Tuesday, November 30, 2010

Nak Makan Free Tak?

Mula2...kena naik kete kabel dulu, nak sampai ke tempat tu....



Then, gunakan laluan nie...di sepanjang tepi gunung...



Berhati-hati bila berselisih dengan orang dari arah bertentangan...Pandai2 la yea..


Mendaki ke atas...Panjat dengan kaki memijak ke setiap lubang yang telah dibuat..Tangan sentiasa berpaut pada rantai besi yang disediakan.


Langkah terakhir...Berjalan menuju ke destinasi..Nak dekat sampai dah ni..


TADAAAA...!!!!
Dah sampaiii...Restoren di puncak gunung yang curam ini terletak di negara China...Ia menawarkan hidangan percuma kepada pendaki2 yang berjaya sampai ke puncak. Amacam, berani try??




Friday, November 26, 2010

Mimpi.

Kita hanya boleh bertemu mimpi bila kita tido. ..Tapi leh gak bertemu ngan mimpi time kita berjaga. Camne tu? Tu yang dikatakan mimpi di siang hari. Berangan lebey la tu..!;p


Ada orang cakap, mimpi selalunya terbalik. Ada gak yang cakap mimpi mainan tidur. Ada yang cakap setiap mimpi tu ada firasatnya. Tapi camne hal nya kalau kita tak ingat apa yang kita mimpikan time tidur? Hehehee..Aku selalu gak gitu. Lagi-lagi bila tidur dah lena kan..Tau-tau je dah pagi, pastu tak ingatlah mimpi pe..Orang tua2 kata, salah satu cara nak menajamkan ingatan ialah dengan cuba mengingat kembali apa yang kita mimpikan time tidur. Camne nak wat? Lepas je ko celik mata bangun tidur, kerah otak ko untuk ingat kembali pe yang ko mimpi time tidur tadi..Cuba lah!


Ada orang kata, kalau kita mimpi orang tu meninggal dunia, maksudnya umur orang tu panjang...Kalau kita mimpi panjat bukit or gunung, maksudnya kita bakal memperoleh kejayaan dalam apa yang diusahakan...Ada gak orang cakap, kalau mimpi kena belit ular tu maksudnya ada orang nak masuk meminang. Jangan silap! Aku pernah dengar ustaz cakap, kalau kita bermimpi rumah kita atau diri kita didatangi binatang buas seperti ular ke, kala jengking ke, dan yang sewaktu dengannya, tu petanda ada orang dengki or busuk hati ngan kita..and mungkin orang tu berniat tak baik dengan kita. So, berwaspadalah!


Kalau nak tau lebih lanjut tentang tafsiran mimpi, gi la tanya encik google. Apa yang penting, sebelum tido jangan lupa amik air sembahyang..Basuh kaki je tak cukup. Dan jangan lupa baca doa masuk tidur. Barulah leh mimpi indah...InsyaAllah~



p/s: Habit aku sebelum tido, mesti nak pakai stokin..Huhuu...



Kini Lebih Bahagia.

Setiap hari yang dilalui kini lebih membahagiakan..


Mungkin kadangkala sepi terasa,
Mungkin kisah2 silam sejenak terbayang,
Tapi bahagia tetap menjelma.
Tidak perlu memberatkan fikiran memikirkan perkara yang tidak-tidak.
Jadilah manusia positif.

Syukur, alhamdulillah..


Hepi nyerrr....;)





Jaga Hati Sendiri.

Manusia lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh...
tetapi sering melupakan nikmat yang sedia ada...


Jangan terlalu memandang langit di atas sehingga terlupa pada bumi yang dipijak. Kadang-kadang kita terlalu mendambakan dan mengejar sesuatu sehingga terlupa pada apa yang kita telah miliki...Hati sendiri kadang-kadang begitu sukar difahami. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita persoalkan hati dan perasaan orang lain selagi ia tak berkaitan dengan kita..Kenapa dia begitu? Kenapa tidak begini? Persoalan berkaitan hati terlalu rumit untuk dibicarakan, lantaran itu adalah lebih baik disimpan untuk diri sendiri kerana belum mungkin orang lain akan memahami jika kita luahkan..Belum tentu pendapatnya sama dengan apa yang kita fikirkan..Lebih buruk, mungkin tanggapan negatif yang bakal kita terima. Bila kita tau hati nya tengah marah, tak perlu dipersoalkan kenapa dia begitu. Kerana kita tau, kita juga pernah marah dan tentu ada sebabnya kita marah. Bila kita tau hatinya berkecamuk, tak perlu kita menyindir, mencela kenapa dia begitu, kerana hati kita juga pernah berkecamuk, runsing berfikir dan tentu ada sebabnya kita begitu. Bila kita tau hatinya sedang berbunga bahagia, tak perlu kita memperkecilkannya, iri hati dengannya, sebaliknya doakanlah agar kebahagiaannya berterusan, kerana itu juga yang kita harapkan untuk diri kita..


Pengajaran mengajar aku supaya lebih bersikap perahsia dari terlalu terbuka...Memang mudah mencari teman disaat gembira, tapi teman disaat sedih boleh dihitung dengan jari. Orang hanya menilai dari apa yang mereka nampak, dari apa yang mereka dengar, tetapi mereka tidak merasainya..Kerana setiap orang memiliki hati mereka sendiri.


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...

petikan puisi:
(http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2875)





Jaga hati sendiri.


Wahai Sahabatku.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…


Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2856


Thursday, November 25, 2010

Dasyatnya Hari Qiamat.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.





Thursday, November 18, 2010

Awas - Panggilan Misteri

Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula.


Sumber: ARA, Yahoo Email



Tuesday, November 16, 2010

Nina's Collections Giveaway



Dapat tag nie dar mzhany. 'Nina's Collections Giveaway' menganjurkan giveaway nie sempena perasmian pembukaan Nina's Collections, hadiahnya cukup lumayan!!!
Rugi siapa tak join... hihi...



SYARAT PENYERTAAN

1. follow blog nina's collections dan loveninasyakina - done

2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda - done

3. buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda,
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu - done

4. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini - done

5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)
- asfaliza
- hawa
- edura hanum







TARIKH TUTUP

adalah pada 1 DISEMBER 2010



Monday, November 15, 2010

Ada Apa Dengan 26?

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah.

26 November 2010 ialah hari Jumaat...


Sumber: Yahoo Group-metadevoche_1



Saturday, November 13, 2010

Friday, November 12, 2010

Nape Saye Suke Tengok Wayang?

Saye suke giler tengok wayang. Ehh...Aku suke giler tengok wayang. First time tengok wayang masa Form1. Masa tu temankan makcik. Makcik aku tu cikgu. Sebab hari tu ada pe masalah ntah menimpa dia and wat dia jadi tensen, balik skola dia terus ajak tengok wayang. Time tu ngan pakai baju skola lagi, aku ikut je. Hati teruja weh..Yea, tengok wayng! Cite first yang aku tengok ialah Senario The Movie. Hehee..Citer melayu ler.


Time skola jarang sangat kua tengok wayang sebab mak ayah aku marah. Membazir, buang masa, buang duit dan tak berfaedah. Yelah, betul gak cakap mak aku. duit tu leh guna wat benda lain kann..Masa yang ada tu leh guna untuk study kan. Tapi pas habis skola, baru aku mengaktifkan diri kembali untuk menonton wayang. Dapat member2 yang sekepala memang besh. Agak2 tensen study, kua jap tengok wayang. Penah gak marathon tengok dua wayang sekaligus, pastu kua panggung je masing2 dah beku.


Kalau dulu, bila nak tengok wayang je, aku siap bawa stokin dalam beg. Sejuk mehh..tapi skang tidak lagi. Hehee..Selalunya aku suke tengok cite action and anime. Cam spiderman ke, x-men ke..Cite investigation pon suke gak..Baru la feeling lebey kan. Tak bape minat la citer melayu ke, cintan cintun ke..Cite seram leh la layan cikit2, tapi aku lebih banyak tutup mata dari buka mata kot. Apa? Penakot? Bukan laaa...Aku nie cepat terkejut. Kang tibe2 kua antu tu, aku terjerit ke, dah mengganggu penonton lain kann..Haa..gitu laa...;p


Apa besh nye tengok wayang? Simple. Kepuasan! ;)




Jumaat.

Selamat Hari Jumaat.

Tiap minggu tertunggu-tunggu hari jumaat. Baru hari isnin, dah tertanya-tanya bila nak jumaat. Bila tiba hari khamis pon, orang sebok berkata mengenai malam jumaat~ Pe besh nye Jumaat? Kalau tanya kat pakcik jumaat pon maybe dia leh bgtau pe besh nye hari jumaat nih. Bagi kaum perempuan, syok la sebab waktu rehat lama. Dari pukul 12.30 - 2.30. Kebanyakan kaum perempuan gunakan waktu tu untuk bershopping di jusco, giant dan sebagainya. Aku kalau setakat nak window shopping leh la. Sayang duet ohh..Then, rasa waktu kerje tu cam singkat je..Baru wat keje..Eh, dah kul 5.30? Balik! Tapi aku jarang la balik on time kan.


Bila dah jumaat, sok nye adalah sabtu dan ahad. Besh..Coti!


Sekian.


Thursday, November 11, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Rugi Betul!

10.11.2010, Rabu.


Tadi pagi bangun awal coz nak bersahur. Aku tak masak nasi coz rasa tak selera je nak makan nasi. Then panaskan lauk tadi malam, makan la lauk je. Pastu masak megi tom yam. Tak selera gak, bazir tul..Nampak roti, amik la sekeping. Tu pon tak habis. Makan la roti tu separuh. Then minum susu segelas. Pastu tengok jam kat enpon dah pukul 5.38. Seingat aku waktu subuh masuk kul5.38 la, dan time tu aku tengah meneguk air lagi. Gulp! Abes la tak sah pose..Dah lebih time nih. Huhuu..


Bila kat opis, kak L bagi muffin coklat. Nyam2..Aku macam nak makan ke tak nih? Ahhh...Makan je lah. Tengah syok makan tu, aku mendapatkan khidmat mr. google, gi kat website jakim kot. Tengok kalendar waktu solat yang latest, hari ni, waktu subuh masuk kul 5.40. Alaa..Rugi betul. Kira aku ada masa lagi 2 minit la sebelum habis time. Huk hukk...Tapi dah termakan tu. Takleh nak watpe la. Apsal la time lain2 plak. Kat kalendar memang state kul 5.38. Hmmm..Takpe lah. Maybe sok la aku pose. Chayok!!




Nilai semula Solat kita - Anda Tergolong Dalam Peringkat Mana??

Nilai semula Solat kita -
Anda Tergolong Dalam Peringkat Mana??


Golongan 1- Golongan jatuh jadi kafir
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2- Golongan dosa dan derhaka
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3- Golongan Fasik
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4- Golongan Lalai
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5- Golongan awamul muslimin
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6- Golongan Lemah (Mujahadah)
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga! Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7- Golongan orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8- Golongan Muqarrabin (golongan yang dekat dengan Tuhan)
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9- golongan “As-Siddiqin”
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kala! u ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.



Sumber : Email Yahoo Group
SEMBAHYANGLAH KITA SEBELUM KITA DISEMBAHYANGKAN..



Tuesday, November 9, 2010

Kelakar.

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Sumber: Respek Group (Yahoo)

Friday, November 5, 2010

Sape Nak Hadiah Free Dari Paris?


Haaa...entry nie dari blog sis asfaliza. mekasey~ saye akan join coz giveaway nie tak memerlukan saye untuk mengupload pic muka sdiri...hik hik..

Wokayh, first syarat dia kena wat entry pasal giveaway nih. Jangan lupa ha letak sekali pic ni and link trus ke blog penganjur-DONE!


Pastu kannn..Pastu korang jangan lupa tau letak sekali pic atas tu kat side bar blog, pastu link gak kat blog penganjur - DONE!


Nie syarat common...Sila jadi follower kepada blog penganjur. Aku adalah follower ke 486. Hooyeahh!! - DONE!


Dah settle tu, kena tag lak lagi 3 orang. Pastu ha, kena pastikan orang korang tag tu, tau yang derang kena tag. Kalau tak tau, kena la bgtau gak. Haa.... - DONE!
Mereka yang bertuah ialah~ 1. edura hanum


Yang terakhir kalinya, kena tinggalkan nama dan link entry kat kotak komen entry giveaway nih. So, senang la penganjur nak trace korang balik kannn... - DONE!



Marilah join beramai-ramai sebab lagi ramai join, lagi banyak la hadiah..ohohohoo...Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20.11.2010, 12.00pm. Moh, join cepat weh!






Thursday, November 4, 2010

Effective Tips to Solved Daily Problem

Actually, email nie aku dapat dari sorang teman yang rajin forward pape info ke email aku. so, aku rase info yang berguna, elok gak if aku share kat blog kan.


Effective Tips to Solved Daily Problem



Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.


To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.


To make the mirror shine:
Clean with spirit


To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.


To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes 10.

To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.


To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.


To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.


To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.


To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.


To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.


To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.


To check freshness of fish:
Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, it's fresh.


To check freshness of eggs:
Put the egg in water.
If it becomes horizontal, it's fresh.
If it becomes slanting, its 3-4 days old.
If it becomes vertical, its 10 days old.
If it floats, it's stale.


To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.


To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.


To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.

Sumber: Google

Wednesday, November 3, 2010

Dikala Bersahabat

Apabila bersahabat,
diri sendiri &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t



Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."




Sumber : Email Yahoo Group

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.. SAHABAT SELAMANYA..





Tuesday, November 2, 2010

Give Away Kecantikan #4 | Hadiah Tajaan


jom sertai giveaway ini... ada hadiah untuk lelaki dan wanita. jadi, tak kira jantina, GA ni boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat. hehe... 5 orang pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah... syarat penyertaannya adalah seperti berikut:




  • mestilah menjadi follower ardinihumaira.com & Suffah Beauty Shop
  • buat satu special post mengenai giveway ini dan tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen entry ini
  • hadiahnya adalah satu sachet daripada mana-mana produk di atas tu untuk seorang. boleh cuba pastu kalau rasa ngam boleh beli sekotak dan berkotak-kotak terus di Suffah Beauty Shop ;)
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
  • nak tag orang pun boleh... tak tag pun tak apa... ;)
  • nak letak banner di sidebar pun boleh... tak letak pun tak jadi masalah... ;)
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 7/11/10 jam 11 malam

Klik sini: Ardini Humaira





Waspada Lelaki Menyamar Polis Guna Buku Saku

Waspada lelaki menyamar polis guna buku saku



KUALA LUMPUR 1 Nov. - Orang ramai khususnya warga kota diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penjenayah yang menggunakan buku saku berwarna biru dan tertera lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendakwa mereka kononnya adalah anggota dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kegiatan menyamar sebagai anggota polis ini sering berlaku terhadap mangsa yang terdiri daripada golongan wanita.

Menurutnya, kebanyakan wanita yang ditahan oleh individu yang mendakwa sebagai polis, biasanya mudah cemas dan ini menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa.

"Kita meminta orang ramai khususnya wanita supaya berwaspada kerana penjenayah ini hanya menunjukkan sebuah buku kecil berwarna biru tertera lambang PDRM untuk menyamar sebagai anggota pasukan ini.

"Saya ingin maklumkan di sini bahawa setiap anggota atau pegawai polis sepatutnya memperkenalkan diri mereka kepada orang awam dengan menunjukkan kad kuasa berwarna biru atau kuning dan bukannya buku saku," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.

Wan Abdul Bari memberitahu, baru-baru ini, empat wanita mendakwa mereka menjadi mangsa individu yang menyamar sebagai polis sebelum disamun dalam kejadian berasingan di sekitar Bangsar.

"Dalam kejadian pertama, mangsa yang berusia 22 tahun dan bekerja di sebuah butik disamun seorang lelaki bermotosikal yang mendakwa sebagai polis.

"Wanita itu 'ditahan' oleh lelaki tersebut pada 18 Oktober lalu selepas dilihat menggunakan telefon semasa memandu," katanya.

Menurut beliau, kejadian yang sama menimpa tiga lagi mangsa iaitu pada 22 dan 27 Oktober lalu.

Katanya, penjenayah dipercayai individu juga turut mengenakan jaket polis dan berseluar biru untuk memperdayakan mangsa sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan lesen dan barangan berharga lain.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut, polis menahan seorang lelaki berusia 31, yang bekerja sebagai penghantar surat pada pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kami mendapati lelaki terbabit menggunakan nombor plat palsu dan motosikal curi. Buat masa ini, suspek masih disiasat sama ada dia terlibat dalam jenayah penyamaran itu," katanya lagi.


p/s: Macam-macam taktik la orang sekarang guna untuk dapatkan duit...Huhuu..

Credit to: Utusan Malaysia



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers