Friday, August 19, 2011

Entry Before Cuti Raya

di kesempatan ini.


eheh.


skema plak.


ok, entry kali nie aku wat khas sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba 10 hari lagi..yeayyy!! maklumlah, bila dah balik kampung nanti, takde masa dah beronline atau layan internet..tp dalam masa yang sama, sedey gak coz ramadhan bakal meninggalkan kita...ntah berpeluang lagi ke tak untuk bertemu lagi ramadhan yang akan datang. huhu..insyaallah~ moga dipanjangkan umur..

Kepada readers ku yang tak seberapa, terima kasih kerana sudi follow..and sudi komen..dulu bape kerat je yang ada, skarang dah bertambah dah..takpe lah, tujuan aku wat blog ni pon just suke2 and nak sharing pe yang aku rase perlu..bukan untuk mengejar populariti , followers dan sebagainya. Aku nak minta maaf zahir dan batin kalau sepanjang korang baca entry2 aku ni ada yang pedas ke, pahit ke, pijar ke or mungkin hati terusik ke..Minta maaf banyak2..Mungkin sengaja, mungkin tak sengaja..Tapi apa pon, aku hanya harap dapat wat yang terbaik..


Lafaz maaf ikhlas dari hati juga ditujukan buat teman-teman dan orang sekeliling yang mengenali diri ini..Terima kasih kerana sudi berada di samping aku waktu susah dan senang. I appreciate it k..


Lastly, selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri...Nantikan suprise di aidilfitri..hehe~



Thursday, August 18, 2011

Hari Nie Dah 18

Hari nie dah genap 18 hari umat islam berpuasa. Kejap je kan..Sedar tak sedar je..Lagi 2 hari cukup la 20 hari..Nie la masa yang dinanti-nantikan..Nanti pe? bukan hari raya tapi malam lailatul qadar.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

So, bila tiba 10 malam terakhir ramadhan marilah kita sama-sama tingkatkan amal ibadah kita, bukan busy prepare nak raye je..huhu..


Tuesday, August 16, 2011

nothing



Seriously saya kecik hati...camni ke cara awak layan sahabat-sahabat awak?? atau awak dah tak mengaku dan anggap kami nie sebagai sahabat..? walaupon awak perempuan mcm saye, tapi hati awak sukar diduga dan sukar difahami..tapi saya tak pernah salahkan awak..Saya pujuk hati sendiri, "oh, itu mungkin dah cara awak"


Saya jarang berkira..Saya jarang ambil kisah..Saya jarang berkecil hati..Saya jarang pamerkan perasaan saya dan saya juga jarang luahkan apa saya rasa..Muka memang cool, tapi dalam hati sape yang tau..;) Apa jua berlaku, insyaAllah saya boleh telan..Tapi bila melibatkan sahabat dan orang yang rapat dengan saya...Hati saya mampu terusik. Biar saye susah, tapi bukan kawan-kawan saye..Apa pon, saya doakan awak bahagia dengan cara awak..;)


Saya tau awak bijak, tentu awak boleh berfikir mana yang lebih baik kan..?? ;)



Monday, August 15, 2011

Untuk Apa?



"Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta...Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan...Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan...Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa...Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi "

quoted from: A friend




Tuesday, August 9, 2011

Cinta Tak Selalunya Berakhir Bahagia

Pehhh...tajukkkk...hehe.


Bile bace blog jejariruncing dan cik epal tadi...Jadi sebak dan terharu..Ramai gak rupanya ada masalah dalam percintaan ek. Kesian..Ye lah, tak semestinya apa yang kita harapkan leh jadi kenyataan kan. Aku tau pe yang cik elia rase tu memang perit, memang besar dugaan tu..Dengan kata-kata orang sekeliling yang taktau cite sebenar tapi tau mengomen je..Dengan tekanan time study lagi..


Apa pon, terpulang kepada diri masing-masing camne nak hadapinya. Memang tak mudah. Tapi kita tetap kena bangkit dari kekecewaan. Jangan terlalu bersedih coz semua tu ada hikmahnya, sama ada lambat atau cepat. yang penting bila terjadinya putus cinta, putus tunang, putus kasih, cuba jangan blame each other..jangan kuar kan apa2 statement. kalau dulu time bercinta dan bahagia, dia lah yang ko sanjung-sanjung, sayang-sayang, puji-puji...takkan la bila dah putus, dia ko nak keji-keji, kutuk-kutuk..tak baik camtu. walau apa dia dah buat, biar apa pon dah terjadi, anggap je lah tu dah takdir. Tak semestinya apa yang kita pikir tu betul, tak semestinya apa yang orang lain pikir tu salah..Apa pon, memang itu dah ditakdirkan untuk kita. so kita kena lah redha. Diam lebih baik dari berkata-kata.. Kalau nak luahkan perasaan pon, hanya pada orang yang betul2 korang leh percayai and leh simpan rahsia. Bukannya apa. Kita taknak things get worse kan..coz apa yang korang kata, apa yang korang tulis akan jadi bahan untuk orang lain bercerita. So, seeloknya kisah tu biar la korang berdua je tau. Benda dah jadi kan. Biar lah berlalu. Hidup masih perlu diteruskan. Ada beribu lagi cabaran mendatang yang perlu korang hadapi, masalah cinta tu hanya salah satu je darinya. Cinta tu tak buta, tapi jangan jadi buta kerana cinta. Wake up!

Terkenang tu biasalah. Kalau ko dah biasa hidup dengan dia, dah berbulan-bulan, bertahun-tahun..Mesti terkenang gak kan kadang-kadang. Tapi jangan layan sangat perasaan tu..Ok?
Boleh gak refer pada entry aku yang nie -> sini

Kuatkan semangat. Senyum walau dilanda masalah. yang penting, ingat Allah banyak-banyak..Biar lah orang nak kata apa, yang rasa, yang alami hanya diri sendiri dan Allah je yang tau. Orang kalau dah penat mengata, dia akan diam sendiri. Luka akan sembuh walau mungkin ambil masa yang agak lama..Kadang-kadang dengar masalah cinta orang lain pon leh wat diri sendiri lebih bersyukur dan menghargai pasangan masing-masing. Alhamdulillah.


Oh, hari nie blog aku dah berusia 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 1 hari...hehe..

Friday, August 5, 2011

Renungkan~

Sekadar mengingatkan antara semasa islam .

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita menonton filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris. (casual reader isu lain)

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sam a kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.






Thursday, August 4, 2011

Hancur..

Ok, tak habis-habis duk bercerita pasal kuih ni kan dari semalam...so, semalam lepas balik keje terus bergegas gi param kat area jauh cket dari ofis..ohh, hati gembira coz kuih tu masih banyak lagi! tanpa berlengah, terus je beli 1 bekas, ada 5 biji and harga dia rm2..normal price. Lepas beli kuih tu, baru gi cari juadah lain..


Balik umah pon dengan hati girang coz hajat tercapai. Tapi bila letak juadah atas meja baru terperasan yang aku dah takde! Cari punya cari...jumpa la kuih tu dalam plastik..tapi...sob..sob...dah hancur...T____T sabo je la...Maybe tadi terlampau excited sampai terlupa pasal kuih ni. Kot2 la tertindih dengan makanan2 lain kan, tu yang jadi hancur tu..Lupa lak fizikal kuih ni yang sensitiv dan teramat lembut.


Takpela, still leh makan lagi..So, bila dah masuk waktu berbuka, aku amik sudu and makan je sisa-sisa kuih tu yang ada lagi..sedappp..sok leh beli lagi. Pastu jaga elok2..;)




nie la keadaan kuih tu..hancur seperti hancurnya hati ku..sob sob..T_T





Wednesday, August 3, 2011

Oh, Tepung Pelita!


Di mana kah kau..
Di mana...
Puas aku cari..
Tak juga berjumpa...


Ok, misi bila tiba nya bulan puasa adalah mencari kuih tepung pelita. Kuih nie jarang-jarang ada pada hari biasa, tapi bila tiba bulan puasa, melambak-lambak orang jual..My feveret u know! So 1st ramadhan, aku gi bazar ramadhan yang dekat ngan area rumah, tapi pusing..pusing...tak gak jumpa kuih tu. Lagi pun bazar kat situ kecik je. Takpela, aku beli je kuih lopes. huhu..


Esoknya, misi disambung lagi. Kali nie aku gi bazar ramadhan yang jauh cket..Bazar nie memang besar and ramai sungguh pengunjung...Berpusu-pusu orang datang nak beli juadah berbuka. Gigih aku jenguk tiap kedai dari hujung ke hujung..Sampai pertengahan kedai, adalah jumpa kedai yang jual kuih tu, tapi tinggal sebiji je..Takpela, kot jalan lagi ada kedai lain jual..Udahnya sampai ke hujung bazar pon tak jumpa gak..Patah balik kedai tadi, kuih yang tinggal sebiji tu pon dah ada orang beli..! Uhuhu..takde rezeki..


Hari ni sambung misi lagi..Kalau tak berjaya gak, jalankan misi kedua. Bikin sendiri la kuih tu..hahaa..Tak tau resipi? Google sudah..cam tak biasa kan..tapi risau je tak jadi. Bukan sume orang reti buat kuih tepung pelita yang sedap..Ada yang terlembik lah, ada yang termanis lah..uhuhu..




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers