Thursday, June 30, 2011

Reveal.

Soon...




It will change.




Let the time tells.







Monday, June 20, 2011

Coca cola Glass di McD Punye Cerite..


Mereka yg gemar makan mcd mesti tau yang skang tengah ada promotion kat mcd, kalau bli value meal, seat large ngan sundae, dapat free coca cola glass limited edition. Benda free ni konfem ramai la suke termasuk aku. Sabtu lepas gi makan kat macd equine park ngan osmet aku. Borak punye borak..Makan punye makan..Fries tak habis, kitaorang tapau bawa balik. Sampai je umah tengah lepak2, tibe2 dapat sms dari osmet aku..(bilik sebelah2 pon communicate guna sms!)

Dia : nad..sori, aku tertinggal gelas kite kat mcd tadi..
Aku : yeke? aku ingat ada pada ko!
Dia : aku sedey..huk huk.
Aku: Jom gi mcd
Dia : Seyess?
Aku : Jom!

Oh, takleh jadi..Aku terus ajak dia kua balik gi mcd. Masa tu kira dah sejam la gak pas balik dari mcd.


Sampai je kat mcd, tempat kitaorang duduk tadi dah ada orang lain duduk, gelas2 tu pon dah takde..Ahhh..si osmet aku terus gi tanya cleaner kat situ. TAKDE! nampak lagi sorang cleaner..tanya punya tanya..dia kata ada simpan kan..wuhuuuu~! tak sangka leh dapat balik..yeayyy..balik umah ngan senyuman coz tak sia2 patah balik gi mcd. hehee..



cantik kannn.. ^_^


Ada pernah tu, gi mcd gak beli set yang sama, bila dah bayar, takde glass free..tanya kat cashier tu, glass mana? kot2 dia terlupa kan.."glass dah habis stok, datang lain kali ye kak" haihhh..kecewa..nak wat cmne, takde rezeki kannn~

Sunday, June 19, 2011

Bahasa Ketiga.

Korang ada bahasa ketiga tak yang dipelajari? cam mandarin ke, jepun ke, apa ke..Aku rasa bahasa ketiga skang ni bukan untuk suke2 belajar je, tapi penting gak kot. Nape orang panggil bahasa ketiga? sebab mostly oranga kat mesia ni tau bahasa melayu and bahasa inggeris, so bahasa lain selain daripada yang disebut adalah bahasa ketiga.


Aku tau bahasa jawa, so leh kira bahasa ketiga tak? hehe..mostly orang yang berasal dari johor tau bahasa jawa even tak banyak, cket2 pon jadi la..walau aku berketurunan jawa (walau kat surat beranak aku and parents tulis keturunan melayu), tak bermaksud aku terus automatik tau berbahasa jawa. lagi pon parents aku kat umah leh senang guna bahasa melayu. so, camne aku leh tau berbahasa jawa? kena belaja tau! ada usaha, ada hasil nya..aku rajin bertanya dengan mak ayah aku atau nenek and datuk aku kalau tak paham sesuatu istilah dalam bahasa jawa tu.."wesss...ngomong opo2 wae la sido ney..." ;p


Masa skola menengah, time form2 and form3, aku amik aliran agama. So, kena la blajar bahasa arab gak..tapi takde la payah pon, bahasa arab komunikasi je. so, just tau yang basic2 jek. Tapi dek kerana tak mengamalkan, maka dah lupa sume istilah2 dalam bahasa arab tu..ishh, berdosa. "kaifa haluka?"


Bila masuk university, aku amik kos management. Setiap pelajar diwajibkan amik bahasa ketiga. so, aku amik la bahasa mandarin..Kot2 nak pegi kedai cina nanti ke, leh la tawar menawar guna bahasa mandarin kan...Wahahaa..Kerana sangat mengikuti mata pelajaran nie, so tiap kali final pon aku berjaya dapat A..waahh, agak hebat kot. ahaha..Time study dulu rajin la kunun2 bual ngan osmet pon nak cakap mandarin gitu. Tapi kerana lagi sekali malas nak praktis, so cket..cket..lupa dah..huhu...rugisss! Nampak nya kena slongkar balik almari, cari buku2 time study dulu. "ni hao ma? wo hen hao..wo shi nadia..wo yao yi hen yinjung nan pengyou" wahahaa.


Aku gak minat tengok cite and kartun jepun..So, kadang2 cam tak best coz tak paham pe dia bebel kan. Memang bergantung pada translator la..hehee..tapi besh tau bahasa jepun nih. cam cumel jek..tapi orang2 jepun memang cumel pon kan..kartun cam slam dunk ke, dragon ball ke, inuyasha ke, gto ke...heee...suke2..."gambatte...gambatte..." hehee..


So, korang? ada bahasa ketiga tak? Lom terlambat kalau nak blaja skng pon..Pe susah, google translator kan ada..Aku skng pon cam berminat nak blaja bahasa perancis lak dengan bantuan google translator..one word per day, 365 words per year..at least, kan?? hehee.."Bonne journée"..!!

Friday, June 17, 2011

Ketika Khutbah Jumaat...

Nabi bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk sehingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: “Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Nabi s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan solatlah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Berdasarkan hadis ini, jika seorang muslim memasuki masjid ketika imam sedang menyampaikan khutbah Jumaat, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat dengan meringankannya.


*Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" [HR al-Bukhari #892, Muslim 851].


Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).


Menurut mazhab imam l-Syafi’I, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.


Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.


Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan TIDAK MENDAPAT PAHALA tetapi solat Jumaat tetap sah.


Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan, iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.


Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, "Sesungguhnya apa yang syara'kan adalah agar seseorang itu adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].





Wednesday, June 15, 2011

Jangan Terkeliru Dengan Fadhilat Bulan Rejab.

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)


Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Haram yang dimaksudkan ialah haram berperang. Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. Ada sebilangan dari kita bila tiba bulan Rejab baru nak berpuasa sunat dengan harapan dapat ganjaran lain atau pahala lebih. Tiada satu hadis sahih yang membuktikan pernyataan tersebut.


Tambahan:
KEUNGGULAN ISLAM - Kesahihan fadhilat amalan di bulan Rejab

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).


Berhati-hatilah, jangan tersampai salah niat.



Berdosa Jika Kita Berkecil Hati..

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”


I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili


So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.


P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu. Tapi kita sebagai manusia biasa, yang tak sempurna, tak mungkin kita tak pernah berkecil hati atau suka dengan puji-pujian..cume, biarlah berpada-pada.."


credit to: sekilas memoir

Monday, June 13, 2011

Mencari Cinta Adam Dan Hawa.

Benar.. Jodoh itu ketentuan Tuhan.. tapi kita kan ada terma merisik..?? Salah ke merisik..?? Tak salah, bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.. hmm..

Untuk Adam..

Andai Mahu Mencari Hawa..

1. Jgn dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.. kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. Lihatlah pada telapak tangannya.. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. Lihatlah pada sebujur bibirnya.. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. Andai tidak redup menundukkan pandangan.. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


Untuk Hawa..

Andai Mahu Menerima Cinta Adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. Lihatlah pada aktiviti malamnya.. Andai liar hidupnya tika malam menjelma.. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.. Kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.. Lihatlah pada bahagian kakinya.. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. Kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata.. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.. tetapi hari ini.. mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri.. Begitulah juga sang lelaki.. Kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim.. tetapi dalam hatinya..?? Siapa yang tahu..Bak kata pepatah, "don't judge a book by it's cover"

Credit to: Tinta Emas




30 Fakta Tentang Hati Wanita

30 Fakta Tentang Hati Wanita



1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

BD 66 300x269 30 Fakta Tentang Hati Wanita

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius bisa mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Setelah sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengorat kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau mau memikat wanita pandai-pandailah…usaha tangga kejayaan..yes!

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai..



Credit To: Tinta Emas





Suka Cara Dia.

Suka cara dia...


Yang selalu mengingatkan tentang solat, syurga, neraka dan mati..
Yang lembut bila berbahasa dan rajin memberi nasihat..
Yang tau mengambil hati budi dan menghormati orang tua..
Yang segan berhadapan dengan kaum bukan sejenisnya..
Yang mudah mesra dan pandai bergurau..


Yang rajin menjadi imam di dalam solat..
Yang rajin membaca al quran bila ada masa terluang..
Yang rajin mencari rezeki Allah..
Yang rajin membaca buku2 agama..
Yang tak kedekut memberi pendapat dan pandangan.


Yang tidak berpura-pura..
Yang amat bersederhana dan merendah diri..
Yang mudah melafazkan maaf dan tak ego diri..
Yang mempunyai perancangan dan matlamat sendiri.


Alhamdulillah.
Moga dia istiqamah.
Moga sifat2 yang mahmudah itu berkekalan hendaknya.
Amin.

Wednesday, June 8, 2011

Makan Hasil Dari Air Tangan Orang Tak Solat.

Info nie aku dapat dari blog yoyospa. Sekadar perkongsian dan moga bermanfaat untuk kita semua.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Dan bila nak cari calon isteri nanti, utama kan lah wanita yang sentiasa menjaga solat nya, kerana dia bukan saja bakal menjadi isteri kita, tetapi juga ibu kepada anak-anak kita, yang akan menyediakan makanan untuk kita sekeluarga.

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Kerana semua itu akan menjadi darah daging. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .


Dipetik dari: yoyospa



Waktu Mustajab Untuk Berdoa.

Waktu Afdhal (Mustajab) berdoa

1. Lailatul Qadr (10 mlm terakhir bulan Ramadhan)
2. 1/3 akhir malam
3. Setelah solat fardu
4. Semasa solat fardu
5. Ketika turun hujan
6. Ketika peperangan menentang orang kafir (Jihad)
7. Ketika minum air zam-zam
8. Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)

9. Ketika di antara azan dan iqamat
10. Hari dan malam Jumaat
11. Ketika berpuasa bulan Ramadhan sehingga berbuka
12. Ketika berbuka puasa bulan Ramadhan

13. Ketika majlis ilmu
14. Ketika iktikaf di masjid
15. ketika sujud
16. Doa pemimpin yang adil

17. Ketika di bukit Safa dan Marwah
18. Doa orang yang dizalimi
19. Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
20. Ketika musafir yang diharuskan syara'

21. Doa ibu bapa kepada anaknya
22. Doa anak yang soleh kpd ibu bapanya
23. Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)


Tuesday, June 7, 2011

Chocolate Lava..I Like~

First time aku makan bende ni time besday bobot pada bulan Mei yang lepas...Amboiihh, sedap gilak..Terus rasa cam terpikat. Actually feveret cake aku kat SR ni, blueberry cheese, tapi bila dah merasa cake nih, terus aku lupa kat blueberry cheese..uhuhuu...



Kek ni cam chocolate moist kot..Luarnya lembut je, pastu topping ngan white cream, dalam tu ada inti sos coklat cair...yumm!





Perhatikan bila dikuis, topping white cream tu akan mencair dan berpadu ngan sos coklat kat dalam tu...Sluuurrpppp~


Hampir tiap minggu lak aku bli mendalah ni...Adeiiii~ Cam ketagih lak. Bahaya nih. Dah la harga leh tahan mahal. Kan tiap isnin hingga khamis, kalau kita beli 1 slice cake kat SR, free 1 cup of tea or coffee kan...Tapi aku kecewa gilak bila kek chocolate lava ni tak termasuk dalam pakej tu..haihhh...so semalam gi SR, beli lah blueberry cheese cake 1, ngan chocolate lava 1..Bila aku makan dua2, ternyata chocolate lava nie lebih terpahat di hati...wahahaa..sedapnye..



p/s: aku memang penggemar cake ;)





Make Me Strong.

Aku baru dengar cite dari mak aku, membe skola aku time skola rendah, baru putus tunang even baru sebulan bertunang. Kesian kan? Tu la, kalau takde jodoh, redha je lah. Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun kita kena kena ingat, semua dugaan tu tanda sayang Allah kepada hambanya, supaya kita tidak terlalu enak dan leka diulit kenikmatan dunia yang bersifat sementara.


Kita sering tertanya-tanya, nape kita tak dapat apa yang kita harap-harapkan walau kita dah berusaha keras, berpenat-lelah tak kira masa, memerah keringat dan air mata..Takde manusia yang tak pernah diuji. Terpulang kepada manusia itu sendiri bagaimana dia mahu menghadapi ujian tersebut. Melarikan diri daripada masalah bukan lah jalan penyelesaian.


Aku suke dengar lagu bertajuk "Make Me Strong" by Sami Yusof bila jiwa tak tenang. Korang pon leh la cari lagu niye. Lirik dan alunan lagu dia memang mendamaikan. Kalau tengok pada lirik dia pon cam bait-bait doa pon ada. Hehe..


Make Me Strong


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow


You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

By: Sami Yusuf



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers