Tuesday, September 28, 2010

Kita Takkan Tau

Mungkin sifat aku yang pendiam (eh, pendiam ke??) okay, mungkin agak perahsia menyebabkan orang sekeliling or kenalan rapat aku rase slesa untuk share masalah peribadi derang kat aku. Aku hanya bertindak sebagai pendengar setia. Maybe tak dapat nak tolong, at least dapat gak membantu mengurangkan beban yang ditanggung dan dipendam dalam jiwa. Citer ni hanya sekadar untuk dijadikan pengajaran. Dulu time study, aku ada member baik. Aku rase dia memang baik hati, lembut, rajin, cantik yang bagi aku sape dapat kawen ngan dia konfemmm bahagia lah! Tapi tu hanya pendapat la kan. Then aku tau dia bercinta ngan pakwe dia hampir 10 tahun, pastu derang mendirikan rumah tangga. 10 tahunnn bercinta..Lama kan? Pe dia suke? Perangai dia? Dia bangun tido kul bape? Dia suke kaler pe? Even bau kentut dia pon ko dah leh cam kot? Muahaha..Masa yang cukup untuk kenal hati budi masing-masing..Iyer ke?? Kalau itu yang korang fikir, memang lah tak tepat.


Mula-mula kawen, memang bahagia..tapi pas sebulan, 2 bulan...Nampak dah belang. Dia menangis2 mengadu kat aku yang laki dia nih panas baran. Oke fine. Aku nasihatkan, maby lelaki memang macam tu, ego, and dia sekadar nak menasihati Tapi sekadar bagi nasihat memang la oke. Kalau tangan dah naik ke muka, kena sepak terajang sume, apa kess?? Aku cukup tak respek kat laki2 or suami2 yang suke mendera isteri..C'mon la beb, ko kawen ngan dia sebab ko cintakan dia...Bila ko dah dapat dia, cinta apakah yang ko cuba buktikan dengan sepak terajang dia?? Kesalahan besar mungkin boleh diterima, tapi kalau hanya sebab kesalahan kecik je macam makan tak habis, tu pun ko nak mengamuk? Takkan la ko nak paksa bini ko makan sampai termuntah kot? Tau lah beras tu ko yang beli, tapi nasihat elok2 takleh ke? Haduuu...Aku plak yang emo.


Oke. Mungkin aku agak bias coz hanya mendengar citer dari sebelah pihak. Kita tak alami, so kita tak berhak nak judge sape2. Aku pon tak tau citer sebenar. So, takleh nak komen lebih2..Tapi aku memang kenal hubby member aku ni. Seorang ustaz ye. Yela, selagi nama nya manusia, memang takde yang sempurna. Ko alim camne pon, kaya camne pon, pasti ada gak kekurangannya di mana2..Tapi skang nie masalah rumah tangga memang makin menjadi2..Kan..? Kan..? Tak payah citer artis la, orang biasa pon ntah bape banyak kes tertunggak kat mahkamah syariah tu. Bila pikey pasal nih, wat aku cuak lak nak kawen..Uhuhuu..Jangan la. Taknak la nanti kat padang mahsyar nabi takkan ngaku umat. Ish, nauzubillah...


Even bercinta suka sama suka, even dapat restu orang tua, even kenal pon dah cukup lama...Even ko dah cuba buat sehabis baik. Kita takkan tau apa yang berlaku di masa akan datang. Jangan la ko expect pe ko ada skang akan selamanya milik ko dan janganla ko expect pe yang berlaku skang akan kekal selamanya macam tu. Jangan hanya tau mengata, mengutuk, menyalahkan..buat bising macam kera kena belacan. Pot pet pot pet..Menjaja citer ke sana ke mari. Kerana semua tu ko nilai dari lahiriah je. Dari pe yang ko nampak je. Hakikat sebenar yang tau hanya orang yang alami dan tuhan yang Maha Mengetahui..Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.






Sekian.


Jangan Bersedih

“janganlah kamu terlalu bersedih kerana apa yg telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan rezeki yg telah ditentukan untukmu pasti akan datang..”
-Hadith


p/s : Kowang ada tips tak camne nak hilangkan rase sedih dan rungsing yang mencengkam jiwa..??? Adehhh...T_T



Open House

Bila tiba syawal, memang jemputan open house tu akan banyak kita dapat...Boleh kata kan dalam sebulan syawal tu, tiap weekend ada je yang wat open house kan? Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Jimat gak..Tak payah nak masak dah. Selagi leh hadirkan diri, datang je la..Yela, orang dah jemput, dah susah payah sediakan makanan..Takkan la nk tolak pulak kan. Juadah wajib yang selalunya ada time open house ialah sate. Gi la mana2 open house pun, sate tu mesti takkan tinggal punya..kan..kann..?


Tapi time-time nie kena la selalu beringat. Dok makan je sampai tak hingat dunia, nanti diri sendiri gak merana..Dari siang sampai ke malam dok bantai makan segala macam juadah. Udahnya pastu berulang alik ke toilet gamaknya. Pastu mula lah dapat demam la, ceri beri la dan seumpama dengan nya..Huhuu...




Friday, September 24, 2010

Soalan Feveret Kah?

Assalamualaikumm...

wahhh..lama sudah tak update blog. Actually ada je daku update, cume bukan blog nie, tapi blog lagi satu yg sudah dprivatekan untuk menjaga privacy..Hehe..Erm..Hari nie dah 15 Syawal. Means, dah 2 minggu lebih kita sambut aidilfitri. Alhamdulillah, aidilfitri kali ini cukup indah. yang paling besh, aku still dapat duit raya yer..Even aku dah cakap dah kat pakcik makcik aku nih, aku dah bekerja, tapi derang balas balik "takpe dah kerja, tapi lom kahwin, leh dapat duit raya lagi.." wahhhh! ^_^ rezeki jangan ditolak kan, musuh jangan dicari.


Tapi yang berbezanya, kalau tahun-tahun sudah, soalan yang kerap ditanya bila berjumpa saudara-mara ialah "belajar kat mana sekarang?" "dah semester berapa?" "dah kerja ke belajar lagi?" tahun nie, soalan2 itu masih berkumandang. Tapi soalan2 lebih banyak yang ditanya "bila nak kahwin?" "dah bertunang ke belum?" "bila nak makan nasi minyak?" adeiii...bertalu-talu..sampai bosan kot aku nak jawab. Bila aku tanya kawan-kawan sevaya aku, derang pon citer tu la antara soalan2 yang kerap orang tanya. Agaknya bila umur 24 ni, memang orang pikey kawen je kot? hak hak..Tapi jawapan aku senang je. "insyaAllah kalau ada jodoh.." tak pon, "kalau tanya bila, skang gak nak kawen..lagi cepat kalau awak nak sponsor" hohoo..diam trus ko bila aku mintak sponsor. takpe, tak perlu risau2..soal jodoh nie ditangan Tuhan. yer, aku ada berusaha, tapi Tuhan yang tentukan semua nya kan?


Monday, September 6, 2010

Bebel.

6.9.2010, Isnin

pejam celik..pejam celik...

tinggal bape hari je lagi nak raye kan? Even tinggal 3 hari je lagi bekerja, tapi mood memang dah pikir raye je nih. Huhu..saboo..saboo..Tapi bila umo dah makin meningkat nih, takde rase excited sangat pon. Kecik2 dulu yela. Seronok sakan nak sambut hari raye. Baju raye sume dapat free. Leh pilih lagi nak fesyen camne, kaler pe yang ikut kegemaran kita. Time raye leh collect duit raye. Bila dah dewasa camni, eceh dewasa..Feel dia biasa2 saje. Feel raye tu cume sampai raye ketiga je kot. Huhu..


Tak kisah la tu. Skang nih tak dapat la nak beronline selalu memandangkan laptop suda rosak dan tak mau idup2 dah. Kena ganti motherboard pulak. Alahai, mahal..Baik la beli baru je kot. Tapi fulus pula tarakk..so, sementara nie beronline gune handphone saja la. Tapi caj dikenakan adalah RM20 seminggu. Hari ni last dapat guna broadband kat handphone tu. Nak subscribe hari-hari, adalah membazir ye. So, pasni takdapat la nak mengupdate blog, facebook, mengharvest di famville dan seangkatan dengan nya. Lagi pun cuti raye kan. time balik kampung memang takde nye aku nak beronline. Uhuhuu..


Pape je la. Just nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri. Maafkan jika ada terkasar bahasa dan tersilap kta yang tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri sebagai manusia yang banyak kekurangannya. Balik kampung tu, ingat2 cket..Pandu dengan cermat, patuhi undang2 jalan raye. Jangan lupa baca doa tau.


Daa.


Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers