terus salin baju kat umah sebelah. Then majlis pon bermula. Memang dugaan betul coz time tu ada perlawanan bola sepak Piala Suzuki, Malaysia lawan Indonesia. Abah aku pasang tv kat luar so orang2 yang tengah rewang leh la tengok. Takdela derang merungut tak dapat tengok bola kan. Tapi majlis tengah berjalan nih, riuh rendah kat luar..Jap jap ramai-ramai jerit.."Haa..haa..gol!" "Haaaa..!!" adeii...Bingit cam kat stadium nih. Sampai pak imam pon terpaksa kuatkan suara supaya semua orang leh dengar. Aku risau je kang time akad nikah nanti, tibe2 ada gol lak kan, mau tak terkejut nanti bakal suami aku??


But, alhamdulillah...all went well..Thank u Allah. Dengan sekali lafaz, aku menjadi milik suami aku. Bahagia nye time tu..;))


Alhamdulillah..Malam tu tido dengan tenang dan menanti hari esok..


Thursday, December 13, 2012

Setelah Bercuti Panjang...

Alhamdulillah...

Setelah bercuti panjang, berjaya gak melangkah ke ofis pagi nih...Even blur2 je coz dah lama tinggal pc and meja. Memang tido awal jam 12 malam tadi and set jam untuk bangun kul5.30 pagi..Kalau time bujang sebelum ni pukul6 lebih baru bangun untuk solat then leh sambung tido balik. Ops kantoi! Hehe..Coz umah belakang ofis je, 5minit dah sampai..Masuk kul8.30, 8.25 baru sampai..Sekarang ni dah bersuami, tinggal ikut suami, jarak ke ofis agak jauh cket. Dalam 30 minit baru sampai..Nasib la umah dekat dengan highway.

2-3 hari sebelum masuk kerja, hubby dah temankan untuk survey jalan and timing yang sesuai untuk pergi dan balik kerja. Kalau gerak kul6.30 memang jalan tak jam lagi, kalau gerak kul 7.30, hamboi jam tak ingat kat exit nak ke putrajaya and ke seri kembangan. So, time sedang elok ialah pukul 7.00 pagi..Even 2-3 hari ni drive kete hubby, tapi rasa agak awkward gak coz dah lama tak drive kete manual. Selalunya jadi bos je duk sebelah kan. Hehe..Sejuk gak la tangan time pegang stereng tu. Nasib baik ada hubby kat sebelah. Tapi next week dah kena drive sendiri lak. Huuu...T_T

Mood cuti masih ada lagi. Time keje pon asyik nak msg2 ngan hubby je cam time bercinta dulu..2 minggu duk umah nampak muka dia je, bila kat opis jadi rindu lak..huuu..ops, terlayan mood jiwang lak. Pasni banyak entry cite pasal majlis kawen aku..suke duke klaka sume ada...tersenyum2 je bila ingat balik. Pe pon, mendirikan rumah tangga tu memang best! ^_^



Thursday, November 22, 2012

Wedding Theme

Solemnization (Nikah) 
White + Soft Pink + Marroon

 

 




Reception (Majlis Belah Perempuan) 
White + Tiffany blue + Green



Reception (Majlis Bertandang) 
Gold + Lilac + Purple 



 

9 Days To Go...

ye..
9 hari lagi..
Bakal bertukar status "Puan".
dup dap dup dap..
eh, takdela..
cool je ;)

Sepatutnya aku nak wat entry ni semalam, 10 days to go..Tapi tak berkesempatan lak kan. So aku wat hari ni jadi lah 9 days to go. Kejap je, pejam celik pajam celik..minggu depan dah majlis nye..yeay..Perasaan sekarang?

Of course la excited!! Korang yang dah berkahwin mesti pernah rasa camni gak kan? Hehee..Berdeba tu takde lagi. Kot dah time nak akad nikah nanti baru timbul rasa berdebar tu. Hehee..Ada risau cket2 coz selagi lom settle majlis, selagi tu la ada benda tak done lagi kan. Kelmarin aku baru siapkan Guest Book untuk aku dan bakal adik ipar aku. Majlis kitaorang kan sekali, so aku wat kan sekali. Nanti la next2 entry aku wat entry pasal preparation kahwin and DIY tu...Bila dah dekat majlis ni, tiap minggu la balik kampung wat apa yang patut. Door gift untuk tetamu pon DIY gak. Bagi kepek pisang home made. Hehe..Rasa lah air tangan pengantin nanti ye. Tapi pengantin tolong pack2 je, tak menggoreng. Hehee..Tapi jenuh gak bila kena pack sampai beribu..Lom lagi gift sampingan yang lain.

Weekend ni baru nak gi fitting baju. Aku memang takde masalah. Maintain je. Eceh. ;p Takut en.tunang je tak muat coz tengok dia hepi memanjang, badan pon cam dah bam2 cket walaupon hari2 exercise. hehe..Pastu baru nak gi cari baju untuk outdoor coz sebelum ni kan aku dah pilih gaun putih kembang cam ala-ala princess tu, tapi mak ayah aku tak berkenan, dah la takde kemelayuan, pastu cam kristian plak kan. Tapi aku tetap nak en.tunang pakai kot. Hehee..Segak gitu. Harap ada la baju yang sesuai nanti..Aku tak kisah pakai baju pape pon.

Barang-barang aku pon dah pindah cket-cket ke rumah en.tunang. Nasib la rumah tak jauh sangat dari tempat aku kerja and tinggal sekarang ni. So bila ada masa, aku bagi dia amik barang2 aku pindah rumah dia. Mana yang dah tak perlu, buang je atau pon sedekah kat umah sekarang. Rumah en.tunang dah lengkap ngan perabot and barang eletrik yang asas. Masuk cuci kaki je lah nanti. So, washing machine tu aku nak bawa balik kampung la. Leh bagi abang aku pakai coz dia pon baru kahwin kan, banyak lagi barang takde. Rice cooker sume tu sedekah je kot. Tudung nikah tak cari lagi, tudung2 untuk baju pengantin..Ala, pinjam jela mak andam. Jimat ;)

Door gift untuk kawan2 tak cukup lagi..Sebab aku wat kan sekali untuk kawan2 abang aku..Yela, bila berkahwin melibatkan ramai pengantin, bertambah banyak benda nak difikirkan. Tapi takpe, seronok! Meriah! Hehe..Pengapit dah cari..Kek dah tempah..Katering untuk menu makan berdamai makcik2 aku la settlekan, bagi duit je..Hehee..Bunting baru nak amik minggu ni. Maceh kat Pn.Aini geng sekolah kitaorang sebab sponsor bunting. Hehee..Eh, aku ni asyik nak tergelak2 je dari tadi nape? ;))

Perancangan selepas kahwin sudah difikirkan. Tempat honeymoon pon dah ada. Tapi aku risau camne nak gi kerja nanti. Ikutkan hati nak je merempit naik motor tapi en.tunang tak bagi. Dia suh bawa kereta dia. Alahai, selalu jadi bos, tetibe2 kena jadi driver so aku cam cuak2 sebab dah lama tak drive. Kalau bawa kereta auto tak kisah lah ;) Tapi dia dah pesan awal2, pas kawen takleh balik lambat. No and Never. Amboi. Hehe..Sekarang pon dia cam bising2 gak, tapi aku layankan je. Kalau merajuk, pujuk la balik ;) Alhamdulillah, kitaorang tak pernah bergaduh. Merajuk2 manje tu ada, tapi jarang kot. Ada pon, merajuk la bape minit, pastu dah ok ;) Hopefully kekal la camni sampai bila-bila kan? Aminn...Maybe dua2 pon anak no.2 so perangai lebih kurang je and flexible. Bersyukur dapat bakal suami yang pemaaf dan suka meminta maaf. Walaupon tersalah cakap sikit, cepat2 dia minta maaf. Kalau dapat laki yang ego, mau makan hati je aku nanti. Hehe..

Hopefully majlis ni berjalan lancar. Kalau ada terkurang terlebih, aku minta maaf awal2..Seronok kalau dapat tengok kawan2 turut meraikan hari bahagia kita kan? Tapi aku faham, kalau yang jauh2 tu, agak susah la kan. Takpe, doa kalian pon dah cukup ;) Agak terkilan coz nenek dah atuk takde untuk bersama-sama meraikan hari bermakna ni. Atuk aku baru meninggal 2minggu lepas ;(..Rindu atuk...T_T...Moga arwah atuk tenang di sana..Amin..Kitaorang sangat2 berharap leh dapat baby cepat. Hehee..Jeles tengok anak2 member sume dah besar2..Insya Allah kalau ada rezeki cepat, kami bersyukur sangat ;)


Monday, November 19, 2012

Wedding Gift Wish List

assalamualaikum... hamboiii tajuk... siap ada wish list bagai.. kot2 la ada yang tersangkut.. memang hepi tak terkata.. hahaa! Biasalah, nak dekat2 majlis ni, banyak la angan2 nye kan..hehe..angan2 untuk dapat hadiah kawen pon mesti ado..hehe...kan best kalau leh dapat....


1. HAIR DRYER







Kan best kalau dapat adiah hair dryer...Sebabnye rambut aku panjang dah hampir paras pinggang nih...Kalau ada hair dryer cepat cket rambut kering kan? Tak la kelam kabut nak gi keje nanti..Pas kawen dah pindah umah jauh cket..Kena bersiap awal. Umah sekarang ni, masuk keje kul 8.30, 8.25 baru aku gerak gi opis..kikiki..

2. KNIFE SET .......pastu dapat set pisau lak..pilih je pisau saiz mana nak guna..bertambah-tambah rajin la ke dapur..aiceh!
3. SET PERKAKAS DAPUR ....combine lak dengan set perkakas dapur nih...memang heaven!
4. KUALI TEFAL ......tapi kalau tak dapat 1 set, 1 piece kuali ni pon cukup bersyukur dah. tapi nak brand tefal tau! sebab kuali tak melekat..ekeke..
5. BUKU RESIPI 365 ......Buku ni memang dah lama aku usha..tapi idok la terbeli-beli..dapat membantu gak ni..kot la idea dah blank kan..hari-hari memasak, sampai tatau nak masak pe lagi menu untuk hari seterusnya..leh la refer kat buku resipi ni...kikiki...
6. MICROWAVE OVEN ...ini adalah microwave oven...leh guna fungsi microwave..leh juga guna fungsi oven..so jadi la microwave oven..kot ada makanan tak habis, leh masuk dalam fridge..pastu nak makan, panaskan je guna microwave..hehe..nak wat ayam golek pon leh ni.

7. PENGUKUS ELETRIK .....haa..ni plak pengukus eletrik..sangat berguna ni. nak wat apam polka dot dot pon leh. apatah lagi ikan masak stim..yummy~ kalau tercapai wish aku nih, alhamdulillah...kalau tak tercapai, akan aku usahakan untuk capai sendiri...hehehe..;p

Thursday, November 8, 2012

Nasihat Untuk Bakal Pengantin


Biasanya bila dah dekat dengan hari bahagia, memang banyak lah nasihat dan tips-tips yang kita dapat dari orang sekeliling..Nasihat tu kebanyakannya berguna dan ada gak sebahagiannya hanya dengan tujuan untuk mengusik sahaja.. 

Semalam abah kol bagitau dia dah jumpa tok imam @ kadi yang bakal menikahkan aku nanti..Sebenarnya sebelum ni aku ada suarakan kat abah akan hasrat aku nak dia sendiri yang nikahkan  aku nanti, tapi abah menolak coz tak biasa kot. Takpela, janji nikah kan. So, sambung cerita, time jumpa pak imam tu ada lah beberapa pesanan yang dia pesan kat abah....

1. Pengantin lelaki time majlis akad nanti bawa duit RM150...RM100 untuk pak imam, RM20 untuk saksi akad pertama, RM20 untuk saksi akad kedua, RM10 untuk pendaftaran. Duit tu kena la letak di dalam satu sampul, so senang la pak imam tu nak agih-agihkan nanti...Ni kalau kawasan aku la, kawasan korang tak tau la cmne. Kot lain plak ke.


2. Pengantin perempuan pakai baju biar menutup aurat, jangan pakai ketat2 walau nak berfesyen pon. Jangan pakai gaun pengantin kaler putih tu yang sekarang macam dah jadi trend lak time outdoor atau bergambar kat studio je nak pakai gaun dan kot..Memang tutup aurat, tapi ketat dan tiru budaya kristian time derang kawen. Berkahwin nak dapat barakah bukan tambah dosa...Tak mekap takpe, janji tutup aurat..Glup! Terpaksa la aku cancel gaun pengantin yang aku dah tempah kat mak andam tu..Baru berangan nak jadi cinderella atau princess time outdoor nanti...Siap dah beli inner harga RM74 lagi..huk hukk..Tapi sebenarnya bersanding tu pon ikut adat hindu kan? So, camne tu? Haa..Ikutkan kitaorang memang takmo sanding langsung, tapi ikut kan keluarga...Huu..Yang penting wat simple2 je, takde renjis2, apa sume tu lah.


3. Sebelum akad nikah, pastikan kedua-dua pengantin ada air sembahyang..Lepas akad nikah, terus wat sujud syukur dan solat sunat nikah...Berjamaah dengan isteri lagi bagus. Kalau malu nak wat depan orang ramai, wat dalam bilik pon takpe. Lepas dah solat nikah, baru gi balik kat tempat akad tadi kalau nak wat acara batal air sembahyang.


4. Jumlah mas kahwin seeloknya lebih tinggi dari hantaran coz mahar tu yang menjadi hak mutlak isteri dan itu yang diwajibkan dalam Islam. Tapi orang kita ni selalunya terbalik, selalu mas kahwin ikut kadar yang ditetapkan je, wang hantaran lak dia minta banyak2..Padahal wang hantaran tu hadiah suami kepada isteri je. Sepatutnya hadiah tu tak boleh diminta2, ikutlah berapa ikhlas dia nak bagi kan..Melainkan Kelantan atau Terengganu kalau tak silap aku, mas kahwin derang tu lah wang hantaran untuk perempuan..Kalau silap, aku mintak maaf.

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Bagi aku, jumlah mahar tu ikutlah bape laki tu nak bagi. Kalau ikut negeri johor, RM22.50 je, nak bagi jumlah tu pon alhamdulillah, nak bagi lebih pon alhamdulillah...Sebaiknya elak bagitau orang berapa jumlah hantaran, kalau hantaran tu tinggi, takut timbul riak lak. Kalau hantaran tu rendah, bimbang jadi umpatan lak. Kalau rahsia, takde la orang tau berapa kan. Sendiri dapat, sendiri guna, sendiri simpan lah.

so, aku sambung lagi nasihat-nasihat lain yang aku dapat dari kawan-kawan aku...


5. Jangan seronok sangat dengan majlis sampai tinggal yang wajib. Sesetengah pengantin selalunya perempuan, bila bersanding tengahari, of course la make up pon kena siap awal2 kan..Pas bergambar, bersanding semua, sibuk nak outdoor lak. So bila masa nya nak solat zuhur tu? Kadang-kadang dah nak maghrib baru siap outdoor and balik rumah, bila nak solat asar tu? Ingat, solat bukan boleh qada suka-suka hati je..Berdosa besar nanti. Harap-harap dijauhkan dari perkara-perkara macam tu kan..Insyaallah time aku nanti zuhur masuk awal. So boleh perform solat dulu sebelum majlis bermula and nikah pon pas isyak.


6. 10 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh mengenali pasangan masing-masing...Ni nasihat dari orang senior lah. Bukan 10 bulan or 10 hari..So sepanjang 10 tahun tu memang adalah gado2 sikit, itu tak kena, ini tak kena, and kalau ada anak-anak pon, baru nak membesar. So, memang kena banyak bersabar and banyak cabaran..Tapi bila dah lepas tempoh 10 tahun tu, insyaallah takde dah gadoh2 or masam muka..Dah leh terima keburukan dan kebaikan pasangan masing-masing, dah leh faham diri dia camne..


Itu je, kalau ada lagi, nanti aku update lagi ye ;)

 

Tips Interview Kahwin : Pejabat Agama Batu Pahat

Assalamualaikum... Ok, lepas selamat amik keputusan HIV minggu lepas. And confirm2 la result nye lulus kan? Alhamdulillah...then terus balik kampung untuk proceed interview dan hantar borang kebenaran berkahwin kat Pejabat Agama Batu Pahat. 

Memandangkan aku dan en.tunang berasal dari daerah yang sama, so senang la cket urusannya. Leh pegi pejabat agama sama2.. Hari isnin tu amik cuti then terus gerak gi Pejabat Agama. Sekarang kan musim hujan kan, so pertengahan perjalanan tu ikut jalan Seri Gading..Jalan raya dah ditenggelami banjir and jammed. Yela, pagi isnin orang sibuk nak pegi keje lagi. Kete lain duk tepi je tapi en.tunang aku slumber je redah. Kang lambat lak sampai kalau nak tunggu2 kan...Alhamdulillah selamat sampai. Ada lak doc yang aku terlupa nak wat copy iaitu surat akuan bujang..Nasib baik kat pejabat agama tu memang ada sediakan servis potostat. Sekeping dia caj 20sen. Then terus naik tingkat atas, ambil no. and submit borang. Ambil 1 nombor je untuk sepasang bakal pengantin. Lepas submit borang and cek dokumen, proceed dengan interview kat tingkat bawah. Biik sebelah receptionist je. Tapi bilik tu cam ofis la, and tempat interview tu kat depan derang. So time ko interview tu ramai la yang memerhati. Malu je kalau tak dapat jawab wei..Alhamdulillah, senang je soalan. Markah penuh dapat. Kalau datang dengan pasangan, masuk sekali la time interview. Dia akan tanya bakal pengantin laki dulu, so yang perempuan dah tau jawapan, kurang la sikit nerves nye. Hehe..Alhamdulillah..Lepas setel interview, pegi balik tingkat atas, serahkan borang interview tu kat Kaunter 1, wat pembayaran RM17 untuk proses, then staf tu akan bagi satu dokumen untuk korang serahkan kepada pak imam@kadi yang akan menikahkan korang nanti. Tapi kat pejabat agama ni memang sume borang pon kena bayar kan? nasib baik la murah. coz member2 aku wat tempat lain, derang ambil borang pon free je. Kadi ni pon bukan sebat ambil sape2..Setiap mukim ada kadi masing2..Yang tu, aku minta tolong ayah aku uruskan. Tapi pas settle sume tu memang rasa LEGA! Yey, dah leh kawen!! Huh huhh..Kurang sikit rasa beban kat bahu and kepala ni coz tinggal majlis akad je nanti, walaupon ada lagi benda2 kecik lain yang kena setelkan, at least perkara penting ni dah selamat...Alhamdulillah... 

Nak tau soalan bocor? Ni diaaa..hehe..sama je untuk semua bakal pengantin di kawasan Pejabat Agama Batu Pahat..pejabat agama lain aku taktau la plak..Tapi soalan lebih kurang je and ada yang tak payah interview pon. 


Thursday, November 1, 2012

HIV Test : Result Kini Sehari Boleh Diperolehi

Assalamualaikum...

Merujuk kepada entry aku sebelum nih -->klik berkenaan result HIV Test yang mengambil masa sebulan untuk diproses, so hari ni result aku kuar. Klinik takde kol pon, tapi masa wat test sebelum ni dia ada bagi kad and tulis tarikh and waktu appointment untuk ambil result tu..Sampai2 je doktor takde lagi coz kitaorang dibagitau yang dia kuar, ada kes kecemasan. Nak amik dengan nurse takleh lak. So nak taknak kena tunggu gak la, hampir 2 jam menunggu, doktor pon masuk. Terus panggil masuk bilik dia.



Doktor : Nak ambil result ye
En.Tunang : Ye, doktor.
Doktor : Ni keputusannya. Dah boleh kawen.
En.Tunang : Tersenyum - senyum
Doktor : Sekarang prosedur yang terbaru, tak payah dah tunggu sebulan. Boleh dapat dalam hari yang sama. Prosedur yang awak berdua ni kita dah tak pakai dah coz pihak atasan suruh tukar lagi.
Aku : Laaa..yeke?
Doktor : Saya pon dah pening asyik tukar2 prosedur je. Hehe..

Actually, dia bukan la doktor tapi MA (Medical Assistant). Kat klinik kerajaan selalunya jarang ditempatkan doktor melainkan untuk kes-kes berat. Taraf MA ni lebih kurang je dengan doktor. Pas amik result tu yang tak sampai pon bape minit, tapi kena tunggu 2 jam, kitaorang pon balik. Dalam hati aku sabooo je lah. Time kitaorang apsal la kena tunggu sebulan. Kira cam batch kitaorang ni first and last la guna prosedur yang amik masa sebulan tu. Takpela, yang penting dah selesai. Yahooo..Let's move on to the next step.


Untuk bakal-bakal pengantin yang lom wat lagi test tu, don't worry lah coz result korang leh dapat hari yang sama. Tak payah la tunggu lama untuk daftar kat Pejabat Agama plak kan.



Tuesday, October 30, 2012

DIY : Hiasan Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Ok, kali ni nak cerita gak camne aku DIY untuk hias kad kawen tu..Ni pon buat curi-curi masa je time kat umah..Dengan wat bunga telur lagi, melipat kad lagi, centrepiece..etc..etc..yang tu nanti aku cite bila dah siap.Hehe..

Aku memang berkenan betul dengan tali gulung-gulung nih..Tapi selalu kaler dia gelap je. Ntah camne time jalan-jalan kat Metro Kajang untuk cari kasut hari tu, leh jumla lak kedai barang-barang perkahwinan. Tengok bahagian reben, ada kaler yg cerah2..So, aku rembat lah 4 ela..seela baru 80sen..

Ini lah rupanya..tapi nak wat reben, for sure la takleh nak ikat camtu je. Kena buka dulu reben yang bergulung-gulung tu..kasi lebar..cam gambar kat bawah nih.

Sakit gak la tangan aku nak membuka reben nih..Dah la reben dia jenis keras dan tebal kan..Bila dah siap buka tu..Korang leh potong lagi bagi kecik..Tapi kalau nak gak wat reben besar2, terpulang..Nak mengikat reben ni pon perlukan kesabaran. Kalau tau camni, awal2 aku beli kain organza je.lagi lembut dan senang nak ikat2..Aku bercadang nak lekat kan pearl kat tengah reben2 tu..Pearl yg guna untuk wat bunga telur banyak lebih lagi..Tapi tengok la nanti kalau rajin..hehe.

Ni la hasil yang dah siap..Oleh kerana tangan nak tergeliat ikat reben ni banyak2, aku amik belen2 reben yang guna untuk bunga telur. Kaler hijau lumut, matching gak kot. Yang ni lebih senang nak ikat coz saiz dah ngam2 je takyah potong and tekstur dia pon lembut dan tak menyakitkan jari-jariku yang halus mulus ni..cewah!

Dah ada reben, baru leh lekat gust book reminder yang aku dok cite kat entry sebelum nih...hehe..suke suke..Nak lekat guna double tape leh, guna stapler pon leh..

DIY : Guest Book Reminder

Assalamualaikummm..

Memandangkan aku dok verangan nak ada Guest Book time wedding aku nanti, so bila ada mendalah tu nanti, aku takmo la biar kosong je..Nape kosong? sebab orang taktau akan kewujudan guest book tersebut, atau tetamu yang datang malu malu meowww nak isi guest book tersebut. Maby aku akan tugaskan adik2 aku untuk greet tetamu yang datang, tapi cara lain yang boleh dibuat ialah dengan selitkan nota Guest Book Reminder ke setiap kad..kikiki..

Actually, takdela aku kerajinan terlampau nak wat mendalah ni sampai beribu-ribu then lekat kat tiap kad..oh tidak..cukup la aku wat untuk kawan2 aku, opismate, kawan2 tunang...kad-kad untuk tetamu mak ayah aku, takde aku usik.Tapi kalau derang berminat gak nak tinggalkan ucapan kat guest book tu, kecik tapak tangan, guest book aku tadahkan..muahaha.

Final result..hehee..Reben tu aku wat sendiri, maklumlah kad simple..so deco la cket bagi nampak cantik..bia simple tapi cantik.Eh kalau nak tau, gambar kartun kat kad tu pon DIY tau..tapi adik aku la yang lukiskan. kot sape2 berminat nak tempah untuk kad ke, tshirt ke, leh contact2 aku ye..hehe.

Mula-mula korang just perlu design je kat Microsoft Words tu, letak la border bagi cantik..tulisan kecik takpe, janji orang leh baca, pastu print lah..aku print atas tracing paper..nampak eksklusif gitu.cam samar2..hehe..tapi ada satu perkataan salah eja..uuu..menci..camne leh tak pasan. takpela, halal kan je..eh tapi guest book pon aku tak wat lagi..alahai, masa memang mencemburui betol lah! harap-harap la sempat siap.

Thursday, October 25, 2012

Petua Menjaga Gigi

Sewaktu majlis bahagia kita, mestilah kita nak sentiasa tersenyum kan, melayan tetamu yang hadir, nak amik gambar sana sini..Tapi kalau gigi kuning berkarat, malu aih nak senyum..tutup mulut je kang. So, petua nih aku jumpa dari artikel Utusan Online. Leh follow mana yang patut.

PENGAMBILAN minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan sihat :- 

 1. PETUA klasik untuk memutihkan gigi adalah menggunakan soda bikarbonat yang diletakkan pada berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida. Aku dah try nih..Masin la soda bikarbonat nih...Tapi orang cakap takleh wat selalu sebab akan menipiskan lapisan enamel gigi. Maby once a week dah cukup.

2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. 

3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi. 

4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi. 

5. SELAIN teh dan kopi, buah- buahan seperti anggur merah, ceri, beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu. Jadi, berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu. Bila majlis dah dekat nih memang aku elakkan minum kopi, teh, nescaffe dan sebagainya...Banyakkan minum air masak je.

 6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi. 

 7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan penyelesaiannya. 

 8. JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan kotoran permukaan yang berpunca daripada pelbagai makanan. Korang penah wat scalling? Ngeri wooo...Tapi pastu rasa best! Aku ada wat gak beberapa kali..Memang la time wat tu gusi berdarah2 and rasa ngilu yang amat sangat. Rasa cam gusi kita ditoreh2, tapi takde toreh pon. Dia cuma buang plak2 and karat yang melekat kat gigi. Pastu gigi and gusi terasa bersih sebersihnya..hehe.. - LYNN 


 © Utusan Melayu (M) Bhd
 

Friday, October 19, 2012

Jiwang Mode


When I first saw you, 
I was afraid to talk to you. 
When I first talked to you, 
I was afraid to like you. 
When I first liked you, 
I was afraid to love you. 
Now that I love you 
I'm afraid to lose you...
^_^
  


Thursday, October 18, 2012

Dress yang Menawan Hati

Assalamualaikum...

Actually aku suka gak beli dress yang labuh2 paras punggung tapi still nampak cantik..Sopan dan tak seksi kan. Tak kisah la pasal harga. Tapi kalau mahal memang aku tak beli. Hahaa..Pernah aku gi jalan2 kat jalan tar, nampak la baju tu cantik kan..Beli la kaler purple..RM20 je pon, tapi cantik dan selesa..Tapi sebab dah suka, bila aku gi lagi kedai tu, aku beli baju yang sama, cuma kaler je lain iaitu Oren..Pastu pujuk adik aku beli kaler ijau..hehe..Best2..


So, bila blog walking ni terjumpa la macam2 kedai jual baju online, tudung online, mekap online..Sekali terjah satu blog ni, jumpa lak dress gojez cam bawah nih :

 credit pic to : KZ Nabihah


Wahhh...comel..Memang aku tengah cari inner kaler cream untuk pakai time majlis aku nanti kan..Dah beli lain dah sebelum ni, tapi macam tak syok je pakai..So nak cari lain. Tengok dress dalam gambar kat atas tu, cam ngam-ngam je design and kaler dia...Boleh pakai sebagai inner, boleh gak pakai sebagai dress. Best2..Terus je aku order. Tapi maybe semalam owner dia busy, so hari ni baru dapat reply. Ada lagi stok. Sekarang tunggu baju tu nak pos je..Yeay!


Kalau korang pon nak usya2 baju lain, leh terjah blog dia..suma baju pon dia custom made and jahit sendiri tau! ---> KZ NABIHAH












Tuesday, October 16, 2012

Walimah : Nobita & Shizuka




Alhamdulillah... Selamat dah Nobita dan Shizuka diijabkabulkan..Ingatkan dalam kartun je derang bercinta, dalam dunia nyata pon selamat dah kawen...Ahaha..Actually, nobita tu abang aku and shizuka tu akak ipar aku. Derang la guna nama nobita and shizuka kat fb masing2..Pastu time kawen pon letak banner besar2 gambar nobita and shizuka pakai baju pengantin. Peminat tegar kot. Comel je abang aku design sendiri. Tapi kartun kat kad kawen aku tu pon adik bongsu aku yang design kan. Adik beradik aku orang seni, pandai melukis, main instrument, menyanyi..Aku sorang je tak reti, takde bakat..huhuu..Takpela, being different is unique

Yeay, kad dah siap!

Alhamdulillah...

Dalam duk kalut-kalut nak tempah kad ni, siap gak...alkisahnya, busy pasal benda lain je, sampai kad pon kitaorang lambat wat..mula-mula relax je, dah tinggal 2 bulan baru sibuk mencari kedai nak gi tempah. Aku survey online je la kan, mcm lagi mudah, tak payah nak ke kedai, sekali aku dah email form, details and bayar deposit sume, takde respond lak..Kedai kad online ni kira macam terkenal gak la kat Malaysia, branch dia pon banyak, tapi memang base on online je. HQ kat Melaka. Aku hantar tempahan 1st October sampai ke sudah menunggu, takde gak respond. Baca balik komen2 kat blog dia, memang ada gak yang negatif..Ada yang dah tempah dari bulan puasa, sampai sekarang tak siap2 lagi..aku email banyak2 kali, still takde reply. Aku call asyik engage ke, kadang2 langsung tak berangkat..Ada la sekali, ada orang jawab, aku tanya dapat tak email tempahan aku, boleh plak dia cakap taktau, coz bukan dia yg cek...adeiii..Bukan salah aku pon kalau email tu masuk spam ke apa, korang la kena particular sikit pasal benda ni kan? Last2 3rd October baru ada orang reply, "tempahan anda sudah diterima, designer anda ialah....." pendek je. Tu pon payah.


Sebab masa dah suntuk, dan aku risau dia siapkan lambat, aku email la designer tu boleh tak siapkan cepat? At least draft bagi awal, so takde la lama sgt nak proceed dgn printing. Nak kol, memang berjanggut la nak tunggu jawab. Pastu takde bagi no. enpon untuk contact. Sampai ke sudah takde respond. Hangennn..


Then one day, aku jalan2 kat downtown kajang, ada booth Utusan Sehari. Dia bagi la brochure and business card. Macam menarik je pakej yang ditawarkan. Aku terus sms, tanya pasal tempahan. Tak sangka pastu owner tu terus kol and tanya details. Haa..camni la baru good customer service. HQ dia ada kat Kajang je. So esoknye aku terus ajak en.tunang gi survey. Takleh tunggu2 lagi ni, naye je kalau benda lain dah ready, kad lak tak siap lagi..Tamo aku pakai kad potostat je, walau pon aku ni jenis kedekut gak.Hahaha..


Sebelum gi kedai Utusan Sehari ni, ada gak survey2 kedai lain kat Bangi and Kajang Sentral. Tapi derang takleh siapkan cepat. Paling cepat pon pertengahan November. Harga pon cam mahal je aku rasa. Then kitaorang terus je gi HQ Utusan Sehari tu. Kedai dia kat tingkat atas. Masuk-masuk je ada sorang staf yang greet kitaorang iaitu Cida. Bagus je si Cida ni. Pe aku tanya sume dia jawab.Pe aku nak, dia akan usahakan. Pastu dia leh janji untuk siapkan dalam masa 18 hari dgn extra bayaran RM50, means sebelum akhir bulan ni la. Tak kisah la, janji cepat siap...Kad yang aku amik saiz 3 X 8 two fold, harga lebih kurang 37sen je sekeping, full colour siap sampul. Atwork and design sume free. Berbaloi-baloi..Aku datang 6hb, then 8hb dia dah bagi 1st draft. Memang ada error, tapi kol or email je la untuk bagitau part mana kena betulkan, then malam tu gak terus dia bagi 2nd draft, ada sikit je error, pas puas hati esoknye dia bagi final draft. Aku rasa takde apa lagi nak ubah kot.Dah tunjuk kat en.tunang, dia pon ok je. So proceed la dengan printing...Amazingly, 13hb dia sms aku bagitau kad dah siap..Wow, seminggu je u..Teruja rasa.

Hasil adalah seperti yang diharapkan. Boleh la. Aku jenis tak kisah sangat, janji ada. Yang penting, below budget yang sepatutnye..Hepii..;) So korang yang masih lagi tercari-cari tempat untuk tempah kad ke, bunting ke, goodies bag ke, leh la pegi tempat ni ye, aku suggest -> Utusan Sehari 

Pasni sesi tulis nama lak...hehe..

Wednesday, October 10, 2012

Iklan : Bilik Untuk Disewa di Sri Kembangan

Hari tu aku dah iklan kat mudah.com...Tapi terlupa lak nak letak no.tpon, kui kui...So, aku dah iklan lagi sekali...Baru semalam wat, tapi sampai ke hari ni takde pon orang contact lagi kan. So aku nak iklan kat blog lak bagi sape-sape yang tengah mencari rumah or bilik untuk disewa area Sri Kembangan, boleh la refer pada iklan di bawah ni ye:



ADVERTISEMENT

-          Mencari teman serumah untuk kemasukan 1 November 2012 dan 1 Disember 2012.
-          Perempuan, islam, bujang
-          Bekerja / belajar
-          Pembersih, pandai menjaga diri, berpakaian sopan
-          Sewa bergantung kepada jenis bilik. Ada 4 bilik tetapi hanya tinggal 3 bilik kosong.
-          Bilik Medium, boleh masuk 2 orang – RM220. Bilik Single untuk seorang sahaja – RM160 (Available 1 November 2012).
-          Master bedroom boleh masuk 2 orang, ada katil queen saiz, cermin, almari, private toilet, kipas siling – RM380 (Available 1 Disember 2012)
-          Bil utilities RM30 sebulan
-          Rumah teres lengkap dengan kabinet dapur, dapur gas, pinggan mangkuk dan peralatan memasak, ampaian baju, sofa, meja makan, rak pinggan mangkuk, peti ais, microwave, TV (tapi tiada astro)
-          Lelaki dan haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
-          Berdekatan kedai runcit, pasar malam, dobi, etc.
-          Perjalanan 20 minit ke Cyberjaya, Putrajaya, Seri Kembangan, Puchong.
-          5 minit ke Jusco Equine Park, Pasar Borong dan Giant Seri Kembangan
-          Laluan bas. Hanya berjalan kaki ke bus stop.

 ni ruang makan.

 master bed room

 ruang tamu

-     Boleh email ke nadzae_cool@yahoo.com untuk sesiapa yang berminat.  ;)

Update:
Maaf ye, bilik dah fully booked. Tinggal master bed room je, available 1 Disember 2012.
Tenkiuuu...











Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers