Tuesday, March 29, 2011

Jangan Suka-suka Qada Solat.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. So, jangan suka2 je nak qada solat.


Erm...Tapi kalau kita tengok trend majlis perkahwinan sekarang, bersanding pukul12 tengahari. Habis bersanding, makan beradap pulak, then sibuk nak photoshoot outdoor plak. Tau-tau je hari dah berlabuh senja. Bila masa nya nak solat zuhur? Udah nya kena qada' gak. Lelaki senang je nak bersiap untuk solat, yang perempuan kang kena mekap balik, touch up balik, itu ini... Nak mekap je dah amik masa 2 jam. Kalau taknak leceh camtu, bagi bakal pengantin perempuan, aku cadangkan pilih je lah tarikh bersanding time korang tengah "cuti", so takde la kelam kabut karang. Tapi kang malamnya kena bercuti gak. Hehe.. Kalau taknak gitu, takpela. Amik masa jap tunaikan solat. Bukan masalah besar pon kalau nak kena mekap and setting balik kan? Takpe, hidup kan kena sentiasa bersabar. Hehe..




Untuk Insan yang Diuji.

Seringkali kita merasakan hidup kita malang dan sering diuji..Seringkali kita mengeluh dengan nasib yang menimpa diri. Kesakitan yang melanda diri, hati dan perasaan yang tercalar, mampu membuat kita terduduk dan menangis tersedu-sedu. Bila kita tak dapat apa yang kita idam-idamkan, kita rasa kecewa. Kita merasakan dunia ini tidak adil. Kita tertanya-tanya apa lagi kekurangan kita? Apa lagi yang perlu kita lakukan? Semua sudah kita buat, tapi masih juga hasilnya mengecewakan. Kadangkala kita cemburu melihat orang lain dengan mudah memperoleh apa yang mereka inginkan. Aku juga pernah mengalaminya. Dibalut kesedihan dan tertanya-tanya mengapa ia terjadi. Namun aku sedar, semua itu adalah ujian dari Nya.


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.


Diriku Insan Biasa.

Islam,
Agama yang murni dan suci,
Aku menuntut diriku agar menjadi wanita solehah, namun aku tidak sehebat KHADIJAH yang begitu SEMPURNA, aku juga tidak SETABAH RABIATUL ADAWIYAH yang begitu SETIA DALAM SENGSARA,.. benteng keimanan yang ku bina juga tidak la SEKUAT SARAH apatah lagi KECANTIKAN ku yang tidak dapat dibandingkan dengan BALQIS...serta kasih yang ku curah tidak la SETULUS ZULAIKHA.... Tetapi, jauh di sudut hati ini, meronta agar sentiasa ada iman menyuluh perjalanan hamba menjadi wanita solehah... Walau berulang kali aku melakukan kesilapan..Walau seringkali diri ini dalam kealpaan..Jauh di sudut hati sering ku berdoa agar dikurniakan insan yang dapat membimbingku ke jalan Mu..InsyaAllah, berkat restuMu,...




Buat Sahabat.

Buat Sahabat....


Sahabat,
di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..

Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,
ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, aku tidak mampu,
hanya dengan doa aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..

Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..

Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
andai kata-kata dan layananku bisa menggugurkan air matamu,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..
UHIBBUKUM FILLAH!





Monday, March 28, 2011

Bila Buat Sesuatu Tanpa Planning.

Orang kata, wat sesuatu biarlah planning awal-awal..so, hasilnya adalah lebih baik. Tapi apa perasaan korang bila dah cantik je plan, bila sampai waktunya, plan to kena cancel...Pehh, memang sentap je kan. Tapi betul la kan, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. So, kadang-kadang ok gak bila wat sesuatu tanpa plan, then ia berhasil, memang hati terasa puas je.


Hari sabtu lepas, tengah aku duk online, tibe2 kul11 malam tu member aku hantar sms, "nad nak gi broga sok?" Wahhh...aku laju je cakap nak. Sebab ye lah kan, dah dekat sebulan bila tibe je weekend aku memang tak pegi mana-mana. Just stay umah. So, bila ada yang mengajak keluar, memang teruja lah.


Bertolak dari umah kul 7.45 pagi and start mendaki dalam kul 8.30. Masa tu matahari dah naik dah. Kami pergi 8 orang. Aku yang pernah pegi sebelum nie, relax je lah kan naik. Sampai separuh jalan, masing-masing dah termengah-mengah, salah sorang tu siap rasa mual nak muntah lagi, maby tadi sebelum start mendaki, dia dah breakfast berat. So kerana taknak buang masa, mana yang larat, teruskan je pendakian. Last2, dari 8 orang, tinggal 3 orang je yang berjaya mendaki sampai ke puncak. Of course lah aku salah sorang. Bangga beb, bangga...Hahaa..


Balik nya, salah sorang member aku tu ajak gi mandi-manda kat sg.tekali lak..Dah masing-masing tak prepare pape lah sebab tak plan pon. Ingatkan nak mendaki bukit je pastu balik umah terus. Tapi takpela, dah alang-alang kan, semua setuju je nak pegi sg.tekali. Mujur la member aku tu ada baju spare kat kete dia, boleh la aku pinjam. Gi tapau kfc then piknik sambil mandi-manda. Memang syiokkk...Badan dah berpeluh-peluh and penat pas daki bukit tadi, then berendam kat air terjun. Hehee..


Pas puas berendam kitaorang balik umah. Puas lah hati dapat beraktiviti hari nie and kumpul ramai-ramai. Bukan selalu ada peluang kan, coz masing-masing pon ada komitmen sendiri.




Thursday, March 24, 2011

Politik.

Setiap orang ada ideologi dan pendapat masing-masing bila berbicara mengenai politik. Terpulang kepada setiap individu untuk menyokong parti mana yang mereka kehendaki. Namun begitu, aku cukup meluat dengan dunia politik Malaysia yang akhir-akhir ini kerap bertengkar dan bergaduh mengenai perkara-perkara yang cukup malu untuk dibincangkan secara meluas.


Berita-berita panas di dada akbar adalah berkaitan liwat, seks, video terlampau..etc..etc...Paling menyedihkan apabila yang bergaduh adalah sesama melayu dan muslim. Aku tak tuduh siapa yang salah, siapa yang betul. Aku tak sokong mana-mana pihak. Tapi aku tertanya-tanya kenapa manusia yang dianugerahkan akal dan bakat kepimpinan yang tinggi kadangkala sanggup buat apa saja termasuk perkara hilang akal semata-mata untuk merebut kuasa? Apa penting sangat ke kuasa tu? Hidup di dunia ni sementara je kalau nak dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Tapi dunia tu juga la yang orang sibuk kejar-kejarkan.


Betapa beratnya tanggungjawab nak dipikul sebagai pemimpin. Jika dalam keluarga, suami adalah sebagai pemimpin untuk anak-anak dan isteri. Nak pimpin keluarga pun tanggungjawab dah berat. Di akhirat kelak, bila nak masuk syurga, malaikat tarik kaki, sebab dosa anak perempuan di bahu bapa, nak masuk lagi, malaikat tarik kaki, sebab dosa isteri, di bahu suami..Bagaimana pula pemimpin syarikat? Negara? Bukan kah lagi besar tanggungjawab nya? Beribu-ribu, bahkan berjuta orang dibawah pimpinan kita. Mampukah kita tanggung kesemuanya? Nak bersikap adil dengan seadilnya, belum tentu mampu, ditambah pula dengan hal-hal lain berunsur fitnah, rasuah, etc...etc... Tapi itu juga lah yang manusia kejarkan. KUASA.



Tuesday, March 8, 2011

Apabila Bersahabat.

Apabila bersahabat, kita dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda
-Di dalam bersahabat, kadang2 adat bergurau itu terlebih usik. Jadi pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Kadangkala kita anggap perkara itu kecil, tapi berbeza dengan sahabat kita yang mungkin tidak dapat menerimanya.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik
-Jika ingin menjadi sahabat yang baik, janganlah terlalu celupar atau suka mengkritik kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi
-Adalah menjadi adab kita, tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat kita seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. Kadangkala sahabat kita berasa tidak selesa apabila kita cuba mengambil tahu hal hidupnya kerana kita bersahabat dengan dirinya bukan dengan orang lain yang berkaitan dengan hidupnya.

4. Jangan bertanya perkara sensitif
-Perkara2 sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usahlah ditanya. Ia akan menyebabkan sahabat kita berasa rendah diri.

5. Pandai menyimpan rahsia
-Sebagai seorang sahabat, kita haruslah pandai menyimpan rahsia sahabat kita terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya
-Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Sebenarnya diri kita tidak tentunya baik. Tiada manusia yang sempurna. Mungkin ada perangai nya yang sangat kita sukai tapi pasti ada juga perangai nya yang lain yang sangat kita benci. Cuba bertolak ansur dan terima sahabat seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya.

7. Jangan membuat muka berlagak dan sombong.
-Jangan sesekali membuat muka berlagak dan sombong atau menghentak-hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat
-Jangan sesekali kita bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir perasaan sahabat kita dan kesannya kepada sahabat kita. Ia akan membuatkan sahabat kita berkecil hati dan akan bermulalah bibit2 kerenggangan hubungan persahabatan.


9. Berita baik atau berita sedih sahabat
-Berita baik atau berita sedih sahabat kita biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu 'busy body' dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. Jangan cuba mencungkil rahsia nya sebaliknya tunggu sahaja dia sendiri memberitahu kita.

10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat
-Kita mestilah menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat kita. Tidak salah sekiranya kita beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain dan ruang peribadi untuk dirinya sendiri. Jangan menyekat apa pilihan yang sahabat anda ingin buat sebaliknya hanya tuturkan kata-kata nasihat dan biar dia sendiri membuat keputusan.

11. Beri peluang sahabat melepaskan amarah
-Jika salah seorang marah, beri peluang sahabat kita melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas. Berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk adalah lebih baik. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Berdiam diri ketika sahabat marah
-Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &
angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan berbangga diri
-Jangan sesekali memburukkan sahabat kita di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya haruslah bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t. Bersifat bersederhanalah dan jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka orang2 yang melampaui batas.

14. Jagalah hati sahabat
-Jagalah hati sahabat kita sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya. Kadang2 kerenggangan dalam hubungan persahabatan berpunca dari diri kita. Kita perlu faham sifat sahabat kita dan cuba jaga hatinya. Jangan ego untuk melafazkan maaf andai tahu diri sudah melukakan hati sahabat.

Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Adakah kita sentiasa senang sama2 dan susah sama2 dengan sahabat kita? Apa yang kita lakukan ketika sahabat kita ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian orang tersayang dan menghadapi dugaan hidup yang bisa menggugat keimanannya? Di mana kita tika itu? Adakah kita bersama2 sahabat kita? Adakah benar tujuan kita bersahabat dengannya adalah kerana Allah atau kerana yang lain?

Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Apa puncanya sahabat kita makin berjauhan dengan kita? Mungkin ada yang dia tidak suka akan tindakan dan perilaku kita. Pernahkah kita bermuhasabah dengan sahabat kita tentang apa yang disukai dan apa tak disukainya, atau mungkin kita lebih gemar mengambil keputusan sendiri yang kita rasa betul. Tepuk dada tanya iman, di mana kita sebenarnya........

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Sumber: Ifa


Friday, March 4, 2011

Bila Bekerja, Di Mana Letaknya Kita?




1.. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
- iyer lah, tiap pagi punch card then pegi bekfes...kul 10 kang gi minum pgi lak padahal keje apa tak buat lagi..Then kul1 pegi lunch, balik lunch lepak2 jap..Pukul4 kang minum petang lak. Tepat kul5, punch out. Habis dah wktu kerja, leh balik umah. Hasil nya? 'takde..

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
- Ke hulu ke hilir bawa kertas, duduk kat meja sendiri dari tadi busy menaip..Gaya cam banyak kerja, rupanya siapkan kerja-kerja yang tertunggak. Mana sempat nak wat benda lain, sok due date, hari ni baru nak buat!

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Sibuk bertanya dengan staff lain pasal life dia, semalam kua dengan sape, naik apa, blik kul bpe, keje bos bagi dah siap ke, keje-keje lain dah start buat ke..Kadang2 kawan tu pon rimas bila asyik sibuk tanya itu ini, padahal yang bertnya tu, kerja sendiri pon tak disiapkan lagi..

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
- Tak pernah segan or nak kisah bila berbicara soal-soal yang tak sepatutnya..Tak pernah rasa bersalah bila menggunakan waktu kerja untuk keperluan peribadi, merahsiakan dari pengetahuan orang lain jika nampak staff curi tulang or curi barang ofis, "alaa..orang lain pon buat gak.." dengan alasan kena berfikiran openminded, tapi sebenarnya benda tu salah.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
- Semua yang orang lain buat, yang orang lain cakap, nampak tak betul je di matanya..Tapi tak pernah cuba untuk cermin diri sendiri. Bagi nya setiap komen nya adalah bernas dan berunsur nasihat, tapi dia tak sedar kadang-kadang kata-katanya hanya mengundang kemarahan orang lain...

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
- Suka meminta bantuan orang lain untuk hal-hal remeh temeh...Mungkin dengan cara itu, buat hubungan lebih mesra..Ye lah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", tapi kadang2 perangai camtu hanya buat orang rasa meluat...

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
- Tak perlu sentiasa mencari kesalahan orang lain atau terdetik di hati perkara negatif berkenaan orang lain. Seeloknya kita tengok diri kita, dan cuba perbaiki kelemahan diri sendiri.

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Sumber: Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Penceraian Berlaku Setiap 15 Minit Di Malaysia!

PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.

“Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan
Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz.


Lebih 1,200 peserta dari pelbagai kementerian menghadiri seminar, termasuk pakar motivasi terkenal tanah air, Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Az Zahra.

Mashitah berkata, sehubungan itu pihaknya mempelbagaikan usaha dengan memperbanyakkan program ke arah memantapkan keluarga terutama kepada suami isteri ketika melayari rumah tangga.

“Selain itu, kita meningkatkan usaha dengan memberi pelbagai maklumat untuk memperkasakan lagi peranan suami isteri,” katanya.

Risau nye bila terbaca berita camni kan..Perkahwinan bukan lah perkara yang boleh dibuat main-main..Sebelum mendirikan rumahtangga, fahami terlebih dahulu apa tujuan untuk kita berumahtangga. Memangla jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang waras tau untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk.


Time nak kawen, berpuluh ribu habis, then rumahtangga yang dibina tak mampu bertahan lama, amat menyedihkan. Semoga kita semua terhidar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Aminn..

Thursday, March 3, 2011

Apabila Menjaga Tepi Kain Orang Itu Perlu.

Menjaga Tepi Kain Orang?


Jangan suka mengambil tahu hal orang lain terutamanya hal yang melibatkan personal jika taknak dituduh sebagai suka menjaga tepi kain orang. Bagaimana kalau orang tu pakai kain yang koyak? Kain yang senget sebelah? Kain yang tak sepadan dengan baju yang dipakai? Mungkin kerana tidak perasan atau mungkin itu sudah menjadi kegemarannya? Jika berlaku pada sahabat sendiri atau kenalan terdekat, mahukah kita biarkan dia berjalan dengan kain yang terkoyak? Mungkin dengan menegur, kita dapat mengelakkan dia dari menanggung aib yang lebih besar, namun kita juga menanggung risiko dimarahi sekiranya dia tidak dapat menerima teguran tersebut.


Oleh yang demikian, jika kita merasakan ada yang tak kena atau tak betul dengan tindakan sahabat tersebut, perlu lah kita menegur atau memberi nasihat dengan sebaik-baik cara, jika dia tak dapat menerimanya, sekurang-kurangnya sudah terlepas tanggungjawab kita. Bukan lah tujuan kita untuk sibuk2 hal dia, tapi kita hanya mengharapkan yang terbaik buatnya.

Contoh:

Y: Apsal nak sibuk-sibuk hal aku?
Z: Apa yang ko buat ni salah di sisi agama...
Y: Ada aku kisah?? Kubur kita lain-lain!
Z: Aku kisah coz aku taknak kat akhirat nanti aku tak dapat masuk syurga sebab dituduh bersubahat kerana tak tegur perbuatan ko yang jelas menyalahi agama, sedangkan tu tanggungjawab sesama Muslim.


Tapi kalau orang tu takde wat hal pape, tapi kau sibuk gak nak amik tahu hal dia or nak mengintip tak tentu pasal, memang sengaja cari nahass...~

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers