Friday, July 29, 2011

Musuh Atau Sahabat, Mana Pilihan Kamu~



Siapa sangka?

Dua insan yang dulunya pernah berselisih faham, kini menjadi teman yang baik antara satu sama lain.

Bila mengimbas masa lalu, dan merenung masa yang sedang dilalui sekarang, alhamdulillah... Allah mengatur semuanya dengan cukup indah. Ya, dulu mungkin dua orang sahabat tersebut pernah mengguris hati masing-masing. Hingga menyentuh hati-hati sahabat yang lain di sekeliling mereka. Dan hati-hati yang tidak sepatutnya diusik turut terluka.

Ketika itu tentunya syaitan sangat gembira. Berhasil memecah-belahkan umat akhir zaman. Bertepuk sorak makhluk Allah yang satu itu bila manusia mula lalai dan terlupa dengan janji syaitan kepada Allah di depan Adam. Bahawa ia tidak akan berhenti mengganggu manusia sehingga kiamat.


Siapa juga sangka?

Jika dulu dua insan yang sangat akrab, bersama ke mana jua, menangkis segala permasalahan yang timbul secara bersama kini bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Hubungan yang dulu nya ibarat isi dengan kuku kini berubah bagai langit dengan bumi. Jauh dan semakin jauh. Beza dan semakin berbeza. Kesalahan yang sekecil hama, diperbesar-besarkan sehingga akhirnya nak bertegur sapa secara mesra juga sudah jadi kekok dan janggal.

Bila mula terbentuk bibit pergaduhan, cepat-cepatlah sedar dan istighfar. Jangan diturutkan godaan nafsu yang membuahkan amarah. Ingatkan diri dan sahabat, bahawa syaitan sedang ketawa. Syaitan itu musuh manusia, tidak patut untuk kita turuti kehendaknya, melainkan kehendak Allah yang wajib kita patuhi. Bagaimana sahabat yang dulu kita sayang2, kini boleh menjadi musuh? Kenang lah kembali, saat-saat indah dan manis bersama. Apa gunanya bermasam muka dan menjeruk hati? Bersabarlah. Dugaan tidak datang hanya pada pasangan bercinta, tapi juga hubungan persahabatan. Salah seorang perlu mengalah. Salah seorang perlu berpesan kepada kebaikan. Jangan terlalu ego dan jangan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain salah. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Kita tidak mengetahui dan Allah lebih mengetahui. Muhasabah diri. Ketahuilah bahawa setiap tindakan ada sebab nya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. Jangan terlalu bersangka buruk dan jangan bertindak melulu. Persahabatan tidak akan timbul masalah sekiranya hati masing-masing ikhlas kerana Allah.


Bermusuhan atau bersahabat. Anda yang tentukan.



Credit to: sunahsukasakura


Thursday, July 28, 2011

RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND


1. Letak banner di atas dan buat satu entry letak tajuk "RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND" - done!


2. LIKE THIS PAGE FIRST
http://www.facebook.com/pages/Permata-Sofea/111692082213724 - done!


3. LIKE 1st picture
https://www.facebook.com/?sk=h#!/photo.php?fbid=203995446316720&set=a.203511886365076.46916.111692082213724&type=1&theater - done!


4. LIKE 2nd picture
https://www.facebook.com/?sk=h#!/photo.php?fbid=203995449650053&set=a.203511886365076.46916.111692082213724&type=1&theater - done!


5. TAG 2 orang kawan dan pastikan mereka tahu anda tag mereka :) - done!


6. Tgglkan link entry kat ruang komen entry nie beserta id Facebook ;) - done!


GA berlangsung selama seminggu shj dari 22hb - 29hb Julai 2011

Tarikh tutup ~30 Julai 2011~

Cabutan undi akan dibuat oleh my cute princess "Cik Kyra".
2 orang yg bertuah sahaja akan dipilih.




Saya nak tag 2 orang ini:
edura hanum
nazz purple





Siapa siapa nak join boleh tengok kat sini ye



Thursday, July 21, 2011

Para Lelaki, Rugi Kalau Tak Berjanggut!

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.


Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda


Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?
Lalu Baginda menjawab..


Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.



Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.



Ayah aku berjanggut, datuk aku pun sama, abang and adik lelaki aku pun berjanggut..Agak-agak bakal suami aku nanti berjanggut tak? hehe..Actually aku lebih suke lelaki yang tak membela janggut. Kalau ada pon apa salahnya, janji kemas. Tapi terpulang lah pada diri masing-masing kan. Pahala free..Taknak ke?

Alangkah Best Kalau..

Alangkah best kalau pinjaman ptptn dapat bertukar ke biasiswa..
Memang senyum sampai ke telinga



ye, memang boleh!!
Tapi tawaran tu hanya start tahun 2010 dan aku grad pada tahun 2009..
T_______T



Dah hantar surat rayuan, tapi still dia kata tak boleh...



Ala, boleh laa..boleh laa...
Saya dah lepas semua syarat,
cumeeee...saye grad TERawal jer...
Plzzzz.....~




Sahabat, Tegur Lah Aku.

Tegur aku jika aku mulai sombong…
Tegur aku jika aku mulai angkuh…
Tegur aku jika aku mulai salah…
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu…
Hari ini, esok dan selamanya...

Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...

Saat tangan terluka, mata menangis...

Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...

Terima kasih kepada semua yang sudi bersahabat dengan aku..

Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.. ;)




Cantiknya Kamu..



Siapa yang tak knal dia? Gadis yang namanya meningkat naik selepas menyertai salah sebuah rancangan realiti terbitan astro..nama nya seringkas perwatakan orang nya..simple tapi menawan.


Aku cukup tertarik dengan empunya diri. Bukan lah tertarik kerana jatuh hati..Haihh..Tapi sebab pakej yang dimilikinya..wajah cantik..sopan..berakhlak..tinggi pengetahuan agama nya..tak sosial..merendah diri..comel..berkerjaya..mesti ramai laki terpikat kat dia kan? Teringin nak follow cara dia berpakaian..cantik dan sopan..weuweee..;) kalau follow kat facebook dia pon, status dia banyak post tentang nasihat-nasihat, doa-doa dan sebagainya yang bermanfaat.


Can u be my icon? Dear miss...?

Kalau aku pakai camni gi opis ok tak? secretary muslimah..heee...;)


Wednesday, July 20, 2011

Berat Hanya Pada Angka

Assalamualaikum!!

Haaa..

Semalam ada timbang berat, naik dah 48kg..Angka je naik, tapi tengok badan slim gak..Lagi makin kurus aku rasa ada la coz aku rase badan makin ringan. Apa yang berat pon tak tau..Air ke? Lemak ke? Mesin timbang tu rosak ke? Kadang2 tensen gak bila laaa nak bertambah berat nih..Bagi gemok cket. Tapi tu hanyalah terdetik di hati bila kuranggnya rasa bersyukur..Astagfirullah. Manusia ni memang tak penah puas kan? Bila dah kurus, sebok nak gemok..Bila dah gemok, sebok nak kurus..Bila dah sedang2 ok, nak muka cantik lak, glowing2 gitu..Bila muka dah cantik, nak itu lak..nak ini lak...Uhuhu..Tak pernah puas. Alhamdulillah, walau aku makan banyak mana, berat aku memang susah nak naik..Mungkin disebabkan kadar metabolisme yang tinggi?Aku juga makan dengan kadar yang lambat. Sape2 yang kenal aku, tau la berapa lama aku amik masa untuk habiskan sepinggan makanan tu. Heee..;p Kena sabar menunggu. Mungkin sebab tu, makanan yang aku kunyah, dah hancur lebur bila sampai ke perut, tu yang jadi cepat je hadam. Tak sempat lemak-lemak tu nak diserap oleh badan. Selain itu, aku leh jimat banyak duit sebab tak perlu nak beli pil kurus, jamu kurus atau apa2 produk untuk menguruskan badan yang mahal-mahal..Nak gi slimming centre, nak gi gym..Tak mampu den. Tapi orang cakap, usually orang akan bertambah berat badan bila dah mendirikan rumahtangga? Mungkin betul, mungkin tidak. Ada gak membe2 aku yang maintain kurus walau anak dah ramai, ada gak yang dah bertambah chubby, even lom ada anak lagi. Terpulang pada setiap individu kan. (Aku tengok mak aku kurus je even dah anak 5)..Heee..


Bila ada orang tegur, "nape la ko ni kurus sangat?" Aku cuba tak amik ati and aku anggap teguran tu sebagai caring. Hehehe..Yela, kalau tak caring ada dia kisah ke aku gemuk ke kurus? So, bila tegur, tu tanda caring la tu..hehe..Aku bersyukur, hidup dalam keadaan sihat walafiat. Minggu lepas ada buat ujian tahap kesihatan badan. BMI adalah 19.5. So, kira stabil lagi la kan. tinggi normal, berat normal, kandungan lemak normal. Yang paling best, result dari ujian tu, umur badan aku sama cam 21 tahun. Hee...Muda lagi kan. Kalau nak pakai baju2 time zaman sekolah pon aku still muat lagi. Alhamdulillah..Biar kurus, janji sihat. ;)


Tak perlu risau, andai diri itu kurang cantik, kurang menarik..Tapi seharusnya bersyukur coz at least badan ko tu tak jadi santapan mata lelaki, tak jadi topik perbualan orang. Kang nanti tak pasal2 dapat je dosa free. Nak ke? Lagi pon kecantikan tu subjektif. Apa guna badan cantik, muka cantik, tapi perangai kurang cantik? so, ada baiknya kita perbaiki dulu kecantikan sifat kita, perbuatan kita, akhlak kita, kerana dari situ orang akan memandang keseluruhan diri kita adalah cantik. Bagi yang perempuan, kecantikan yang hakiki adalah khas untuk suami mu seorang..Biarlah orang lain nak pandang jijik, pandang tak cantik, tapi si suami tetap sayang and memandang kamu sebagai cantik menawan. Itu yang paling penting. Kannn~


Bagi yang cintanya ditolak kerana paras rupa kurang menarik. Jangan risau..Jangan terlalu bersedih..Tapi kena bersyukur coz ko bertuah tak kawen dengan dia, yang hanya mementingkan luaran semata-mata..Camne kalau dah berkawen? Dah tua nanti? Sume dah kedut-kedut, gigi pon gugur, muka pon dah kerepot, hilang dah kecantikan yang dipuja-puja..Adakah hilang juga kasih sayang nya? Apa pon, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan..


Oh, apa nih tajuk pasal berat, tibe2 cite pasal kecantikan..hehe..Wuteva, kita sebagai manusia, takde yang sempurna, tapi kita semua istimewa..;)




Monday, July 18, 2011

10 Soalan Sebelum Ambil Keputusan Untuk Bertunang @ Berkahwin

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.




- Artikel iluvislam.com



KeredhaanMu~

Dalam kita meniti kehidupan seharian, adakalanya kita ditimpa dengan pelbagai ujian sehingga kita merintih sedih, pilu terduduk dan mengalirkan air mata. Di saat itu tak berhenti-henti kita berdoa kepada Tuhan agar ditunjukkan jalan, agar diringankan beban yang sarat tak tertanggung. Disaat kita merasakan tiada sesiapa yang memahami gelodak di jiwa, tiada sesiapa yang boleh dipercayai, tiada tempat untuk meluahkan rase sebak di dada, kita mengadu kepada Tuhan. Kerana kita tahu Dia yang menciptakan segalanya, Dia yang memberikan ketenangan, Dia yang Maha Mengetahui..


Kita percaya dengan qada' qadarnya..Kita berusaha menerima kenyataan dan kita percaya jika kita tak dapat apa yang diimpikan, pasti ada yang lebih baik menanti kita..


Namun disaat kita sudah diulit kebahagiaan, dilimpahi dengan nikmat dunia, jangan pula kita lupa pada Dia, jangan kita lupa untuk mensyukuri nikmatNya..Ya Allah, ku bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Mu..Ku bersyukur dengan ketenangan dan kebahagiaan ini ya Allah. Tapi jangan Kau palingkan hatiku dari Mu ya Allah... Aku hanyalah manusia biasa. Yang memiliki iman hanya setipis kulit bawang. Yang amalan ku hanyalah sedikit cuma. Jangan kau jadikan aku alpa dan leka. Moga hidupku sentiasa mendapat keredhaanMu ya Allah..Moga kebahagiaan ini kekal berpanjangan ya Allah..


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih



In-Team
KeredhaanMu




Alhamdulillah...
Kini ku bahagia..;)
Terima kasih ya Allah...








Thursday, July 14, 2011

Giveaway Tiny Pillow

Nak join, bleh klik link nie:

http://www.blogger.com/img/blank.gif



Syarat penyertaan:

1. mestilah follower blog ini - done!
2. buat satu entry mengenai mengapa korang suka dengan tiny pillow felt craft yang dni buat ;) ceritakan jika korang menang giveaway ini, warna dan design bantal macam mana yang korang inginkan. - done!

Ok, meh nak cite meh...aku suke tiny pillow felt craft nie sebab nampak comel sangat2..kat lua pon cam tak banyak jual je, dapat yang hand made punye mesti lagi syok kan? so, teringin la sangat2 nak memiliki satu..sebab aku suke benda yang cute2 and unik nie..muahaha..kalau dapat menang felt craft nie, aku nak warne baby blue and font dia colour dark purple..tulis nama Lady Dyot..pastu ada love cute sebagai penghias. heheee...cumel! hope2 menang. Leh jadi kenangan sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia blogging nih.. aminnn~

3. tingalkan komen beserta link entry penyertaan korang di kotak komen entry giveaway ini.-done!

4. tak perlu letak banner giveaway di sidebar blog cuma muatkan dalam entry je ^__^ - done!

5. mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai blog serta beralamat di Malaysia. - done!

6. tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Julai 2011 jam 11 malam. - done!

7. 3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.
mana-mana blogger yang pernah beli tiny pillow/membeli tiny pillow sepanjang giveaway ini berlangsung, dni akan masukkan 3x nama korang untuk cabutan bertuah...






Tuesday, July 12, 2011

Masalah.

Takde orang yang takde masalah..Kalau ada, memang orang tu yang bermasalah.


Ok, aku bukan cite camne nak cari masalah atau camne nak lari dari masalah, tapi camne nak handle masalah. Masalah kecik ke masalah besar ke, tetap dikira masalah. Dan kalau dibiar kan je masalah tu, maka akan bertambah rumit lah. Ishh, naik pening lak taip banyak sangat perkataan masalah ni..Masalah tul!


Solat. Solat tu salah satu cara bersyukur pada Tuhan. Even ko sibuk camne, masalah ko berat camne, jangan abaikan solat. Kita tak tau bila kita mati. Kot ko sibuk sangat dengan masalah ko tu, tibe2 malaikat izrael datang cabut nyawa, dalam keadaan blom lagi mendirikan solat, tu dah jadi masalah. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Kita hidup kat dunia ni hanya semata-mata pinjaman dari Nya. Masalah yang timbul hanya lah ujian dari Nya buat kita..Kalau kita tak mohon bantuan dari Allah, sape lagi leh tolong kita?


Senyum. Semua orang tau senyum dan boleh senyum, tapi tak semua orang suka senyum. Senyum tanda redha. Even ko ada masalah, senyum lah. Senyum tu biar ikhlas. Senyum pahit ke, tawar ke, manis ke, janji ikhlas. Insyaallah hati ko akan turut tersenyum dan orang sekeliling ko pun ikut sama tersenyum. Tapi jangan la wat senyuman manje2 kucing lak, kang ada yang terperasan. Haa..tu dah timbul masalah.


Fikir. Bila timbul masalah, fikir camne nak selesaikan, bukan fikir camne nak lari dari masalah. Ada kawan-kawan, ada keluarga, bleh cite. Tapi pasti kan orang2 tu memang boleh dipercayai bukan orang2 yang suka musnah kan kepercayaan yang diberi. Jangan terlalu percaya pada orang, tapi tak percaya langsung pon tak boleh! So, berpada-pada lah. Setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Yakin lah. Usaha lah. Bukan mudah, tapi tak mustahil.


Jangan cari masalah. Masalah tu kadang2 tak datang kalau tak dicari. Jangan sibuk2 pasal masalah orang lain. Memang kadang2 niat kita baik, nak amik tau, caring.. Tapi orang boleh salah anggap dan tak pasal-pasal timbul masalah baru. Fikir masalah sendiri sebelum fikir masalah orang lain. Cermin muka sendiri sebelum mengata orang lain. Kita jadi manusia, bukan lah baik sangat, tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik. Orang boleh mengata, orang boleh bercerita, tu dia punya suka, nak gossip or jaja cerita, kat akhirat sok ko tinggal senyum je collect pahala dari mereka. Kadang2 kita tak sedar, kita sibuk mengata orang itu ini, tapi dalam masa yang sama kita tengah syok wat dosa mengumpat. Nauzubillah. Macam peribahasa, diam kadangkala lebih baik dari berkata-kata. Eh, tu bukan peribahasa, tapi pepatah. Apa pon boleh.


Kalau. Memang best guna perkataan kalau. Kalau lah aku tak kenal dia...Kalau la aku tak buat gini, takde la jadi gini..Kalau la aku tak jumpa along dulu. Kalau..Kalau...Haihh..Kenapa perlu persoalkan benda yang dah berlaku? Dah lepas? Takleh putar balik pon masa tu. Fikir kan masa sekarang. Fikir kan masa akan datang, yang masih boleh dirancang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna nya. Yang lepas tu jadi kan lah pengajaran. Jangan terlalu sedih kalau kita jadi mangsa keadaan. Hidup di dunia, begitulah rencah nya. Kadangkala kita di pihak yang benar, namun kita tetap dipersalahkan. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Tak semua yang kita rancang, akan jadi kenyataan. Sentiasa bersyukur, maka ko akan tersenyum..Syukur lah..Syukur..Syukur.



Alhamdulillah. ;)


Movie.


Korang penah tak tengok wayang? Movie? Mesti penah kann...aku baru je pas tengok cite transformers minggu lepas dengan kawan2 ofis..Ok la, cite tu..Not bad..Tapi below my expectation. Terpulang lah, pendapat masing2 kan..Tapi bukan pasal transformers yang aku nak cite kat sini, tapi adab2 dalam panggung wayang..


Peraturan biasa cam dilarang bawa alat perakam, dilarang merakam gambar, dilarang berkelakuan sumbang, tu umum dah tau..Tapi adab-adab menonton wayang yang umum dah tau gak tapi kadang2 buat taktau..Aku pantang tul bila tengah syok2 layan cite tu, tibe2 orang depan leh lak bangun dari kerusi berjalan-jalan..Mengganggu konsentrasi tau! Kalau la time tu tengah scene beshhh, ish kan dah rugi doblas hinggit aku bayo tiket tapi tak dapat tengok full cite tu. Kalau tau nak gi tengok wayang, duduk berjam dalam tu, pastikan tangki tu kosongkan dulu ye, rajin kan la kaki tu gi toilet dulu, so kat dalam kang takde la nak kua masuk gi toilet la, gi beli pop corn la, gi jawab call la...U can plan, okay~


Then yang ada anak-anak kecik, bukan tak bleh bawa masuk..Boleh jee..Tapi pandai2 la mak bapak nye nak jaga and control anak-anak tu..Kang tengah senyap sunyi, or scene seram ke, tibe2 dengar sore baby menjerit..Aiyooo...Tak pon terlompat-lompat kat kerusi. Wat macam kat kerusi umah dia lak..Cian tau kat penonton2 lain..


Then kalau nak jawab call tu, volume sore kasi slow cket bley? Ko datang masuk panggung nak tengok wayang ke nak bergayut? Nak bergayut, sila pergi kat mana-mana pokok..Nak jawab kol, kasi control sore aaa..kalau tak, gi kuar jap.


Haishh...Itu je lah kot. Dah lama tak tengok wayang. Sekali gi tengok, mood spoilt dengan insiden2 tersebut..Huhuu..Pasni langgan asto first je lah. ;p



Friday, July 8, 2011

Aduhai...Nasib Si Botol.

Ntah mamai ke apa malam hari tu..turun bawah nak minum air. Buka peti ais, amik la air dalam botol nih..Besh, sejukkk..Tengok botol kosong. Nampak air kat jug keetle penuh lagi. Niat nak isi dalam ni..Sampai penuh..Pastu smbung minum air, tibe2 terkejut tengok botol ni bergerak sendiri.."Botol leh gerak ke?" Mana tak nya dia makin memendek..dan memendek..sampai terhenti...


Pic nie amik time pagi nye..bukan lepas kejadian..;)


alamak...rupanya air tadi masih panas daaaa...Patut la botol jadi kemek..uhuhuuu...apa la cuai sangat..Dah la ni botol peberet kat umah ni..Botol milik mzhany yang telah diwakafkan...Maaf puan, takde rezeki nampak nya..Sampai di sini saje hayat botol nih..hehe..


Skang dah ganti ngan botol baru..Kaler oren dari giant..Tapi takde pic lak nak uplod..Pengajaran nya, sentiasa lah berwaspada dalam apa jua yang dilakukan ya.



Wednesday, July 6, 2011

Terkenang.

Kite selalu mengharap sesuatu yg indah di dalam hidup…
namun itu bukan kuase kite untuk memilih…
kecewa? sedih? marah? dengan ape yang terjadi???
semestinya….
kite ni manusia biasa…
yang punya akal fikiran
yang punya hati dan perasaan
Namun mesti akur dengan ape yang sudah di tentukan…
jangan kecewa dengan ape yg terjadi..


hidup kite ni umpama memandu sebuah kereta ke suatu destinasi..
Hidup perlu ada tujuan dan matlamat..
Perjalanan kita masih jauh..
tibe2 ade seseorang di pertengahan jalan melambai tangan untuk menumpang kereta kite ke suatu tempat..
x salah kalau kite membuke pintu kereta dan membenarkannye naik..
Niat kita baik dan ikhlas..
kehadirannye sebagai teman menghilangkan sunyi sepanjang perjalanan kite..
tapi kalau die ingin berhenti dan turun d suatu tempat,
kite mesti ikut kemahuannye dan membenarkannye turun.
walaupun di dalam hati kite ni berat giler untuk melepaskannye pergi..
tapi ingat..jangan sesekali kite mematikan enjin kereta kite..
teruskan perjalanan kite ke destinasi..
mungkin kite akan bertemu lagi dengan seseorang yang lebih baik dr tu…
…mane kite tau kan…:)




Credit to : Cik Syima




Tuesday, July 5, 2011

Epi Beday Abang~ Erk..Abang?

Macam tak adil plak bila wat entry pasal mummy, then terlupa plak pasal abang aku kan..Kebetulan beday derang sama..so, leh la celebrate sama2 tiap2 tahun..heheee..syok la mak aku kan, dapat anak sulung time beday dia, kira cam adiah beday kot..hehee...


Aku ada sorang je abang kandung..abang yang aku tak penah panggil abang coz jarak umo kiraorang 2 tahun je, dah cam membe2 lak..tapi takde la guna aku-engkau..dalam adik beradik aku sume bahasakan diri kite-engkau..."kite nak gi kedai, nak ikot tak?" "semalam kite gi beli komik baru..best wooo..nak pnjam? tab bley!"penah gak try panggil abang, tapi aku rase geli geleman and dia pon cakap aku menggedix, so better panggil nama je..


Dia la tempat aku nak manje2..eh, tak penah manje pon, kawan gado ada la...Dia la yg selalu mengalah bila timbul krisis antara kitaorang..(memang la, ko kan abang..wakaka!) Dia yg suke berkongsi citer and rahsia ngan aku...Dia yang tak penah berkira ngan aku..Dia yang sangat slumber..Dia yang suke pakai songkok dari kecik smpai abis skolaa..Dah abis skola, songkok ilang ganti cap plak..Dia yang suke makan walau badan slim (tiap kali berat dia tambah, punye la bangga tunjuk kat aku) Dia yang penyabar (tapi kalau dah ilang sabar, takut woooo...terus merah muke..) Dia yang suke bela janggut seciput (kunun nak tiru abah aku, tapi janggut abah aku lg banyak dari dia)..Dia yg aku suke ejek "margerine" time kecik2..Dia yg ajar aku banyak perkara..Dia la yg ajar aku men gitar...(tapi smpai skng tak reti2 gak..;p) Dia ajar aku melukis (tapi dia lukis kartun, aku lukis ntah pape..) Dia ajar aku berbahasa inggeris..(rajin praktis kat umah, tapi bi aku still terabur..hohoo) dan macam-macam lg...


Mekasey bro, i lebiu owez..kawen jangan lupa jemput. Eh, kite kena ikut hantar ekk..;p





Mak...Epi Beday!




Mak yg kusayangi..
kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan


oh mak, terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh mak, semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Sayanggg dan rinduuu mak sangat2...
Epi besday to u..!



Credit to; Ungu


p/s: mak, bile nak bace blog dya? ;p




Monday, July 4, 2011

Istikharah Cinta~

video

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



Ekspedisi Sg. Chongkak




main entrance..



2 minggu berturut-turut berkelah dan menghabiskan masa di sg.chongkak...yipeee!!


Minggu lepas dah pegi, minggu ni pegi lagik..hehe..Bila dah letih bekerja atau kepala kusut memikirkan banyak perkara and masalah yang tak sudah-sudah, pekata bila weekend tu cari la tempat untuk beriadah atau berkelah..Bukan saja dapat mencari ketenangan, tetapi juga dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama kita..



Kalau di suruh pilih antara pantai dan sungai, aku lebih prefer sungai coz kawasannya yang sejuk dan air nya yang bersih...Nyaman dan menyegarkan..Walahh! ;D ditambah lak ngan BBQ, memang best lahh...Aku perap sendiri tau ayam BBQ nih..handmade..hihii..



Sg. Tekala pon best gak, tapi kecik cket dari sg. chongkak nih...Tak kisah la, mana-mana pon tetap best..;)




Labels

Followers