Friday, July 27, 2012

Wedding progress : D.I.Y

Pejam celik pejam celik...

Dah penghujung bulan Julai 2012..Cepat betul masa berlalu..Rasa macam tak perasan kan? Mungkin Allah dah tarik sikit demi sedikit nikmat masa tu..Huhu...Sedar tak sedar, tak lama lagi je aku akan bertukar status..Mungkin tahun ni tahun terakhir aku akan beraya dengan title "anak dara" aicehh!


Menyentuh tentang progress, sebenarnya takde benda sangat pon dah complete. Aku ni jenis malas nak pikir sangat, kang jadi stress. Lagipon busy dengan keje je kan. Hal sendiri pon sampai tak terpikir..hehe..ayat poyo cam keje bizi tahap gaban je..Setelah banyak menggoogle, aku tengok kebanyakan pengantin sekarang ramai suke DIY untuk persiapan perkahwinan masing-masing..Bagus la kan, jimat kos dan dapat kepuasan..


Ikut kan hati ada gak aku list untuk DIY.

1. Quilling untuk thank you card
2. Paper bag untuk door gift
3. Hantaran
4. Bunga pahar / bunga telur
5. Guest book
6. Guest book corner

Ecewahh..banyak plak la kan..Kalau rajin, boleh la buat, kalau tak rajin, jadi angan-angan je lah..Sekarang tengah progress untuk bunga pahar..slow and steady..siap la tu nanti, insyaallah..;)

comelnye quilling..^_^


Wednesday, July 25, 2012

Contest : Cerita Sedih






Kali ni aku nak join contest yg dianjurkan oleh seorang blogger. Syarat-syarat dia mudah je, tapi ada 1 syarat je yang buat aku menopang dagu dok berfikir camne nak buat. Syarat itu ialah kena buat cite sedih....Susah tu. Sebab aku bukan penyedih orang nye. Tapi tengah dok berangan tibe2 dapat idea camne nak wat..hehehe...

Bawah ni syarat2 nye:

1. Letak banner Sepet Shop kat sidebar blog korang, dengan ber-link kan http://sepetshop.blogspot.com. Banner tu mestila ada kat blog korang sehingga 10 Ogos 2012. Tak lama pun, tak sampai sebulan. Tapi kalau nak letak lelama apa salahnye..Hehe! Copy gambar ni


2. Lepas tu korang kena Like facebook SepetShop

3. Buat satu entry, entry yang sangat sedih. Aku nak tau cerita sedih korang, kenapa korang nak beg tu sangat-sangat.

4. Dan di akhir entry korang tu, suruh readers korang Like Sepet Shop , dan suruh dorang join contest ni sekali =) Maklumat lanjut boleh ke Blog Sepet The Gojes, haha!





____________________________________________________________________________

OKEY NI UNTUK PARA AHLI-AHLI FACEBOOK PULAK. (terbuka juga kepada blogger yang ada facebook)

Aku tau korang takde blog, tapi korang nak jugak merasa handbag free. Ok boleh la. Tapi korang pun ada syarat-syarat jugak. Biasalah syarat nya simple aje ke. Jangan ragu-ragu untuk join k

1. Like Sepet Shop di facebook, boleh klik kat link yang aku highlight kan tu.

2. Share gambar-gambar beg yang aku upload kat facebook tu. Kalau nak tag kawan-kawan korang pun boleh. Sebab aku kan pemalu nak tag orang. Kihkihkih!

So aku akan cabut undi, sapa yang bertuah akan dapat la beg tu. mungkin lagi banyak korang share lagi senang korang nak jadi bertuah kan...hikhik!

Tarikh akhir untuk korang adalah lebih sikit, sampai 10 Ogos 2012.

Pemenang akan diumukan pada 13. Ogos 2012.
____________________________________________________________________________


CERITA AKU......


Ahhh...malu sebenarnya nak cite..lagi-lagi bila teringat muka-muka yang tengah membaca entry nih..takpela, nak beg punye pasal, malu tolak ke tepi..Alkisahnya begini, aku ni seorang yang berjimat cermat..Sangat berjimat dan suka saving. Aku sangat berkira bila nak beli keperluan diri sendiri, tapi aku tak berkira sangat dengan orang lain. Dengan diri sendiri je..Sebab tu lah sampai sekarang aku tak pakai kereta, tak pakai barang mewah2, sebab aku tak suka membazir. aku pegi keje pon pakai motor je, sebab aku rase tu dah lebih dari cukup. Kang ada kereta lagi la gatal tangan nak berjalan ke sana ke mari...Kan dah membazir lagi banyak duitt..Bagi aku lebih baik duit tu disimpan dari beli benda2 yang hanya menurut hawa nafsu je, pada hal bukan keperluan sangat pon..tak kisah la kalau orang nak kata aku kedekut, coz duit tu dapat dari hasil titik peluh aku, hasil susah payah aku bekerja, so aku la yang kena pandai2 manage..Bila susah nanti, takde la aku gabra sangat kan. Aku bukan orang senang, bukan orang berada..anak dato’ ke apa..Habis duit, kol mak bapak, terus “ka-ching!” duit masuk dalam akaun…Aku takde camtu. Selagi daya aku takkan minta duit mak abah aku. Coz derang banyak lagi tanggungan time tu. ..Eh, panjang plak intro nye kan?


Aku start keje tahun 2009. Tu bukan la pekerjaan pertama aku, coz sebelum tu pon aku banyak wat keje part time. Time study kat university, bila cuti sem je aku jadi minah kilang..Time blaja lak, aku part time jadi kerani. Jadi student banyak guna duit, nak bayar sewa rumah lagi..Tambang bas lagi..makan minum..hanya bergantung pada ptptn semata-mana mana cukup.. Tahun 2009 tu dikira kerja pertama selepas grad dari UiTM. Seronok oooo pas grade je terus dapat keje. Convo pon tak lagi. Hehe…Berkat kerja part time masa study and amalan suka berjimat cermat, first day kerja aku dapat beli motor by cash. Motor second hand je pon harga dekat 3k. Boleh la kan wat pegi ulang alik kerja..Lagipon time interview kerja tu, aku dah bagitau kat bakal majikan aku, yang aku ada kenderaan sendiri..kikiki…Last2 dapat kerja tu..Seronokk..Lagi seronok time first2 dapat gaji..Walau pon gaji aku time tu standard fresh grade je, tapi aku bersyukur. Dapat gak bagi kat mak abah hasil titik peluh sendiri. Then ada balance cket, aku terfikir-fikir nak nak wat pe dengan duit tu..Then aku decide amik RM250 untuk reward diri sendiri. Time tu dekat nak raye dah, aku ngan sepupu aku berjalan-jalan ke sogo. Macam biasa kat sogo ni memanjang la ada sale kan. Aku pusing-pusing dalam sogo tu, berkenan la plak kat satu beg nih..Brand valentino kaler coklat. Masa tu tengah sale, harga asal dekat rm400 kot, pas sale jadi rm199 je. Aku dah berfikir-fikir nak beli ke tak...nak beli ke tak..maklum lah, orang sayang duit memang camtu. Apatah lagi orang yang jarang2 beli benda mahal ni. Harga 100 lebih pon dah berkira tau! Aku pusing-pusing balik kat sogo tu tenang kan fikiran, tapi dalam otak masih duk terbayang-bayang beg tu...Aihhh...kena beli gak ni, kalau tak, tido malam kang termimpi-mimpi...Lagi pon aku memang tengah mencari-cari handbag untuk gi keje kat opis. Takkan la nak pakai beg sandang je kot, tak pon back pack je..Tu time gi kuliah ke, balik kampung ke leh la kan. Maka, setelah berfikir panjang, aku beli gak beg tu. Ok lah kan, dari takde. Heheee..



Aku happy tak terkata bila dapat beg tu. Baru berapa kali je sempat aku pakai..time raye..jalan-jalan.. and ada gak time pegi keje. Dek kerana sayang sangat kat beg tu dan rasa cam mahal (masa tu mana ada duit sangat, baru keje kan), aku bungkus balik beg tu dalam beg kain dia and letak bawah almari. Beg nak gi keje, aku beli je yang murah2..harga RM30 kot..huhu.. Kalau rindu2, aku belek2 balik beg tu, then simpan balik...Rasa nak pakai, aku pakai..Then simpan balik..Camtu je la seterusnya...Setelah dekat 2 tahun....Bila aku dah jarang pakai handbag tu.. Then aku geledah balik bawah almari. Alangkah sedihnya bila tengok keadaan beg tu, still cantik, tapi kulit dia cam dah tertanggal-tanggal..Uhuhuu..Tak berkualiti btul..Atau pon memang standard kualiti dia cmtu? Aku duduk termenung and usap2 beg tu "Baru bape kali je sempat aku pakai kau..kan beg kan..." Sentap kejap..Rasa cam bukan beg yang terkoyak, tapi duit yang aku laburkan untuk beli beg tu terkoyak-koyak…begitu juga perasaan aku…alaaa…korang yang gaji besar and suke bershopping memang la tak heran. Cam aku ni, mesti la rasa sedih tau. Tak puas lagi melaram, last-last dah rosak camtu…huk huk…

Muka hepi pakai beg baru...tinggal kenangan...sob..sob..T_T

Aku gi amik gam uhu, gi gam balik kulit dia yang terkopek-kopek tu..Esok nye try bawa gi keje. Hehe..gigih kan? Tapi makin lama makin teruk lak. Dah macam apa pakai beg terkopek-kopek. Dengan berat hati, aku lepaskan beg tu pergi. Barang kalau dah takleh nak pakai, watpe simpan lagi kan? Aku ingatkan selama ni simpan dia elok2, bubuh dalam kain, leh terpelihara, tapi lain jadi nya..Tunang aku cakap, barang kalau kita beli tapi tak dipakai, lagi cepat la rosak. Sama dengan rumah, kalau ditinggal lama, lagi la semak samun dan nampak scarry..ooooo...camtu ek? Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Tu la handbag pertama yang aku rase mahal harganya dapat aku beli dengan duit gaji pertama aku kerja lepas habis belajar. Serik..huk huk ;( After peristiwa tu, aku takmo dah beli handbag mahal2 lagi..Serik..Handbag yang aku pakai sekarang pon, handbag yang tunang aku bagi.

Sempat gak bawa gi jenjalan...


and melaram...

Aku harap sangat dapat handbag dari cik Sepet supaya aku dapat melupakan perasaan serik tu. Huhuu..Kalau aku menang handbag dari sepet, tu la handbag pertama yang aku menang sebagai hadiah contest. Hadiah paling mahal..Wah.. gitu! ;) Sebenarnya banyak sebab nape aku harap dapat menang contest ni..Beg tu leh gak guna sebagai hantaran time majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung beberapa bulan je lagi ni..Jimat belanja. Hehe. Allah suka orang yang membantu orang nak mendirikan masjid ni. Lagi pon perkahwinan yang berkat, yang lagi jimat belanja nye. Hehe..Cik sepet jemput datang ye. ;) Rasa ralat nak beli handbag mahal-mahal sebagai barang hantaran. Rasanya memang takkan beli pon kot..Huhuu..Kesian kat cik tunang. Dia yang banyak keluarkan belanja. Lagipon, kan membazir tu amalan syaitan. Rasa macam banyak lagi keperluan lain perlu didahulukan. Maklumlah, belanja kahwin bukan nya murah. Lagi pon kami decide untuk guna simpanan yang ada. No loan loan...Dugaan time bertunang ni macam-macam..Duit mengalir macam air..Dengan kereta en.tunang yang bape kali dah eksiden, aku pon tak paham..Pernah tak sampai sebulan, 2 kali eksiden..Baru je repair, kena repair lagi..So, ko pilih la eh..Nak handbag baru ke repair kereta? Sebagai tunang yang penyayang, mestilah kena dahulukan keperluan dia kan..Jangan terlalu ikutkan keinginan hati...Sedih memang sedih..Tapi apa leh buat..Mungkin bukan rezeki kali ini..Huhuu..


Lagi...


dan lagi....T_T

Aku ingat pasangan bertunang je berdarah manis, rupa-rupanya dengan kereta sekali ek jadi manis..eh? hehe..Takpela. Pe pon, syukur alhamdulillah takde kejadian lebih buruk berlaku..So, kalau cik sepet sudi bagi handbag tu, saya amat lah berterima kasih kerana telah merealisasikan impian saya dan membantu meringankan beban kami..;) Nanti saya siap post special entry and gambar beg tu sebagai barang hantaran lagi..hehe..verangan dahhh~

Kalau tak pon, dapat gak guna pegi keje..Lebih bersemangatlah nak pegi keje dengan beg baru kan.? Hehe..Selain tu, dapat bergaya di pagi raya..Wahhhh~ Indah nya dunia…Tapi semua tu angan-angan je..Ye la, takde angan-angan pon mana mungkin jadi kenyataan kan..Saya redha je kalau tak menang..Sob..sob…T_T Tapi kalau menang, syukur Alhamdulillah…^_^ Kira macam angan-angan jadi kenyataan la kan? ^_^

Kepada kawan-kawan sekalian, yang berminat nak join..Mari-mari, sangat-sangat dialu-alukan…Kalau rezeki tak berpihak pada aku, mungkin rezeki korang kan?

Klik sini untuk join --> Contest Sepet
Jangan lupa gak untuk like facebook --> Sepet Shop

Friday, July 13, 2012

Giveaway : Saza~


Kerana kebizian..or mungkin kemalasan, aku copy paste je dari owner blog..hehe..

Hi everyone!

It's now for the second giveaway!

I've a little gift for my lovely blog followers which includes:

1. 20 pcs of 12" x 12" patterned paper
2. 30 pcs of 6" x 6" patterned paper
3. Various length of flower ribbons
4. Various length and size of ribbons (satin, grosgrain etc)
5. Die cut aplhabates
6. Paper embosser
7. sequins and beads
8. Contemporary Cardmaking book

As Always, let's check out how you can participate:

1. Anyone can join this giveaway.

2. "Follow" my blog

3. Just make a post about this giveaway at your blog /facebook /twitter.

4. Please leave the detail at the comment box:

- Your full name

- Your email address

- Your Posted Link


The deadline for this giveaway is on 31st July 2012. Winners of this giveaway will be picked randomly. I will be making an announcement on first week of August 2012.

Thank you for participating in this giveaway and all the best everyone!! Do share this post with your friends!!!

From the bottom of my heart,
Saza~



Wednesday, July 11, 2012

Rugi RM2,000 Dipukau

Rugi RM2,000 dipukau


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 28 tahun mendakwa kerugian lebih RM2,000 apabila dipukau seorang lelaki dalam kejadian di sebuah bank di Brickfields, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa mendakwa pergi ke bank berkenaan untuk memasukkan wang dalam akaun miliknya.


Menurut sumber, mangsa dihampiri suspek yang berusia lewat 30-an lalu menepuk bahunya.

“Berikutan itu, mangsa mendakwa dia khayal lalu menyerahkan wang kepada lelaki terbabit.


“Mangsa mendakwa menyedari kehilangan wang selepas 10 minit kemudian,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut masih dilakukan.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/11

Sumber : Harian Metro


See....bahaya kan sekarang? Dengan tepuk bahu pon duit leh lesap camtu je. Mungkin pasni kalau nak pegi bank pon kena bawa orang lain teman. Nape la ramai sangat manusia jahat sekarang? Nak pegi mana-mana pon rasa takut dan tak selamat. Duduk rumah pon tak selamat. Ya Allah, semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka. Aminn..


Tuesday, July 10, 2012

Radix Fried Chicken (RFC)

Kalau jalan-jalan cari makan kat Bangi selalunya amik masa nak pilih tempat coz banyak sangat restoran and kedai makan kan? Nak shopping pon banyak tempat..Cam tudung tu, bape banyak kedai tudung daa kat Bangi. Nasib baik la aku bukan kaki shopping, untung sape dapat. Ahem!

Maaflah, kualiti gambar dari kamera handphone memang kurang memuaskan.


Mula-mula tu rasa cam nak makan sate willy kat bangi, nak pegi yang kat sungai ramal of course takde tempat dah. Lebih sejam menunggu baru dapat order. Pergi yang kat bangi kurang orang cket. Tapi time tu ada pasar malam lak. Cancel laa..Lepas pusing-pusing kat Bangi tu, jumpa la restoran Ayam Penyet kat Seksyen 9, tapi tertarik lak dengan restoran sebelah dia yang baru buka iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Kat Bangi ni KFC ada, RFC ada, MFC pon ada..Lagi apa ko nak? hahaa..RFC ni anak anak syarikat Dunia Herba HPA..Ala, syarikat jualan langsung orang melayu tu yang ada jual makanan kesihatan, kismis dan sebagainya. Sekarang derang aktif lak dengan restoran makanan segera ni. Aku rasa dah banyak buka cawangan kat Malaysia. Shah Alam pon ada kot.
Ni aku order, chicken chop RM9.90


Tapi yang bagusnya, ayam derang adalah organik. Means, takde la nak suntik2 bahan2 kimia. Memang dijaga betul dari segi pemakanan. So, ayam gorang yang disediakan bersaiz kecik je. Jangan mimpi la nak order drumstik ye. Hehe..tapi bagusla. Kalau makan ayam gemuk2 tu, banyak lemak dan disuntik ubat kan..Tak sihat.


Ni set ayam goreng, mcm snack plate kat KFC lak..hehe..RM9.90


Ni sos derang..Air bergas pon produk RFC sendiri.

Komen aku, tempat dia bersih, selesa..Layanan pon bagus. Dari segi rasa, biasa2 je..Mungkin KFC lagi sedap, sebab banyak bahan perasa kan? Muahaha...Yang aku nak puji, pakaian pekerja wanita nya semua menutup aurat. Baju labuh sampai ke paras lutut dan bertudung. yang lelaki pakai songkok. Sejuk mata memandang. Kebanyakan pengunjung yang datang kedai ni pon orang Melayu dan ramai gak yang bertudung labuh. Baguslah. Kita kena sokong perniagaan melayu. ;)


Panduan Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Assalamualaikum..

Rentetan daripada entry aku sebelum ni berkenaan PTPTN, kali ni aku nak share lak dengan korang cara-cara atau panduan untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Korang boleh gak refer pada pekeliling ni--> KLIK atau pon blog nih--> KLIK


Firstly, kena la tau syarat2 nye kan:
1. Mengikuti kursus secara sepenuh masa. Means, bukan part time dan sebagainya.
2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Means, takde extend2 or repeat paper sampai 7-8 semester.
3. Pembiayaan PTPTN tak bertindih dengan tajaan lain. So, kalau ko dah ditaja dengan Petronas ke, Shell ke, biasiswa negeri ke..Tak payah ngade2 nak mohon lagi.
4. Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup iaitu 30 Jun 2013
5. Kursus yang diikuti mestilah dapat pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)


Okey...Kalau dah cukup sume syarat2 tu, kita move on ke langkah-langkah seterusnya.


1. Salinan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip yang disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti.
- Kalau kat UiTM, korang pegi je bangunan canseleri kat atas bukit tu. Yang berhadapan dengan pintu masuk utama UiTM tu. Cakap je dengan staf tu nak minta pengesahan untuk PTPTN. Terima kasih aku nak ucapkan kat sorang brader baek ati yang sudi tolong aku dapatkan cop pengesahan ni..;))


2. Salinan perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)
- Keutamaan salinan ni adalah untuk IPTS2 di Malaysia coz biasanya kursus2 dalam IPTA dah di sahkan oleh MQA. Tapi untuk lebih selamat, korang print la gak salinan ni. Bukan susah pon, cari je kat internet. Atau boleh gak refer kat sini---> MQR


3. Borang akuan pelajar.
- Borang ni korang boleh download dari PTPTN dan isi je butiran mengenai diri korang. Ni link untuk download -->Borang Akuan Pelajar


4. Surat rasmi
- Surat rasmi atau cover letter ni penting. Alamatkan kepada PTPTN, dan tulislah tujuan korang untuk memohon penukaran pinjaman PTPTN kepada Biasiswa. Tak perlu ayat berbunga-bunga, straigt to the point je.


Kalau dah lengkap semua dokumen di atas, boleh la masukkan ke dalam sampul surat, letakkan setem singgit, dan alamatkan ke PTPTN:

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...Masukkan dokumen ni ke dalam peti pos. Selawat banyak2, moga permohonan berjaya. Amin.. ;)



Thursday, July 5, 2012

Daiso Akan Dibuka di JJ Equine..Yeay!

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar Daiso? Daiso ye bukan Denso...huhu...Dulu aku pon taktau, tapi sejak En.tunang ni lah suka sangat cuci-cuci mata and beli barang kat Daiso, aku pon terikut-ikut gak..Daiso ni adalah kedai serbaneka yang berasal di Jepun. Dulu en.tunang suka pergi yang kat ioi mall, puchong. Aku ingat satu tu je la kedai nya. Rupa-rupanya ada banyak cawangan kat Malaysia. Baru-baru ni baru tau kat The Mines Seri Kembangan pon ada..Mungkin lokasi nya yang agak tersorok, tu yang aku tak pernah terperasan sebelum ni.



Daiso menjual pelbagai barangan seperti barang2rumah, pakaian, alat berkebun, mekap, perabot, alat tulis dan sebagainya bermula dari harga serendah RM5...Derang tak letak harga RM kat setiap barangan coz barang2 import dari Jepon kan, so semua pon harga dala matawang Jepun, yen. Tapi ada disediakan panduan untuk convert harga dari Yen ke Ringgit Malaysia. Don't worry lah coz kebanyakan barangan yang dijual memang berharga RM5. Murahhhh...



Baru-baru ni aku ada beli handbag hanger yang memang dah lama tercari-cari. Nak beli online, mahal..Paling murah aku pernah tengok pon berharga RM10, tu pon kena jadi ahli..Aku malas betul kalau nak beli barang mahal-mahal ni. Membazir...Membazir amalan sape???Syaitoonnn...Biarlah tak branded dan tak mahal, janji aku suka. Hehee..Kat Daiso aku dapat beli dengan harga RM5. Yeayy...


Minggu lepas jalan-jalan kat JJ Equine, macam biasa akan singgah kat kedai DIY. Sesiapa yang tinggal area sini mesti dah cukup familiar dengan kedai DIY tu..Tak dapat beli pape, cuci mata pon dah cukup..Then aku nampak signboard yang Daiso akan dibuka di JJ Equine..yeayyy! Tak payah jauh2 gi ioi mall atau the mines yang asyik jammed je tu...Tapi kedai still under construction. Derang wat sebelah Pejabat Pos JJ Equine tu..Syok! ^_^



Banyak barang-barang mekap...



Pilih...pilihh...

Camni la rupa handbag hanger yang aku beli tu...cantik kannn..






Monday, July 2, 2012

Pekeliling Baru PTPTN Memang Menggembirakan


Alhamdulillah....Alhamdulillah....Gembira sangat dan bersyukur bila dengar berita nih...Mungkin masih awal lagi untuk rasa gembira, tapi at least berita ni amat melegakan aku..Sebelum ni ada kuar pekeliling yang sama dari PTPTN untuk Bajet 2010, sesiapa yang grade after 2010 dengan kelas pertama, boleh mohon untuk tukar pinjaman kepada biasiswa. Means, tak perlu bayar se sen ponnn..Aku yang memang grade tahun 2009, rasa cam tak puas hati tetap gak hantar permohonan..Beza 1 tahun je tu! Isk! Nak try la gak kan kot2 pegawai yang cek permohonan tu terlepas pandang ke..simpati ke..kih kih kih..Harapan je la coz kena reject. T_T


Tapi baru-baru ni kuar pekeliling baru dari PTPTN untuk tahun 2012..Pelajar peringkat ijazah yang tamat belajar sebelum 2010, kini boleh memohon untuk pengecualian bayaran balik dengan syarat dapat Kepujian Kelas Pertama..Tapi untuk ijazah saje ye...Diploma tu tetap kena bayar..So sekarang hati tengah berkobar-kobar untuk memohon..At least kalau berjaya, rasa berbaloi gak la penat2 belajar time kat universiti dulu kan..Siapa2 yang layak tapi belum memohon lagi, sila la cepat2 memohon coz tarikh tutup ialah pada 30 Jun 2013...Yee..Memang tahun depan, tapi benda baik ni kan elok dipercepatkan..Ehehe..


Nanti aku update lagi pasal nih..Korang doakan la permohonan aku berjaya ye..Aminnn~






Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers