Wednesday, February 29, 2012

Susu

Sape suke minum susu, angkat tangan!


Ada ke yang angkat tangan?


Ok, bercerita pasal minum susu nie, aku memang suka minum susu segar coz rasanya yang sedap dan creamy apatah lagi time sejuk. Slurrppp..Yummehh~ Lepas makan nasi pon aku bleh minum susu. Ada sesetengah orang, rasa muak kan? Dah bermacam-macam jenis susu aku beli dan rasa..dulu paling kurang pon 3 kotak besar susu mesti aku minum untuk seminggu. Memang kena sentiasa ada stok. Tapi kann...Sejak akhir-akhir ni harga semua barang dah naik termasuklah harga susu. Kalau sebelum ni aku suke minum susu Dutch Lady Full Cream, harga dia RM4.30 je kat Giant. Tapi sekarang harga susu tu RM5.25. Huhu..Kalau beli kat Speedmart dapat la murah cket, RM4.99. Beli kat jusco RM5.50 kot. Tapi still rasa mahal kalau benda tu ko beli tiap2 minggu..

dulu aku pernah try beli susu bancuh cam Anelene. Rasanya memang sedap, tapi harga agak mahal dan menjadi kemalasan lak bila tiap kali nak minum susu kena masak air and bancuh..Aku dah la suka minum susu sejuk. Nak beli anelene yang kotak tu mahal lak. Tu pon kotak kecik je. Susu HL tak bape nak masyuk coz rasanya manis. susu nespray harganya murah sikit RM4.65 je tapi tak sedap dan susu nya agak cair..



Orang cakap minum susu leh gemuk eh? tapi dari dulu aku minum sampai sekarang tak gemuk2 gak pon..=_= Susu nie penting untuk jaga kesihatan tulang tau. Lagi-lagi perempuan kan. Tulang cepat rapuh. Takmo la nanti umur aku baru 30 an tapi naik tangga ofis tingkat 3 dah tak larat..Pastu umur 50, jalan dah terbongkok-bongkok..Adoyai~ Takpela, demi menjaga kesihatan, aku kekalkan minum Susu Dutch Lady Full Cream, tapi limit seminggu 1-2 kotak je. Something is better than nothing ;) Jimattt..


Friday, February 10, 2012

Sate Willy

Camne nak eja? Sate ke satay?


Dah lama sebenarnya teringin makan sate willy ni coz asyik duk dengar orang bercerita tentang kelazatannya. So, dapat peluang untuk try, memang best. Kedai dia terletak cam kat area food court sg.ramal, tepi jalan besar je dah leh nampak. Time sampai tu sesak dengan kenderaan, padahal bukan hari minggu pon, tapi parking banyak, don't worry.



Mula-mula order 30 cucuk sate untuk perut 4 orang. Ada gak side order tauhu bakar ngan potato wedges. Tapi kejap je licin 30 cucuk tu, tambah lagi order 20 cucuk, tapi yang meneruskan makan cuma aku ngan member aku lagi sorang yang memang kaki sate. Sedar tak sedar kejap je dah licin. Padahal sebelum datang tu aku dah makan nasi dulu kat umah..Hihii..



Rasa dia? Sedapppp..Juicy...Terasa-rasa lagi kat anak tekak betapa sedapnya sate tu. Dia punya rempah ratus dan perapan memang cukup semuanya, perfect! emang lagi sedap la dari sate kajang. Hehee..Marah orang kajang dengar ni. Saiz nye besar cket dari sate biasa dan harganya 70 sen 1 cucuk. Memang agak mahal, tapi sekali dah rasa, tak kisah dah pasal harga tu coz memang puas hati. Ketupat dia wat sendiri. Tapi saiz ketupat kecik2 je, and nasi tu rasa agak keras. Pastu aku tertanya-tanya, kenapa la dia guna daun kelapa tua buat ketupat? Tk wangi ohh..Bau cam kelat je. Pakai ketupat segera lagi sedap dan lembut. Takpela, maby susah kot nak cari daun kelapa muda. Boleh diampunkan.



Senang je nak cari kedai ni. Exit tol kajang dari plus highway, rapat kiri hala ke kajang. Nampak seberang jalan ada shell. Lepas jejantas terus rapat ke kiri, dan belok kiri. Nampak deret-deret kedai makan. Kat situ la.

Fresh..gebu..;)


So, yang belum penah makan lagi sate willy ni, dialu-alukan..Anda pasti ak menyesal..hehe..







Wednesday, February 8, 2012

Cinta Bukan Milik Kita






Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata…♥



Labels

Followers