Monday, December 16, 2013

Sedapnyeee..Joey's Homemade Peanut Butter

Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak pasal brand peanut butter ni? aku suka peanut butter makan dengan roti..Tapi selalunya yang kita beli kat kedai tu rasanya terlebih manis dan teksturnya terlalu halus macam tepung campur air lak. Hehe..So, bila aku terbaca berkenaan peanut butter ni kat twitter, teringin la nak beli..Dia boleh delivery tau untuk area Klang Valley, tapi minimum order 2 jar lah. Bila dah ada member sudi berkongsi beli dengan aku (coz kalau beli 2 jar takut tak habis!) dapat la aku membeli peanut butter ni..Peanut butter ni diusahakan oleh orang melayu. Dulu dia kerja kat singapore dalam bidang telekomunikasi tapi quit job since nak commercialkan peanut butter dengan resipi ciptaan sendiri ni.

First time aku rasa...Fuyoooo..Sedapnye alhamdulillah..Memang rasa peanut butter sejati. Takde la perasa tambahan, sebabkan ia homemade, maka pengawet pon tak digunakan. Dan kurang manis, banyak rasa kacang je. So, lebih selamat dan original. Brand ni pon pernah masuk dalam paper the star, rujuk :sini 






Ada pelbagai perisa yang korang boleh pilih seperti Smooth dan Crunchy. Macam yang aku beli ni Crunchy, so ada sedikit cebisan2 kasar kacang. Bila kunyang, terasa la rangup kacang tu krup! krup! Sedap sangat peanut butter ni sampai boleh makan gitu je tanpa roti. Cedok guna sudu terus masuk mulut. Kalau simpan dalam peti ais pon, isi dalam dia tak membeku. Tapi tak payah simpan dalam fridge pon dia leh tahan sampai 6 bulan.  Sebotol RM13 je untuk 300g. Harga yang berpatutan coz tu jar bersaiz besar. Rugi kalau tak cuba. Hehe..Korang leh gak makan roti letak butter@marjerin, tambah Joey's Peanut Butter ni, pastu tambah cket Nyum nyummm~

ni lah owner nye..En.Alzari 'Joey' Mahshar


Kalau berminat nak beli, boleh refer pada :
Facebook : sini
Twitter : @pualdidan






Friday, December 6, 2013

Tips Minum Air Gula







 Assalamualaikum...

Sejak kandungan menginjak ke 5 bulan, selera makan aku bertambah-tambah..kejap kejap lapar..kejap kejap lapar..tak dapat makan berat-berat pon, dapat kunyah-kunyah jadi lah..Kat umah sentiasa kena sediakan kudapan macam roti ke, biskut ke..tu pon kadang2 sekali hadap je dah habis..huhu...

Tambahan pula sekarang cuti sekolah kan. Maka tiap-tiap minggu tak putus-putus la dapat jemputan kenduri kahwin..Kadang-kadang dalam sehari tu sampai 3-4 tempat kena pegi..Dan tiap rumah yang aku pergi tu, mestilah kena makan nasi. Nasi baryani lagi tau..Sedap sangat, aku suka..Walaupon siang nya dah makan banyak, malamnya still boleh melantak yang berat-berat lagi macam sate, chicken chop..huhu..so bila next appointment...jeng jeng jeng...dalam 2 mgu berat dah naik dekat 4kg weiii...patutnya time tu datang check up sebab HB rendah, tapi sekali dapat detect berat terlebih naik, abeslaaa...

Berat sepatutnya bagi wanita hamil, bulan pertama hingga ke kelima, boleh naik 0.5kg je sebulan..berat selepas tu boleh naik 2kg je sebulan, atau 0.5kg seminggu..tapi berat aku tu dah macam berbulan-bulan punya..sebelum pregnant, 48kg je skrang dah 55kg..dekat nak bersalin nanti taktau la berapa plak. huhu..

Oleh kerana berat badan dah ternaik lebih dari yang sepatutnya, maka doktor suh set another appointment untuk minum air gula..Perkara yang paling aku dan ibu-ibu mengandung paling tak suke..Aku tak pernah kena pon sebelum ni. Ingat nak tipu-tipu gak la time bagitau berat tu kan, tapi risau lak..Kang jadi pape, padan muka aku. So relakan je lahhhh~

Alhamdulillah, tadi aku berjaya minum air gula dengan jayanya tanpa muntah. Hehe..Meh, aku share tips:

1. Kena start puasa dari pukul10 malam..
- Jangan makan or minum pape pastu. Tapi kalau dah haus sangat minum la seteguk dua air masak untuk basahkan tekak. Sebelum kul 10 tu aku dah makan nasi, makan kurma dan minum air masak banyak-banyak untuk tenaga keesokan hari nya.

2. Sampai klinik awal (sebelum kul8)
- Selalunya kaunter ambil no. giliran tu buka 30minit awal dari waktu temujanji, so 7.30pagi dah bleh amik no.giliran. Tapi ko kena sampai awal means 7.20 ke..So tak perlu la ko nak beratur panjang and tunggu lama..Nurse akan ambil darah then baru minum air gula.

mak oii...panjang dah.

Nurse akan bagi 2 tube untuk ambil darah sebelum dan selepas minum air gula
 
3. Minum laju-laju dan sementara air masih hangat
- Lagi satu untungnya kalau datang awal, nurse baru bancuh air gula tu. So ko kena minum time air tu masih suam. Sape yang datang lambat sikit, air dah sejuk dan gula pon jadi likat, lagi la loya ko nak minum. Dah la perut tengah kosong time tu kan. Minum laju-laju. Jangan stop sampai air dalam gelas habis. Jangan minum sikit-sikit. Jangan fikir apa pon time tu, fikir nak habiskan cepat-cepat je. Jangan lupa selawat dan baca bismillah sebelum minum, kang tersedak plak.

4. Kumur-kumur
- Lepas selamat dah minum air, pergi toilet dan kumur-kumur dengan air paip coz nak hilangkan sisa-sisa yang berbaki dalam mulut kan. Kalau tak, masih terasa-rasa melekat lagi rasa manis tu.

5. Tunggu 2 jam. Jangan plak ko pergi jalan-jalan or balik rumah, tunggu je kat situ. Coz takut kalau ko banyak bergerak, result akan terganggu. Nurse la cakap gitu, taktau la betul ke tak. Lepas 2 jam, nama ko akan dipanggil lagi untuk ambil darah buat kali kedua.

 

Siap! Dah bole balik.

Tapi aku tadi balik lewat cket la sebab HB rendah kan. Kena check up lain plak.





Sementara menunggu tadi, klinik ada wat ceramah untuk penjagaan gigi sepanjang kehamilan. Bosan tak buat apa, pergi jela. Dapat pemeriksaan percuma dan sample ubat gigi percuma..apa yang aku nak tegaskan kat sini, korang tak payah risau sangat kalau kena minum air gula tu..Rasa dia takde la teruk mana pon. Teruk lagi kalau kena minum air garam kot? Jamu ke? ahahaa..Lagi pon tu bancuhan glocose, bukan gula pasir yang biasa tu..So, anggap je la sedap. Boleh lagi la nak telan bagi aku. Leh try sendiri. 75g gula atau glocose bancuh dengan air saiz mug tu. Hehe..Dulu aku pon takut gak, siap plan nak wat appointment kat swasta je coz orang kata air gula dia lagi sedap, ada perisa oren la, blackcurrent la, macam perisa glucose tu la, tapi watpe nak membazir kan..Guna je la yang free ni ha. Hehee..




Monday, December 2, 2013

Our 1st Anniversary..01.12.13





 Assalamualaikum...


Alhamdulillah..semalam genap lah setahun usia pernikahan kami mengikut kalendar masihi..Kalau ikut kalendar islam, 17 muharam yang lepas..Takde la plan nak pegi honeymoon or celebrate kat mana-mana pon coz hujung bulan nanti ada family day hubby kat Melaka dan sambil tu boleh berjalan-jalan sekali..Dan kelmarin nya pon dah penat berjalan-jalan shopping..

Oleh kerana ni first time sambut wedding anniversary kunun-kunun nya, maka aku pon eksited lebih. Maklumlah kitaorang tak pernah sambut anniversary sebelum ni sebab tak pernah kapel sebelum kawen kan. so ni kira memang betul2 first time punya anniversary la. Hahaa.

Malamnya aku tido agak lambat la coz nak kemas rumah, siapkan props kat meja makan, balut hadiah semua..Nak buat semua tu kena tunggu hubby takde kat umah baru la tak kantoi. so, this week dia kerja shift malam. Pas dia pergi kerja baru la boleh siapkan segala bagai.

Esok pagi nya bangun awal..Plan nak masak spagetti time breakfast nanti. Breakfast authentic yang home made okay, tak gemar guna prego tu coz agak banyak penambah perisa dan rasa masam nya. Kalau buat sendiri kan boleh bajet-bajet je rase nya. Takde la masak yang havoc2 or berat-berat sangat, sebab pagi-pagi camni perut bukan boleh terima maknan banyak-banyak sangat kan. Lagipon tengahari nanti kitaorang ada wedding nak kena attend. So cukupla ala kadar tapi penuh bermakna. Tengok jam awal lagi ni baru kul 7.30pagi..Hubby selalu sampai umah kol 8.30pagi. Tengah aku dok pung pang kat dapur, dalam kul7.50 camtu dengar suara orang bagi salam..Alamak, hubby dah balik! Awalnyee...! Huhu..Maka spoil la surprise yang aku rancangkan tu..uhuk uhuk..

kad ni pon design sendiri tau..hand made...hihi..

Masuk rumah je hubby terus tersengih-sengih pandang aku.. Pas salam, cium tangan, hug2 sume.."Sayang, happy anniversary..Nah hadiah.." Sambil dia hulur sekotak hadiah kat aku. Ololoo..Sweetnya..Terharu sangat sampai nak menitis air mata coz aku tak bajet pon dia akan belikan hadiah..Beberapa hari sebelum tu pon dia ada belikan barang-barang, so aku anggap je la tu hadiah kan. Ye la, orang lelaki ni kadang-kadang mana la fikir sangat benda remeh-temeh camni..Tapi bila dia wat camtu, omaigod terkejut jadi nya. Ehehe..Dan bila dia masuk ke ruang tamu, kunun-kunun terkejut la tengok apa yang aku decorate, walaupon belum siap sepenuhnye..cetttt..

gambo besar tu ntah bila nak gantung, tak menyempat...hehe..

Then bila dh siap masak..breakfast serve..tutup langsir sume bagi umah gelap..pasang lilin..baru la feeling-feeling romantik gitu. Ekekee..Jadi la breakfast light dinner..eh salah. candle light breakfast...ha, baru betul. Tahun depan dah bertiga, taktau la sempat or ada kerajinan lagi ke tak nak wat cmni kan. So ada kesempatan ni, kita wat la yg mampu...heeeee...^_^











Tuesday, November 19, 2013

Ubat/Vitamin Bagi Ibu Hamil


 Assalamualaikum..

 Kali ni entry berkisar berkenaan vitamin-vitamin yang seharusnya ibu hamil ambil sepanjang tempoh kehamilan..Umum dah tau kan yang ibu hamil takleh ambil ubat tanpa prekripsi doktor. 

Trimester 1
- Aku pernah wat check up sekali kat private..Dia takde la check sangat pon. Then vitamin yang dia bagi ialah acid folic, pil kalsium dan ubat tahan muntah..Aku makan yang acid folic je. Yang pil kalsium ada gak la makan tapi tak habis. Hehee..
- Then bila check up kat government, memang dia sangat details. Sebab tu lama. Takpela lama, bukan selalu pon kan. Janji ibu dan baby sihat. First trimester ni slalunya dia bagi sejenis je vitamin iaitu acid folic. Saiz dia pon lagi kecik dari yang dijual kat lua tu. Celah gigi je kalau nak telan pon. Hehe..Sehari ambil sebiji.

Trimester 2
- Masuk trimester kedua, atau 3 bulan ke atas..Doktor bagi aku makan kapsul kaler merah pekat untuk telan. Dah la besar gedabak weh..Nama vitamin tu Zyncofer. Sehari ambil sebiji je. Tapi memandangkan aku ada masalah nak telan ubat kan, aku leh prefer ubat tablet. Leh kunyah-kunyah. Bila dapat menatang ziyncofer ni terkulat-kulat la aku nak telan. Sebab dia kapsul, aku kena buka dulu, tuang isi dalam cawan, then bancuh cket dengan air, kacau-kacau bagi sebati baru minum..Kalau yang pernah rasa mendalah serbuk dalam kapsul tu, tau la camne dasyat nya rasa dia..Hubby pon takleh tengok aku makan ubat camni depan dia, nanti dia yang nak termuntah...ahahahaa..Bau aku tak kisah sangat, bab rase ni memang melekat la kat lidah and anak tekak. Kadang-kadang terpaksa telan dengan air manis kalau dah takleh blah sangat. Korang jangan nak cakap aku ngade-ngade payah nak makan ubat, dah sejak azali lagi camni..Tapi aku redha..huhu..

 

 

- Bila cukup sebulan, next check up kena pergi klinik lagi. Then aku tanya nurse tu takpe ke makan ubat kapsul ni keluarkan isi dia? Nurse cakap sepatutnya kena telan terus, sebab ubat kapsul memang dia design camtu, then bila dah sampai perut, barulah coating ubat tu mencair..kira derang dah kaji la cmne ubat tu berfungsi. Kalau macam aku dah telan awal, so belum sampai perut, isi dia dah terkeluar dulu, kurang la keberkesanan nya..dan dikhuatiri gak boleh jadi penyebab gastrik..Awww~
- Bila jadi camtu, aku tanya nurse ada tak ubat lain yang sama jenis ngan zyncofer ni tapi tablet? Nurse cakap ADA. Phewwww~~~ Lega denn..tapi tablet tu ada 4 jenis la kena telan. Acid folic, B Complex, Iron Tablet dan Ascorbic Acid. Tak kisah la coz saiz dia keci-kecik. Dan aku suka yang Ascorbic Acid tu sebab rasa dia macam vitamin c perisa oren..manis2 je..hihi..syukurrrr~ 

 

- Bila dah siap check up, tunggu kat kaunter farmasi untuk ambil ubat. Pas dapat ubat, aku tak check terus je balik..Sampai umah terus landing, baru la dok belek-belek ubat yang dapat kat klinik tadi..Sekali farmasi bagi salah ubat la..Zyncofer lagi! Adehh..Aku dah letih seharian duk klinik tadi, malas tul rase nak patah balik...fikir punya fikir, takpela, terus aku bergegas balik ke farmasi tu dan minta tukar ubat. Alhamdulillah dapat...Kalau tak, bercinta la aku nak habiskan zyncofer tu lagi sebulan..huhu..
- Oh, ubat Trimester 3 belum update lagi coz aku tak habis lagi trimester 2..ekekeee~






Thursday, November 7, 2013

Pengalaman Trimester Pertama






Assalamualaikum..

Kali ni nak story berkenaan fasa kehamilan. Fasa kehamilan terbahagi kepada tiga iaitu Trimester Pertama (Minggu 1-12), Trimester Kedua (Minggu 13-28) dan yang terakhir iaitu Trimester Ketiga (Minggu 29-40). Tigu bulan pertama iaitu trimester pertama adalah merupakan tempoh yang paling penting kerana ia tempoh untuk pembentukan janin. Sepajang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi baru terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang belum menyebabkan kecacatan.


Pada kebiasaannya, tempoh 3 bulan pertama adalah waktu paling melemahkan dan melembikkan bagi wanita hamil. Hahaa..Apa punya ayat aku guna. Aku cerita ikut point la senang kan.

Mabuk dan Muntah
- Dalam tempoh ini selalunya ibu hamil akan diserang mabuk dan muntah yang teruk. Hidung menjadi teramat sensitif. Takleh nak bau tumis-tumisan, bau terlebih wangi, bau terlebih busuk. Semua nya jadi serba tak kena dan alahan. Alhamdulillah, aku masih boleh masak dan bau kalau aku sendiri yang masak. Tapi kalau terbau masakan dari rumah jiran-jiran, nauzubillah rasa nak maki-maki je dalam hati..aku pernah terbaca artikel, bila awal-awal mengandung ni, perut dan badan kita penuh gas dan angin. Tu yang jadi loya. So, untuk kurangkan rasa loya, kena makan dalam portion yang sikit tapi kerap. Makan roti ke, biskut je, jangan biarkan perut kosong. Aku selalu make sure bekalan roti aku sentiasa ada. So, time nak pergi kerja, dalam kete leh makan, kat opis leh makan, time balik keje pon leh makan..Dalam seminggu tu, memang tak pernah putus la bekalan roti..Dan elakkan makan asam! Berasid! Memang la sedap kat mulut, tapi bila tiba kat perut lagi la buat kita rasa nak muntah..Pernah time hari raya, hubby ajak kawan-kawan opis dia datang rumah. So, untuk jamuan aku buat la sup satu periuk besar untuk soto, bihun sup, etc..Ok, itu kali terakhir aku jamah sup coz pastu aku terus rasa nak muntah bila bau sup. Tapi pas 3 bulan dah ok, takde alahan dah dengan bau sup dan lain-lain..Hehe..Alhamdulillah gak coz aku takde la muntah teruk-teruk. Just rase loya dan kurang selera makan. Makan nasi pon separuh je dari biasa. Ok la dari sesetengah orang yang tak boleh nak menjamah makanan langsung.Sepupu aku dan kawan aku sampai berhenti kerja coz mabuk teruk time pregnant. Yela, time kerja asyik cuti je, last-last berhenti terus. Ada gak member aku nak muntah bila tengok dapur, terbayangkan makanan, driving, tengok orang gemuk, tengok orang peregnen cam dia pon leh mabuk..Pelik kan? takde yang peliknye bila mengandung coz hormon pon tak stabil. Orang pon pelik tengok aku ni steady je macam orang tak mengandung. Maby ikut baka mak aku kot, dia cerita time dia mengandung kelima-lima anak dia dulu pon takde mabuk or alahan teruk..Hehe..Ada kaitan ke? Tapi bahagian masing-masing kan..Syukur alhamdulillah..

Cepat Letih
- Hohh..yang ni memang..Sebelum tau aku pregnant lagi dah terasa letih yang amat. Nasib baik la bilik aku kat ground floor. so tak payah susah payah turun naik tangga. Tapi kadang2 bila ada urusan ke, training ke, kena gak naik floor atas. Time ni rasa letih gila..Nak menapak satu persatu anak tangga tu macam bawa beban berkilo-kilo..Sampai atas je dah mengah. Nak berjalan jauh pon dah mengah.

Cepat Mengantuk dan Rasa Malas
- Bila dah rasa letih je, maka rasa mengantuk pon ikut sekali..Kat rumah rasa nak melepek dan tidur awal je. Walhal takde la buat kerja apa sangat. Nak kemas rumah pon kadang-kadang tak larat. Nasib baik la dapat hubby yang rajin. Dia memang takleh tengok rumah tak bermop, berkemas, nanti dia akan kemas sendiri..Hehe..Rasa malas tu membuak-buak sampai mak aku tegur, jangan malas-malas nanti baby ikut gak..Ok, tak malas dah. Haha!

Asyik La Nak Terkucil
- Walau minum air takde la banyak pon, tapi kejap-kejap nak pegi toilet..kejap-kejap nak pegi toilet..Tidur malam pon asyik terganggu dek nak bangun pergi toilet..Huhu...

Rasa Cramp Kat Perut
- Perut rasa sengal-sengal macam nak period tu..Maby time tu proses pembentukan bayi kan, maby baru nak menempel kat rahim.

Ubat-ubatan 
- Awal-awal kehamilan ni elakkan telan sebarang ubat tanpa prekripsi doktor. Kalau pergi klinik pon, doktor akan bagi makan asid folik je. Penting tau asid folik tu untuk tumbesaran baby dan mengelakkan kecacatan pada bayi..Aku sebelum pregnant pon dah amalkan makan asid folik sebiji sehari. Amik kat klinik panel hubby, free je. Dia pon aku suh makan sekali. Sebab katanya bagus untuk kesuburan lelaki. Eh? Ntahla..hehe..Kalau ada demam2 or kencing kotor, doktor bagi antibiotik je. Tu pon yang sesuai untuk ibu mengandung. Kurangkan bermekap, jangan sapu losyen ke, minyak angin ke walaupon kat kepala coz benda tu boleh meresap ke kulit. Aku tak bermekap langsung pon coz malas. Haha! First check up dulu, doctor detect aku kena kencing kotor. Bagi antibiotik suh makan tapi aku tak sentuh langsung pon. Check up kedua doctor bebel nape kencing kotor ada lagi..Aku cakap la ubat ada lagi sikit tak habis, padahal memang tak makan langsung..Pastu aku makan antibiotik tu, alhamdulillah next check up takde dah kencing kotor dan everything is fine..

Hati Cepat Tersentuh
Aku ni boleh la dikira sebagai wanita yang hati kental gak. Ceh, kental la sangat. Hahaa..susah nak nangis, tapi kalau nangis gak, aku make sure bukan depan orang la..Tak macho la nangis depan orang. Hehe..tapi ada sekali tu aku tengok drama melayu kat tv tu..Dia punya sedih tu sampai teresak-esak aku nangis depan tv..Hohh, bikin malu..Walau pon takde orang lain time tu, tapi malu la dengan diri sendiri..Huk huk..Siap cerita kat hubby cite tu sedih sangat dan makan dalam...Bila teringat je cerita tu, rasa sebak balik..Cess..Ini memang bukan aku. Pastu cepatlah hati tersentuh. Hubby cakap cket, nak merajuk. Kadang aku yang salah pon aku yang merajuk. Ish ish...Hampir tiap hari la ada je benda wat aku jadi merajuk. Nasib la dapat suami yang rajin dan pandai memujuk..Penyabar lak tu..Sesuai la dengan nama dia yang bermaksud "Sabar dan Berakal". Alhamdulillah..Syukur..Kadang2 aku cuba gak kontrol perasaan tu..Huhu..Jangan ngade2 plishh..


Ok, itu je kot..Nanti kalau ada yang aku ingat, aku tambah lagi..Sebab sekarang sedang menikmati Trimester Kedua..Perut sentiasa lapoooo..Wohooo~









Tuesday, October 29, 2013

Daftar Buku Merah

Assalamualaikum..

Ok lah, kali ni nak cite pasal buku merah. Aku taktau la sape yang start bagi nama tu, tapi maybe sebab kaler buku tu merah, so orang panggil la buku merah atau buku pink. Ibu-ibu bila dapat tau dah hamil je boleh segera daftar kat klinik kesihatan dan buka buku merah ni. Kalau dulu, dah cukup 3 bulan baru boleh daftar tapi sekarang takde tempoh masa, walau ko baru pregnant 2 minggu pon dah boleh daftar. Iye lah kan, lagi awal lagi bagus, so doktor boleh cek dan bekalkan vitamin yang sesuai untuk ibu dan baby..

Kita sambung lak dengan cara-cara untuk mendaftar. Almaklumlah takde pengalaman sebelum ni, so sebelum pergi tu aku dah google and survey dulu kat internet camne nak buat buku tu. Ada gak tanya kawan-kawan..Ada yang cakap kena bawa sijil nikah la, takleh bawa kad nikah atau salinan je..bawa salinan ic suami isteri..Eh, macam gitu eh? 

Then, time daftar tu aku pergi la dengan member aku yang tengah pregnant gak. Dua-dua blur lagi..Hahaa..Suami masing-masing kerja, tak dapat la teman. Kitaorang pergi kat klinik kesihatan kajang coz rumah pon kat kajang kan? Takleh nak register kat klinik lain coz ada quota camtu, pastu pas bersalin nanti senang nurse nak datang melawat ke rumah. Datang klinik terus ambil no kat kaunter pintu masuk, bagitau nak buka buku merah coz kat klinik kajang ni dia terbahagi dua bahagian, satu untuk pesakit luar/pesakit biasa dan satu lagi untuk klinik ibu dan anak. Baguslah macam tu, tak bercampur..Nak menunggu pon duduk sebelah ibu-ibu je and tak terlalu lama. Nurse kat situ terus bagi borang dan dua buah buku merah untuk kita isi maklumat. Takde pon dia minta sijil nikah ke apa. Senang je haa..Maybe bergantung pada tempat gak kot. Buku tu ada dua coz satu untuk ibu simpan, satu lagi klinik simpan. Kena isi detail tentang ibu dan suami. Ibu tu ko la, bukan mak ko..Jangan macam member aku ni, nama ibu dia pergi letak nama mak dia..Hahaa..Kena letak nama sendiri. Tarikh nikah, tarikh last period..semua tu kena ingat tau. Then tunggu la sampai no dipanggil..Tima ni aku pergi sesi pagi, ramai gila orang menunggu..Pasni, next check up nak tukar petang la plak.

Klinik Kesihatan Kajang..Besar dah mcm spital ;)

Mula-mula kena ambil berat, tinggi, tekanan darah...Pastu tunggu lagi..Kena ambil darah lak coz nak tau kalau kita mengidap pape penyakit. Aku suka nurse yang ambil darah ni coz dia pandai buat dan takde rasa sakit. Kadang-kadang kalau nak ambil darah tempat lain, nurse suka cakap urat aku halus la, tak jumpa la, sampai la kena tepuk-tepuk, inject 2 kali..huhu...Pastu urine test lak..Jumpa doctor dan scan..Tak nampak apa sangat pon. Nampak seketul objek bulat je. Doc kata tu kantung baby, baby nye kecik je lagi macam dot gitu. Lagipun time aku register buku merah ni, kandungan baru je berusia 6 minggu..Sebulan lebih camtu. Terharu tengok ada zuriat aku dan hubby dalam tu..Sobss..sobss..Touching cket..Hehe..Tapi scan kat klinik kerajaan takde la dia bagi copy gambar dah print, so aku snap je guna enpon and tunjuk kat hubby..Hehe..Dah siap semua tu, ambil vitamin kat farmasi dan boleh pulang. Pergi awal pagi dalam kul8, dalam kul1 tengahari camtu baru siap..Taubat pasni aku nak wat petang je..Nasib baik la bawa bekal sandwich and air..lapooo oh menunggu lama.


Next check up lagi sebulan..Untuk 6 bulan awal ni, kalau takde pape masalah, check up perlu dibuat sebulan sekali je..Alhamdulillah, tiada sebarang bayaran dikenakan walaupon untuk registration yang dulu kita kena bayar singgit tu. Dah dimansuhkan ke bayaran tu? Atau pon ada pengecualian?







Monday, September 30, 2013

Alhamdulillah..Rezeki Kami Tiba Jua Akhirnya..







Assalamualaikum...

Lama sungguh tak bersiaran. Tetiba cakap pasal rezeki...Rezeki apa tu? Jeng jeng jeng..
Ye, rezeki yang dinanti-nanti akhirnya kunjung tiba iaitu..

ANAK

Alhamdulillah..

Ceritanya bermula ketika bulan Ramadhan yang lepas..Kira-kira tak berapa lama lagi nak raya, baru aku perasan yang bulan ni tak peyed lagi..Lambat lagi ke? Coz sebelum ni pon penah peyed lewat dalam 5 hari, tapi pastu datang gak..So kali ni aku tak mengharap sangat..tunggu la lagi seminggu..tak gak kunjung tiba. Maka nya time hari sabtu tu, pas hubby pergi kerja, aku try la wat UPT kan..Bila tengok macam dua line aku macam blur..Positif ke? Eh, yeke? Lama aku tenung benda tu..Pastu aku letak je kat singki..Kot la nanti berubah lak kan or mata aku salah tengok ke kan..Dalam pas 15minit camtu aku masuk bilik air semula dan tengok result masih sama. Alhamdulillah...Memang positif! Terus tertumpah air mata. Cubit-cubit pipi rasa sakit, ouchh!  tak mimpi la tu...Huhu..Terus ambil wudhuk and solat sunat and sujud syukur. Perasaan masa tu macam tak tergambar dah dengan kata-kata..Tapi aku tak terus bagitau hubby...Taktau camne nak bagitau dia. Haha! Bleh gitu?

So, petang tu dia balik kerja, aku wat cam biasa lagi lah. Result UPT aku masih tinggal kat toilet dengan harapan dia akan perasan dan tanya aku la. Tapi hampeh, dia wat derk je mungkin tak perasan la kot. So, aku gi amik benda tu dan tunjuk kat dia..

Aku     : Eh, abang..Cer tengok ni, macam ada 2 line lah.
Hubby : A'ah la..Kalau 2 line tu apa? Positif ke?
Aku      : Pffftt...! Ye lah kot.

Tapi muka hubby aku macam blur2 and tak percaya lagi...

Hubby  : Eh, yeke? ada baby ke? Cer abang nak try wat gak.

Aku ingat dia main-main je lah kan. Tapi dia nak wat gak, so aku bagi la UPT yang lain..
Keluar je dari toilet, dia sengih-sengih..

Hubby  : Sayang, abang punye negatif laa..Takde rezeki..(sambil tunjuk result UPT dia)

Hampehh..Kalau positif, mau dengan aku-aku sekali terkejut beruk. Terus hubby rangkul aku and ucap terima kasih. Pastu kehulu kehilir la dia pegi bawa result UPT aku tu..Pergi tengok tv bawa, pegi bilik bawa, baring2 kat ruang tamu pon duk pegang lagi..Aku dah cakap benda tu kotor tapi dia degil gak. Sibuk nak ambil gambar and nak uplod kat twitter la, fb laa..Aku cakap jangan. Biar kita berdua je excited same2..Hehe..Malu ohh..Takkan la benda camtu pon nak tangkap gambar tunjuk kat orang kan. Aku rasa macam, najis kot. Hahaa! Tapi terpulang lah..Hak masing-masing kan...Then mula la dia bercakap-cakap dengan benda tu...Hye baby..hye baby...Aku yang tengok gelagat dia rasa klakar je, tapi terharu dan bahagia...syukur alhamdulillah..Rezeki ramadhan..(^_____^)

Masa tu kami takde bagitau sape-sape lagi pon, bila balik raya tu baru lah bagitau keluarga masing-masing..Alhamdulillah, kerisauan aku nak menjawab soalan-soalan sinis time raya nanti akhirnya menjadi lenyap..Hehe..

Esoknya kami pergi klinik untuk confirmkan dengan doktor. Berpusing-pusing mencari klinik yang buka hari Ahad, akhirnya jumpa juga. Baby dah berusia 1bulan lebih..Alhamdulillah...Doktor kat klinik tu cakap leh wat monthly check up kat klinik dia je, aku cuma angguk2 je..Tak koser la aku nak wat check up kat swasta kalau first time pergi pon dah kena rm70..Kang kena scan ke apa, mau beratus-ratus lak kan..Lagi pon doktor dia lelaki..Huhu..

Time entry ni ditulis, baby dah 3bulan lebih..Tapi perut aku nampak slim lagi sebab badan aku pon memang jenis slim. Haha! Next entry aku sambung lagi eh..Tata.





Friday, August 30, 2013

Pot Luck Office~


Assalamualaikum..

Masih bercerita tentang raya..Kali nie tentang pot luck yang diadakan di office sebagai acara tahunan tiap kali hari raya tiba..apa yang seronoknye pot luck ni, masing-masing bawa hidangan yang berlainan (walaupon ada gak yang sama jenis) dan kongsi makan sama-sama..tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim sesama staff dan melantak dengan banyak nya selepas sebulan berpuasa..haha!

Aku bawa spagetti home made..Masak memang tak guna prego..Guna je tomato puri, susu, mixed herbs dan rempah lain..alhamdulillah licin..hehe.Hidangan lain macam rendang, ketupat palas, puding, kuih-muih pon ada..Memang makan dari pagi sampai ke petang la..Sampai tapau bawa balik umah! Hehe..



Walau pon pantry kami kecik dan comel, tapi ni la tempat kami makan sama-sama, melepak sama-sama dan wat majlis sama-sama..Semua benda pon lengkap termasuk la microwave, pembancuh kopi, periuk nasi pon ade..hehe..



See..staff perempuan memang cket je..Lebih separuh staff lelaki..Tapi dalam gambar ni pon tak semua coz ada yg kena kerja kat site, tak dapat la join.
 

Semoga tahun-tahun depan pon kita akan wat majlis camni ye kawan-kawan..selamat hari raya, maaf zahir batin ;D

Thursday, August 29, 2013

Selamat Hari Raya..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya...Masih leh bagi ucapan raya lagi..Masih leh bertandang untuk beraya lagi..Masih boleh makan kuih raya lagi..Masih boleh dengar lagu raya..Hari ni kan hari raya..Walaupon dah hari raya ke-22..Hehe..

Aduhai, mood malas untuk mengupdate blog makin berada ditahap kronik. Idea tu ada, tapi kalau kemalasan melanda, maka idea tu terbang pergi begitu sahaja. Takpela, bukan ada pembaca pon, ramai silent reader je..(eceh, konon nye).

Kali ni nak cerita la pasal pengalaman beraya sebagai isteri kan. Tahun pertama gitu. Of course la excited lebih.Seperti yang dipersetujui, hari raya pertama adalah di rumah mertua. alaa, bukan jauh sangat pon jarak rumah aku dengan rumah mertua, so tak kisah la kan..Kitaorang balik kampung sehari sebelum raya, so berbuka last day ramadhan tu di rumah mertua..Malamnya balik rumah aku jap untuk melepak dan berborak-borak..Lagipun baju raya kitaorang ada kat umah mak aku lagi..Then malam tu, tidur la kat umah mertua. Tapi malam tu mood aku cam sedey2 gak, sebab first time beraya bukan dengan family sendiri kan..Hubby risau tengok aku, terus dia pujuk2..

Hubby : Esok bangun awal, abang gi sembahyang raya kat kampung sayang ye. Pastu abang drop by sayang kat umah mak. Nanti lepas habis sembahyang raya, dah salam-salam semua, baru kita pergi beraya dengan family abang ye..

Aku : (Angguk2 kepala sambil senyum ^_______^) Yeyyyy!!!

So, esok pagi nye dapat la aku berkumpul dengan family aku gak..Hehe...Pastu ikut beraya belah family hubby lak. Adil kan? Alhamdulillah, rumah dekat-dekat, walaupon tak dekat sangat, dapat beraya di kedua-dua tempat..Hari raya kedua, kitaorang beraya belah family aku lak..Berziarah ke rumah saudara-mara belah mak di Pontian. Hari raya ketiga beraya sebelah family hubby lagi..Dan begitu lah seterusnya..Bergilir-gilir..Kadang-kadang sampai ke malam beraya.Letih memang letih, tapi bukan selalu..Setahun sekali je kan..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..Raya kali ini cukup bermakna..Kerana apa ye? Jeng jeng jeng..Nantikan episod seterusnya..Aiceh! ;)

Thursday, August 1, 2013

Pengalaman Pertama Menyambut Ramadhan Sebagai Isteri

Assalamualaikum....

Okey lah, sebab ada opismate dah tegur blog dah bersawang. Maka hari ni aku merajinkan diri nak update blog ye kawan-kawan.. Maaflah bukan takde idea nak taip entry, tapi kemalasan melanda diri, nak-nak lagi bulan puasa ni kan. Layu jee..Ok, itu semua alasan semata-mata. T_T

Memandangkan ni tahun pertama aku menyambut bulan Ramadhan bersama suami tercinta, maka ada juga lah perbezaannya walau tak banyak mana. Time masih bujang dulu, bila time sahur, aku masak simple2 je..goreng telur ke, masak tumis kicap ke, yela pagi-pagi mana ada selera nak makan sangat kan. Kadang-kadang yang simple tu la sedap. Makan nasi panas-panas dengan kicap and serunding daging pon aku ok je. Bila dah berkeluarga ni, aku set time untuk bangun kul 4.30. Kalau masakan berat cam rendang ke, aku masak siap-siap malam tu sebelum tidur. Then pagi tinggal panas kan. Kalau yang senang nak buat macam goreng ikan dan masak sayur je, pagi tu gak la aku baru masak. Pukul 5 pagi kami makan sahur bersama. Ngam-ngam soi la tu. Sebab sahur kan elok dilambatkan sikit. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah missed sahur lagi. Tapi kami dapat sahur bersama bila hubby kerja shift siang je, kalau kerja malam, bersahur sorang-sorang gak. Huhu...

Bila time berbuka, ikut mood la. Kalau rajin, aku masak. Kalau malas aku beli je kat param berdekatan. Hubby pesan tak payah la masak sebab dia tau aku balik kerja, smpai rumah dah letih. Untunglah time bulan puasa ni ofis aku close awal, so kul 4.30ptg dah boleh balik. Tapi sampai umah dalam kul6 gak..Memandangkan family aku dari aku kecik lagi memang bila time berbuka, jenis tak makan nasi putih berlauk. Means hidangan tu berasaskan mee ke, bihun ke, atau apa-apa la selain nasi putih. Nasi goreng or nasi ayam pon boleh janji bukan nasi putih. So, nak taknak kalau nak masak untuk berbuka tu aku masak la hidangan bukan berasaskan nasi. Tapi at the end, sebab taktau bajet, maka makanan akan banyak berlebih. Huhuu..Hubby aku ok je buka tak makan nasi, lagi la dia suka sebab tengah diet kunun nye. Bila dah hujung-hujung puasa ni aku rasa lebih banyak membeli dari memasak. Haha! Tapi time sahur wajib lah masak sendiri kan. Kami jarang berbuka kat luar, kalau ada pon, bila free je la, contohnya ada event company ke, supplier belanja ke..Kalau tak, lebih selesa berbuka di rumah. Nak solat pon senang. Dulu aku jenis bila time berbuka je, terus sental apa ada atas meja. Dah kenyang baru solat. Tapi bila dah berkahwin ni kena ikut cara suami, berbuka dengan kurma @ Qaseh Gold dan kuih sepotong dua, then solat maghrib. Dah lepas solat, baru sambung makan makanan berat. Sebab dia taknak lewatkan solat. Kalau kita dah kekenyangan, nanti kan jadi rasa malas je badan...

Untuk persiapan raya bagaimana pula ya?

Heheh..Untuk persiapan raya, kami prepare sedikit demi sedikit. Sebab takde masa sangat nak pergi survey kan. Hubby tiap masa kerja. Weekend pun kadang2 kena kerja. So, time dia takde kerja je la baru kua shopping. Beberapa hari sebelum raya pon aku dah ambil cuti, semata-mata nak shopping kat KL..Haha! Dapat gak la rembat handbag untuk aku satu dan untuk mak satu. Baju raya dah prepare awal-awal sebelum ni. Kami buat ala kadar je. Tapi yang penting, kat umah aku nak sediakan gak balang kuih raya, barulah feeling nak raya kan? walaupon tak sure la ada ke tetamu nak datang beraya nanti? Hehee..tapi sampai sekarang survey, tak jumpa lagi balang kuih yang berkenan di hati..Huhu..Kalau boleh nak yang cantik, tapi murah..ok tak? ;p

Untuk duit raya, macam biasa, selalunya aku minta tolong abang aku yang kerja kat Bank Islam untuk tukar duit. So kami sepakat, budak-budak belah saudara-mara aku, aku la yang hulur duit raya, budak-budak belah hubby, dia la bagi duit raya..Adil kan begitu. Tak suka la susahkan suami. Takkan la semua benda kita nak harapkan dia seorang je kan?

Giliran beraya macam mana pula ye?

Alhamdulillah, memandangkan rumah kami selang sekampung je, naik motor pon dah boleh sampai. Maka takde masalah la di situ. dua-dua tempat pon boleh balik raya. Tapi yang penting hari raya pertama tu kat tempat siapa? Haaa..Part ni aku serahkan pada hubby je la. Sebab kat umah dia cuma ada mama je kan, maka tiap kali raya pertama kita balik la dulu rumah hubby dan beraya di sana. No hal la, malam raya tu pon leh je singgah umah aku kejap kot la nak borak-borak..Hehee..then, hari esok nye ke lusa, beraya la plak rumah aku..Kan adil begitu. Tapi tu la kan, bila kahwen dengan orang dekat ni, tiap kali balik kampung kena make sure dua-dua rumah ko singgah. Sebab tu selalunya bila nak balik kampung di hari biasa, aku akan ambil extra cuti sehari. So, cukup la masa nak tidur di dua-dua buah rumah...Hehee..

Itu je la kot, nanti lepas raya aku update cite pasal raya plak. Heeee~ ^_^




Tuesday, June 18, 2013

Sesi Berqaseh

Assalamualaikum...

Since badan cepat letih dan mengantuk sekarang ni..Aku tercari-cari produk supplement untuk dicuba..Dah la sekarang ni jarang exercise coz kawasan perumahan aku banyak cina dan anjing berkeliaran, kang tak pasal-pasal masuk spital sebab kena gigit anjing (ceh, alasan je tu! ;p) Macam-macam gak kawan-kawan ada cadangkan untuk aku amalkan, Evening Prominese Oil (EPO), kapsul kacip fatimah la,  shaklee dan etc etc..Tapi aku tertarik dengan cadangan salah sorang opismate iaitu blogger mzhany untuk mencuba produk Qaseh dari Ana Edar.

Kandungan utama Jus Qaseh adalah berasaskan makanan sunnah nabi iaitu kurma, habbatussauda, air zam zam, madu dan sebagainya. Kadang-kadang orang terlalu eager untuk dapatkan supplement berasaskan bahan-bahan perubatan moden sehingga melupakan sunnah nabi. Mungkin jus ni kita boleh bikin sendiri dengan blend semua bahan-bahan tu, hehe..Tapi disebabkan malas, kita beli je lah yang ready made. Lagipun bahan-bahan lain seperti Zaffa'ran dan Habbatus Sauda tu mana plak nak dapatnya kan..

Supplement ni hanyalah sebagai makanan tambahan je. Kalau nak kekal sihat, kita kena gak jaga pemakanan, rajin exercise dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Memandangkan area rumah aku ada swimming pool, kalau ada masa, aku pergi gak berenang ngan hubby. Nak pegi berenang sorang-sorang segan lak. Hehe..Tu pon salah satu cara untuk exercise kan? Setiap minggu juga aku peruntukkan sekurang-kurangnya dua hari tanpa minyak. Kira cam colestrol free la. So aku just masak makanan yang kukus, rebus atau bakar je. Beras yang kitaorang gunakan pon sekarang dah bertukar ke Herba Ponni Taj Mahal yang takde kanji. So, sesuai la untuk orang diet. Hehe..Tapi sebenarnya ni sebab mak mertua aku la duk suruh guna beras ni coz tengok badan hubby macam dan mencanak-canak naik kot. tapi aku tengok sama je. Maintain ensem..Wakaka..Mama memang pakai beras ni coz dia kan pesakit diabetes. Selepas hampir 1minggu guna beras ni, memang berat hubby dah turun 1kg. Alhamdulillah..Harap-harap dapat la sampai ke target dia untuk sampai ke 60kg..hihi..Beras ni harga dia RM38 untuk 5kg..Tapi agak jimat gak coz bila nak masak, untuk satu cawan kecil tu, letak air 3 cawan. Coz dia takde kanji, so dia perlukan air yang banyak untuk mengembang. 1 cawan tu boleh makan sampai 3 orang. Bila makan beras ni gak automatik perut akan rasa cepat kenyang ;)



Di bawah ni aku kongsikan kebaikan jus Qaseh:

KEBAIKAN & KHASIAT QASEH ADINDA GOLD @ QASEH KEKANDA GOLD
:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular    dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian



Jus ni rasanya agak manis dan pekat..Kuat rasa madu dan kurma. Kot yang tak biasa makan manis-manis, boleh la teguk air masak pas minum jus tu, macam kitaorang hehe..Bila nak minum jus tu je, mula la kunun-kunun nak romantik sweet-sweet. Berkanda-dinda sambil masing-masing suapkan jus tu kat mulut pasangan. Wakakka..Dah jus tu kata untuk Kekanda dan Adinda kan, kitaorang follow je lah..Hehee..


Jom, amalkan cara hidup sihat!

Friday, June 14, 2013

Laluan Kontra ke Putrajaya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Berbulan-bulan meredah jalan jem untuk pergi dan balik ke tempat kerja, kini dah jumpa solution untuk atasinya. Untuk jalan balik ke rumah dari tempat kerja, aku sanggup lalu highway PLUS walaupon ada satu exit je. Tol pon cuma tambah 40sen. So dapatla skip jem dari MARDI hingga ke Sg.Ramal...Sebelum ni kul 7 lebih selalunya baru smpai rumah. Sekarang kul 6.30 pon dah sampai rumah...Syukurrrr...Untuk pergi ke tempat kerja lak, jika kebiasaannya, aku akan lalu highway Kajang Silk untuk ke tempat kerja di Seri Kembangan. Maka panorama jalan jem adalah biasa bagi aku.


Camni lah rupanya..Jalan terkedek-kedek. Kalau drive kereta manual, lagi la terasa azabnya..Tapi lama-lama dah terer kan, aku bawa breakfast atau snack siap-siap dari rumah. Bila tersangkut dalam jem camni, sambil layan radio Era.fm, tangan lak pegang makanan and mulut mengunyah. Tanpa pegang stereng, slumber je control kaki untuk tekan pedal minyak dan clutch..Heheee..

Tapi baru-baru ni, LLM umumkan yang diorang akan wujudkan laluan kontra ke putrajaya. Means, lorong menghala ke Putrajaya ada 4, dan ke Kajang menjadi 2...Weeehooo! 



First day tu aku tak ikut laluan kontra, coz isau kang tetibe keluar kat mana-mana ntah. Tapi sumpah menyesal coz jalan jem gileee..So esoknye aku ikut laluan kontra, adalah sangat mendamaikan coz perjalanan smooth je. Alhamdulillahh~


Tapi ikut laluan ni, takleh la ko nak potong-memotong coz ada satu laluan je kan. Tapi ok lah coz dah tak jem. Hehee..Makanya sekarang tak sampai 30 minit pon dah boleh sampai ke opis. Makin lambat la aku keluar dari rumah! Opss~

Wednesday, June 12, 2013

Alhamdulillah..


Alhamdulillah..

Mama dah leh kuar hospital..
Syukur sangat-sangat.
Wat sementara ni mama duduk umah kami dulu coz badan pon lom kuat sangat dan kesihatan pon lom pulih sepenuhnya kan.
Tapi mama dah leh jalan sendiri, makan sendiri, selera pon dah ada.
Makan pon bertambah-tambah mengalahkan hubby..hehee..Mungkin sebab dah hampir 2 minggu hari tu dia takleh nak makan pape..
Alhamdulillah.


Time nak check out dari hospital tu, dapat bil 4k..OMG!!
Tapi tu harga sebenar la, dia tulis kat bil tu, hanya perlu bayar 400++ after subsidi kerajaan..Terima kasih kerajaan, banyak tolong rakyat ye..tapi memandangkan mama pemegang kad pesara kerajaan, so tak perlu bayar pape. FREE! Alhamdulillah..


Sekarang bila hubby kerja malam, aku ada teman kat rumah. Hehee..
Aku jaga mama elok-elok macam mak sendiri. Sediakan apa dia teringin minum atau makan, basuhkan baju, layan dia berbual, potongkan kuku, urut-urut bahu dan aku suka sangat belai-belai rambut mama. Lembut sangat, kalah model iklan shampoo. Salah satu tugas terpenting, jadi jururawat mama. Hehe..Lepas mama keluar hospital, doktor ada bekalkan beberapa jenis ubat dan insuline set. Ubat-ubatan seperti pil hanya untuk mengembalikan ketahanan tubuh mama. Ye la, lepas keluar hospital kan tubuh lemah lagi.Tapi yang insulin tu, aku kena inject mama tiap-tiap hari..Sehari 4 kali iaitu pagi sebelum sarapan, tengahari sebelum lunch, malam sebelum dinner dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang time aku kerja, hubby yang tolong inject. Mula-mula tu cam cuak-cuak juga nak inject. Ye la, takut tersalah cucuk ke, jarum terpatah ke, apa ke..Tapi alhamdulillah, lama-lama seronok lak. Hehe..Mama tak berani nak inject sendiri, takut kata nya. Tapi nak bagi mama pandai gak coz time aku and hubby kena kerja nanti sape nak tolong inject kan? Ini lah rupa pen untuk inject tu. NovoPen :


Insulin ni fungsinya untuk kontrol and merendahkan tahap gula dalam darah. Mama ialah pesakit diabetes, so ubat-ubatan dah tak dapat nak tampung dah. Terpaksa la kena inject seumur hidup..huhu..




Untuk kita yang sentiasa sihat ni, kena la sentiasa berjaga-jaga dalam pengambilan makanan dan jalani cara hidup yang sihat..Time sihat memang syok je bedal semua kan? Bila dah jatuh sakit, bagi pape pon tak lalu...huhu..



Tuesday, June 4, 2013

Update : Keadaan Mama

Assalamualaikum..

Apa khabar?
Sudah makan?

Alhamdulillah..Sejak aku post entry berkenaan mak mertua aku yang tak sihat, (rujuk sini) ramai gak yang contact aku through skype, sms, whatsapp bertanyakan keadaannya. Ada gak yang bagi suggestion dan tips. Terima kasih aku ucapkan. Tak sangka ada gak silent reader blog ni, walaupon kalau tengok dari follower dan komen yang ada cume berapa kerat je lah. Takpela, aku menaip entry di blog bukan untuk mendapatkan populariti, just untuk keseronokan dan berkongsi cerita. aicehhhh.. (ayat pasrah) hehehe..

Berkenaan kesihatan mama, weekend yang lepas keadaan mama masih tak berubah. Masih muntah-muntah even tak kerap seperti sebelumnya. Mama makin lemah dan tak bertenaga. Nak bangun untuk berjalan ke bilik air pon dah termengah-mengah.

Kesian.

Aku ni ntah kenapa sejak dua menjak ni hati jadi sehalus tisu. Cepat terusik. Bila urut-urut mama, dah rasa tulang je, cepat-cepat aku berlari ke dapur. Konon nak masak air. Padahal..
Menangis..T__T
Adeh, takleh tahan tengok orang tua yang menanggung kesakitan. Walaupon dia tak cakap, tapi dari riak wajahnya boleh bayangkan azab yang ditanggung. Mama taknak dibawa ke klinik atau hospital. Puas dipujuk. Mungkin dia fobia asyik kena cucuk je macam sebelum ni.

Malam tu mama batuk-batuk lagi dan muntah. Muntah air berwarna hitam.
Kami cuba pujuk pergi hospital, tapi mama enggan dan berkata "esok je lahhh..."
Mama nak tidur.
Ok.
Esok pagi, by hook or by crook kena gak bawa mama ke hospital.
Kami semua tidur dalam keadaan yang tidak nyenyak kerana risaukan keadaan mama.

Menjelang pagi, selepas bersarapan, kami terus bawa mama ke hospital.
Mula-mula mama dimasukkan ke bahagian spara kritikal, then dipindahkan ke emergency room.
Menjelang petang, kami dibenarkan untuk tengok keadaan mama.
Hanya seorang je dibenarkan masuk dalam satu-satu masa...Melihatkan keadaan mama yang terbaring lesu, dengan wayar yang bersilarat sana sini..Leher ditebuk, tangan kiri kanan dicucuk wayar dan perut juga, untuk memudahkan pengaliran air kencing. Keadaan mama dipantau 24 jam. 
Allahh....T___T
Terus aku salam dan cium tangan mama.
Duduk di sudut katil dan peluk kaki mama.
Tak sanggup aku tengok keadaan mama camtu. Ye lah, orang yang sebelum ni kita tengok dia ceria dan sihat je, tiba-tiba terbaring sakit camtu. Huhuu..

Menjelang malam, baru lah mama ditempatkan di wad Stabilization Area.
Means, keadaan mama sentiasa dipantau kerana belum betul-betul stabil.
Kandungan gula mama terlalu tinggi, tetapi kadar garam terlalu rendah. Mungkin sebab mama asyk muntah-muntah sebelum ni, so badan jadi dehydrate.
Ada 4 katil di bilik mama. Bila pandang keliling, sayu tengok keadaan pesakit lain.
Semua dengan wayar berselirat di badan dan tak berdaya bangun, dan ada juga yang bersambung dengan mesin (aku tak sure mesin apa) yang sentiasa berbunyi..tett..tet tet..tett...tet tet. 

Kini, bermula lah episod kami bergilir-gilir menjaga mama.Kerana siang hari aku dan hubby bekerja, adik bongsu hubby akan menjaga mama. Selepas habis waktu bekerja, aku bergegas pulang ke rumah, mandi, menukar pakaian, solat maghrib dan bersiap-siap pula ke hospital. Mungkin masih ada baki masa beberapa minit untuk menyediakan juadah makan malam. Tapi hubby kata tak perlu. Dia beli je. 
"abg taknak syg penat sgt...cukuplah syg tolong jaga mama..kemas rumah dan lain-ain biar abg buat.."

 

Menjaga pesakit di hospital, tidak memungkinkan kita untuk tidur...Kalau nak tidur, baik balik rumah. Coz aku takut kalau aku tertidur, tiba-tiba mama haus nak minum ke, lenguh-lenguh ke, nak termuntah ke, atau ada apa-apa yang dia perlukan, kita boleh segera bertindak. Tapi ada gak terlelap kalau mata dah tak tahan sangat. Time-time camni la terbayang betapa empuknye katil dan tilam kat rumah..Hehe..



Menjelang subuh, bertukar shift kembali dengan adik ipar..Dan aku meneruskan rutin harian, bekerja di pejabat. Kerja aku memerlukan aku duduk mengadap komputer dalam keadaan suasana sejuk penghawa dingin. Fuh, selesaaa...Hampir-hampir terlelap juga tapi aku tetap bertahan. Time lunch hour kang, leh tido. Yey!

senyap sunyi je bila lalu lorong ni..scary~~

Berbalik kepada kisah mama, mula-mula doktor suspect mama dijangkiti penyakit Hepatitis A atau ulser di perut sebab mama asyik mengadu sakit perut. Selepas pemantauan dan beberapa ujian dibuat, dapatlah disimpulkan rupa-rupanya kadar gula mama dah naik ke tahap tertinggi! Kalau manusia normal, bacaan gula adalah sekitar 5-6. Untuk pesakit diabetes, bacaan gula adalah sekitar 10-12..Tetapi doktor jelaskan kadar gula mama ketika di emergency room adalah 20 lebih! Terlalu tinggi..Allah..Punca? rupa-rupanya dah setahun mama skip makan ubat diabetes sebab dia rasa badan dia sihat je. Allah...Mengucap je doktor. dan bila aku ceritakan berkenaan hospital yang kami pergi sebelum ni..Mula-mula doktor kat sana cakap, mama keracunan makanan, then bawa hospital lagi, doktor cakap mama kena kencing kotor..Tapi doktor ni cakap mama takde penyakit tu semua. Dia pon pelik macam mana doktor yang mula-mula tu takleh detect. Patutla bila dah balik hospital time kat batu pahat tu keadaan mama tak berubah, macam takde kesan semua ubat tu. Dan lagi, ada satu ubat tu untuk kencing kotor, rasanya sangat masam, dan mengandungi asid untuk membunuh kuman dalam pundi kencing bagi penyakit kencing kotor. Tapi sebab mama takde penyakit tu, mungkin ubat tu dah menghakis perut dia sikit sikit, dah la perut kosong je tak makan, sebab tu dia rasa pedih kat perut..Huhuhuu...

Mujurlah kami bawa balik dia ke Kajang. Dekat sikit dengan tempat tinggal kami dan ada orang yang nak menjaga..Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga mama cepat sembuh..Sekarang pon keadaan mama dah stabil dan jarang-jarang muntah. Mama dah nak makan bubur sikit-sikit..Tak macam sebelum ni, minum air masak pon muntah. Alhamdulillah, syukur ya Allah..



Friday, May 31, 2013

Bila Mama Tak Sihat..

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak bersiaran. Sedar-sedar dah penghujung bulan Mei. Kejap betul masa berlalu kan? Rasa cam baru je mendirikan rumah tangga, tup-tup esok dah genap 6 bulan. Eh, tetibe.

Minggu lepas cuti sempena Hari Wesak kan, confirm ramai yang amik peluang untuk balik kampung, ditambah lagi dengan jemputan kenduri kahwin yang melambak menjelang cuti sekolah ni..Dapat khabar berita yang mak mertua aku (yang kitaorang panggil mama) tak sihat, so nak tengok keadaan dia camne..Mama adalah orang yang sangat berdisiplin dalam menjaga pemakanan dia, so dia jarang sakit. Tapi bila dia jatuh sakit ni kami semua risau.

Mama muntah-muntah dan terbaring je tak larat. Taknak makan pape pon. Pagi tu dah bawa pergi klinik, tapi doktor cume bagi air garam dan pil tahan muntah. Tapi menjelang petang keadaan mama worse. Kami ambil keputusan untuk hantar ke hospital lak.  Cek darah, cek air kencing..Kena drip dan masukkan air dalam badan coz badan mama dah lemah sangat. Kena tahan beberapa jam then doktor bagi balik. Doktor cakap keracunan makanan. Mama pon tak sure pe yang dia makan, sampai boleh keracunan tu..Huhu..



Esok nya, keadaan masih sama. Kami bertambah risau bila keadaan mama makin teruk, minum air pon muntah dan mama taknak makan ubat coz itu boleh buat dia muntah. So petangnya kami sekali lagi hantar dia ke hospital. Sepanjang dalam perjalanan ke hospital, ntah berapa kali mama muntah dalam kereta. Tapi plastik memang dah bawa siap-siap dari rumah. Kat hospital, kena test darah dan air kencing lagi dan badan kena masukkan air lagi..Kali ni doktor cakap mama kena infection kat pundi kencing ataupon orang panggil kencing kotor. Then, mama boleh dibawa balik.

 

Aku dan hubby dah ambil emergency leave untuk jaga mama kat kampung. Tapi kami takleh cuti lama-lama..so, kami decide untuk bawa balik mama tinggal dengan kami kat kajang. Mama baring je dalam kereta sepanjang perjalanan ke kajang. Memang dah bawa sekali bantal dan selimut untuk keselesaan dia. Tapi kejap-kejap mama muntah. Huhu..Sedihnya tengok..

Sampai ke hari ini keadaan mama masih tak berubah. Hanya terbaring di rumah dan kejap-kejap muntah. Risau sangat takut badan dia dehydrate coz mama taknak makan pape, taknak makan ubat, air garam yang hospital bekalkan pon taknak minum..Loya katanya..Dah macam-macam kami buat dan beli untuk ubati mama..Ada orang kata bagi air barli. Kami rebus, tapis, tapi mama taknak minum gak...Beli glucose untuk tambah tenaga dia..Beli air 100plus..Beli air Anugerah..Beli air zam-zam...Semua nya mama taknak minum coz dia akan muntah balik. Buatkan mama bubur..Bila dia kata nak makan buah naga, kami belikan..makan cket dah muntah..Nak epal, nak anggur tapi tekak still takleh terima..Kadang-kadang hubby letakkan ubat dalam bubur atau air yang mama minum..Keadaan mama lemah sangat, bila malam-malam, minum air masak pon dia akan muntahkan balik. Bila aku urut-urut badan dia, tahan je air mata ni dari nak tumpah..Badan mama hangat dan lemah..Kurus dah..T_T

Mama pon ada mengadu bila bau tumisan atau masakan kat dapur pon dia rasa loya dan nak muntah. Huhu..Camne ni..Serba salah plak bila nak memasak. Kalau taknak makan ubat camne nak baik mama? Makan la cket..Cket je...tapi hubby lagi penyabar dan lebih pandai pujuk. Aku pujuk lama-lama kang aku yang takleh nak tahan perasaan. Sedey..;( Mak mertua mestilah kita dah anggap macam mak sendiri kan? Kalau masih tak elok gak, kami cadang nak bawa gi berubat secara rawatan islam atau pon try rawatan homeopathy. Kawan-kawan ada yang pernah kena penyakit ni ke? Ada tips tak nak kongsi?
 




Tuesday, May 14, 2013

Burger Burn Abang Bakar

Assalamualaikum..

hihi..sesuke hati aku je mentranslate nama berger dan owner dia.
Ok lah, still ada meaning yang sama kan? Burger Bakar Abang Burn.
Sekian lama tengok orang dok menguplod gambar derang makan berger bakar ni, cerita tentang kelazatannya, eishh..tak leh jadik ni! Kena pergi try gak. 

Walaupon ada cawangan berger bakar ni yang dekat je dengan area rumah aku, tapi kemalasan la nak menjengah kat situ sebab kawasan jemmmm...Udahnya hasrat yang tersimpan itu, tertangguh buat sekian lama. Kebetulan semalam ada appointment kat area tu pas balik kerja, so apa lagi, mari la kita mengambil kesempatan untuk mengorder berger sekali. Mana lagi kalau bukan di Ramal Junction Food. Selalunya aku kalau pergi sini, akan order sate willy yang sedap tu, tapi kali ni kita order berger bakar lak.



Time nak order tu aku tanya dulu bape lama nak siap. Sebab tengok daging dia cam tebal-tebal kan..Dia kata kejap je. Ok lah proceed. Coz aku nak tapau bawa balik umah je. Sementara aku berborak-borak jap, tunggu la berger tu siap. Memang betul tak lama. Kejap je berger dah sampai. Then kita balik lah makan kat umah. Nasihat aku kalau nak makan berger ni pastikan perut memang tengah lapar la sebab isi dia memang padat dan memuakkan. Hahaa..Ada gak order meat ball. Bagi aku gravy untuk meatball tu kurang pedas. Maby kena tambah dengan blackpepper sikit. Daging dan blackpepper baru lah masyukkk kan. Berger dia ok la. Daging tu rasa fresh dan juicy..Sedap gak sebab first time aku makan berger type camni kan. Takleh nak compare coz berger seumpama ni yang lain aku tak pernah rasa lagi. Eh, paham ke ayat aku tu? Puas hati la dapat rasa. Tapi nak beli lagi mungkin akan berfikir dua kali dan tunggu time betul-betul teringin sebab sangat muak aku rasa pas makan tu. Sampai ke malam kenyang..Berbaloi la dengan harganya. Hehe..


Thursday, May 9, 2013

Mandi Bersama...^_^

Assalamualaikum..



Tajuk macam ada segan-segan meow nak taip..hehe..
Tapi ni salah satu tips kebahagiaan suami isteri.
Pernah mandi bersama dengan pasangan? Korang yang dah kahwin mestilah pernah kan. Kalau tak pernah, balik rumah nanti boleh buat..rugi ooo kalau tak pernah.
Bagi yang belum berkahwin, jangan mengade nak try lak.

Mula mula memang la memang segan tahap gaban kan..Ye la, tak biasa.
Tapi bila dah biasa mesti best. Apa nak malu lagi, kan dah halal.
Mandi bersama ni dapat mengeratkan kasih sayang sesama suami isteri.
Rasululullah dulu pon mandi bersama isteri dia.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" 
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian. Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. 

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

 

Kalau ada bath tub kat bilik air, untung lah..Kalau tak, mandi je bawah shower tu. Berebut-rebut nak dapatkan air. Tolong shampoo, sabun..Hihi...Sementara masih berdua ni, guna kan la kesempatan yang ada secukupnya..Bila dah ada baby dan anak-anak dah besar nanti, mungkin agak susah sikit. Ye lah, budak-budak ni kadang-kadang payah nak bagi paham. Bila tengok mak ayah dia keluar masuk bilik air sama-sama, nanti dia naik pelik lak, pastu nak ikut-ikut lak. Haaa...Pastu masa yang ada untuk spend berdua pon dah kurang bila masing-masing sibuk menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Tapi boleh je kan. Terpulang kepada diri masing-masing.

Ada gak pasangan yang tiap masa pon nak mandi sama. Tak kira la kat rumah sendiri atau rumah mertua atau rumah orang lain. Itu macam dah belangkas la plak. Rumah sendiri takpe lagi, bagi aku kalau mandi bersama kat rumah orang lain dah macam segan lak. Ye la, apa pandangan orang lain kan, walau pon tau kita dah halal sebagai suami isteri, tapi nak romantik pon kena la bertempat kan. Takkan la semua nak tunjuk kott..Sama la macam bila berjalan-jalan kat luar nak berpelukan je. Tau la dah kawen, tapi takkan la semua nak tunjuk kot..Hormati la pandangan orang lain...Kat umah ko nak peluk puas-puas pon takde sape marah or meluat. Hehe..

So, kesimpulannya. Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sumber :  http://www.iluvislam.com

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers