Tuesday, October 30, 2012

DIY : Hiasan Kad Kahwin

Assalamualaikum...

Ok, kali ni nak cerita gak camne aku DIY untuk hias kad kawen tu..Ni pon buat curi-curi masa je time kat umah..Dengan wat bunga telur lagi, melipat kad lagi, centrepiece..etc..etc..yang tu nanti aku cite bila dah siap.Hehe..

Aku memang berkenan betul dengan tali gulung-gulung nih..Tapi selalu kaler dia gelap je. Ntah camne time jalan-jalan kat Metro Kajang untuk cari kasut hari tu, leh jumla lak kedai barang-barang perkahwinan. Tengok bahagian reben, ada kaler yg cerah2..So, aku rembat lah 4 ela..seela baru 80sen..

Ini lah rupanya..tapi nak wat reben, for sure la takleh nak ikat camtu je. Kena buka dulu reben yang bergulung-gulung tu..kasi lebar..cam gambar kat bawah nih.

Sakit gak la tangan aku nak membuka reben nih..Dah la reben dia jenis keras dan tebal kan..Bila dah siap buka tu..Korang leh potong lagi bagi kecik..Tapi kalau nak gak wat reben besar2, terpulang..Nak mengikat reben ni pon perlukan kesabaran. Kalau tau camni, awal2 aku beli kain organza je.lagi lembut dan senang nak ikat2..Aku bercadang nak lekat kan pearl kat tengah reben2 tu..Pearl yg guna untuk wat bunga telur banyak lebih lagi..Tapi tengok la nanti kalau rajin..hehe.

Ni la hasil yang dah siap..Oleh kerana tangan nak tergeliat ikat reben ni banyak2, aku amik belen2 reben yang guna untuk bunga telur. Kaler hijau lumut, matching gak kot. Yang ni lebih senang nak ikat coz saiz dah ngam2 je takyah potong and tekstur dia pon lembut dan tak menyakitkan jari-jariku yang halus mulus ni..cewah!

Dah ada reben, baru leh lekat gust book reminder yang aku dok cite kat entry sebelum nih...hehe..suke suke..Nak lekat guna double tape leh, guna stapler pon leh..

DIY : Guest Book Reminder

Assalamualaikummm..

Memandangkan aku dok verangan nak ada Guest Book time wedding aku nanti, so bila ada mendalah tu nanti, aku takmo la biar kosong je..Nape kosong? sebab orang taktau akan kewujudan guest book tersebut, atau tetamu yang datang malu malu meowww nak isi guest book tersebut. Maby aku akan tugaskan adik2 aku untuk greet tetamu yang datang, tapi cara lain yang boleh dibuat ialah dengan selitkan nota Guest Book Reminder ke setiap kad..kikiki..

Actually, takdela aku kerajinan terlampau nak wat mendalah ni sampai beribu-ribu then lekat kat tiap kad..oh tidak..cukup la aku wat untuk kawan2 aku, opismate, kawan2 tunang...kad-kad untuk tetamu mak ayah aku, takde aku usik.Tapi kalau derang berminat gak nak tinggalkan ucapan kat guest book tu, kecik tapak tangan, guest book aku tadahkan..muahaha.

Final result..hehee..Reben tu aku wat sendiri, maklumlah kad simple..so deco la cket bagi nampak cantik..bia simple tapi cantik.Eh kalau nak tau, gambar kartun kat kad tu pon DIY tau..tapi adik aku la yang lukiskan. kot sape2 berminat nak tempah untuk kad ke, tshirt ke, leh contact2 aku ye..hehe.

Mula-mula korang just perlu design je kat Microsoft Words tu, letak la border bagi cantik..tulisan kecik takpe, janji orang leh baca, pastu print lah..aku print atas tracing paper..nampak eksklusif gitu.cam samar2..hehe..tapi ada satu perkataan salah eja..uuu..menci..camne leh tak pasan. takpela, halal kan je..eh tapi guest book pon aku tak wat lagi..alahai, masa memang mencemburui betol lah! harap-harap la sempat siap.

Thursday, October 25, 2012

Petua Menjaga Gigi

Sewaktu majlis bahagia kita, mestilah kita nak sentiasa tersenyum kan, melayan tetamu yang hadir, nak amik gambar sana sini..Tapi kalau gigi kuning berkarat, malu aih nak senyum..tutup mulut je kang. So, petua nih aku jumpa dari artikel Utusan Online. Leh follow mana yang patut.

PENGAMBILAN minuman seperti teh dan kopi akan mengubah warna kecerahan gigi yang secara tidak langsung akan mencacatkan senyuman kamu. Berikut adalah tip untuk memiliki gigi cantik dan sihat :- 

 1. PETUA klasik untuk memutihkan gigi adalah menggunakan soda bikarbonat yang diletakkan pada berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida. Aku dah try nih..Masin la soda bikarbonat nih...Tapi orang cakap takleh wat selalu sebab akan menipiskan lapisan enamel gigi. Maby once a week dah cukup.

2. KITA boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat daripada beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. 

3. SARI buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi tapi elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi. 

4. KULIT limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi. 

5. SELAIN teh dan kopi, buah- buahan seperti anggur merah, ceri, beri hitam serta beri biru juga mampu mengubah warna kecerahan gigi kamu. Jadi, berus gigi atau minum air putih selepas makan buah-buahan tersebut untuk mengelakkan kotoran melekat di gigi kamu. Bila majlis dah dekat nih memang aku elakkan minum kopi, teh, nescaffe dan sebagainya...Banyakkan minum air masak je.

 6. KEJU mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi. 

 7. NIKOTIN yang terkandung dalam rokok akan menyebabkan gigi kelihatan kekuningan dan sukar untuk dihilangkan kerana ia telah menembusi enamel. Dalam kes ini, gunakanlah produk pemutih gigi sebagai jalan penyelesaiannya. 

 8. JANGAN lupa membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan sekali untuk membuat scaling bagi mengeluarkan kotoran permukaan yang berpunca daripada pelbagai makanan. Korang penah wat scalling? Ngeri wooo...Tapi pastu rasa best! Aku ada wat gak beberapa kali..Memang la time wat tu gusi berdarah2 and rasa ngilu yang amat sangat. Rasa cam gusi kita ditoreh2, tapi takde toreh pon. Dia cuma buang plak2 and karat yang melekat kat gigi. Pastu gigi and gusi terasa bersih sebersihnya..hehe.. - LYNN 


 © Utusan Melayu (M) Bhd
 

Friday, October 19, 2012

Jiwang Mode


When I first saw you, 
I was afraid to talk to you. 
When I first talked to you, 
I was afraid to like you. 
When I first liked you, 
I was afraid to love you. 
Now that I love you 
I'm afraid to lose you...
^_^
  


Thursday, October 18, 2012

Dress yang Menawan Hati

Assalamualaikum...

Actually aku suka gak beli dress yang labuh2 paras punggung tapi still nampak cantik..Sopan dan tak seksi kan. Tak kisah la pasal harga. Tapi kalau mahal memang aku tak beli. Hahaa..Pernah aku gi jalan2 kat jalan tar, nampak la baju tu cantik kan..Beli la kaler purple..RM20 je pon, tapi cantik dan selesa..Tapi sebab dah suka, bila aku gi lagi kedai tu, aku beli baju yang sama, cuma kaler je lain iaitu Oren..Pastu pujuk adik aku beli kaler ijau..hehe..Best2..


So, bila blog walking ni terjumpa la macam2 kedai jual baju online, tudung online, mekap online..Sekali terjah satu blog ni, jumpa lak dress gojez cam bawah nih :

 credit pic to : KZ Nabihah


Wahhh...comel..Memang aku tengah cari inner kaler cream untuk pakai time majlis aku nanti kan..Dah beli lain dah sebelum ni, tapi macam tak syok je pakai..So nak cari lain. Tengok dress dalam gambar kat atas tu, cam ngam-ngam je design and kaler dia...Boleh pakai sebagai inner, boleh gak pakai sebagai dress. Best2..Terus je aku order. Tapi maybe semalam owner dia busy, so hari ni baru dapat reply. Ada lagi stok. Sekarang tunggu baju tu nak pos je..Yeay!


Kalau korang pon nak usya2 baju lain, leh terjah blog dia..suma baju pon dia custom made and jahit sendiri tau! ---> KZ NABIHAH












Tuesday, October 16, 2012

Walimah : Nobita & Shizuka




Alhamdulillah... Selamat dah Nobita dan Shizuka diijabkabulkan..Ingatkan dalam kartun je derang bercinta, dalam dunia nyata pon selamat dah kawen...Ahaha..Actually, nobita tu abang aku and shizuka tu akak ipar aku. Derang la guna nama nobita and shizuka kat fb masing2..Pastu time kawen pon letak banner besar2 gambar nobita and shizuka pakai baju pengantin. Peminat tegar kot. Comel je abang aku design sendiri. Tapi kartun kat kad kawen aku tu pon adik bongsu aku yang design kan. Adik beradik aku orang seni, pandai melukis, main instrument, menyanyi..Aku sorang je tak reti, takde bakat..huhuu..Takpela, being different is unique

Yeay, kad dah siap!

Alhamdulillah...

Dalam duk kalut-kalut nak tempah kad ni, siap gak...alkisahnya, busy pasal benda lain je, sampai kad pon kitaorang lambat wat..mula-mula relax je, dah tinggal 2 bulan baru sibuk mencari kedai nak gi tempah. Aku survey online je la kan, mcm lagi mudah, tak payah nak ke kedai, sekali aku dah email form, details and bayar deposit sume, takde respond lak..Kedai kad online ni kira macam terkenal gak la kat Malaysia, branch dia pon banyak, tapi memang base on online je. HQ kat Melaka. Aku hantar tempahan 1st October sampai ke sudah menunggu, takde gak respond. Baca balik komen2 kat blog dia, memang ada gak yang negatif..Ada yang dah tempah dari bulan puasa, sampai sekarang tak siap2 lagi..aku email banyak2 kali, still takde reply. Aku call asyik engage ke, kadang2 langsung tak berangkat..Ada la sekali, ada orang jawab, aku tanya dapat tak email tempahan aku, boleh plak dia cakap taktau, coz bukan dia yg cek...adeiii..Bukan salah aku pon kalau email tu masuk spam ke apa, korang la kena particular sikit pasal benda ni kan? Last2 3rd October baru ada orang reply, "tempahan anda sudah diterima, designer anda ialah....." pendek je. Tu pon payah.


Sebab masa dah suntuk, dan aku risau dia siapkan lambat, aku email la designer tu boleh tak siapkan cepat? At least draft bagi awal, so takde la lama sgt nak proceed dgn printing. Nak kol, memang berjanggut la nak tunggu jawab. Pastu takde bagi no. enpon untuk contact. Sampai ke sudah takde respond. Hangennn..


Then one day, aku jalan2 kat downtown kajang, ada booth Utusan Sehari. Dia bagi la brochure and business card. Macam menarik je pakej yang ditawarkan. Aku terus sms, tanya pasal tempahan. Tak sangka pastu owner tu terus kol and tanya details. Haa..camni la baru good customer service. HQ dia ada kat Kajang je. So esoknye aku terus ajak en.tunang gi survey. Takleh tunggu2 lagi ni, naye je kalau benda lain dah ready, kad lak tak siap lagi..Tamo aku pakai kad potostat je, walau pon aku ni jenis kedekut gak.Hahaha..


Sebelum gi kedai Utusan Sehari ni, ada gak survey2 kedai lain kat Bangi and Kajang Sentral. Tapi derang takleh siapkan cepat. Paling cepat pon pertengahan November. Harga pon cam mahal je aku rasa. Then kitaorang terus je gi HQ Utusan Sehari tu. Kedai dia kat tingkat atas. Masuk-masuk je ada sorang staf yang greet kitaorang iaitu Cida. Bagus je si Cida ni. Pe aku tanya sume dia jawab.Pe aku nak, dia akan usahakan. Pastu dia leh janji untuk siapkan dalam masa 18 hari dgn extra bayaran RM50, means sebelum akhir bulan ni la. Tak kisah la, janji cepat siap...Kad yang aku amik saiz 3 X 8 two fold, harga lebih kurang 37sen je sekeping, full colour siap sampul. Atwork and design sume free. Berbaloi-baloi..Aku datang 6hb, then 8hb dia dah bagi 1st draft. Memang ada error, tapi kol or email je la untuk bagitau part mana kena betulkan, then malam tu gak terus dia bagi 2nd draft, ada sikit je error, pas puas hati esoknye dia bagi final draft. Aku rasa takde apa lagi nak ubah kot.Dah tunjuk kat en.tunang, dia pon ok je. So proceed la dengan printing...Amazingly, 13hb dia sms aku bagitau kad dah siap..Wow, seminggu je u..Teruja rasa.

Hasil adalah seperti yang diharapkan. Boleh la. Aku jenis tak kisah sangat, janji ada. Yang penting, below budget yang sepatutnye..Hepii..;) So korang yang masih lagi tercari-cari tempat untuk tempah kad ke, bunting ke, goodies bag ke, leh la pegi tempat ni ye, aku suggest -> Utusan Sehari 

Pasni sesi tulis nama lak...hehe..

Wednesday, October 10, 2012

Iklan : Bilik Untuk Disewa di Sri Kembangan

Hari tu aku dah iklan kat mudah.com...Tapi terlupa lak nak letak no.tpon, kui kui...So, aku dah iklan lagi sekali...Baru semalam wat, tapi sampai ke hari ni takde pon orang contact lagi kan. So aku nak iklan kat blog lak bagi sape-sape yang tengah mencari rumah or bilik untuk disewa area Sri Kembangan, boleh la refer pada iklan di bawah ni ye:



ADVERTISEMENT

-          Mencari teman serumah untuk kemasukan 1 November 2012 dan 1 Disember 2012.
-          Perempuan, islam, bujang
-          Bekerja / belajar
-          Pembersih, pandai menjaga diri, berpakaian sopan
-          Sewa bergantung kepada jenis bilik. Ada 4 bilik tetapi hanya tinggal 3 bilik kosong.
-          Bilik Medium, boleh masuk 2 orang – RM220. Bilik Single untuk seorang sahaja – RM160 (Available 1 November 2012).
-          Master bedroom boleh masuk 2 orang, ada katil queen saiz, cermin, almari, private toilet, kipas siling – RM380 (Available 1 Disember 2012)
-          Bil utilities RM30 sebulan
-          Rumah teres lengkap dengan kabinet dapur, dapur gas, pinggan mangkuk dan peralatan memasak, ampaian baju, sofa, meja makan, rak pinggan mangkuk, peti ais, microwave, TV (tapi tiada astro)
-          Lelaki dan haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
-          Berdekatan kedai runcit, pasar malam, dobi, etc.
-          Perjalanan 20 minit ke Cyberjaya, Putrajaya, Seri Kembangan, Puchong.
-          5 minit ke Jusco Equine Park, Pasar Borong dan Giant Seri Kembangan
-          Laluan bas. Hanya berjalan kaki ke bus stop.

 ni ruang makan.

 master bed room

 ruang tamu

-     Boleh email ke nadzae_cool@yahoo.com untuk sesiapa yang berminat.  ;)

Update:
Maaf ye, bilik dah fully booked. Tinggal master bed room je, available 1 Disember 2012.
Tenkiuuu...











Wednesday, October 3, 2012

HIV Test : Kini Result Lepas Sebulan Baru Dapat

Salah satu syarat wajib yang mesti dipatuhi oleh bakal pengantin ialah menjalani ujian HIV di klinik kerajaan. Tu time dalam kursus dia dah mention awal2..Tapi aku ni gi kursus awal bulan Februari hari tu, so maybe info yang latest aku tak sedia maklum. Plan nak wat HIV test before puasa hari tu, tapi asyik la tertangguh-tangguh coz en.tunang bizi memanjang kan. Lagi pon rasa cam banyak masa lagi, so relax and cool je lah. Bulan 9 mula lah terkocoh-kocoh nak wat. Eh, paham ke maksud perkataan tu? Kelang kabut lah. Kol la sume klinik kerajaan kat negeri selangor ni..Nak tunggu berjawab memang berjanggut, nasib la tak tumbuh janggut betul-betul..pastu nak wat appointment manjang penuhhhh jek. Cam klinik puchong or seri kembangan, kalau nak wat appointment, kena datang register kat klinik dulu. Pastu datang lagi untuk buat test hari lain..Macam la banyak no masa yang kita ada sampai nak ulang alik ke klinik je kan.Kol punye kol dapat la wat appointment kat klinik semenyih awal bulan 10. Alhamdulillah, just set appointment through phone je.

 menunggu dan terus menunggu..

Sebelum tiba hari ditunggu, aku ada terbaca kat blog cik edura yang hiv test amik masa sebulan baru kua result. eh, yeke? coz tanya member2 aku sume kata kejap je dah dapat. hari tu gak la..dalam hati dah berderau nih, kalau sebulan baru kua keputusan, kena la tunggu lagi untuk proceed dengan process seterusnya kan? Takpela, tawakal je. Bila tiba hari nya, datang la ke klinik semenyih tu. Appointment kul 10, kul11 lebih baru panggil. Syukur klinik tu tak ramai orang, nak cari pon senang. Tapi aku rasa takde purpose pon wat appointment coz time datang tu just amik no, isi borang, tunggu dipanggil..Takde pon dia cek nama kitaorang ada wat appointment ke tak. Then, gi amik darah..Bukan kat jari tapi kat lengan. Bukan secalit tapi 1 tiub kecik. Banyak gak, penat aku kumpul wooo..Ambil masa nak refill balik ni, dah la aku tak suka makan seafood. Eh, banyak bunyi lak budak ni.



antara borang-borang yg kena isi..


Pastu dah settle boleh balik. Pas sebulan datang balik klinik untuk ambil result. Wahh..masa yang ada memang sipi-sipi je tu, pastu nak submit doc ke pejabat agama lagi, interview lagi, booking kadi lagi..tinggal beberapa hari je time tu. harap2 la sempat..Nape derang takde inform awal2 eh? Let say la ramai yang taktau kan, derang bajet leh terus dapat result, sekali majlis tinggal tak sampai sebulan je..mana sempat kan? Kesian la kalau gitu..fuh fuh..nasib baik la hati tergerak nak wat awal..walaupon tak awal sangat..hehe..Insyaallah, dipermudahkan semua nya..Aminn..






Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers