Friday, October 29, 2010

Hati Yang Keras Membatu.

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:




1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)



2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)



3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.



4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.



5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).



Tuesday, October 19, 2010

Sakaratulmaut - Bagaimana Menghadapinya?

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.

Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.

Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk)




Bahang.

Lately cuaca terasa panas membahang. Apatah lagi bila tibe waktu tengahari. Panass...Terikk..Bila kat office, leh lagi sejukkan udara ngan econ, tapi kalau kat umah, kipas pon tak terasa. Boleh kata tiap-tiap pagi aku gi minum minuman berais untuk sejukkan badan. Tak kira la teh ais ke, teh o ais ke, janji berais. Legaaaa~ Tapi risau lak bila fikirkan side effect nya kan. Belum tua lagi, badan dah lenguh2, sakit2 coz amalkan minum ais..Kadang2 dah tahan nafsu tu, takmo la minum ais pagi2 lagi..takmo..takmoo...tapi arghhh takleh tahan. Huhuuu...


Mungkin kah cuaca panas nie disebabkan oleh pemanasan global? Or sebab dah lama sangat hujan tak turun? Ke aku je yang terasa bahang camtu? Huhuuu...tido malam2 pon terasa bahangnya. Sebelum tido pun nak kena basahkan badan dulu. Baru leh tido ngan selesa.


Mungkin kah ini juga ujian Tuhan ke atas hambaNya yang selalu melupakanNya? ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.....aminnn...

Sunday, October 17, 2010

Perlu Ke?

Perlu ke kita marah seseorang tanpa sebab?


Perlu ke kita menuduh dia tanpa usul periksa? tanpa bukti yang kukuh?


Perlu ke kita bertanggapan buruk hanya kerana perkara yang bermain-main dalam kepala otak kita?


Bagaimana jika perkara yang kita fikirkan tu TAK BETUL? Bagaimana jika kita tersalah tafsiran dan kita menghukumnya kerana kita lebih percayakan NALURI kita dan CAKAP-CAKAP ORANG LAIN? Bagaimana jika telahan kita semuanya SALAH? Bagaimana jika orang tersebut adalah KAWAN kita?


Adakah kita pernah terfikirkan apa yang dia rasa bile diperlakukan sedemikian rupa?





Aku memang tak paham...









Wednesday, October 13, 2010

Keajaiban Bersyukur.

Keajaiban Bersyukur

By: agussyafii



Masalah, ujian dan derita menjadi terasa berat apabila kita tidak pernah tahu bagaimana caranya bersyukur. Syukur menjadi sebuah keajaiban ditengah luka, perih dan air mata karena syukur wujud cinta kita kepada Allah. Cara kita mencintai Allah dan cara Allah mencintai kita hadir ketika kita mampu bersyukur. Bersyukur dengan penuh kecintaan kita kepada Allah sebagaimana kecintaan Allah kepada kita sehingga hidup kita menjadi terasa indah dan bahagia. 'Jika engkau bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmatKu padamu.' (QS. Ibrahim :7).

Bagaimana cara yang paling mudah agar kita bisa selalu bersyukur. Ada tiga hal.
Pertama, Berprasangka baik kepada Allah. Kedua, berprasangka baik pada orang lain. Ketiga, petik hikmahnya. Berprasangka baik kepada Allah & orang lain, sekaligus memetik hikmahnya akan membuat kita merasa aman dan nyaman. membuat hidup kita bahagia.

Apa manfaat syukur? Manfaat syukur ada tiga hal. pertama, kita menyadari bahwa hidup ini tidak ada yang kebetulan, semua apa yang kita alami adalah anugerah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kedua, bersyukur berarti kerelaan kita untuk menerima apapun yang telah menjadi tetapan Allah atas hidup kita. Ketiga, bersyukur berarti memaafkan kesalahan orang lain yang pernah menyakiti hati kita.








Thursday, October 7, 2010

Ada Apa Dengan Pink?

Assalamualaikum...


Tibe2 di pagi yang sunyi lagi permai nih, teringin nak membicarakan tentang PINK. Hohohooo...Oke, untuk yang dah kenal aku lama memang tau la aku nih cukup alergik or tak shuke ngan kaler pink. Aku pon tak tau nape. Tapi dalam family aku memang takde yang minat kaler pink pon. Even mak aku ke, adik2 pompuan aku ke, hatta ayah aku sekalipon..Hehe..Itu suda semestinya la kannn...


Pink sering dikaitkan dengan girlish, perempuan, lemah lembut, manja..Ohhh..Patutlah aku tak suke pink, coz aku nih bukan manje ponnn~ Lemah lembut? Lagi la ttaakkk...Aku gadis yang..camne nak describe ekk? ala, yang biasa2 je lahh..Dulu time muda2, aku suke style gothic tu...Ala, yang gi pakai eye shadow pekat2 kat mata tu. Ohohh..cam stylo gitu! Tapi tu dulu...Skang nie takde dah nak minat2 gitu. Almaklumlah, umur dah meningkat katanya...Kena lah berfikiran matang cket. Kann..kannn...


Tapi yang aku perasan, sejak akhir2 nih aku macam terminat lak kaler pink. Even aku masih setia ngan feveret kaler ku iaitu BIRU. Tapi aku dah start beli baju kurung pink, tshirt pink, tudung pink...omaigod~ adakah aku suda berubah arah? atau termakan pujuk ngan nasihat seseorang yang suh aku pakai kaler pink? tidakkk...erm,, mungkin perubahan hormon kot??Hormon kewanitaan dalam badan aku nih makin menyerlah, tu yang cket2 nak pink tu..Even kadang2 aku time nak beli baju ke, aku dah belek2 kaler lain..tapi nanti camne ntah automatik tangan aku terminat gak yang kaler pink..Ohohooo..Tapi memang kadang2 kaler pink nih nampak shueett kan? hik hik.


Kaler pink seringkali dikaitkan ngan pompuan. Tapi lately aku tengok ramai dah lelaki yang minat pink, baju2 lelaki kaler pink pon dah berlambak..ikot kesesuaian lah kan..aku rase tak salah pon lelaki nak pakai kaler pink. Lantak depa lah. Skang nih kaler pink dah jadi kaler universal dah..Hak masing-masing kannnn~ ^_^


Wednesday, October 6, 2010

6 orang yang dapat doa Malaikat

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)


Monday, October 4, 2010

Lagi 4 Hari Je?

Alamak...

Baru terperasan hari nie dah 25Syawal...Means, ada 4 hari je lagi syawal. Aku baru puasa 2 hari..Nak kena cukup kan lagi 4 hari nih baru dapat puasa penuh setahun. Eh, pahala puasa 6 kan sama ngan puasa sepanjang tahun. Kena gigih berusaha nih! Chayok! Chayok!



Saturday, October 2, 2010

Bahagia Itu Bukan Milikku

Hohhhh...putus cinta? Ollolooo...Oke, mesti ada je dari kalangan korang yang pernah putus cinta kan or maybe cinta tak kesampaian kan. Sebelum bertemu dengan cinta sejati, mesti banyak gak ranjau, onak dan duri yang ditempuhi kan. Hati tercedera, perasaan tercalar usah dicerita. Apatah lagi jika keadaan tak memihak pada korang kan. Rase macam kebahagiaan yang dikecapi direntap camtu je. Ouchhh! Sila lah bersedey...Coz macam tak normal la plak bila putus cinta nak epi2 kan? ehehe..Lain la kalau korang memang dah tak sayang langsung kat si dia. Hehehe..Taaapiiii...tak perlu la nak bersedey lama-lama..Meratap merayu bagai nak kiamat dunia. Don't...don't...Bazir air mata jek... Hidup mesti diteruskan!


Pe yang korang kena buat ialah korang kena redha. Apa itu redha? Means, terima lah semua itu sebagai ketentuanNya..Kalau dah memang dia bukan dicipta untuk kau, Allah pasti menjanjikan yang lebih baik untuk kau. Allah tak pernah mungkir janji, tapi kita ni je yang selalu lupa padaNya..MasyaAllah...Tenangkan lah jiwamu, pujuk lah hatimu..Terima kenyataan bahawa kebahagiaan yang diangan-angankan itu bukan milikmu! Andai diri ini tak dapat mengecapi bahagia, biarlah kebahagiaan itu menjadi milik orang lain yang lebih berhak dan mungkin itu adalah yang terbaik! Boleh jadi itu bukan bahagian kau, tapi bahagian orang lain..Bahagian kau? Sabar...Pasti ada! So, terima lah dengan hati yang redha...At least, melihat orang yang disayangi bahagia, adalah sesuatu yang sepatutnya kau perlu bersyukur..=)



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)


Wang ringgit boleh menjanjikan segala-galanya...Tapi kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit...Paras rupa yang menawan, mampu membuat hati tertawan...Tapi paras rupa juga tak menjanjikan kebahagiaan. Kalau tak kenapa kita leh tengok artis2 yang cantik molek, tapi hubungan yang dibina tak bertahan lama? Kebahagiaan itu lahirnya dari hati yang tulus. Merasa puas dengan apa yang dikecapi. Biar hidup tak mewah, tak kaya, tapi dilimpahi bahagia..Percayalah, setiap orang berhak mengecapi bahagia..Just lambat atau cepat je.



Inilah aku..
yang pernah merasakan bahagia dengan kehadiranmu…
yang begitu mengharapkan sebuah kebahagiaan….
Sehingga aku lupa dengan takdirku…..

Ye, aku selalu mengingatmu
Aku selalu merindukan kamu…..
Tahukah kamu…., rasa itu begitu dalam kupendam…
Hingga akhir hayatku

Meski kutitip hatiku untukmu…
Meskipun kebahagiaan itu bukanlah milikku….
Meskipun aku bukan yang terbaik buatmu…
Karna cinta ini adalah akhir hidupku….
Ku redha dengan ketentuanNya....






;) menangis dalam senyuman.



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers