Friday, December 5, 2014

Our 2nd Anniversary..^__________^



 Assalamualaikum...

Macam best plak baca bila centre kan ayat nih.
Haha.

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ilahi..Sedar tak sedar dah menginjak ke dua tahun usia perkahwinan kami. Rasanya baru semalam duk siapkan pelamin, duk kecoh sebab mak andam tak jadi datang..duk sedih sebab pelamin dan tempat makan damai tak seperti dirancang..baru merasa manisnya honeymoon..tibe-tibe dah 2 tahun hidup bersama..time runs so fast!

Tahun lepas kami sambut di rumah saje..Tahun ni plan nak berdating berdua plak lah

"I don't need an expensive gift..i don't need an exotic vacation..all i need just your time spent with me..you invaluable attention forever.."


Aicewahh! ;p

Okey lah, memandang kan masing-masing dah bercuti hari isnin tu..So pagi-pagi tu dah bersiap, then hantar hanan ke rumah pengasuh macam biasa..Tapi takde la pagi sangat..pung pang pung pang..Dah kul9 lebih gak baru keluar dari rumah. Memandangkan sekarang hubby tak lagi bekerja shift, so kitaorang ingin menggunakan masa yang ada sebaiknya.


Destinasi pertama yang dituju adalah Bank Muamalat coz kami nak setel kan urusan pinjaman perumahan dulu..then ke tabung haji untuk mendaftarkan akaun hanan dan simpan sekali duit-duit yang dia dapat time raya hari tu. Untung hanan, umur belum pon sampai setahun, saving dah 4 angka. Alhamdulillah rezeki...

Sepatutnya banyak lagi destinasi lagi pastu seperti kwsp, jpn, etc..tapi memandangkan masa yang agak mencemburui kita dan ambil masa yang lama gak nak settle kan satu-satu urusan so lepas tu terus la menuju ke Mines Sri Kembangan untuk berdating..Teringat lagi time baru-baru kerja dulu kitaorang pernah pergi sini naik bas je..hehe..Time tu masih kurus lagi.  ;p


Kami pergi makan dulu..Ala, kat KFC je coz rasa teringin nak makan KFC..Haha..Then tengok wayang cerita Hunger Games MockingJay...ohhhh..sangatlah frust coz cerita tu membosankan. Hubby aku siap tertido lagi. Cite siri pertama kitaorang dah tengok, memang best lah. Tapi taktau la nape episod yang ni bosan sangat. Dari mula sampai habis banyak dialog je, takde langsung action nye..haihhh..takpela, nak wat camne. Dah takde rezeki. Dah la beli tiket mahal. Maklumlah, sejak berkahwin memang takde tengok wayang dah, karaoke apatah lagi..Hubby kata benda lagha semua tu..Aiyakk..Tadi tengok movie kat TGV, tiket 2 orang RM32. Seat couple pon sama harga. Tapi yang best nye tengok movie bila dah berkahwin ni, ko nak terlentok ke, pegang tangan ke, halal dahhh...hik hik. ;p Keluar je dari wayang..

Hubby : Nasib baik abang tertidur tadi..
Aku : Nape?
Hubby : Sebab tidur lagi best dari tengok wayang yang bosan camtu.
Aku : >___<


Habis tengok wayang kami jalan-jalan jap keliling Mines..Dah macam pengantin baru lak. Hehe..Ye la, bukan selalu kan dapat spent masa berdua, masa yang ada ni la guna sebaik nye..Hadiah? Dah dapat dah semalam..Takde surprise pon..Sebab aku dah bagitau hubby awal-awal, anniversary nanti nak mintak pe..hehe..siap pilih sendiri lagik. Pasni dah boleh pikir nak hadiah apa untuk birthday akan datang lak. Wakaka!

Alhamdulillah, tamat lah satu hari celebration anniversary kami..Kikiki..Takde pon menginap di hotel mewah..Takde pon candle light dinner bagai..Takde gak spend time naik cruise..Cukup lah apa yang ada, namun kami cukup bahagia.


Terima kasih abang kerana sudi menjadi suami sayang yang sempurna..No body is perfect, but you make me feel complete..You are the man i love the most, the king of my heart, the soul of my mate..

 





Friday, November 28, 2014

Penyelamat


Assalamualaikum...

Malam tadi dapat sms dari pengasuh, lebih kurang gini bunyi nye..

"Salam, maaf ye..anak akak jatuh tadi, dahi dia koyak nampak tulang..skrg akak kat kpmc kena warded coz tengah malam kang nak jahit.esok tak dapat nak ngasuh.."

"Ye ke kak? Takpela, akak jaga anak akak dulu ye"

 Aku dah risau..Alamak, nak letak mana pulak anak aku esok ni...Coz minggu lepas pon aku baru cuti coz pengasuh dan anak dia demam..Minggu depan pon aku cuti ada hal keluarga (actually nak celebrate anniversary..hehe) Then, minggu ni takleh la nak cuti lagi..Asyik cuti je, buruk la rekod aku kang. Hubby pon takleh nak cuti sebab dia baru je dalam 6 bulan kat company sekarang, so cuti dia dah banyak guna. Lagi pon orang yang leh ganti dia esok cuti Staf yang leh ganti aku esok pon cuti sakit. So memang aku takleh nak cuti...

Huhuhu...

Semalaman gak la aku berfikir..Nak hantar ke jiran? Diaorang semua pon bekerja..ada member hubby kat level sama dengan kitaorang, diaorang satu family travel ke Bandung lak. Nak bawa hanan ke ofis? Nak angkut sekali tilam dia semua tu ke? Kalau dia nak tidur? Moody? Nak ajak main je?

Adoyai.



T_T


Dilema gak bila bergantung kat pengasuh ni kan? Kena ada backup plan, so kalau pengasuh tetibe ada emergency, tak la kalut camni. Sampai la ke subuh tadi, tetibe aku terfikir tentang adik aku yang masih study kat UKM. Terus capai phone dan call dia. Alhamdulillah, dia takde kelas hari ni dan setuju untuk jaga hanan.

Yipeeee!! 


Syukur! ^_^

Walaupon adik bongsu aku ni tak pernah ada pengalaman pon jaga baby, tapi aku berserah je lah. At least aku takde la risau sangat bila terpaksa mengharap ahli keluarga sendiri untuk jaga hanan. At least tu darah daging dia gak, mesti lah dia sayang macam dia sayang aku..muahahaa..So, awal pagi tu dia terus gerak ke rumah aku dengan kawan baik dia. Aku siapkan dulu bubur hanan, mandikan dia, buat breakfast..Then explain sikit-sikit la kat adik aku apa yang patut. Alhamdulillah hanan pon ok je ikut dia tadi. Kalau orang yang dia tak berkenan memang dia terus berteriak and menangis je taknak ikut. Ni macam ngam je. Alhamdulillah, mudah sikit kerja umi. Bila dah settle semua, aku terus gerak pergi kerja.

Malam ni leh la reward adik aku dengan kawan dia. Belanja makan ke. Hehe. Tak sabar nak balik rumah.;)

Monday, November 24, 2014

Surprise Buat Suami :D

Assalamualaikum...

Dalam beberapa hari lagi kami suami isteri akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua..Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun..Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu..

Beberapa bulan sebelum tu aku dah sibuk dok pikir apa nak buat untuk celebrate hari istimewa itu..nak bagi hadiah pe? nak celebrate katne? berapa budget? dan macam-macam lagi..ye lah, untuk orang tersayang kan, semangat sikit nak pikir macam-macam..hihi..Even besday hanan nanti pon aku dah angan-angan na celebrate camne..hahahaa!

Firstly, aku survey dulu apa barang yang hubby perlukan. Check keperluan dia yang macam dah rosak ke, dah buruk ke, atau barang-barang yang dia ada aim nak beli ke...So, aku came out la dengan beberapa perkara. 
1) Jersey bola original - Ni aku survey kat website banyak la dah sold out..Plan nak beli yang JDT punye..Tapi, ye lah, dah habis musim kan? Sebab tu sold out. Tahun depan mesti keluar design baru, rugi je beli dah hujung-hujung tahun nih..ok cancel.

2) Jam tangan - Ermm..hubby memang suka usha-usha jam tangan..Ni yang aku perasan la time kitaorang jalan-jalan kat shopping complex ke..Tapi koleksi jam tangan dia banyak lagi la plak, leh guna lagi semua, takde yang rosak. Membazir lak nak belikan lagi kan. ok cancel.

3) Handphone - Handphone hubby dah rosak..Mula-mula dia start on off sendiri..pastu terus takleh on. Then aku bagi je dia pakai handphone aku yang Huawei tu coz aku dah pakai handphone sendiri yang company provide. Huawei tu kitaorang beli sama-sama dulu time dapat rebat handphone belia tu..hehe..Tapi pakai handphone tu pon slow je performance dia. So, handphone adalah hadiah yang paling sesuai. ;) ;) ;) So aku start survey-survey mana la handphone yang sesuai dengan dia tapi sesuai gak dengan budget yang aku ada. Alhamdulillah dapat.;D

Secondly, aku merancang untuk buat surprise..Actually, anniversary kitaorang pada 1 Disember. Tapi tak best la kan nak bagi time tu coz of course la dah tak surprise sebab masing-masing dah tau tarikh tu. Lagi pon time tu kitaorang dah apply cuti untuk celebrate dan berdating. Yeayyyy...! Memandangkan surprise yang dirancang pada tahun lepas tak menjadi, rujuk entry lepas -->> 1st Anniversary maka tahun ni by hook or by crook kena menjadi gak..tak kira..muahaha!

 

Setelah hadiah yang dirancang sudah selamat dibeli, aku terus balut dan bawa balik rumah. Check dulu schedule hubby untuk dapatkan tarikh yang sesuai. Yess! Hari khamis dia ada main badminton lepas balik kerja, so dia akan sampai rumah lambat sikit dan kebetulan time tu ada pasar malam, so tak payah masak! Haha! 

Sampai rumah aku terus mesej hubby,

Aku : Abg balik kul berapa?
Hubby : Maybe 8mlm
Aku : Ok

Then terus pasang lilin-lilin yang aku beli kat ikea sebelum ni. 

 
Murah jek. 36pcs rm7.90 if tak silap aku. Kalau tengok kat luar mahal. Ni pon lilin yang ada bau wangi, bau epal, kalau yang takde bau murah sikit. Lilin-lilin tu aku susun jadi bentuk I LOVE U..Idea ni pon dapat dari google. Hehee..Susun kat living room @ruang tamu coz aku ada agenda lain pastu. Hihihii..(gelak jahat)

 

Sebelum kul8 malam dah siap pasang lilin dan letak hadiah kat situ, aku padam semua lampu kat rumah dan biar lilin je terpasang. Kunci pintu dan mangga dari luar kunun-kunun aku takde kat rumah la, biar hubby kerisauan..ekeke..Aku dan hanan sembunyi dalam bilik, pasang kipas. Kat luar takleh pasang kipas coz nanti terpadam la api lilin-lilin tu. Hanan kalau ada aku dekat dengan dia, dia takkan nangis..Tapi lama-lama dia bosan lak bergelap dan dia nak main pon tak nampak apa..haha..kesian..dok golek-golek kat katil sampai la tertidur, tapi ayah nye tak balik-balik gak..Uih, alhamdulillah dah tidur. Lagi senang plan aku. hehe..Aku dah risau kang sampai lilin tu terpadam tapi tak sampai lagi lak, camne? Aku cek balik kat bekas lilin tu, oooo...leh tahan 4 jam..sempat la kot, insyaallah.

Tepat kul9.30 dengar orang buka pintu dari luar. Yess! Hubby dah balik..Pastu dengar bunyi tutup pintu. Then senyap je..Pastu..

Hubby : Ehem..ehem..! (Pura-pura batuk) Nie sape la main lilin kat tengah rumah ni..Nie apa pasang lilin banyak-banyak ni...(Sambil gelak-gelak)

Then, bila dia dah berdiri betul-betul kat lilin-lilin tu aku terus keluar dari bilik belakang dan terpa dia sambil jerit "SURPRISEEEEEE...!!!" Wahahaa...terkejut hubby...tapi macam tak terkejut sangat la. Ah, tak kisah la. Haha! Peluk hubby ketat-ketat tapi bau masyam peluh lak coz baru balik dari main badminton kan. Ah, pedulik..hehe..Muka dua-dua tersengih-sengih dan tergelak-gelak...Dalam hati aku puas sangat sebab surprise ni menjadi gak even terawal dari tarikh anniversary sepatutnya. Tapi sayangnya tak dapat nak rakam moment tu coz time tu la battery enpon dan kamera nak habis lak...T_T

Aku punya kuat jerit surprise and gelak tu sampai hanan yang tidur dalam bilik pon terkejut dan terbangun..haha..Terus suruh hubby buka hadiah tu...

Hubby : Eh, hadiah apa la ni..Awalnya bagi, anniversary kan minggu depan.
Aku : Saje nak buat surprise
Hubby : Memang surprise pon..Tadi sampai-sampai rumah, berkunci dari luar, ingatkan sayang keluar pergi mana la..
Aku :  Hihihi..
Hubby : Macam kotak handphone je nih
Aku : Bukan la, kotak je tu..

Buka lagi balutan..

Hubby : Ini memang handphone nih..
Aku : Tak la..buka je la sampai habis..
Hubby : Betul la handphone nih! (Muka girang) :D

Yess...Hubby suka! Hihi...Takpe la melabur sikit, untuk kebahagiaan orang tersayang kan. Mungkin tak la semahal I Phone 6 tapi tu dah wat hubby gembira. Esok nye time kerja pon dia mesej lagi terima kasih sayang..terima kasih sayang..hihiii..bahagiaaaaaa... ^_^ Kadang-kadang tak perlu kan modal yang banyak pon untuk beri kejutan buat pasangan kita, tapi kesan nye dan kenangan tu kita akan ingat sampai bila-bila...;)











Thursday, November 20, 2014

House Chores Paling Tak Diminati ;p


Assalamualaikum...

Normal la kan, kalau dah nama perempuan ni, kena la rajin buat kerja-kerja rumah ni..Lagi la bila dah berkahwin, dah jadi isteri orang, dah berkeluarga sendiri. Kena la pandai manage masa untuk uruskan hal ehwal rumahtangga..Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah tu contoh membasuh baju, iron baju, lipat kain, memasak, kemas rumah, etc..mesti ada at least satu dua benda yang korang tak berapa minat nak buat atau selalu lengah-lengahkan nak buat..haha..dah macam buka pekung di dada sendiri. ;p ;p

Aku paling malas bila bab melipat baju. Takde la malas naw sampai tak berlipat langsung. Jadual dobi baju aku, means membasuh baju kat rumah adalah dua hari sekali. Baju-baju aku and husband basuh sekali while baju hanan kitaorang asingkan, sabun pon guna lain-lain. Ye la, baju baby dah seharian pakai pon still wangi, takkan nak campur sekali dengan baju mak pak dia yang hapak nih..hehe..Jadual melipat baju juga dua kali sehari. Selalunya aku basuh baju malam, so dah tengah malam tu sebelum masuk tidur, sidai baju dulu..ataupon sebelum tidur dah basuh, then tunggu je la mesin proses, sok pagi-pagi tinggal sidai je..Selalunya weekdays kitaorang sidai kat dalam je. Kalau weekend baru la dapat jemur baju kat luar, best coz baju garing terkena pancaran cahaya matahari..Hari mendobi juga hari melipat baju coz sementara tunggu baju yang dibasuh siap diproses, aku wat la kerja-kerja melipat nih. Selalunya aku melipat kat depan tv la, so leka tengok tv sambil wat kerja, tak perasan tup tup dah siap..Tak pon lipat atas katil, empuk sikit nak duduk lama-lama kan. Kalau tiba tahap malas, sumbat je dalam bakul, ada mood nanti baru lipat..hahaa..Tapi takleh biar lama sangat tak berlipat, nanti dah kurang baju -bajan yang nak dipakai, terutama yg kecik-kecik tu..;p Kalau macam baju kurung ke, tshirt-tshirt hubby je memang gantung kat almari terus.

Hubby semua kerja-kerja rumah pon dia boleh buat, memasak ke, membasuh, kemas rumah, jaga anak..tapi satu ni je la dia tak pernah dan takkan buat iaitu melipat baju. Maybe leceh dan lagi satu, nanti aku gak yang membebel sebab ukuran tak sama la, salah tempat la, itu la, ini la..haha..biasa lah, perempuan ni semua benda pon nak kelihatan sempurna kat mata dia. Even kalau susun baju kat almari pon aku susun ikut jenis, baju kurung, kurunggg je semua takleh campur, then ikut warna lak, kalau merah, satu group tu merahhh je semua, pastu baru diikuti kaler-kaler lain. Bukan apa, kan nampak lagi kemas camtu, then memudahkan kerja kita bila nak mencari atau memilih baju nanti.

Hubby suka amalkan 5s kat rumah. Ye lah, dulu dia pernah kerja company jepun, kan memang strict dengan kebersihan dan susun atur. Aku rasa nak improve kan lagi la amalan tu kat rumah. Mesti seronok je tengok semua benda tersusun dengan kemas nya kan? Korang camne? Apa kerja-kerja rumah yang korang kurang minat? ;D

Wednesday, November 12, 2014

Makin Manja


Assalamualaikum..

Masih cerita berkisar tentang anak..Maklum lah anak sulung kan, macam-macam pengalaman baru la bila dah jadi seorang ibu ni kan..Umur hanan dah 6 bulan lebih. Makin bertambah akal nya, dan makin bertambah juga lah manja nya. Memandangkan hanan lebih banyak berkepit dengan aku, tidur pon kat ketiak aku, hahaa..Maka dia manja lebih dengan aku berbanding ayah nya.

Amboi sekarang, bila dah kenal orang ni kan..Kalau aku tengah dukung dia, orang lain ambil, terkebil-kebil dia pandang orang tu, pastu melalak..uwaaa...Kalau ayah dia pegang ok je pulak. Pernah one day, kitaorang pergi makan stemboat kat picc dan ada seorang akak tu duk agah-agah hanan, suka la dia ketawa mengekek, pastu akak tu dukung la hanan kejap je, terus melalak..cet.

 

Bila kat rumah lagi lah, pantang nampak kelibat aku, nak suruh teman dia..Kadang dah duduk sebelah dia pon still merengek, nak suruh dukung or pangku dia je, alahai, manja nya anak ummi nih...Kalau kejap-kejap boleh la, kalau tiap masa camtu, 24 jam, camne ummi nak wat kerja lain..Kalau ada hubby, terselamat lah aku coz hubby leh temankan hanan sementara aku nak masak ke, kemas rumah ke, buat kerja lain ke, janji jangan lalu depan dia, kalau tak start la merengek..Bila aku berseorangan, nak taknak time memasak pon sambil dukung dia, kalau letak kat baby rocker tu kejap je, pastu melalak bila dah bosan. Hanan ni dah la takut blender, bila bunyi blender je, automatik badan dia meronta macam kena karen, hahahaa..Kadang-kadang kalau dah terpaksa sangat macam nak mandi ke, nak pergi toilet ke, nak solat ke, aku terpaksa biar gak dia menangis camtu. Hanan ni jenis menangis takde nak slow-slow nye, terus menjerit kuat macam kena apa. Orang yang tak biasa dengar mesti terkejut tengok apasal la anak aku terjerit-jerit ni. Kadang-kadang sampai serak suara. Tapi kalau nak solat, hampar toto dan letak la sebelah kita, merengek jap je pastu diam la dia main-main sendiri sebab dia tau kita dekat dengan dia kot. Kadang-kadang pasang video kat enpon, dia khayal la jap, ikut mood dia dah bosan, teriak gak..huhu

Sekarang hubby pon dah banyak luangkan masa dengan hanan. Tiap pagi sebelum hantar ke pengasuh, husband la yang tukarkan pampers hanan sementara aku siapkan bekal untuk hanan. Bila weekend, kadang-kadang hubby la yang mandikan hanan, tukar pampers, suapkan makanan sume, sebab nak tighten bond antara ayah dan anak, dan supaya hanan tak la manja dengan aku seorang je, tapi dengan mak ayah nya gak, baru lah adil. haha..

 

Kadang-kadang menjaga anak ni memang meletihkan, tidur kejap-kejap terganggu, bila anak meragam dan kita taktau apa yang dia nak, kadang-kadang aku diamkan je..Hubby faham la tu, aku macam dah fed-up, terus dia ambil hanan dari aku dan berbual-bual dengan hanan,  

"hanan noty ye..nape melalak je..tengok muka ummi dah jadi ketat tu" 

"hanan nak apa...kalau taknak bagitau ummi, meh bagitau ayah..apa? nak adik??" 

dan macam-macam lagi la dia bebel macam la si hanan tu boleh faham (tapi kot dia memang faham, mana la tau kan..hihi) sampai aku yang muka dah ketat tadi jadi tergelak-gelak lak. Hehe..alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan suami yang memahami dan rajin memujuk, aku ni dah la jenis cepat terasa, serius hubby memang orang yang pandai sangat memujuk, even aku terdiam ke, tak senyum ke, terus dia pujuk-pujuk sampai la mood aku datang balik..hihi..Tapi aku jenis kalau orang merajuk aku takut nak tegur dan tak reti pujuk, so biar je la sampai mood dah ok baru konon-konon tanya pasal tu la, pasal ni la...hahaa!


Eh, entah apa aku bebel ni. Daaa ;p




Tuesday, November 11, 2014

Alamak..pedal clutch kereta tertanggal!

Assalamualaikum..

Pagi tadi gerak pergi kerja macam biasa..Selepas hantar hanan ke rumah pengasuh, ikut la jalan biasa nak ke highway silk tu..Entah camne lepas je bonggol terakhir tengah tekan clutch, tetibe bunyi "tek!" macam patah gitu, pastu clutch pon terus terkulai layu takleh naik balik dah..Aku terus signal ke tepi, bila clutch jammed, memang takleh tukar gear la kan, nasib baik la belum masuk highway lagi.

Time ni jenguk2 gak clutch tu, rasa tak patah, tapi macam tertanggal or jadi loose kot. Acener ni? Acaner ni? Terus call inicik penyelamat a.k.a. hubby even tau dia takkan angkat pon coz tengah bawa motor kan. Dengan harapan dia akan perasan la enpon dia vibrate and akan berhenti tepi untuk check. Huhu..Mesej bos siap2, bagitau masuk opis lambat even dah tau pon bos takde kat opis coz ada meeting kat luar.

Hubby sampai dalam 20minit pastu..Cian dia, dah nak sampai opis pon, pastu kena patah balik. Almaklumlah isteri mu nie tau bawa kereta dan isi minyak je, taktau nak repair2 kete..hihi..Hubby buka bonet depan dan suruh aku duduk dalam je coz kat luar kan panas, bising lagi kenderaan lalu lalang. Mula-mula aku dok menyibuk gak tepi dia, konon2 tanya tu apa, tu kenapa camtu, pastu dah taktau nak tanya apa, duduk dalam la diam2..haha..Tak lama pastu ada peronda yang bermotorsikal berhenti tengok kitaorang tanya perlukan bantuan tak, hubby kata leh wat, so dia pon sambung perjalanan..Pung pang pung pang, siap dahhh..Tadaaa..! Aku terkagum gak. Haha! Sebab dalam hati duk pikir - pikir je tadi..clutch patah ke? Kalau patah kena ganti berapa? Kalau kena tunda camne, kete takleh gerak ni? Kalau..kalau..kalau..macam-macam oii pikir! Tapi hubby ilek je lah sebab dia yang tau nak setelkan..Alhamdulillah, free of charge sebab hubby betulkan sendiri..haha..nasebbb baekk..Risau je kalau dia marah.;p

Silap aku maybe pagi tadi terbawa laju sikit kot kat jalan berbonggol, so maybe time naik bonggol aku tekan clutch ke tak sure la..tapi pasni kena lebih hati-hati la..Dah la hari tu hampir eksiden...huhu..



Friday, November 7, 2014

Hanan Dah Boleh Makan! Yeay!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Antara saat-saat yang dinanti oleh seorang ibu ialah bila si anak dah boleh makan pepejal..yey! dah bleh suap-suap..Menurut kata nurse kat klinik kesihatan, tak semestinya kena tunggu anak dah cukup umur 6bulan baru boleh bagi makan. Dalam umur 5bulan lebih pon boleh..

Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
Berat hanan masa baru lahir ialah 3.4kg, masa umur 5bulan dah 7kg..so kira ok lah tu kan. Then hanan pon selalu renung je kitaorang time makan, siap lidah dia dok menjilat-jilat tepi bibir sambil tengok mulut kitaorang dok mengunyah makanan..alahai, cian anak ummi ni! Masukkan jari tu dah dari dalam pantang lagi, sampai la sekarang dah jadi habit dia dah. Kalau letak sudu or jari kat mulut dia pon, dia akan buka mulut macam nak makan je...Dan bab nak mencapai barang tu memang win lah, kalau boleh semua benda berdekatan dengan dia nak dicapai nya...

Tapi aku agak terkilan coz pengasuh dah bagi dia makan nestume sikit-sikit. Dia kata kesian tengok hanan macam dah lapar je..Dia siap belikan setin nestum untuk hanan..uhuhuu..Aku takde lah marah dia kan sebab at least aku tau pengasuh tu concern dengan anak aku. Tapi balik umah tu aku terus wat kan bubur untuk hanan. Bubur nasi plain, rebus bubur, then blend bagi tekstur halus, masukkan bekas then simpan dalam peti ais untuk guna esok nye..tapi pengasuh cakap hanan macam tak selera sangat coz bubur plain of course la rasa tawar kan. Aku dah risau je hanan takmo makan benda lain sebab dia dah rasa sedap dengan nestum yang manis tu. Aku suruh gak pengasuh bagi dia makan bubur tu even sikit-sikit kan untuk selama 3 hari.

 


set mangkuk and cawan ni pon adiah dia dapat time lahir hari tu

Hari keempat dan seterusnya aku wat bubur nasi campur sayur lak..campur ikan bilis bagi rasa masin-masin...carrot ke, sayur hijau ke..awal-awal ni tak elok campur banyak jenis sekaligus, so kita gilir-gilir lah supaya baby tak borring dengan rasa yang sama. After two weeks camtu baru aku campur banyak sikit sayur dalam tu. Aku pernah try buatkan puri buah tapi hanan takmo makan, siap nangis2 lagi..maby dia tak suka rasa manis kot, atau tekstur dia yang lain cket dari nasi. tapi bila buatkan bubur nasi campur buah macam epal ke, pear ke, nak pulak dia makan. Memang orang melayu pure la hanan ni, takleh tak makan nasi..hahaa..Time nak bagi hanan makan, duduk kan je dia kat baby rocker yang ada tu. Seat dia leh adjust bagi tinggi ke, bagi tak bergerak ke, memang sangat-sangat berguna la baby rocker tu..Most recommended untuk moms to be. Tak perlu membazir beli kerusi baby yang mahal tu.

guna periuk bertangkai saiz kecil, adiah kawen..haha

Selalu nya bubur dia aku campurkan dengan susu ibu bagi tekstur dia tak pekat sangat, kang tercekik lak atau terlekat lak kat tekak dia kan. Kalau cair sikit senang nak menelan nya. Tiap kali makan memang habis licin. Alhamdulillah, memang seronok dan teruja je bila baby berselera makan lagi-lagi dengan tangan ibu kan. Bagi makan kat baby ni kena banyak try and error.

So sekarang aku dah leh konsisten nak sediakan makanan dia tiap hari. Memandang aku dah beli termos khas untuk bekal kan makanan hanan ke pengasuh tiap pagi, so kena gak la rajin bangun pagi-pagi untuk masak bubur dan blend. Aku lebih prefer masak tiap pagi coz fresh la untuk hanan makan kan, letak dalam termos tu leh tahan suam dia sampai lepas zuhur camtu or petang sikit. Cukup la satu termos tu untuk 2 atau 3 kali makan dalam sehari. One more thing, dapat memudahkan pengasuh, dia tinggal tuang dan bagi hanan makan, tak payah susah-susah nak panaskan macam kalau aku bagi frozen food ke kan. Termos tu beli online kat lelong @ superbuy.com, RM80 kalau tak silap.

Tapi hari sabtu selalunya aku blend siap-siap kuantiti untuk makan 2 hari means untuk sabtu dan ahad. Pagi sabtu tu aku bagi yang fresh, then balance nye aku beku kan dalam food tray, masuk dalam ice box. Mula-mula nak guna bekas ais batu tu je, tapi macam tak best lak coz bekas dia sekali semua then saiz dia kecik-kecik je. Pastu nak cari yang dah siap penutup tak jumpa lak. aku beli je food tray and cups kat Manjaku bangi, harga baru RM19.90. Ok la, berbaloi, bila nak guna, amik la bape cup je, yang lain simpan lagi dalam tu. Selalunya weekend kitaorang suka berjalan, dah petang atau lepas asar baru balik ke rumah. So, kalau makanan hanan dah siap-siap camtu, senang, tinggal panas kan. Kalau tak berjalan ke mana, aku lagi suka masak terus je untuk hari tu. Lagi fresh. Blender aku tak beli baru, tapi aku beli yang jug dia je baru, guna mesin yang memang dah ada kat umah. Jug kat umah tu dah blend macam-macam. Jug ni aku beli kat mydin, RM2.90 je..Kecik..Comel..Murah!

 


 

Baby bib tu aku beli kat kedai DIY je. RM5 dapat 3 helai. Tak payah la beli mahal-mahal pon. Kadang-kadang guna napkin je coz hanan tak bape selesa guna bib ni, maby dia rasa ada benda mengikat leher dia kot. Dah la pipi tembam, lagi la bertambah rasa rimas. hehee..









Wednesday, November 5, 2014

Pecah Rekod



Assalamualaikum...

Tibe-tibe cite pasal pecah rekod kan..Nie semua sebab semalam aku mc..sebenarnya EL la sebab takde surat mc..alkisahnya isnin tu aku dah rasa macam biol je, pening kepala semacam, selsema dan bersin-bersin..buat kerja pon rasa nak terlentok je kepala atas meja..bawa kereta pon rasa melayang je..tapi alhamdulillah tak jadi pape, syukur selamat sampai ke ofis dan rumah..Baliknya aku terus melepak kat bilik..berat betul rasa kepala. Aku rasa pas lelap kejap ok kot. Tapi malam tu hubby berkeras nak bawa aku pergi klinik. So, menurut je la kita, kang derhaka lak nak bantah-bantah..hehe..Guna je medical card company hubby coz banyak klinik dia cover. Senang ada medical card ni, tunjuk je card tu, semua diuruskan dan of course la free of charge.

Klinik faveret family kitaorang ialah Klinik Zalfah kat Bangi. Klinik buka 24 jam. Best sangat coz doktor dia ramai, kalau waktu biasa ada 3 doktor bertugas so tak perlu la tunggu lama sangat kan. Kalau lepas pukul12 malam, ada seorang atau 2 org doktor bertugas. Layanan sangat mesra dari doktor2 dan petugas dia. Cakap lembuttt je, alahai lemah lutut dengar..haha! Ubat dia bagi ikut keperluan kita, takde la macam sesetengah klinik tu selambak terus dia bagi..Contoh kita cakap selesema je, dengan ubat batuk, demam, segala ubat dia bagi kan. Membazir kalau tak makan nanti dah la bayar mahal. Then, kat klinik ni harga dia berpatutan even kita datang lepas kul12 malam, harga tetap sama.


Sejak 2009 aku kerja kat company ni, nak masuk 6 tahun la kan? Aku pernah mc 3 hari je..sehari masa 2009, sehari masa 2010 dan lagi sehari 2011..Pastu aku tak pernah mc. Alhamdulillah sihat walafiat. Kalau setakat pening kepala sikit-sikit or selesema tu memang aku takde la nak mc, amik ubat kat farmasi then datang je la keje. Tapi semalam dah pecah rekod. Huhu..





Pagi nya bangun tidur still rasa pening kepala..suara pon dah garau semacam..Sekali lagi hubby berkeras suh aku cuti dan ambil mc..Ikutkan hati malas je, aku rela pergi keje coz duduk rumah je bosan lak nanti. Tapi hubby suruh gak cuti dan dia bgtau dia pon akan ambil cuti gak untuk jaga aku dan hanan. Ok lah, dah dia cakap camtu kan, turut kan je lah..Kebetulan hari ni kena hantar hanan ke klinik untuk inject 6 bulan. Ada hubby teman senang sikit kan. Hubby pon dah biasa jaga hanan. Setakat bagi susu, tukar pampers, mandi kan, melayan karenah tu semua dia dah master dah. Alhamdulillah, dapat la ummi berehat-rehat..Breakfast  hubby sediakan, dapat massage2 lagi..best-best ;) Malam tadi dah pergi klinik ambil ubat, tapi tak request mc so pagi ni aku rasa malas lak nak pergi klinik lagi, nanti dia bagi ubat sama je..ambil el je lah coz memang emergency pon nih kan.


Alhamdulillah hari ni dah ok sikit so dah kerja macam biasa. Thanks hubby coz asyik la memanjakan wife mu ini..heeee...~



Friday, October 24, 2014

Petua Bila Baby Kena Demam Campak


Assalamualaikum...

 Alhamdulillah..masuk hari ni dah 5 hari hanan kena demam campak. Tapi maby sebab dia baru berusia 6 bulan, belum makan campur2 so antibodi masih kuat dan cepat sembuh..Hari ahad lepas dah perasan bintik2..then hari selasa camtu dah surut..3 hari..tinggal ada bekas2 je kat bahagian muka..


Alkisahnya hari jumaat lepas macam rasa badan hanan panas dari biasa...Bila bawa klinik malam tu, doktor kata suhu normal je, 37..Ni payah nya takde termometer sendiri kat rumah kan, tak tau suhu normal berapa, panas berapa..Then doktor pesan untuk lap2 je badan dia, maybe cuaca and dia bagi gak sebotol ubat demam, in case macam nak demam, leh prevent terus kan..Balik nya aku bagi makan ubat sekali, meraung-raung hanan sebab dia memang tak suka ubat..Tips kalau nak hilangkan rasa ubat tu ialah minum air zam2 tapi takde air zam zam lak kat umah. Redha je lah..Then tampal gak cool fever untuk baby tu bagi panas dia reda sikit..Esok nya aku terus beli termometer online kat lazada. Harga dia RM59.90 je after diskaun. Kejap je dah sampai..Senang pasni nak monitor suhu baby atau mak ayah nye sekali. hehe. 
  
ni la rupa termometer yang aku beli tu

on the way pergi klinik hari ahad tu..penuh dah kat muka and badan..T_T

Hari sabtu aku sukat suhu dia, dah turun sikit..36..kadang2 37..tapi dia merengek-rengek gak macam tak selesa. Then malam tu baru perasan macam ada bintik2 kat badan and perut dia..Aku ingatkan ruam lah sebab tak pernah tau camne rupa demam campak tu..Pagi ahad tu mandi kan dia macam biasa tapi hanan tak happy, selalu dia la paling suka mandi dan main air..Time nak pakaikan baju tu perasan dah makin banyak lak bintik-bintik..Penuh muka dan badan..Ah sudah! Anak aku alergik apa lak ni?? Rasanya takde la bagi makan bukan-bukan, bubur nasi je macam biasa..Ke alahan habuk? Towel? Tak terpikir pon demam campak sebab suhu dia normal je dan dia tak demam...Wassap gambar kat makcik, sah la demam campak..Aduhai, demam campak takleh kena air kan..Tadi ummi dah mandikan hanan patutlah tak selesa, terus naik bintik2 penuh 1 badan..huhu...Maafkan ummi...Terus bawa hanan ke klinik kali kedua.

Nie lah antara petua jika anak kena demam campak :

1. Jangan mandikan. 
Kalau nak mandikan, lap lap je dengan air suam-suam kuku. Tak usah la berenang kat besen tu. Nanti bintik-bintik cepat merebak dan rasa gatal.

2. Elak anak dari berpeluh.
Kat rumah aku pakaikan baju tipis-tipis je..Kalau kat bilik siap pasang dua kipas lagi, atas siling and kipas meja menghadap dia sebab nak elak berpeluh kan..Time siang tak payah pakaikan baju pon takpe. Kalau duduk dalam econ, selesa la dia..sejukkkk je..

3. Bagi minum air kelapa muda
Since hanan baru je start boleh makan, so aku takde la bagi banyak2..Tak banyak pon 2-3 kali gak aku bagi..sekali bagi 2-3oz..glup glup glup..habis dah dia minum..time kena campak nie hanan jadi kurang menyusu..makan langsung taknak..1-2suap terus merengek bila kita sua lagi..sedih aku..huk huk..Yang paling sedih dia taknak direct bf langsung! Taktau la jadi rasa payau ke, tak sedap ke..So terpaksa la pam then bagi thru botol..Tu pon minum nya 1oz je..sikit sikit..huhuu..! T_T then kerap terjaga malam..Maby sebab tak selesa ke..haus ke..cian anak ummi..

4. Cari daun semambu
Ok, walaupun aku asal kampung, tapi tak pernah tau pon camne rupa daun semambu nih..Ni pon 1st time dengar bila akak ipar suggest kan..Kebetulan ada kawan hubby kerja kat Taman Botani, dia lah yang baik hati tolong petikkan dan siap hantar ke rumah lagi malam-malam.

ni lah rupa daun semambu..macam daun kari, tapi besar sikit saiznya.

Guna nya daun semambu ni, boleh dibuat mandi..Kisar atau carikk2 then letak dalam besen air suam. Tapi jangan la mandikan lama2, ala kadar gitu, tujuannya nak bagi badan rasa selesa coz daun semambu ni leh hilangkan rasa perit dan gatal akibat demam campak tu. Aku mandikan hanan dengan air daun semambu ni sekali je..Selalu nya dia suka je mandi kan, ni masa mula-mula letak dia dalam ni dia buat muka pelik..pastu kaki slow slow kuis air..selalu time mandi kaki sampai nak terkeluar dari besen, tu aku suka mandikan tak payah pakai besen dah..pastu lama-lama dia menangis, maby sebab geli kot ada daun-daun dalam tu..hahaa..

aku pon macam tak selera je mandi dengan air camni ..hihi

Selain tu, boleh gak kisar halus, campur dengan bedak sejuk, sapu kat badan, tapi aku tak wat coz aku dah sapu ubat yang doktor bagi tu je..Boleh gak buat alas tidur guna daun-daun tu..

5. Rajin sapu ubat / lotion celamine yang doktor bagi
Jangan sapu sekali je sehari coz lepas sapu kan dia kering..Sapu la pagi sekali..petang sekali..malam sekali..Kalau malas pon buat lah dua kali sehari. Hanan bila sapu ubat ni dia jadi selesa dan berhenti merengek..Hilang kot rasa gatal2 tu..Taktau la dia rasa gatal ke tak sebab dia tak pandai menggaru lagi kot..huhu..

 

Alhamdulillah..hanan cepat sembuh..Bintik-bintik mula timbul hari ahad..Hari selasa camtu dah surut..Hari rabu dah tinggal bekas-bekas je dan hari khamis ummi dah boleh kerja..;)











Wednesday, October 15, 2014

Water Filter Pilihan - Hexagon by Cosway


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur..
Akhirnya tercapai hasrat nak memiliki penapis air sendiri..eh, macam pelik lak sebut penapis air..ok lah, water filter.

Penat rasa nak mengusung botol-botol air naik ke rumah. Dah la berat. Tiap minggu nak beli air mineral kopak juga. Aku tak minum sangat air kat rumah sebab rasa payau semacam dan aku tak yakin dengan kebersihannya. Dulu rajin isi air guna mesin yang 20sen seliter tu tapi tak bagus rupanya mesin tu. Sebab dia tak filter betul2 pon, serupa minum air paip je. Dan kalau mesin yang lama-lama tu, takde maintenance. So korang minum la sekali karat-karat dalam tu..Dan boleh terkena virus e-coli lagi..Ada kajian dibuat dari 10 mesin yang derang kaji, hanya satu je yang masih berfungsi untuk menapis air dengan baik..ish ish..terus kitaorang tak beli lagi dah air 20sen seliter tu. Tapi bulan 10 ni usia hanan dah hampir 6 bulan, dah start makan, takkan nak guna air paip kat rumah untuk masak?? So by hook or by crook bulan ni kena gak beli water filter pasang kat rumah..Setelah berbulan-bulan dok mencari maklumat dan survey-survey, akhirnya kami suami isteri sepakat nak beli water filter Hexagon brand Cosway nih. Alasan nya ada lah seperti berikut :

1. Harga mampu milik - Tak payah la habis beriban semata-mata nak beli water filter je. Duit lebih tu boleh buat beli benda lain. Lagi satu, aku tak suka beli secara hutang, bayar ansuran-ansuran tu..Melainkan dah tak mampu sangat beli cash macam harga rumah tu, baru lah bayar ansuran.. Harga dia tak sampai pon RM800 untuk member. Kalau bukan member 1k++ gak..Membership fee RM30 je, valid untuk setahun.



2. Air dia alkaline yang mana bagus untuk kesihatan antaranya seperti manfaat untuk kecantikan, melancarkan sistem pencernaan, menyihatkan jantung, kesegaran tubuh dan sebagainya..Boleh juga refer kat sini untuk tau kebaikan lain air yang tinggi kandungan alkali nya. Kebaikan Alkali Aku pernah survey water filter yang guna teknologi RO atau Reverse Osmosis. Ada pros and cons nya, so aku batalkan niat untuk mencari water filter jenis tu. Air RO elok kerana bersih (ye lah, sebab dah filter kan) tapi ada debat mengatakan air RO tak mengandungi sebarang kebaikan mineral. Lagipun water filter jenis ni kebanyakan nya mahal..1k -2k dan ada yang lebih mahal dari tu..tapi tak semestinya la tak bagus. Kalau korang berminat dan mampu, boleh je beli. Air kat ofis aku pon guna brand Elken yang berteknologi RO, hari-hari aku minum alhamdulillah sihat je..hehe..

3. Kos maintenance yang mampu milik - Water filter ni guna tiga filter je. dua filter perlu ditukar 2 tahun sekali dan satu filter setahun sekali atau bila kita test guna cecair yang derang bagi, result tak menunjukkan perubahan, tu maksudnya dah sampai masa untuk tukar water filter. Satu filter tu harga dalam 100++ je. Boleh pasang sendiri dan senang dikendalikan. Tak perlu nak panggil orang datang service, nanti kena service charge lagi, macam sesetengah brand water filter. 


4. Saiz yang compact - Muat la nak letak dapur atau dekat dengan singki, kalau saiz dapur korang comel je macam aku punya memang sesuai la. 


Gambar semua dari Google. Hehe..

Tapi fungsi dia hanya filter air je lah, takde fungsi air panas. Terus boleh minum tak perlu masak. Kalau masak, kurang la kandungan alkali dalam air tu, dah macam air mati, kosong takde mineral. Tapi kalau perlu air panas, aku masak gak. Water filter ni takde fungsi air panas. Memang taknak pon coz takut nanti melambung lak bil air aku, dah jadi cite lain lak..hehe..hubby pon tak bape gemar minum air panas.

Friday, September 26, 2014

Perkembangan 5 bulan..

alhamdulillah...

Anakanda umi dah berusia 5 bulan...yeyyy..Dah 5 bulan baru nak update pasal anak ye. ;p

berusia 1 hari..ololooo..


Huhu...alkisahnya last week handphone aku rosak. Mula-mula asyik hang je..pastu jadi biol..mesej2 banyak tak kuar..pastu padam terus, takleh on. Bila bawa kedai, tokey tu cakap ada software yang corrupt, kena format balik, tapi takleh nak wat backup..aku macam..what??? dalam tu banyak kot video2 ngan gambar2 hanan dari kecik sampai besar..dari dia mampu kelip2 mata je sampai la pandai meniarap, gelak ketawa semua..huhu..dan silapnya aku, takde wat backup pon..uhuuuu..seddeyy nye..ada video hanan baru pandai meniarap, kuat membebel, tengah berteriak..huk hukk..apa nak buat, silap sendiri..dah la anak tu time kecik nya sekali je..nasib baik la kat kamera and handphone hubby ada gak la gambar2 and video dia time kecik, bleh gak la wat pengubat hati kan..tapi still terkilan coz masa hanan banyak dengan aku, of course la aku lagi banyak snap gambar semua..takpela, jadi kan pengajaran..

So, berbalik kepada tajuk asal..Bila dah 5 bulan ni dah bertambah akal nye..Berat pon dah 7kg..sihat anak umi, alhamdulillah..Masih menyusu badan walau kat umah pengasuh kadang-kadang kena topup dengan susu fm..Bila banyak keje kat ofis, sampai tak sempat nak pam wat stok..huhu..Dah kurang menangis tapi kalau lambat tukar pampers, lambat bagi susu, still menjerit terus..takde la nak intro merengek-rengek dulu..huhu..anak umi ni nak jadi penyanyi ke? suka naw berteriak...selalu kalau nak dilayan, didukung bawa jalan-jalan..baru lah dia merengek-rengek..kadang-kadang elok je main sendiri, bila nampak ayah or umi lalu depan dia terus merengek..minta diangkat la tew~ clever girl.

Start umo 3 bulan dah mandi air biasa..no more air panas..ni pon pengasuh dia yang ajar..dia kata anak dia dari dalam pantang dah camtu..tali pusat tanggal je, terus mandi guna air biasa..supaya daya tahan badan baby jadi kuat..aku macam..oh my God, tak sejuk ke baby tu???kang kena selesema lak..?? aku try la mandikan hanan guna air biasa gak kat rumah..hanan ok je..suka je kena air..takde la teriak ke gigil ke apa..Pastu sihat walafiat je..Alhamdulillah, sesuai la dia dengan air biasa tu..Ada sesetengah baby tak tahan kan.

 

Start 4 bulan lebih dah pandai meniarap, tapi sampai la ni tak pandai berpusing balik..nak meniarap laju je..pastu bila dah penat or lama sangat meniarap, mula la merengek suruh orang pusingkan dia..hehe..berat sangat ke bontot tu sayang smpai payah nak pusing sendiri..kadang-kadang dia berjaya gak pusing sendiri..boleh je..tapi bila dia tau ada orang teman dia kat situ, mula la datang manja nya suruh orang lain tolong pusing kan..dah pusing kan nak meniarap balik..pusing lagi..meniarap lagi..hai la anak, kerja nak main pusing-pusing ke ni?


Macam dah start kenal orang..Kadang-kadang bawa berjalan nak melekat dengan umi or ayah nya je..Kalau orang tak kenal macam berat sikit nak ikut..Tapi ikut mood dia gak, kalau dia suka dia ikut je..Dan dia cepat rimas kalau orang duk pegang jap..pass kat orang..pegang, dukung..orang lain lak dukung..mula lah nanti berteriak..kadang-kadang dia suka wat hal sendiri je..biarkan dia baring or main sendiri tanpa diganggu.


Morning person..tido awal ke lambat, pukul 6 mesti dah celik mata..kadang2 kul 5.30 dah kejut umi bangun..memang sekarang jarang dah guna alarm..anak sendiri jadi alarm..hehe..tapi baguslah, kalau mood dah ok pagi2, senang la umi nak hantar ke rumah pengasuh..takde la meragam je sebab kena kejut pagi-pagi kan.


Dah start ajar dia guna flash card..Mungkin bagi certain orang, baby kecik lagi nak ajar dia..tapi aku pernah terbaca kisah orang, dari usia 4 bulan anak dah boleh diasah minda nya.dah diajar guna flash card..umur dua tahun dah lancar membaca...wowww...Bila usia 4 bulan, ingatan dia dah mula kuat..So, aku tulis perkataan macam "Ummi".."Ayah".."Susu" etc..dan tunjuk kat dia ulang-ulang..hari-hari..tapi takleh wat lama-lama dalam satu sesi tu, nanti dia bosan lak..asalkan benda ni konsisten jadi lah. Bila aku tunjuk kad-kad tu hanan suka je sengih-sengih, sambil tangan dia cuba capai kad yang aku pegang..hehe..


Masih tak dapat buang tabiat hisap jari..Aku selalu je time dia hisap jari tu, tarik jari dia bagi tak hisap..tapi pastu dia masukkan balik..ulang - ulang aku buat..dia masukkan jari je aku tarik..dia masukkan jari je aku cabut..lama-lama dia marah..haha...Tapi tabiat ni yang wat dia nak lena tidur..dodoi-dodoi, tepuk bontot tak jalan..pas menyusu, baringkan kat tilam, nanti dia terus mengiring sambil hisap jari, bape saat pastu terus terlena..jari pon tertanggal dengan sendiri nya..hehe..anak aku tak hisap puting plastik tu, dari baby banyak kali aku try, sebab nak sumbat mulut dia kan, asyik menangis je..tapi dia takmau langsung pon, bila masuk je puting kat mulut terus uwekkk uweekk..luah balik puting tu..nasib la menyusu botol nak..maby dia rasa susu mengalir kot..kalau puting kosong mana ada rasa pape..hehe..tapi alhamdulillah gak, kang dah puting je, susah nak tinggal dah jadi satu hal lak..

benda alah ni sangat berguna tau..thanks adik ipar coz hadiahkan..kadang2 time nak solat ke, masak ke, tinggal je kat sini, baby leh main sendiri.;)

Okey lah, macam dah panjang sangat ni..next entry lah sambung.

Friday, September 12, 2014

Pengalaman Cabut Gigi Tak Sakit




Assalamualaikum..

Rasa macam dah laaamaaa sangat tak update blog. Idea dan cerita tu ada, tapi masa tu yang takde..huhu..
Okeylah, tetibe cerita pasal cabut gigi kan..

Alkisahnya, dalam minggu lepas aku terasa macam berdenyut-denyut la gigi dan gusi ni..Sakitnya on off..kejap ada kejap takde, tapi memang tak selesa lah nak buat kerja. Pastu sekali tu je la sakit, then lenyap. Bila aku gesel-gesel guna lidah, terperasan macam ada gigi geraham yang berlubang..Adohai, bila lak la lubang ni wujud. Sebab rutin aku tiap malam sebelum tidur, berus gigi, floss bagai dan cek kat cermin nak pastikan gigi ok la kan..tapi kalau gigi geraham mana lah nak nampak. Lagi pon yang tu gigi bongsu, tumbuhnya pon tak berapa nak cantik, senget semacam je, so maby kalau dah berus pon still ada sisa-sisa makanan yang tak tercapai oleh berus gigi tu, maka jadi lah punca kaviti dan gigi berlubang..eh eh..panjang pulak cerita nya.


Bila dapat tau gigi berlubang, aku dah susah hati..Sebab antara perkara yang aku takut dan cuba elakkan ialah jumpa doktor gigi..Yup, since kecik lagi aku tak suka doktor gigi. Kalau doktor gigi datang sekolah je, aku dah risau, rasa nak mengelak je pon ada..ekekee..Setelah berfikir-fikir dan menimbang tara, aku decide je lah nak serah diri kat dentist memandangkan gigi ni takde rasa sakit or bengkak pon, means belum parah lagi la kan. Kalau dah rasa sakit nanti, lagi susah nak wat rawatan kan? Time kecik-kecik dulu, cabut gigi tak sakit pon, gigi susu kot..asal goyang je leh cabut. Kadang-kadang abah aku gigi anak dia dah goyang, ikat je dengan benang then tarik. Tak pon kita goyang-goyang kan sendiri guna lidah, then nanti akan tanggal sendiri la gigi tu..Tak payah pergi klinik pon.Tapi dah besar-besar ni jadi takut la pulak.


Aku pon call la Klinik Pergigian Putra Permai kat Equine Park ni. Doktor dia Dr.Widya Suzanee. Aku pernah sekali pergi sini untuk tampal gigi, so dah percaya dengan kelembutan dan cara dia jalankan rawatan, berani lah nak pergi lagi. Sebelum pergi kena call and booking dulu. Boleh je pergi direct, tapi ikut nasib lah. Kalau penuh, kena tunggu lah. Mula-mula ingatkan nak tampal je lah, tapi setelah berfikir-fikir lagi, aku rasa better cabut terus je lah. Sebab gigi bongsu ni selalu memang camtu, nak tumbuh punya lah sakit, dah tumbuh menyusahkan pulak, so kita buang je lah..huhu...Aku punya takut tu sampai asyik dok terfikir-fikir je, tiap kali lepas solat aku berdoa agar mudah la proses cabut gigi tu nanti..Siap menggoogle pengalaman orang kena cabut gigi..Kebanyakannya bagitau sakittt..Adohai, yeke sakit nih? Huhu..Rasa nervouse tu lagi dasyat dari time nak bersalin. Kalau bersalin, fikir nak baby tu keluar cepat je, yang ni dah fikir rasa nak buat ke tak..nak buat ke tak..hahaa..Time bersalin dulu aku teringat la bibir aku dok terkumat-kamit baca doa nabi yunus, alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan kesakitan pon rasa ringan je and still boleh ditanggung...So nak pergi cabut gigi ni pon bibir aku dok la membaca .."Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin...." berulang kali.


Even dah buat booking, lepas sejam baru nama aku dipanggil..jenuh tunggu ha..Bila dah masuk bilik rawatan dan baring kat kerusi dia, aku masih terasa nervous, macam nak balik rumah pon ada, tapi ahh..layankan je lah..Selagi benda ni tak setel, memang rasa tak senang je hati. 


Then bermula lah episod...


Hati aku masih lagi membaca doa nabi yunus, then doktor pon masuk, tanya apa masalahnya. Then dia kata better cabut je sebab tu gigi bongsu kan. Pastu dia minta izin nak bagi injection "maaf ye, saya inject bius bagi kebas.." inject kat gusi..then lagi sekali kat langit2.."maaf ye saya inject lagi sekali" aku macam nak request dia bagi 3 kali injection supaya betul2 kebas and aku tak rasa pape..tapi benda tu hanya terdetik dalam hati la..injection tu pon tak sakit, aku rasa jarum tu halus je kot..lagipon doktor tu buat dengan penuh kelembutan dan sopan santun..kena gigit semut rasanya lagi sakit..wakaka..Lepas menunggu kira-kira 15minit, mulut pon dah rasa kebas, gusi dan bibir aku rasa tebal je..hehe..Doktor pon amik apa ntah alat-alat dia, then aku dengar macam bunyi..krek..krek..macam kita longgarkan skru dari soket tu..tapi aku takde rasa pape la, just dengar bunyi nya..Pastu doktor ambil gigi tu..siap! Aikk..cepatnya?? Aku pon macam pelik nape takde rasa sakit langsung or rasa gigi digoyang-goyang ke..Agaknya bius dia power kot? hehe..alhamdulillah happy dan syukur sangat..Lega dah..Teringat lagi first time cabut gigi geraham masa study kat uitm dulu, jumpa dentist kat klinik kesihatan uitm gak..walaupon tak sakit, still terasa-rasa ngilu la time dia cabut, rasa gigi tu digoyang-goyang, and kepala pon ikut sama goyang, then pas cabut tu pon macam sakit kat gusi bekas kena cabut tu..Kena tuam dengan ais baru kurang sikit..1-2 hari pon makan bubur je, tak berani makan yg keras-keras..Tu yang aku risau je nak pergi cabut gigi lagi..Tapi pengalaman yang ni lain plak. Serius takde rasa apa langsung.


Caj dikenakan RM105, dapat kapas dan ubat tahan sakit. Aku request gak nak bawa gigi tu balik, then derang pack kan..hihi..saje mengada kan. Sebab ada terbaca kat blog, orang tu bawa balik gigi dia yg dicabut. Gigi geraham ni panjangg..Ada la dalam 2cm. Aku tengok sekali je, pastu simpan ke buang tak ingat, sebab aku geli..hihi..Balik dari klinik tu, masuk kereta aku terus telan pil tahan sakit yang dia bagi. Tapi pil tu dalam bentuk kapsul, terpaksa la aku buka and telan serbuk dia je. Nasib baik la dalam kereta ada air mineral, tawakal je la..Sebab aku takut kang bius ni dah hilang, kesakitan berganda lak yang datang. Tapi alhamdulillah, sehingga entry ni ditaip, memang takde rasa apa langsung..Syukurrr..So, most recommended la untuk korang yang takut2 nak gi jumpa dentist macam aku, dapatkan rawatan kat situ..hehe..dan yang penting jangan lupa amalkan doa nabi yunus tu, insyaallah dengan izin Allah, dapat meredakan kegelisahan hati dan mengurangkan kesakitan..aminn..







Wednesday, August 27, 2014

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum..

Meh, kali ni nak share pasal pengalaman berpantang..Biasalah kan, anak sulung ni excited terlebih sikit..Semua pun macam benda baru dan pengalaman baru..hihii..

Hari ketiga selepas melahirkan Hanan, kami bertolak balik ke kampong di Johor. Sebelum bertolak tu, aku dah siap-siap pakai bengkung dari rumah. Dalam kereta aku duduk kat seat belakang, duduk atas nursing pillow..Ada guna gak beli nursing pillow ni kan? Huhu..Tak berani nak duduk atas seat kereta coz perjalanan jauh kot, kang tergoyang sana, tergoyang sini, mau koyak balik luka jahitan aku nanti. Mama pun duduk belakang sambil pegang baby Hanan.

BERURUT

Sampai Johor, tidaklah terus menuju ke rumah family aku, tapi kitaorang terus menuju ke rumah tukang urut kat Parit Raja yang aku dah booking siap-siap sebelum bersalin. Nama tukang urut ni kak ita dan muda lagi umo baru 40++. Kak ita bukan sahaja pandai mengurut, tapi dia pun ada sijil gak tau.. Kira tukang urut bertauliah gak la. Hehee..Kat tempat ni siap disediakan sekali homestay untuk mereka yang duduk jauh dari Parit Raja. Kalau rumah area situ je, kak ita akan datang rumah untuk mengurut.

Pakej mengurut kak ita lengkap..Sebelum mengurut, dia akan sediakan air daun dan akar kayu untuk kita mandi. Wangi je bau air tu..Memang sungguh menyegarkan. Then dia akan tolong cuci luka kita dan sapu ubat. Then baru lah mengurut seluruh badan. Memang selesa dan ringan rasa badan lepas berurut. Urut tu ada lah dalam sejam. Then kak ita akan sapukan param ke seluruh badan, pakaikan tapel dan bengkung serta pilis di kepala. Rambut akan disanggul tinggi siap-siap. Baby pun kak ita yang akan mandikan.

Aku amik pakej 3 hari 2 malam..Sesi berurut akan diadakan sekali setiap hari, mandi air daun sekali pagi dan sekali petang dan mandikan baby pun sekali pagi dan sekali petang. Caj mengurut ni RM50 sekali urut dan caj homestay RM50 semalam. So total kena bayar ialah RM250..Cukup murah dan berbaloi dengan servis yang diberikan. Seriously, aku ni bukan lah jenis yang suka berurut badan coz aku akan rasa geli bila orang pegang-pegang badan aku, tapi dengan kak ita ok je sebab sangat selesa. Sekali ko berurut dengan dia, mesti rasa nak ulang lagi sebab style dia urut macam standard kat spa tu la..Kalau urut pun dia tak pakai minyak yang busuk tu, tapi pakai minyak aromaterapi..Mana la tak rasa macam nak tertidur je time diurut kan..Hehee..Selesai berurut, baru lah aku balik ke rumah family aku di Rengit..

Hubby ambil cuti seminggu untuk jaga aku sepanjang berpantang. Mak pun ambil cuti seminggu. Pastu derang akan kembali bekerja seperti biasa, pandai-pandailah aku nak uruskan diri dan baby.

MANDIAN

Seminggu pertama badan memang tak kuat lagi, banyak bergantung kepada hubby dan mak untuk buat itu ini..Nak pakai bengkung, ikat rambut, pakai stoking semua hubby buatkan..Terasa dilayan macam tuan puteri lak. Hehee..Time berpantang aku guna Set Bersalin Tanamera, memang puas hati lah guna produk ni. Nanti lain entry aku buat review pasal produk ni. Setiap pagi dan petang mak akan sediakan air rebusan herba tanamera untuk aku mandi. Orang berpantang ni takleh sejuk-sejuk, so setiap hari pun mandi air suam-suam kuku..Klasss kau..Bila herba mandian tu dah habis, mak sediakan sendiri air rebusan daun tu. Untunglah duduk kat kampong kan, senang nak dapat tumbuhan-tumbuhan tu..

PEMAKANAN

Pemakanan time berpantang juga perlu dijaga. Jangan makan sebarangan je coz badan nak pakai lama, time berpantang biar jaga betul-betul. Time sebelum bersalin aku dah siap-siap beli ubat lawas kot la nanti pas persalin terkena sembelit ke apa kan, tapi Alhamdulillah, semua system perkumuhan aku berjalan lancer..hehe..yang penting kena banyakkan minum air suam dan makan buah-buahan seperti oren dan betik. Oren ni kaya dengan vitamin c dan boleh membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Alhamdulillah gak sepanjang mengandung aku suka makan buah oren, tiap hari lah makan, so bila baby lahir, langsung tak kena kuning.

Menu harian hanya boleh dimasak secara kukus panggang grill..kukus panggang grill..hehe..jangan mimpi la nak makan yang pedas-pedas ke, bergoreng ke, or berempah. Ikan bakar, ikan stim, or sayur rebus..itu lah menu harian. Tapi sedap je aku rasa even lauk simple-simple pun, kadang-kadang sampai bertambah aku makan dan kuantiti yang aku makan adalah 3kali ganda dari biasa. Maybe sebab breastfeed kan baby, so mudah rasa lapar dan haus..huhuu..

PENJAGAAN LUKA

Sebenarnya ini lah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Bila luka ni dah baik, nak buat kerja lain pun senang. Kelahiran anak pertama selalunya memang tak dapat nak elak lah dari kena episiotomy dan jahit. Kalau anak kedua dan seterusnya maybe boleh lagi. Bila luka dirawat dan dijaga dengan betul, insyaallah dalam seminggu dah sembuh dah, 2 minggu dah boleh berlari..Aiceh~ hehe..

Sepanjang berpantang, seeloknya gunalah tandas duduk. Kalau takde tandas duduk, korang boleh guna kerusi untuk orang sakit atau tandas OKU macam kat bawah ni. Aku guna yang ni lah coz tandas kat kampong semua tandas cangkung. Tak berani lah nak mencangkung awal-awal ni kan..Daripada berdiri, baik guna benda alah ni..memang sangat-sangat membantu. Kalau beli pun harga baru RM50++. Selalunya ada jual kat farmasi.


Firstly, tukar pad korang setiap kali ke toilet. Boleh juga pakai pad berherba atau panty liner berherba tu letak kat pad untuk rasa dingin dan selesa..hahaa..Jangan pakai sekeping pad yang sama untuk masa yang lama sebab tu bukan saja menggalakkan pembiakan bacteria tapi juga menjadikan luka sentiasa lembap dan lambat sembuh. Jangan beli pad yang bertali tu macam yang hospital bagi tu, maternity loop pad coz ia menyakitkan..Beli je pad jenama macam pureen ke yang lekat cam biasa coz ia lebih lembut dan selesa.

Korang juga boleh gunakan dettol or cecair antiseptic untuk bersihkan luka tu or tiap kali nak beristinjak. Bancuh dettol dengan air paip dan isi ke dalam botol penyembur. Guna tiap kali ke toilet.

Then, lepas je keluar toilet or mandi, guna hair dryer untuk mengeringkan tempat luka..Pandai-pandai la korang adjust camne nak guna hair dryer tu. Penggunaan hair dryer untuk mengeringkan tempat luka adalah lebih selamat berbanding korang lap-lap dengan tisu or kain, kot tercarik benang jahitan, wat naye je kan..haaa..pe lagi? Pergi cari balik hair dryer yang orang hadiahkan time kahwin dulu, bukan setakat nak keringkan rambut je, boleh guna untuk lain gak tau..hehe..Lagipun tempat luka akan rasa lebih selesa kalau dalam keadaan kering.

Selepas guna hair dryer, sapukan ubat luka guna facial tissue coz tissue tu lembut dan tak melekat. Tekap-tekap pada luka tu secara perlahan, jangan ganas-ganas okey..Letak banyak-banyak pun takpe coz selalunya hospital bagi ubat luka tu sebotol besar. Ok, siap!

Insyaallah, kalau korang amalkan macam ni, kejap je luka dah baik dan kering.

PEMAKAIAN BENGKUNG, PILIS DAN PARAM

Gigih aku berbengkung 24 jam sehari walaupun agak panas dan nak bergerak pun susah. Takpela, 40 hari je pun kan, bukan nak berjalan ke mana sangat pun. Harap-harap la pasni boleh dapat pinggang saiz 28 balik..Wakaka..Pilis dan param aku sapu setiap hari, tapi bila dah habis, aku stop. Malas lak nak beli lain coz malas dah menyapunya ke seluruh badan lagi..Habis baju dan kain batik aku berdebu je. Hehee..

Stokin pun kena pakai 24 jam ye..Aku siap pakai stoking dan selipar tidur lagi untuk berjalan-jalan dalam rumah. Lagi bagus kalau korang ada stoking bola yang tebal dan panjang tu. Sweater tu aku pakai seminggu pertama je, pastu terasa panas, aku tak pakai dah.

Jamu, ubat periuk, air kunyit dan sebagainya boleh la start dijamah selepas 3 minggu kelahiran. Makan awal-awal takut anak kena kuning pula. Tapi aku amalkan salindah, kaedah homeopathy untuk menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin. Maybe nak try gak jamu walaupun tak pernah aku minum jamu sebelum ni, bau pun dah nak munnn…x_X

Selalunya kalau orang tua yang jaga kita time berpantang, memang strict sikit, contohnya mak aku tak bagi aku duduk dengan kaki terjuntai kebawah..kaki kena sentiasa berlunjur, sebab takut kaki bengkak dan darah tak mengalir lancar..time nak tidur, kena letak bantal tinggi-tinggi, takleh baring flat terus, takut darah putih turun..takleh membaca buku or surat khabar ke yang tulisan dia kecil-kecil untuk elakkan rabun mata dan sakit kepala, dan macam-macam lagi lah dan aku ikut kan je lah..Tapi tu selalunya untuk minggu-minggu pertama je, pastu ok dah..


AKTIVITI TIME BERPANTANG

Selalunya orang berpantang ni kena duduk memerap je dalam rumah kan..takleh nak keluar jalan-jalan..so bosan..selain tengok tv, apa lagi korang boleh buat..shopping!!! sekarang kan dah moden, shopping dengan hanya menggunakan jari..hehe..shopping online la..Banyak kedai baby online yang korang boleh terjah untuk dapatkan barang-barang baby yang murah tetapi menarik, salah satu nya ialah kedai online The Baby Store Malaysia. 

Jom terjah!!!^_^

http://www.thebabystore.com.my




Ok, itu saje kisah berpantang aku..Ada lagi 15hari ni..yeyyy~

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers