Friday, June 22, 2012

Hukum Lelaki Pakai Inai


Soalan:

Askm ustazah,

Skrg ni musim knduri kawin. Masa pegi ke majlis kawin, sy tengok pengantin lelakipun pakai inai di jari macam pengantin pempuan. Bezanya lelaki pakai di 3 jari, pempuan pakai di semua jari. Boleh ke mcm tu, ustazah? Mhn pnjlasan. Tq.

Jawapan:

Wa’alaikumus-salam wr.wb.

Saya bahagikan jawapan kepada dua bahagian:
1. Hukum memakai inai bagi wanita
2. Hukum memakai inai bagi lelaki

Hukum memakai inai bagi wanita

Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.

Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.

Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

Hukum memakali inai bagi lelaki

Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:

“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:

1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”

2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.

3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.

Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.


Sumber: Ustazah Maznah

ni dapat dari laman web Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM


p/s: Jangan lah terlalu taksub dengan adat, sehingga hukum agama dipinggirkan. Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus pon ada cakap lelaki pakai inai hukumnya haram..Lagi pun dah ada hadis sahih berkenaannya..ingat, niat tak menghalalkan cara ;)



Friday, June 15, 2012

Are You A Boss Or A Leader?






Berterima kasih lah ;)







Berterima kasih lah pada orang yang telah melukai hatimu,
kerana dia telah membuatmu kuat.


Berterima kasih lah pada orang yang telah membohongimu,
kerana dia telah membuatmu lebih bijaksana.


Berterima kasih lah pada orang yang telah membencimu,
kerana dia telah mengasah ketegaranmu.


Berterima kasih lah pada orang yang telah memarahimu,
kerana dia telah mengajarmu untuk bersabar.

Berterima kasih lah pada orang yang telah mengkhianatimu,
kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaanmu.


Berterima kasih lah pada orang yang mengecewakanmu,
kerana dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas.


Berterima kasih lah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaanmu,
kerana di situlah rahmat Allah Azza Wa Jalla ada bersamamu.


Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci atau dimaki...Ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik...;)



Wednesday, June 6, 2012

Mak Andam

Mostly bila nak mendirikan rumahtangga, banyak sungguh benda nak difikirkan..Katering la, pelamin la, door gift la dan macam-macam lagi termasuk la mak andam. Bagi aku mak andam tu paling penting, coz bila mak andam pandai solek, mekap pengantin akan jadi cantik, walaupon baju yang dipakai biasa2 je dan pelamin pon biasa2 je..Lagi pon bila amik gambar, photographer banyak fokus kat pengantin kan? yang lain-lain tu sebagai sampingan je..


So, sejak awal lagi aku dah survey2 mak andam yang ok..Jumpa mak andam best kat fb iaitu Sarimah Othman. Aku nak book awal tapi memandangkan majlis hujung tahun dan Pn.Sarimah hanya buka booking start Jun. So tunggu dan tunggu...Bila 1 Jun terus aku contact dia, tapi keciwa nye hati coz diberitahu time majlis aku nanti dia tengah berpantang coz sekarang dia tengah pregnen..Uhuhuu..Betul betul keciwa coz hasil kerja Pn.Sarimah ni memang superb..Leh tengok contoh-contoh kat bawah ni kalau tak percaya. Pn.Sarimah ni just freelance makeup je. Caj yang dikenakan pon amat-amat lah berpatutan.


Aku memang dah book mak andam lain, tapi pakej tu untuk mekap 2 kali je. So, aku guna untuk mekap time bersanding nanti, then pas solat zuhur, mekap lagi untuk outdoor. NO SKIP SKIP SOLAT ZUHUR...Dah plan nak guna servis Pn.Sarimah untuk mekap time nikah or time bertandang nanti, tapi apakan daya takde rezeki. Anyway, tahniah Pn.Sarimah coz bakal dapat baby..;)


Bila dah jadi camtu, mula la kepala ligat berfikir nak mekap sendiri je time nikah nanti. Haahaaha..Kalau tak jadi tepung gomak, maka jadi la cam pocong kot coz aku takde bakat ohh..Mekap pon jarang2 je, barang mekap yang ada pon beli murah2 je..Kadang2 sampai bertahun2 tak berganti pon..Sayang nak buang selagi lom abes guna..Tapi sebenarnya barang mekap tak elok simpan lama..Tak kisah la. Selalu gi keje pon pakai lip balm, bedak compact tipis and blusher nak bagi tak nampak pucat. Tapi bila menjelang petang, dah tanggal sume mekap tu, takde renew renew..hehee..


Sekarang rajin google2 tips asas mekap, alat mekap, dan sebagainya..Konon2 la kan nak mekap sedirik kawen nanti..Eh, aku penah gak mekap kan kawan2 aku time derang bertunang tau.Tapi mekap suka suka je..Hahaha..Haihh..kita tengok je la nanti, sama ada jadi kenyataan or berangan jek. Hahaaa..;P



Monday, June 4, 2012

Larangan Melihat Aurat

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.


Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.


Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.


Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.



Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya di hadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.



Sumber : Islam Itu Indah



p/s : Terasa malu sendiri bila tengok perempuan lain pakai sexy2 walaupon sesama perempuan..



Doa: Selepas tahiyat akhir sebelum salam

Nabi SAW tak pernah tinggal berdoa selepas tahiyat sebelum salam walaupun doa yg pendek. Byk doa yg dianjurkan didlm hadis contohnya doa meringankan azab kubur. Mari kita amalkan membaca doa ini selepas tahiyat akhir dan sebelum memberi salam...





Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal”.



p/s : Jangan pula baca doa dalam bahasa melayu ketika di dalam solat, nanti terbatal pula..hehe



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers