Saturday, January 29, 2011

1st GA Pearl by MooN


Ohohoo..Kali nie cik lady dyot nak join GA yang dianjurkan oleh Moon.

Apa yang perlu cik lady buat :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,


* sebab kenapa anda join GA ni..
Ok, cik lady join GA ni sebab nak cuba nasib..Mana la tau bertuah kan..So, dapatlah merasa adiah dari cik Moon...Pastu, GA ni cam menarik je sebab berkaitan ngan warna. Even kaler peberet cik lady iaitu BIRU takde dalam list, tapi takpelah, cik lady nak join gak GA nih! ^_^


* antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe me the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...
Erm...Cik lady pilih HITAM...Sebab..err, sebab pe ekk..sebab hitam itu menawan, elegan and senang nak match ngan sume kaler..yer, cik lady tau kaler putih pon senang nak match, tapi cik lady lebih prefer HITAM..sebab...suke ati cik lady la! ngahahaaa..lagipun kaler hitam tak cepat kotor kan..haaa..and nampak smart!


2. Letak banner kat atas tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini...
ok..sudahhhh~


3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...
cik lady nie gurl~ hehehh..


4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! x boleh nak malas-malas...hehehe...
cik lady nak tag, nama2 kat bawah nih:
~ mzhany
~ edura hanum
~ Ibu Dhira



3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...


Tarikh akhir menghantar penyertaan :

14 February 2011 (Isnin)
awww...hari valentine yew~







Tuesday, January 25, 2011

Tercalar Sudah Rekod 2011

Punya la aku cuba bertahan dari hari ahad lepas..Tamo gi klinik. Makan je la panadol yang ada and ubat selesema. Tapi demam tak gak kebah2...Hari isnin aku dah lepak je, tapi berusaha gak bertahan sampai kul 5.30pm.


Then bangun pagi hari nie, takde suara. Tibe2 cam bisu..Oh my God!! Bos kol dua kali pon aku tak angkat coz dah try2 tapi suara takmo kuar. Last2 communicate guna sms je. Pas settle kan keje bos, aku gi klinik, dapat mc 1 hari..uhuhu..Tercalar sudah rekod untuk 2011. Tak berjaya bertahan..Baru nak jadi pekerja terbaik kan, tak pernah claim mc..Ahahaa..Macam boleh plak.
Semoga diriku cepat sembuh. So, leh keje cam biasa esok. Aminn~





Saturday, January 22, 2011

Masih Belajar, Jangan Bercinta. Bila Dah Bekerja, Carilah Cinta.

Tadi berjalan-jalan kat facebook member2 skola..then terperasan status salah sorang ex-skulmate aku, edura.
dulu mak saya pesan"xyah nak bercinta..belajar dulu".okay mak.tahun nie mak saya pesan lagi"keja-keja juga tapi kena usaha untuk cari calon menantu utk mak jgn lupa"sebagai anak yang dengar kata.....saya pun jawab"baikkkk mak"
Ahahaa..Mak aku dulu pon slalu pesan gitu kot..Masih skolah, jangan gatal2 nak berboipren, berdating..Yer, aku patuh. Tapi ada gak kot cinta monyet tu, jeling2, senyum2..ehehee..Bila teringat zaman cinta time skolah memang lawak, bertukar2 surat sume. Ye la, dulu mana ada enpon lagi..Sape dah pakai enpon time tu memang cam orang kaya la, even nokia 3310 je! Kira mantap dah tu~ Kalau pakwe tu budak kelas lain, leh plak berkirim2 salam ngan member dia. Ehehee..Cam haper je kan. Yela, zaman budak2..


Bercinta dari zaman skola, kalau tau jaga batas, insyaAllah leh sampai ke jinjang pelamin. Ramai je kawan2 aku, sepupu aku yang camtu. Bahagia tengok derang. Cinta yang kekal berpanjangan, alhamdulillah.


Bila dah bekerja ni, baru mak bising pasal bercinta. Mula la dia bercerita pasal kawan2 dia yang sibuk wat kerja kawen, gembira dapat cucu baru, then cite pasal jiran tu nak dapat menantu...Then, tanya2 kat kita, bila nak kenalkan calon kat dia..Uhuhuu..Mungkin dia risau, mengenangkan umo anaknya yang kian meningkat, tapi bayang2 tengah bercinta pon takde nampak lagi..Belajar sudah, bekerja sudah, next step pikir pasal berumatangga pula..Sabar ye mama~

Friday, January 21, 2011

mzhany 1st GA


Nie syarat2 untuk join GA tu...Nie link dia = mzhny

1) Buat 1 entri dengan tajuk “mzhany 1st GA”

2) Masukkan banner kat atas ni dalam entry korang

3) Make sure ada link ke entri nih. entri mzhany 1st ga nih…

4) FOLLOW MZHANY? optional la, kan nnti ada yang cakap buat GA nak tambah follower lak kan…so bagi kelonggaran la nak follow ke tak...

5) Masukkan mzhany.com ni, dalam beloglist korang, ye la senang kan nak tahu hapdet GA nih.huhu dan jugak mzhany teringin nak berada dalam bloglist korang yer…

6) Dah siap entri, tinggalkan komen kat entri ni, bagila link korang yer…link entri korang…

7) Pemenang adalah ditentukan secara cabutan yer…dilakukan oleh MZ & HANY.


DONE....Moga2 sy bertuah di pagi jumaat ini..Aminn~ ^_^


Tuhan Itu Maha Adil

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Credit to: Arifudin



Wednesday, January 19, 2011

Semalam Adalah Besday Aku.

Semalam adalah besday aku...Kerana kebizian, maka tak sempat nak update blog, ditambah pulak ngan internet kat umah yang wat hal. Syok nye...Suke sangat coz ramai yang ingat. Kat facebook pon mencanak-canak orang wish beday. Tu bagusnya facebook kot, dia bg reminder untuk setiap beday, so kita tinggal wish je la. Jimat kredit nak kol or sms kan. Hehee..


Sok paginye, sampai2 ofis je, ada dua hadiah atas meja, tapi takde nama pemberi. Hadiah misteri. Kena siasat nih sape bagi. Bila buka, dapat buku diary, besarrrr and satu lagi tu, novel. Seharian aku pikir sape la yang bagi, kantoi gak..Ahaahaa..Of course la staff sini gak. Nak sorok2 kununn~ Tahun nie dapat banyakkkk adiah dari kawan2..alhamdulillah~ Rejekii..Rejekii.. Hehehe..


Dah 25 tahun umo aku? Cam tak caye je..Kejap je dah membesar kan. Thanks to Allah, memberi aku peluang untuk hidup di dunia ini, mengecapi segala nikmat dan kegembiraan yang tak terkata banyaknya, thanks to my beloved mom, yang melahirkan dan membesarkan aku, thanks also to my beloved dad yang bersusah payah menyara aku dan sterima kasihhh untuk semua orang yang hadir dalam hidup aku..Alhamdulillah, tanpa korang siapalah aku..


Oh, ya..Nie adalah pesanan seseorang pada aku..Bila mana tiba besday korang, tak perlu la sebok2 tunggu kol dari boifren ke, tunang ke, kawan ke..yang penting, ko kol mak ko dulu. Ucapkan terima kasih kat dia coz dah melahirkan kita..Tanpa dia siapalah kita. Tak perlu tunggu hari ibu baru nak ucap. Ingatlah susah payah dia dulu mengandungkan kita 9 bulan, sakit dia melahirkan kita, jerih payah dia membesarkan kita..Uhuhuu..Mummy, i luv u sooo much~ Tapi kalau dah pukul 12 malam, mak ko dah tido, tak payah la nak kejut dia plak, kang mengganggu nanti..Sian dia, baru nak berehat. Sok kan masih ada.


Aku berharap tahun ini, Allah permudahkan segala perjalanan hidup aku seperti tahun2 sudah dan tahun-tahun akan datang..InsyaAllah..Happy Birthday To Me!!! ;))




Monday, January 17, 2011

Kita Tak Tau Bila Saatnya Tiba.

Tadi jalan2 kat fesbuk, then terjumpa fb senior lama time skola rendah...Pas dia pindah skola terus lost contact, then baru dapat tau adik dia dah meninggal dunia 12 Mei 2010 yang lepas, umur baru 18 tahun...Aku tak kenal pon adik dia coz masa dia satu skola ngan aku dulu, adik dia kecik lagi kot. Tapi yang wat aku sebak sangat bila jenguk fesbuk arwah adik dia, ramai kawan2 yang wish takziah, sedekahkan al fatihah..Bila baca semua tu pon dah leh tau, yang adik dia nie seorang anak yang baik, pelajar yang baik, kawan yang baik dan disenangi oleh semua orang...So, kehilangan dia, meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati semua orang.

Nie antara komen2 kat fesbuk dia:


"kter ni da mcm adk beradik kn..egt x mase kt skul dulu...normally kter akn ke mane same2..wat kertas kerja pi srwak, langkawi...ko byak tlong aku.mcm2 ko tnjuk ajar aku...kenangan kter gelak ktawe same2 mase ko dtg uma aku...x sgke plak tu la kngn terakhir kte kn....ruginyer x amek pic tyme tu...kami semua tgh sbuk ...mlanjutkan plajaran ..cmne ek kau kt sne...ak hrap ko sentiasa tenang...ko mmg baik..sanggup korban ape2..aku slalu tmankan ko pi hspital kn....x sgke ALLAH tntukan tkdir ko cm ni...aku mntak maaf x smpat bg pnghormatan terakhr untuk ko ari tu....tp,aku dah cuba......xpela,insyaALLAH doa2 kami sntiasa iringimu....tunggu aku di pintu syurga ae...."


"ketika dirimu dilahirkn, kau menangis dan org2 dskelilingmu tersyum.....dan ketika dirimu di diambil oleh Allah org2 disekelilingmu menangis..smoga kau tersyum di sana......."


"assalamualaikum sahabat,
ko n kwn2 len telah ajor aku erty sahabat d zaman skolah,, dan ari ney aku dpt knal lg erty sahabat,,,aku xkn lpe persahabatan kte n aku akn cube tok jge kwn2 kte...insyaallah


Then, aku terfikir...Agak nya kalau umur aku tak panjang, ramai ke yang rase sedih untuk aku, ramai ke yang akan sedekahkan al fatihah, ramai ke yang akan mengingati aku...Ramai ke akan kenang kebaikan aku, atau sebaliknya...Huhuu..Kita tak tau bila saatnya tiba. Kita tak tau bila malaikat izrail akan mencabut nyawa kita...Kita tak tua bila sampai waktu kita bertemu Nya..Cepat atau lambat, saat tu akan tiba jua, akan tetap terjadi..



Labels

Followers