Wednesday, August 25, 2010

Persiapan Raya

Sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Dah 2 minggu rupanya umat Islam berpuasa dan tak lama nak beraya plak. Sedihnya..Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita. Tahun depan belum tentu dapat bertemu lagi ke tak. Amat rugi lah bagi mereka yang mensia-siakan bulan ramadhan camtu je coz time nie la kita nak beribadat sebanyaknya kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Tapi tak bermakna la bulan lain ko kena skip wat ibadah lak. Huhu..Alhamdulillah..setakat nie terawih aku penuh lagi. Kang dah lampu merah tak dapat nak solat terawih. Huhuu..Buat lah selagi ada kesempatan kan.


Persiapan raya? Hmm..Secara sederhana je. Aku beli sikit2..Setakat nie sume dah ada. Baju raye, kasut raye, tudung raye, etc..Tak payah mahal2. Asal cantik di mata dan berkenan di hati, cukup lah. Oh, ya. Tahun nie family theme aku kaler biru. Tahun lepas dah wat kaler ijau. Tahun depan nak wat kaler pe ek? Kuih raye? Tak tau la sempat wat ke tak. Maby sempat wat 1-2 jenis je kot memandangkan aku balik kampung pun sehari sebelum raye. Huhuu..Tak meriah la kan kalau takde kuih buat sendiri. Cuti raye? Awal-awal dah apply...Bape hari? Seplohhh...Muahaha..Syok! Syok! Duit raye? InsyaAllah..kalau ada rezeki adik2 aku, and cazen2 aku yang kecik2 tu..dapat la nanti. Hehee..



Saturday, August 21, 2010

Kad Raya

Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat kah? Sudah makan?? Opss...pose~ Hehee..Neway, beberapa hari lepas aku ada beli kad raye untuk mak ayah aku kat kampung. Tak sempat nak tulis lagi. Nanti la jap lagi aku wat. Memang dah jadi kelaziman aku sejak duduk berjauhan dari keluarga di kampung, tiap kali menjelang raye je aku pasti kirim kad raya..Kalau dulu rajin la tulis kad raye banyak2, kirim kat kawan2..Tapi bila umur makin meningkat nie, feel nak tulis kad raye pon dah takde. Sume gune teknologi je bagi ucapan raye guna sms ke, mms ke, kad online ke..Berlambak kad raye jual kad kedai tu, aku rase tak luak pon. Teknologi memang memberi kemudahan kepada kita, tapi kadang-kadang cara traditional lebih bermakna..Bayangkan perasaan bila dapat kad raye, baca isi kandungannya, then gantung...Seronok!


Time kecik2 dulu, skola rendah lagi..Aku pernah jual kad raye kat dalam kelas..Time tu kad raye murah je. Seposen pon leh dapat. Then yang beli pon budak2 kelas aku gak..Then nanti bagi nya kat aku gak..Wakakaa...Dulu bila dapat kad raye je, berkeping-keping...Banyakkkk...Suke berlumba di kalangan adik-beradik sape paling dapat banyak kad raye..Leh berbangga la kalau menang coz rase diri tu glamer..Wakaka..Perasann! Kalau nak menang, kena la rajin bagi kad raye kat orang, baru la orang tu balas balik..(Tak pon tulis kad raye untuk diri sendiri..Ahaks!) Paling aku takleh lupa, bila tulis kad raye je time kecik2 dulu, ayat last mesti camni.."Pecah Kaca, Pecah Gelas..Sudah Baca, Harap Balas.." ahahaa...tak pon camnie, "Pecah Kaca, Buang Dalam Tong..Sudah Baca, Harap Gantung.." Korang pon mesti ada wat camtu gak kann..kannn...


Kalau rajin and kreatif, leh wat kad raye sendiri..Cara nie pon maybe leh jimat kos.


Friday, August 20, 2010

Mencari Malam Lailatul Qadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 8 hb September 2010. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja dan petua di atas hanya lah sekadar jangkaan sahaja..carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga~

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Sumbangan : qutreen



Duhai Teman

Duhai teman..
Kadang-kadang sesuatu yang kita benci, kita tidak mahu cintai tetapi begitu dicintai dan didamba oleh hati.


Kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.


Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita. Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan..sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, sering kali kita berikan alasan..."ala, takpe..takpe.." "alaa..orang lain pun wat gak..." walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap ini begitu payah untuk kita terima? Inilah kita, manusia. Seringkali kita meratapi nasib, mengatakan dunia ini kejam dan kadangkala menyalahkan takdir, bila sesuatu yang buruk menimpa..Tapi tidakkah kita sedar, bila kita sewenang-wenangnya melanggar larangan Allah, mengabaikan suruhanNya..Pernahkah kita menyalahkan diri sendiri? Adakah terbit rasa kesal di hati?


Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung. Lebih malang, bila ada yang berbangga dan tanpa rasa bersalah melakukannya berulang-ulang kali.


Duhai Teman..
Ketahuilah..Allah sayang pada mu. Dia mahu engkau juga sayang dan cinta padaNya.
Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan mu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau burui itu...kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah.


Ingatlah juga temanku , bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.
Sedarlah...Mungkin dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya.



Thursday, August 19, 2010

Baru Kahwin, Tup Tup Dah Cerai?

Sekarang kerap kali dengar berita tentang kahwin cerai nih..Dah macam trend plak. Kawin kejap, cerai...Kawin kejap, cerai..Macam anggap perkahwinan perkara yang boleh dibuat main-main plak.Kebanyakan kes adalah kawin suka sama suka..Kalau dah suka sama suka, nape pas kawin cerai gak? Kes terbaru, pemain badminton negara, Roslin Hashim yang baru bercerai buat kali kedua. Dah la time bulan puasa. Takde kerja lain ke? Perkahwinan pertama, bercerai selepas 12 hari bernikah..Perkahwinan kedua, pas sebulan bernikah. Aku rase baru je bulan lepas terserempak ngan dia and bini baru dia kat Wangsa Walk Mall, tup-tup dah cerai dah...? alahai..dunia oh dunia...Kadang2 bila fikirkan balik, macam gerun plak nak mendirikan rumah tangga ni..Tapi takleh la kan..Tamo la kat padang masyar nanti nabi tak mngaku umat plak. Huhuu...


Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa. Cuba ikuti panduan di bawah nie..

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

"Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a. Zuriat yang banyak

Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.

b. Anak gadis / bujang

Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.


c. Sedikit mas kahwin

Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.

d. Bukan hubungan keluarga

Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.

e. Baligh

Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.

f. Akal yang sempurna

Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

g. Sesuai (kufu)

Persesuaian adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :

“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam idah lagi dengan kata sindirian)”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

“Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja. Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud masing-masing.

Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

Keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.




Never Give Up On Anything


Its Madness....


To hate all roses, because you got scratched by one thorn.

To give up all your dreams, because one did not come true.

To lose faith in prayers, because one was not answered.

To give up on your efforts, because one of them failed.

To condemn all your friends, because one of them betrayed.

Not to believe in love, because someone was unfaithful.

Remember that, another chance may come up.

A new friend, A new love, A new life.

Never give up on anything!





Monday, August 16, 2010

Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur

Tips Kejutkan orang bersahur
Dah mula umat Islam berpuasa , tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)


TIPS 1
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


TIPS 2
Tapi kalau masih tak berkesan
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

TIPS 3
tapi kalau masih tak berkesan gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


TIPS 4
tapi kalau masih tak berkesan gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan..., kerana tuhan lebih menyayanginya


sumber: Yahoo Group

Saturday, August 14, 2010

Lazimi 4 dan Tinggalkan 4

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

§ Menjaga sembahyang lima waktu

§ Banyak bersedekah

§ Banyak membaca al-quran

§ Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

§ Dusta

§ Kianat

§ Adu-adu

§ Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa di dalam kubur."

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung di dalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain di dalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk ke dalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."




Sumber: http://zul878.multiply.com/journal/item/16


Friday, August 13, 2010

Nak Terawih ke Nak Main2..?

Assalamualaikum.


Hehe..Mukadimah baik punye. Alhamdulillah..Masuk hari nie dah 2 hari umat islam berpuasa. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Puasa jangan tak puasa tau..Oh, sebelum tu aku nak minta maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa or terbuat salah ke. Ampun banyak2 ye..Moga ramadhan kali nie memberi lebih sinar kepada kita, insyaAllah.


Alkisahnya, aku nak citer lah pasal pengalaman mengerjakan solat terawih nie..Aku just pegi kat surau area rumah aku je. Alhamdulillah..First day, memang ramai orang..Terpaksa solat terawih kat lua surau..Second day, ramai gak..Tepakse solat kat tepi tangga..Third day, masih ramai lagi...Tapi yang tak besh nye, time tengah solat, boleh pulak ada minah 3 ekor, eh..3 orang kat depan aku nih..Wat solat terawih pon nak main2..Derang leh rukuk, sujud, pastu berdiri balik..gelak2..bertepuk tampar ngan rakan sebelah. Pastu ketawa mengekek..Rakaat berikutnya pon macam tu gak. Haishh..Sabo jela. Aku lak yang rase terganggu. Mana tak nye, kalau asyik wat bising depan aku. Nak tegur, dah besar. Bukan budak2 kecik lagi. Sudahnya pastu aku pindah saf depan coz ada ruang kosong. Alhamdulillah, aman damai...


Aku bukan la nak kecoh pape. Tapi kalau ko setakat datang surau nak ganggu orang lain solat, baik tak payah kot. Duduk je la kat belakang tu kalau just nak bual2. Takde la orang lain rase terganggu..Huhu..




Bulan puasa kena banyak bersabar.



Wednesday, August 11, 2010

Menghidupkan Bulan Ramadhan yang Mulia~

Alhamdulillah...

Kini ramadhan datang lagi. Membawa 1001 rahmat dari Tuhan yang maha Esa..Marilah kita menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang dituntut oleh rasululullah..


1. Puasa: Allah memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam.
Firman Allah I:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)"


2. Membaca al-Qur`an: Membaca al-Qur`an sangat dianjurkan bagi
setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah r
bersabda:

"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai
pemberi syafaat bagi ahlinya (yaitu, orang yang membaca, mempelajari dan
mengamalkannya). HR. Muslim."


3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan shalat Tarawih berjamaah.


4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar: lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahwa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil,
yaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman Allah I:

َ"malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)"

Saturday, August 7, 2010

Letak Gambar Di Blog?

Ramai bertanya kat aku, apsal tak letak gambar kat blog? Means, gambar muka sndiri la..Erm..Pe aku nak jawab ek? Jawab sebab malash bole? Hehehee..Blog aku yg seblom ni memang pnoh la dengan gambar. Tapi blog yang baru nih aku decide malas la nak letak gambar. Ala, aku bukan artis pon, muka cam princess ke, aku just orang biasa-biasa. Low profile. So, perlu apa untuk meletak gambar? Hak individu masing-masing la sama ada nak letak gambar or tak kan? Mereka yang dah kenal aku pon tau rupa kau camne kan. Yang tak kenal tu, pandai-pandai la cari sendiri. Hahaa..


Ala, nanti kalau aku rase cam terbuka hati, aku letak la gambar eh. Skang nie nak join contest ke, tag ke, giveaway yang memerlukan aku letak gambar muka aku, terpaksa cancel nak join. Bukan pe..Aku kan pemalu..Hehe..




Friday, August 6, 2010

Pernahkah?

Pernahkah kita tanya diri kita?




Adakah kita sudah cukup baik, untuk menilai kebaikan yang orang lain buat?


Adakah kita sudah cukup bagus, untuk merendah-rendahkan orang lain?


Adakah kita sudah cukup sempurna, untuk menilai kesempurnaan orang lain?


Adakah nasib kita sudah cukup buruk, nak dibandingkan dengan nasib orang lain?


Adakah kita selalunya betul, untuk melabelkan orang tu salah?


Adakah kita sudah cukup adil, untuk sewenang-senangnya menghukum seseorang?


Adakah kita sudah cukup hebat, untuk sesuka hati menghina perkara yang kita tidak suka?





Siapa kita? Semua manusia sama saje. Hebat macam mana pun. Asalnya adalah dari air mani gak. Takde yang dicipta dari intan atau berlian. Kembali nya ke mana? Ke tanah gak. Tiada manusia yang sempurna. Maka nya tak perlu lah nak menilai kesempurnaan orang lain. Jangan menilai orang dari apa yang kita nampak, kita baca, kita dengar kerana semua tu hanya penilaian secara zahir je. Hakikatnya, hanya empunya diri dan Allah saje yang mengetahuinya.




Bukan senang nak jadi baik. Bukan susah nak jadi jahat.







Zikir-Penenang Hati




Kadang-kadang rase geram je kann..Rase marah yang tak tertahan dah..Kalau dibiarkan leh mencarut-carut and terkeluar lah perkataan yang tak sepatutnya..maka nya adalah lebih baik amalkan zikir nih..



Thursday, August 5, 2010

Pahit Manis Kehidupan

5.8.2010, Khamis.


Alhamdulillah...
Berkat rezeki dan rahmat tuhan, aku masih mampu bernafas hingga ke hari nie..Aku bersyukur coz menjadi kepercayaan ramai orang. oleh yang demikian, di atas kepercayaan itu, ramai yang suka berkongsi rahsia dan meluahkan segala yang terbuku di hati kepada aku..Mungkin ada bakat jadi kaunselor kot? Ohohoo...Mungkin aku jenis pendiam dan hanya bercakap dengan orang yang betul2 aku leh percaya and rase selesa. Aku tak suke citer pasal orang sama cam aku tak suke orang citer pasal aku..aku just bercerita dengan orang tertentu je, yang jumlah nya boleh dibilang dengan jari. dan aku harap kepercayaan yang diberi oleh aku, tak disalah ertikan.


Pagi tadi salah sorang dari mereka ym aku and luahkan semua masalah dia..Sangat sedih aku mendengarnya..Dunia..dunia..macam2 yang tak terjangka leh berlaku. Kes rumah tangga, penceraian, cinta, hasad dengki, kerja dan 1001 macam lagi cerita..dan paling aku risaukan bila melibatkan masalah rumah tangga..aku yang masih single lagi ni, macam cuak plak bila dengar citer dari derang..yang kawen suka sama suke pon leh bercerai-berai..siap leh guna ilmu hitam lagi..yang hasad dengki, leh plak sebarkan fitnah smpai terumbang ambing hidup orang tu..Astagfirullahhalazim...takut aku dengan semua nie..Memang betul la orang cakap kan. Sebelum kawen, sume nampak indah, nampak baik, nampak membahagiakan...Bila dah kawen, jadi suami isteri yang sah, time nie la sume terbongkar...Sebab tu sebelum kawen, kena bersedia untuk terima baik buruk pasangan..kena terima dia dengan ikhlas bukan kerana rupa atau harta, tapi kerana dia adalah dirinya, kerana keredhaan Allah..Jangan expect pape dari pasangan kita kerana kalau kita tak dapat apa yg kita expect kan, kita akan kecewa.



Kalau takde kerjasama dan kesefahaman, macam mana la nak hidup bahagia. paling penting, pegangan agama yang kukuh dan iman yang kuat..ya Allah, takut nya aku..Aku nie hanya manusia biasa yang banyak kesilapan..Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...Syukur sangat2...Biar tak mewah, biar tak kaya, biar tak melimpah spt orang lain, tapi bahagia...Bukan takde masalah yang menimpa, aku just kena sedar tu semua ujian dari Allah...dan aku kena sabar menghadapinya..Mungkin kehidupan ku ada 100 sebab yang boleh membuatku sedih dan menangis hiba...Tapi aku kena kuat dan yakinkan diri bahawa aku ada 1000 sebab lain untuk senyum dan teruskan hidup..Moga dijauhkan lah dari sebarang keburukan dan malapetaka..Kau berkatilah hidupku dan orang-orang yang aku sayang ya Allah...Aminnn~


Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini...


Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana....



~InsyaAllah~





Wednesday, August 4, 2010

Kaktus dan Ulat Berbulu

Aku minta pada ALAH setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.
Aku minta rama-rama yang cantik,
Dia beri ulat berbulu.
Jari-jemariku sakit tertusuk duri.
Hatiku tak suka dengan ulat berbulu.
Aku sedih dan kecewa....


Namun kemudian,
kaktus itu berbunga, indah sekali dan
ulat itupun menjadi rama-rama yang cantik..


Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA..
ALLAH tidak memberi apa yang kita HARAPkan,
tetapi dia memberi apa yang kita PERLUkan..


Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka,
namun kita perlu berusaha,
kerana segalanya DIA telah mengatur
yang terbaik dalam kehidupan kita..
Sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada..
Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.





Monday, August 2, 2010

Hati Yang Bahagia

Jangan pernah mengatakan hidup mu hancur, musnah dan malang kerana yang sebenarnya dirimu sudah cukup bertuah. Bagaimana mendidik hati yang bahagia?


Kita semua seringkali ditimpa masalah. Cinta? Keluarga? Kerjaya? Tak payah tipu cakap diri ko ok..Selesai satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kan..? Kann..?Jangan kata ada manusia yang takde masalah. Semua nya bergantung pada diri sendiri bagaimana mahu mengatasinya. Tapi bagaimana kita boleh lihat ada orang lain yang boleh hidup bahagia walaupun dirinya dibelengu masalah? Wajah masih tersenyum ceria dan muka mantain tenang.


Dekatkan diri dengan Pencipta. Sentiasa amik masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Rajin-rajin lah baca Al Quran. Cukup lah walau cuma 1 muka surat sehari asalkan ko dapat amalkan setiap hari. Sentiasa ingat mati. Bila ingat mati, ko akan rasa takut untuk melakukan dosa. Amik masa untuk hayati ajaran-ajaran islam. Camne nak buat tu? Internet kan ada..Gi google perkara-perkara berkaitan Islam cam website ILUVISLAM. Semuanya lengkap. Ia dapat mendidik hati menjadi bahagia.


Bersyukur. Jadi lah manusia yang sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang kita capai, apa yang kita depat. Sentiasa merendah diri dan jangan terlalu mencemburui apa yang orang lain ada. Kita sebenarnya sudah cukup bertuah. Bila bersyukur, kita akan faham apa erti menghargai.


Sentiasa memaafkan. Jangan berdendam walau pun orang tu banyak buat salah dengan kita. Membenci hanya membuat hati kita sakittt.. Biar orang buat jahat dengan kita, jangan kita buat jahat dengan orang. Pujuk lah hati bahawa setiap tindakannya mungkin ada sebab yang tertentu yang memaksanya bertindak demikian. Jangan selalu buruk sangka dan berfikiran negatif. Ia bukan saja akan membuat fikiran kita diracuni tanggapan buruk, malah dada kita juga sesak kerana tak putus-putus memikirkan mengapa perkara tersebut terjadi kepada kita. Maafkan lah dan redhakan perbuatan nya. Dengan memaafkan, dada dan fikiran kita akan menjadi lebih lapang, tenteram. Tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang bebas dari melakukan kesilapan. Kadangkala kesilapan itu tidak disengajakan. Belajar dari kesilapan supaya kita tidak mengulanginya lagi di kemudian hari.


Bersederhana. tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita ada. Tidak perlu berbangga diri atau bersikap sombong. Semuanya hanyalah pinjaman sementara dari Allah dan bila-bila masa Dia boleh tarik balik. Selagi kita hidup di dunia sentiasa lah mengamalkan hidup bersederhana.


Berfikiran positif. Hendaklah yakin dengan setiap usaha yang kita buat. Jika tidak berhasil, mungkin bukan rezeki kita dan Allah sudah menjanjikan yang lebih baik buat kita. Jangan mengeluh. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Banyak kan bersabar. Menangis bila perlu. Tapi jangan meratap. Menangis akan membuat hati kita lebih lega, manakala marah hanya menjadikan hati kita lebih sakit.


Aku menulis dari pengalaman.



Epi 1st Monthsary to My Blog!

Hari nie, 2 Ogos 2010, Isnin.


Hari nie gak genap sebulan dah usia blog ni. Alhamdulillah. Hepi 1st Monthsary to my blog!! Harap-harap la blog nie bertahan lama ek. Biar slow asalkan steady. Takmo la aku jadi cam blog lama. Abes tercemar sudey~


eh, aku tak penah citer ek aku ada blog lain? Dulu aku ada lagi 1 blog, yang tu memang aktif la kan. Sape yang tau tu bagus la. Hari-hari aku update. Sume pasal diri aku, kawan-kawan aku, kira cam perjalanan hidup aku la. Aku sayang ngan blog tu coz dah jadi cam diary aku. Tapi apa kan daya, langit tak selalu cerah, hujan di petang hari. Hak hak..! Ada yang tak suke ngan blog tu, so aku tepakse close untuk kepentingan sume pihak. Mula-mula tu memang cam berat hati la kan nak close, coz dah banyak citer aku share ngan public, but after fikir masak2 aku decide wat blog baru je. Blog lama ada lagi, aktif lagi, tapi aku set private. Biarlah aku je tau camne perjalanan hidup aku. tak payah nak share2 dah, nanti ada je yang bersuara. Huuhhh~


Kadang-kadang letih kan nak puaskan hati semua pihak? Tanpa sedar hati sendiri yang terluka, rabak, berderai. Nak cantum balik memang boleh. Tapi ko kena guna gam yang betul2 kuat. So aku amik keputusan, bia apa pon berlaku, aku just wat hal aku sendiri. Tak perlu amik tau hal orang or sebok2 pasal orang, tak perlu melenting, tak perlu membalas. Aku just diamkan diri. Ko nak kutuk? Ko nak komplen? Buat lah. Luahkan semua. Banyak bercakap pon bukan semua nya fakta, emo je tinggi..Dosa pun bertambah. Hohohoo..Yang penting aku tau apa aku buat. Bia apa orang nak kata. Aku diam je. Diam. Diam. Diam. Nanti mulut2 orang tersebut dah penat mengata, mereka akan diam gak.


Kalau ko rase apa aku buat salah, ko boleh tegur. Kalau ko rase apa aku buat betul, ko tak perlu nak puji. Tegur bukan mengeji, tapi tegur dengan menasihati. Aku leh terima kalau orang nasihat. Tapi sama ada aku nak ikut or tak, tu biar aku yang putuskan. Tak perlu ko nak paksa2 coz aku tau ko pun tak suke dipaksa. Aku kena fikir diri aku seblom aku fikirkan orang lain. Diri aku, aku sendiri kena jaga. Sakit aku, aku yang rase. Bahagia aku, aku yang punya. Takde sape leh tentukan sape diri aku melainkan aku sendiri. Bukan nak jadi selfish, tapi just sayangkan diri sendiri. Aku dah penat nak jaga hati orang. Kesian kat hati aku, asyik terabai je. Tercungap-cungap nak dapatkan udara. Sekarang aku nak jaga dia baik2, nak manja2 kan dia. Buat mereka2 yang rajin memberi nasihat, aku ucapkan terima kasih. Tanpa nasihat2 tu, mungkin aku tak kuat seperti sekarang.




Apa pon, aku bahagia menjadi diri sendiri. =)






Eh, nak cite pasal 1st monthsary blog, tibe2 merepek ke lain kan...?



Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers