Wednesday, February 12, 2014

Breastpump Pilihan - Spectra M1


Assalamualaikum...

Breastpump sekarang dah macam jadi keperluan untuk ibu-ibu yang berkerjaya mahu pon surirumah. Ye lah, harga susu tin kan mahal, lagipon kita disarankan untuk bagi susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun..Bukan saja khasiat susu ibu itu yang baik untuk bayi tapi juga dapat menjimatkan kos. Untuk mencapai matlamat penyusuan eksklusif susu ibu kepada anak, maka aku pon duk sibuk review berkenaan breastpump ni berbulan-bulan lamanya..Aku memang suka survey dulu sesuatu barang tu sampai betul-betul puas hati baru decide nak beli. Yang penting harganya berpatutan, benda tu ada kepentingan dan kegunaan dan kualiti adalah berbaloi. Kalau kualiti ok tapi harga pulak mencekik, memang aku tak beli la coz tu tak masuk dalam barang kepentingan, dah macam kemewahan lak walhal ada lagi pilihan lain yang menawarkan harga lebih murah.

survey aku bukan setakat di internet dan google je, aku tanya gak saudara mara aku, kawan-kawan berkenaan breastpump yang derang pakai, aku pergi satu-satu kedai untuk tengok sendiri demo breastpump tu macam mana. Medela freestyle takde dalam senarai ye walaupon tu la brand paling top dikalangan mummies (yang mewah). Bagi aku stok susu tu bukan bergantung semata-mata pada mahalnya harga breastpump tu tapi pada disiplin ibu tu gak. Faktor pemakanan dan lain-lain pon boleh diambil kira.

Setelah menilai dan menimbang tara, maka aku decide untuk beli brand Spectra coz dalam banyak-banyak breastpump, yang ni la paling mesra bunyi. Time aku tengok demo kat kedai barangan bayi, medela pon ada kua bunyi tau even tak la sekuat mana. Spectra just vibrate semata so itu adalah penting kalau ko nak pump kat ofis. Malu oh kalau tengah pump berbunyi-bunyi lak, gangguan pon satu hal. Lagi satu kalau bunyi bising, ko nak pump sebelah baby mungkin dia leh terjaga dari tido. Huhu...Dalam banyak2 model dia, aku terberkenan kat model Spectra Dew 300..Camni la rupanya...

 

Tapi Spectra Dew 300 ni saiz dia agak besar..Macam kelapa, eh over lak. Macam bola bowling dipotong dua..so, aku masih berfikir-fikir lagi...Time tu ada gak la baca review orang berkenaan breastpump brand lain macam Unimom, Pureen, Avent, Snowbear, Rumble Tuff dan yang terbaru Eve Love. Yang ni buatan Malaysia. tapi aku tak bape gemar coz still time aku tengok demo, dia keluarkan bunyi which i don't like. Memang comel la design dia kaler pink bunga2 and siap include dengan power bank and mp3 lagi.

Time tengah duk berfikir-fikir tu, Spectra lancarkan model terbaru dia iaitu Spectra M1..camni rupanye :

 

Gigih la aku ajak hubby gi kedai untuk tengok demo camne benda alah ni berfungsi. Aku cukup teruja bila saiz breastpump ni agak kecil, ringan dan cute je berbanding model-model lain keluaran Spectra. Muat tapak tangan je. dan yang penting dia takde keluar bunyi! Hehee..Harganya pon amatlah berbaloi-baloi...Bila dah dapat model idaman, aku survey lak kedai yang menawarkan harga and pakej yang berbaloi-baloi. Breastpump ni takleh beli sebiji camtu je coz ko akan perlukan benda lain gak macam beg breastpump, ice pack, storage dan sebagainya. So, aku decide untuk beli kat kedai One Baby World. Bila weekend aku pergi la menjengah branch dia kat Shah Alam, tapi alangkah hampanya coz model ni dah habis dijual dalam masa yang singkat. Bila aku survey kat kedai lain pon banyak dah habis dijual. Memang laku la macam goreng pisang panas. So, tak berputus asa, aku decide untuk beli online je kat website One Baby World. Alhamdulillah..Selesai..

 Tunggu punya tunggu...tak kunjung tiba gak parcel aku..Bila tanya kat customer service derang cakap habis stok..Next week baru ada..aku tunggu la sampai next week, tak dapat gak..cuztomer service cakap supplier masih belum hantar stok, next week maby..So sampai la hampir sebulan aku tunggu baru lah dapat parcel ni. Punye la seronok, macam dapat hadiah besday! Padahal benda yang kita bayar pon..hehe..Nasib baik la time ni aku belum terberanak lagi..aduyai~ 

 

Balik rumah terus buka box dan selongkar isi dalam tu..Banyak free gift dan barang tu pon ok. Sangat berpuas hati..Tak sia-sia la aku tunggu lama. Alhamdulillah..Pakej yang aku beli ni nama dia Spectra M1 Flexi Package. Dalam tu ko boleh dapat barang-barang macam ni :

 


 Banyakk kan isi dia? Actually beli pakej lebih lebih menjimatkan dan dapat banyak free gift. Ni aku copy dari website One Baby World :


Spectra - Spectra M1 **FLEXI BREASTPUMP PACKAGE**

RM522.00



  • 1 unit of Spectra M1 Breast Pump worth RM508.00
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • 10 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag worth RM38.90
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90 (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
  • 1 pc Autumnz Trendy Cooler Tote worth RM18.90 (you can change to a Cooler Bag / Cooler Tote - see Step B below)
  • FREE 1 pc BPA-Free Easy Drying Rack worth RM29.90
  • FREE 1 pc Receiving Blanket worth RM15.90
  • FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
  • FREE 2 pcs RM10 OBW Shopping Voucher worth RM20.00
  • FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover                
TOTAL NORMAL PRICE = RM707.40
TOTAL PACKAGE PRICE = RM522.00                               
TOTAL SAVINGS = RM185.40
  • One more thing, postage is also FREE^ if you live in peninsular Malaysia!

Haa..banyak kan free gift dia bagi? Best..best..Dan kalau ko nak pilih beg tu pilih macam yang aku beli ni coz aku dah survey kat kedai dia, beg-beg yang lain tu saiz dia agak kecil so tak muat la ko nak isi milk storage dengan breastpump skali. Yang aku beli ni saiz dia just nice. Ada gak la yang corak berbunga-bunga tapi aku terpikir kang hubby segan lak kalau aku nak suruh dia bawa beg bunga-bunga tu, so kaler plain adalah selamat..hehe..



Ni kaler Burgandy

 Harga asal beg ni RM55.90 tapi kalau beli ikut pakej hanya RM16 je..berbaloi-baloi kan? Aku dah test memang muat la nak sumbat banyak benda. Ada dua compartment. Compartment atas untuk set breastpump dan compartment bawah untuk milk storage dan ice pack. 

Ni bahagian atas..see..muat kan nak letak breastpump?


Ni compartment bawah..boleh adjust lagi tu..aku main sumbat je. hehe
Aku ada gak tambah Warmer brand Autumnz..Harga asal dalam RM99.90..Tapi aku dapat harga RM79.90 sahaja..Thanks hubby sudi belanja semua-semua ni...Best..best..Hihii..

Ya Allah, semoga bekalan susu aku nanti mencurah-curah sesuai dengan pelaburan yang aku buat ni..Aminn...;)




Friday, February 7, 2014

Susu Ibu Hamil




Assalamualaikum...

Kali ni nak bercerita pasal susu untuk ibu hamil..Susu ni penting tau..Untuk tumbesaran janin dalam perut. Selalunya susu ibu hamil ni lengkap dengan acid folic, zat besi semua. Wanita sebenarnya disarankan untuk jadikan minum susu sebagai amalan harian sejak sebelum hamil lagi. Aku ada gak la minum, tapi susu dutch lady full cream..sedapp..lemak berkrim.

So bila kandungan dah nak masuk 3 bulan, tercari-carilah susu yang sesuai untuk ibu mengandung..Mula-mula aku try susu Anmum..Tu kan popular di kalangan ibu mengandung. Aku dah minum  semua perisa termasuk la vanilla, coklat dan mango. Yang mango memang sedap la. Semua pon sedap sebab rasa dia agak manis kan. Tapi still rasa loya tu tak hilang bila kena minum susu panas-panas. Wap dia menusuk-nusuk hidung..Peehh..Kadang2 minum susu sambil tutup hidung je. Huhu..Tapi bila lama-lama, rasa bosan lak dengan susu anmum, aku cari susu lain..


Aku beli dumex mama dengan harapan nak try dulu la..Oh my God, bila baru buka paket dia, dah terbau macam hancing kencing tikus menusuk hidung. Tak tau la aku yang over atau memang bau gitu..Tapi aku bancuh gak dengan air panas, dengan harapan bau tu akan hilang la, mungkin tu permainan minda je..Bila try telan, Allah rasa dia takleh tahan..dengan bau yang makin kuat. Terus aku buang sepeket tu semua. Tak tahan beb..huhu..Terasa bersalah coz dah membazir.


Then aku cari alternatif lain, aku buka website susu semua, dan request sample..So, macam-macam sample free aku dapat. Bukan sample je, termasuk la gift sekali yang diaorang bagi..best..best..Aku ada register dengan Friso, Enfa Mama, Anmum, Dumex dan macam-macam lagi..Bagi aku selain Anmum, Friso pon sedap gak. Rasa dia lebih kurang je..Tapi disebabkan kemalasan nak bancuh susu setiap hari dan penat nak tahun bau wap susu tu, maka aku setia je dengan susu Dutch Lady..heheee..Satu kotak besar tu aku boleh habiskan dalam 3 hari..Kalau cepat sikit dalam 2 hari lah. Senang kerja aku. Masuk je peti ais, bila nak minum, tuang je dalam gelas. Susu ni takleh simpan lama bila dah buka, tu yang kena habiskan dalam 3 hari gak..


Bagi ibu-ibu hamil yang takleh minum susu, boleh try macam aku, minum je susu kotak. Walaupon agak costly, tapi brbaloi la gak. Aku selalu beli time ada promo coz kalau beli normal price mahal kan. Sekotak mau RM5.60..Kalau time promo kat Giant ke, Econ Save ke boleh la dapat dengan harga RM3.99 ke, RM4.30 ke, yang penting tak sampai RM5 lah sekotak. Then aku beli bundle terus untuk buat stok..hehe..Oh, lagi satu kalau nak minum susu tu seeloknya yang vanilla la coz kalau coklat, doktor tak suggest sangat coz banyak gula dan perasa je, tapi kalsium dia rendah..Pastu boleh wat HB rendah..Kalau minum susu Dutch Lady ni, better ambil yang Low Fat la sebab kalsium dia tinggi..Kalau yang full cream tu berlemak dan boleh tambah berat. Sejak berat aku tambah mendadak hari tu, aku terus tukar ke Low Fat..Mula-mula macam tak bape best la, tapi lama-lama dah boleh adapt, sedap je aku rasa. Hehe..Hubby suka gak, tapi dia minum yang perisa coklat je.


Kalau nak travel macam balik kampung or outstation ke, aku beli pek yang kecik2 tu..Senang kan. Nak minum terus ambil je dan habiskan, tak payah simpan. Alhamdulillah, sepanjang aku amalkan minum susu dutch lady ni, takde la rasa sakit gigi ke, sakit belakang yang teruk ke, means jumlah kalsium aku ambil mencukupi la kot..hehe..boleh plak kot kot kan..Jangan risau kalau susu tu takde vitamin tambahan coz ubat yang klinik bagi kan ada. Tu pon dah mencukupi asalkan ko tak skip-skip makan ubat tu. Alhamdulillah, syukur Allah permudahkan perjalanan kehamilan aku. Semoga time bersalin nanti pon dipermudahkan gak. Amin...








 

Thursday, February 6, 2014

Pantai Bagan Lalang

Assalamualaikum..

Sempena cuti Chinese New Year yang lepas, aku dan hubby takde balik kampung pon coz hubby kena kerja hari Ahad tu..Tapi takpela coz extra lagi 2 hari tu dia cuti..Yeyy..Leh la berjimba-jimba. Hari Jumaat tu kitaorang banyak menghabiskan masakat umah je..Hari Sabtu baru keluar berjalan-jalan..Paginya pergi bershopping groceries..petangnya gerak ke Pantai Bagan Lalang..


Mungkin sebab cuti umum dan ramai gak yang tak balik kampung, so sepanjang jalan nak ke Bagan Lalang tu jem la plak..Uhuhu..Aku yang duduk sebelah driver pon dah rasa kebas punggung. Hubby relax je, takpelah. Selepas lebih kurang 1 jam lebih perjalanan, sampai la kami ke tempat yang dituju. Ada kawan hubby dah sampai awal sikit dari kitaorang, dia dah book tempat untuk makan-makan nanti..Kalau berjalan ke laut atau pantai, tak syok la kalau tak pekena seafood ye dak? Tempat yang dipilih adalah Sea View Restaurant, dekat je dengan pantai..Plan nak asal nak makan tempat lain, tapi tempat tu dah penuh, nak booking pon dekat kul10 mlm baru ada..huhuu..Tempat tu famous kot tapi lupa la apa nama dia.


Sementara tunggu makanan siap, aku ngan hubby berjalan-jalan la tepi pantai..Memang ramai la pengunjung hari ni..Meriah! Dengan yang main layang-layang lagi, ber BBQ lagi, bercamping lagi..Tapi air dia macam tak berapa bersih la kalau nak mandi. Biasalah pantai, berpasir je kan..Lain la air terjun, jernih je air..


Pas maghrib baru la makanan dihidang. Punya lama tunggu sebab orang ramai kan. Air yang di order pon dekat nak habis. Ok la dia charge. Dalam RM170 je untuk 6org makan..Ada ikan siakap 3 rasa, ikan stim halia, kerang rebus, sayur kailan, jus oren, sotong goreng tepung..Nyam2..Baliknya sempat lagi aku beli Durian Crepe kat situ harga RM10, tp saiz besarrr gila..Aku redha je la kalau rasa dia tak sedap pon. Tapi bila rasa ummmppp..melekat! Memang sedap la, puas ngan saiz dia gemuk2 gitu. Tapi sayangnya tak sempat lak nak ambik gambar. Hehee..



Dugong terdampar di tepi pantai..;p




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers