Thursday, December 29, 2011

Jangan Cari Salah Orang Lain

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain (tajassus) dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujurat ayat 12]

Credit to: Tazkirah


Wednesday, December 28, 2011

Camne Leh Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Sendiri?


Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Kita Sendiri?



Assalamualaikum..


Kadang-kadang kawan baik kita sendiri boleh jadi boyfriend atau girlfriend kita. Mungkin juga pasangan hidup kita.. Suami or isteri kita..Kalau dah jodoh tak kemana kan? Dengan kata lain, kita jatuh cinta dengan kawan baik sendiri..Kenapa?


Sebab kawan baik kita dah kenal kita macam mana dan faham kita luar dan dalam. Contohnya macam nie. Kau tengah marah dan kawan kau boleh cool downkan kau dalam keadaan emosi kau tak stabil sebab die tahu macam mana nak pujuk kau. Kadang2 kau tak cerita pape lagi pon, tapi dia dah leh agak something goes wrong somewhere..Haaa..hebat tak?


Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita selesa nak bergaul. Contohnya, kau boleh gelak sesuka hati depan die, berjoget bila karaoke dan nyanyi sesuka hati kau biarpun kau tahu suara kau bukanlah sedap mana pun! Kalau dia nak kutuk pon kau tak pernah terasa hati..Kau pon kadang2 ada kutuk dia gak..Haha :D


Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita tak malu and tak payah nak kontrol2. Contohnya, kau boleh je keluar dengan tak payah pakai pape mekap or berhias bagai. Natural je. Kalau kawan baik tu dah kenal kau lagi zaman sekolah, lagi la dia tak penah kisah coz dia dah tau camne comot kau time skolah. Hahaa..


Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita suka dan tak suka. Contohnya, kau suka tengok movie Harry Potter. Dan kawan baik kau yang berlainan jantina tu sanggup download kan cerita Harry Potter demi kau dan bagi kau pendrive dengan penuh movie yang kau suka.


Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita takut. Contohnya kau takut kucing. Kawan kau yang tu sanggup bawak dan alihkan perhatian kucing tu lari dari kau sebab dia tak nak kau menjerit-jerit "arhh kucing! kucing!"


Sebab kawan baik kita sanggup tolong kita dengan apa sahaja yang lebih macam bersifat peribadi. Contohnya kau ada hal penting nak pergi sesuatu tempat ni, tapi takde transport lak. Dia la sanggup datang jemput kat umah kau walau pun time tu dia tengah kerja! "Weyh, meh aku hantarkan"


Sebab kawan baik kita adalah seorang akan selalu buat kita gelak dan gembira. Contohnya dia akan cakap benda-benda yang merapu dan merepek dan kita akan gelak sepuas-puasnya walaupun kita tahu benda tu sangat sangatlah mengarut dan tak logik.


Sebab kawan baik kita adalah seorang yang prihatin dengan kau. Contohnya kau tak ada makanan atau tak sihat ke, dan kawan kau yang berlainan jantina tu tahu. So dengan tanpa pengetahuan kau, dia akan belikan makanan kat kau dan tak lama lepas tu text kau "Weyh turun cepat. Aku da belikan makanan dekat kau"


Dan...


Sebab kawan baik kita tahu isi hati kita... Contohnya kalau kau tengah down dan rasa malu tapi tak ada siapa tahu, kawan kau sorang je yang berlainan jantina akan datang dan tanya"kau ok tak?" Dia la sanggup bagi pinjam bahu, pinjam telinga dan sebagainya untuk comfortkan kita. Kita pon tak segan2 nak luah masalah kat dia sebab time dia ada masalah pon dia citer kat kita gak. Time kau rase down gile dan takde tempat pon kau nak luah or nak cerita, hanya nama dia je yang terlintas dalam benak fikiran kau..iaitu kawan baik kau. Time tu lah kau akan terfikir, kalau dia sanggup bersusah senang dengan kau, walau kau tak pernah menjanjikan apa-apa, dan di saat kau takde pape..mungkin dia juga lah yang sanggup terima kau seadanya sampai bila-bila.


So tak mustahil lah kan kalau ada kawan-kawan aku yang jatuh cinta dengan kawan sendiri kan? :) Macamana dengan korang? Ada yang sama macam aku bagitahu ni atau korang punya versi lain? Meh meh kongsi! :D


p/s : Based on the true story :)

Credit to: mysara



Lagi 3 Hari...


lagi 1 hari..eh, lagi 3 hari...
2012 bakal tiba meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan pelbagai cerita. Apakah persiapan aku untuk menyambut tahun baru? Mungkin kah baju baru? Kerja baru? Azam baru? Uhuhuu...Ntah, takde feel pape pon. Even umur juga bakal meningkat lagi setahun, menjangkau angka tettttt. Ehem! Bukan muda lagi ye...


Kadangkala bila fikir, macam takut nak menghadapi masa depan..Aku selesa dengan pe yang ada sekarang. So, aku taknak fikir pe jadi waktu akan datang. Buleh gitu?? Hehee..Aku sedar hidup mesti diteruskan, tapi aku tak mampu membayangkan apa yang aku ada sekarang akan hilang or direntap begitu saje. Aku nak fikir yang positif2 je.. Aku hanya biarkan hari demi hari berlalu, jalani hidup macam biasa. Aku taknak serabutkan fikiran dengan fikir yang bukan2. aku takut bila aku wat azam, bila aku pasang angan2, tapi tak tercapai..Then, tu hanya wat hati aku kecewa teramat. Camtu, lebih baik aku terima je pe berlaku and tak payah berangan lebih2. Aishh..takleh gitu kan? Dah wat azam, kena usaha untuk capai, selebihnya bertawakal pada Allah.


Selalunya, menjelang tahun baru aku akan catat pe azam aku. Then, bila hujung tahun, aku semak balik, adakah sudah tercapai segala azam and planning tersebut. Kalau ye, alhamdulillah..Kalau tidak, mungkin takde rezeki. Mungkin yang lebih baik menanti.


2011 memberi pelbagai peristiwa pahit manis buat aku..Pahit sepahitnya...Berganti dengan manis semanisnya..;) Itulah hikmah bersabar..Pengalaman berharga yang aku takkan lupa sampai mati. Belajar dari pengalaman. Rase kejap je masa berlalu. Syukur pada Tuhan, banyak peristiwa gembira yang aku alami dan diberi kesempatan untuk merasai kesemuanya. Jujurnya, aku merasa amat bahagia dengan pe yang aku ada sekarang. Banyak perkara yang aku teringin sangat nak buat, hampir kesemuanya tercapai..Alhamdulillah..terima kasih. Semuanya terlaksana..Setiap saat yang berlalu, setiap peristiwa yang aku alami sepanjang tahun nie, terakam kemas dlm minda and blog pribadi aku..Terima kasih ya Allah. Sama-sama lah kita berdoa moga thun 2012 yang akan tiba memberi kita lebih sinar bahagia dan beroleh keberkatan dari Nya..Aminn~



Orang Lain Berpavlova, Aku Pon Nak Gak!

Lately bila aku melawat ke blog2 masakan, banyak yang wat entry pasal pavlova. Tengok gambar nampak cam menarik, sedap..Dalam hati pon dah tergoda nak try. Selagi tak merasa, selagi tu lah duk terbayang-bayang je..Nak wat camne, rumah yang aku duduk skang umah bujang je, takde microwave. So, bila balik kampung hari tu amik la peluang nak membaking puas2..eh, ada ke istilah membaking?

my pavlova..tak sempat nak amik gambar penuh. Separuh lagi dah kena ngap!


Dalam proses pembikinan

Bahan-bahan dia tak susah nak cari. Cara masak pon mudah je. tapi pada pendapat aku tang rasa dia..Ummpphh..Sangat manis...Bahagian puff dia luarnya rangup cam macaron pun ada, isinya lembuttt cam mashmallow, manis cam gula2 kapas..coz bila aku makan, isi dia cam mencair dalam mulut..leh bayangkan tak? hehe..topping dengan whipped cream. Nak senang, beli je whipped cream ready made yang dalam botol tu, walau pun harganya mahal cket, tapi memudahkan kerja. Heheee..Pastu tabur la buah banyak2..Lagi bagus kalau buah yang masam2 cket..Nak balance dengan puff pavlova yang dah sedia manis tu. aku tabur2 gak ngan chocolate chip.Hehee..

Slurrpp~

Ok, bawah nie resipi nye..Tak ingat dari mana aku amik.

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur

1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.

1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.



Haaa...Tak puas lagi membaking, aku wat chocolate chip cookies lak coz tekak terasa nak makan Famous Amos, tapi malas nak membeli, tapi rajin nak membuat..heheee..Pedulikan rupa dia yang agak kurang mengancam tapi rasa nya memang puas hati. Leh cuba resipi nih:




Yummeh!

Bahan2:

  • 1 caw mentega
  • 3/4 caw gula perang
  • 3/4 caw gula halus
  • 1 sdk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 2 1/4 caw tepung naik sendiri / tepung ros (sy guna tepung low protein)
  • 1 sdk baking soda
  • 1/2 sdt garam halus
  • 2 caw chocolate chip
  • 1 caw almond cincang


Cara2:

  1. Panaskan oven pada suhu 150 C - 160 C.
  2. Pukul mentega, gula perang & gula halus sehingga ia sebati atau bertukar warna.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung dan bahan2 kering yg lain secara berselang seli.
  5. Jika adunan terlalu lembik tambahkan tepung sedikit2 (sy tambah anggaran 3 sdb).
  6. Adunan memang sedikit melekit2.
  7. Bulatkan adunan ikut citarasa masing2. (kalau nak bulatkan jgn besar2 sangat sebab masa membakar nanti biskut ni akan mengembang)
  8. Bakar biskut antara 20 - 25 minit / sehingga masak.



Wednesday, December 21, 2011

Perlukah Mahar yang Tinggi?

Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.

"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."

"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."

"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."

Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal

"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.

"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.

Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w.

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.

Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.

- Artikel iluvislam.com (Penulis:Ustaz Muhammad Isa)


Majoriti pasangan yang bakal berkahwin sekarang meletakkan jumlah wang hantaran minimum sekitar 10k atau 11k dengan alasan harga barang dah naik dan kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Seekor lembu je dah 3k. Katering untuk jamuan tetamu satu kepala around RM10, kalau tetamu 1k, dah keluar 10k untuk makan saje..Woww....Banyak tu...Kesian orang lelaki...Salah sorang kawan aku mengeluh, untuk berkahwin je, dia buat personal loan 40k, lepas kahwin baru nak cari rumah, itu ini, nak isi perabot lagi, banyak belanja nak keluarkan. Tapi duit dah habis time majlis hari tu. Sekarang pening kepala pk nak bayar hutang. Tu belum ada anak lagi..Kalau ada anak nanti, perbelanjaan pastinya meningkat. Mungkin bagi mereka risau akan "cakap-cakap orang" kalau wat majlis kecik2 je. Biasalah, orang hanya tau mengata tak kira buat majlis kecik ke, majlis besar ke.."Sikit nya jemput orang, kahwin sekali je seumur hidup, kedekut betul.." "Keciknya cincin dia bagi ko..." "Pelamin tak cantik lah, simple sangattt.." Apa nak dipeduli sangat dengan suara-suara sumbang begitu. Mulut tempayan boleh lah ditutup, mulut orang susah la plak kan. Yang penting kita tau apa kita buat dan yang keluarkan perbelanjaan pon kita, bukan mereka semua. Orang mengumpat, banyak lah pahala yang kita dapat.


Alhamdulillah, mak ayah aku tak mensyaratkan berapa wang hantaran yang pihak lelaki nak bagi. Semampu dan seikhlasnya. Wang hantaran hanya sebagai hadiah, takkan la kita nak minta2 plak orang nak bagi hadiah kan? Yang wajib adalah mas kahwin. Bagi mak ayah aku, apa yang penting adalah persediaan selepas kahwin. Kat mana nak tinggal? Kereta dah ada? Keperluan asas? Persediaan nak jadi suami isteri? Nak jadi imam dan ketua keluarga?


Aku pon tak mengharapkan majlis yang grand2, mungkin aku lebih utamakan yang wajib, akad nikah. Kad kahwen potostat pon boleh kan, mungkin lebih jimat guna facebook je..Hehehe..Gurau je. Mungkin majlis aku nanti pun buat secara sederhana je dan mungkin juga serentak dengan majlis abang aku sekali. Jimat masa jimat duit jimat tenaga. Ikut bajet dan rezeki yang ada. Apa pon, harap-harap segalanya dipermudahkan dan diberkati oleh Nya..Amin.



Tuesday, December 20, 2011

Review TBS



Sebelum nie kalau nak naik bas balik kampung, kena pegi Pudu. Tapi sekarang dah makin dekat dan mudah, coz kalau destinasi ke Selatan tanah air, pergi je TBS (Terminal Bersepadu Selatan) kat Bandar Tasik Selatan tu. Sebelum TBS ni siap, memang tengok dari jauh je laa..Cantiknya bangunan tu.



First time menjejakkan kaki ke TBS nih, memang aku teruja dan terpukau. Terdetik dalam hati "ni airport ke terminal bas?" coz struktur dalaman dia yang besar, canggih dan cantik..Luas yang amat. Untuk ke TBS nie, korang boleh naik bas, ktm, erl, lrt, etc..hehe..Don't worry, parking kete banyak kat situ so kalau drive sendiri, tak perlu risau takde parking. Parking sekali masuk RM3, motor parking free rasanya. Nak balik kampung, leh la tinggal motor kat situ. Make sure, kunci leklok. Hehee..Kawasan dia bersih, selesa dan lantai berkilat. Nak merokok pon tak boleh coz ada air cond kan. Tapi dia ada sediakan bilik khas untuk merokok (smoking room). Kalau lapar boleh ke tingkat 5. Kat situ banyak kedai makan dan food court. Tapi jangan surprise kalau nak beli makanan kat food court pon kena guna kad top up! Kedai2 kat situ tak terima wang tunai, so ko kena beli kad dulu kat kaunter disediakan dengan minimum kredit RM5, nak beli lebh pon takpe. So, sok2 nak makan kat situ lagi leh la guna. Hehee..



Kaunter tiket adalah banyakkkk...Leh pilih sama ada nak beli tiket kat kaunter syarikat2 bas, kaunter2 TBS atau e-ticket melalui kiosk disediakan. Beli tiket kat kaunter syarikat2 bas maksudnya beli direct kat kaunter KKKL Ekspress ke, Delima Ekspress ke, etc. Kalau beli kat kaunter TBS, kat kaunter tu ada tiket dari semua syarikat bas. Ko just bagitau destinasi dan tarikh je. Nanti kat monitor tu, ko boleh pilih nak naik bas mana, pukul berapa, siap boleh pilih seat lagi. Monitor tu touch skrin. Hehee..then kena bagi IC kalau nak beli tiket. So, maklumat diri ko dah rekod dalam tu. Kalau bas nak gerak, tapi ko tak muncul2, dia akan panggil nama ko ikut pembesar suara. Glamer gitu~ Tiket juga boleh dibeli secara online tapi caj RM2 tambahan akan dikenakan. Kalau beli tiket online, tak perlu la ko susah2 beratur gi beli tiket kat kaunter kan. Print je online, hari bertolak nanti ambil boarding pass kat kaunter disediakan. Kalau takde boarding pass, takleh naik bas lak. Boarding pass ni untuk yang beli tiket online je.


Kemudahan semua lengkap, surau (Level 3 dan 4), tempat makan, tempat duduk, tandas, atm machine, kedai2, hotel pon ada. Kalau bosan2 nak tunggu bas ko lama lagi, gi lepak kat Level4 coz ada wifi free. Main display board yang besar macam kat airport tu pon ada untuk paparkan perjalanan bas dan update status bas tu. So, korang leh tau bas korang tu dah sampai ke lom or kena delayed ke.




Menarik kan? ;)

Friday, December 2, 2011

Pesanan

Nie aku dapat dari email..Tak pasti lagi kesasihannya, tapi sharing is caring kan..Sama-sama la kita jaga kesihatan ok?




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers