Thursday, July 24, 2014

Entry Before Raya

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar hampir tiba kita ke penghujung ramadhan...Sudah tentunya ramadhan dan aidilfitri kali ini disambut amat berbeza dengan tahun-tahun sudah kerana kini kami sudah bertiga ;)

Ramadhan tahun lepas cukup bermakna buat kami bila aku disahkan mengandung..tu pon aku tak perasan cuma bila dah dekat dekat hujung ramadhan aku macam pelik nape tak period lagi..puasa penuh ke? Bila cek kat klinik, baru tau pregnant..dan alhamdulillah dapat la puasa penuh tahun tu..Tu je la sekali aku dapat puasa penuh sepanjang aku hidup hingga ke hari ni..eh ayat..hehe. Ingatkan tahun ni dapat la puasa penuh gak kan coz orang kata kalau fully breastfeed mom ni lambat sikit nak datang period. Tapi non hado la..Tak semua orang bertuah macam tu. Maka tahun ni tak dapat la berpuasa penuh..Huhu..Dan pasni kena be extra careful la, kot tibe2 Hanan dapat adik lagi lak dalam masa terdekat..ahahaa...

Alhamdulillah setakat ni tak pernah missed bangun sahur..Tak pasang alarm pon takpe coz my baby memang bangun awal pagi tolong kejut ummi dia..ekk ekkk...bagi susu lelap balik. then ummi nya sambung la ke dapur memasak untuk juadah bersahur. Kadang-kadang hanan pon ikut sahur sekali..hahaa...Tapi time berbuka jarang la dapat masak terutamanya bila dah masuk kerja ni..Sampai rumah pon dah lewat then nak ambil hanan dari rumah pengasuh lagi..Ada tak sampai sejam je lagi waktu berbuka, end up beli je lah..Hanan pon ikut mood gak. Kalau baik, ok lah..Kot time mood dia nak berdukung je, memang ummi takleh nak wat kerja apa lah.

Untuk persiapan raya, anak yang diutamakan..Pergi shopping pon nampak baju comel-comel je untuk baby girl..geyyam tauu..Nasib baik la harga mahal kan, so beringat2 juga lah. Kalau gaun tu, selai pon harga dekat 100, tak dapat la nak beli banyak-banyak..Tapi alhamdulillah rezeki hanan, ada gak aunty2 dia yang baik hati sponsor baju raya dia..ummi dia la yang excited.hihi..Baju ummi dan ayah nya cukup la ala kadar je..Lagipon tak dapat cuti raya lama-lama, hubby dah kena masuk kerja..huhu..

Ada banyak tema lak tahun ni..Untuk family belah aku kale pink..Untuk family belah hubby kaler purple2 cket..Untuk family sendiri kale merah..hihi...Ok lah, dikesempatan ni aku nak minta maaf zahir batin seandainya ada buat salah silap kat korang sama ada secara sengaja atau tak disengajakan..salam kosong kosong ye. ^_^




Thursday, July 17, 2014

Warkah Buat Hanan Nuwairah






Hanan...
Kelahiranmu sungguh ummi dan ayah nanti-nantikan
Alhamdulillah hanan lahir dengan sihat walafiat, cukup sifat, selamat
Bila teringat kembali saat-saat ummi melahirkan kamu,
saat kamu diletakkan dalam dakaman ummi,
saat kita bertatapan mata buat pertama kali
Saat suaramu bergema dan terdiam merenung ummi
pasti bergenang kembali mata ummi kerana terharu dan terlalu gembira dengan anugerah Allah ini
Seakan tidak percaya diri ini sudah bergelar seorang ibu



Hanan..
Saat ummi ditolak keluar dari labor room
Hanya satu wajah dan suara yang ummi nanti-nantikan
ingin ummi segera tunjukkan pada dirinya "Abang, ini anak kita..hasil cinta kita.."
Ketika ayah kucup dahi ummi, mengazankan dan mengiqamatkan kamu, hati ummi cukup tersentuh..
Satu perasaan indah menyelinap di dalam hati ummi
Syukur di atas pelengkap yang Kau hadirkan buat kami ya Allah..


Hanan..
Menjalani minggu-minggu pertama kelahiran kamu bukanlah suatu yang mudah
Dengan kesakitan yang masih bersisa, keletihan yang tak terucap
Hampir setiap malam tangisanmu mengejutkan ummi dari tidur
Sehingga kadangkala ummi hampir hilang pertimbangan
Syukurlah kesabaran ummi masih utuh
Sesungguhnya semua itu adalah pengalaman baru buat ummi
Ummi juga dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyokong dan membantu ummi
tanpa mereka mungkin ummi tak mampu laluinya seorang diri


Hanan Nuwairah..
Hanan, kesayangan, rezeki dan anugerah buat kami
Nuwairah, seindah bunga di taman, berkembang mekar harum dan cantik
Kasih sayang kami buatmu sungguh tak terucap
Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah,
membanggakan kedua orang tuamu, agama, bangsa dan negara..





Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers