Wednesday, April 17, 2013

Nasib Baik Ada Facebook..





Assalamualaikum..


Selamat pagi.
Dah breakfast semua?
Belum?
Oooo..puasa. Baguslah. ;p

Nak citer pasal kes tadi malam. 
Biasalah kalau dah kahwin ni kan, sampai umah je, handphone letak merata. Ye lah, nak masak, nak basuh baju, nak kemas umah, nak bermanje dengan suami..takkan nak bawa sekali kan? Padahal time bercinta dulu handphone tak pernah lekang dari tangan..kikiki..Tiap masa busy tet tet tet tet taip sms. Hehe..Ala, bukan aku je. Korang pon sama kan?

Alkisahnya malam tadi bila dah sudah tengok rancangan kat tv, nak masuk tidur lah. 
Biasanya set alarm kat handphone dulu sebelum tidur. Hubby kerja lagi, so nak wish good night and muah muah semua through phone gak. Time ni baru gelabah cari handphone "eh, mana plak pegi handphone nih?" Puas la cari satu rumah..Dalam bilik..dapur..ruang tamu..dalam mesin basuh pon aku cari kot-kot la terlupa kan..Tak jumpa! Adeh, nak suh hubby miskol pon dia kat opis lak. Nak suh jiran miskol, segan lak dah tengah malam kan.

Tetibe datang idea..Ting!
Terus on laptop hubby and online facebook.
Hubby tak signout, so guna je la akaun dia. Kikiki..
Cari sape membe2 yang tengah online coz membe2 dia ada gak yg aku knal.
Nasib baik ada.
Bila aku suh membe tu miskol, terkejut tibe2 rasa vibrate kat tempat aku duduk.
Rupanya enpon menyorok kat situ. Hehe..Bawah sofa.
Alhamdulillah, lega bila dah jumpa..;)

Ada gunanya internet bila kat umah ni. Walau pon aku skang dah jarang beronline bila kat umah. Memang jarang sangat. Hehe..Sebab busy dengan urusan rumah tangga kan. Aiceh, busy la sangat. ;p tapi kadang-kadang kalau kita nak masak sesuatu, terus je online and cari resipi tu. Kan senang. Or tetibe kita perlukan info yang urgent, cam nak tau map ke, nak transfer duit ke, nak booking hotel ke..Terus je online. Kan senang. Zaman sekarang macam dah tak valid la pegi CC untuk semua tu, budak-budak je yang gi CC men game. Hehe..Online guna enpon. Tapi kalau tibe2 enpon missplaced, laptop la penyelamat ;)

Friday, April 12, 2013

Nama Gelaran @ Panggilan




Assalamualaikum..


Aku pasti ramai antara kita yang ada nama gelaran sendiri kan? Terutamanya lelaki lah, sejak time sekolah nama pelik2 di bagi..Cam abg aku, kat skola dipanggil kuyen, adik laki aku garuk, adik pmpuan aku bogie dan macam2 la..Kalau kulit gelap dipanggil kicap..Kalau gemok dipanggil lat. Kan? Kan? Aku pon cam berminat gak nak share ngan korang tentang nama2 gelaran yang aku pernah dapat or nickname yang aku pnah gune..ehehe..

1. dyot
- nama nie atok aku yg bagi..sedare2 sebelah ayah aku ramai yang panggil dyot..maby senang nak sebut kot..tak pon, sebab ada unsur-unsur jawa ckett..nadia jadi nadiot..ehehe...Blog aku pon aku bagi nama Lady Dyot je.

2. diah @ diya
- nama ni family aku panggil..nama panggilan kat umah la..adik2 aku pon panggil aku kak diah je..hehe.

3. nard
- nama nie start time aku form 3 kt smkr. aku baru pindah skola tu, then dalam clas tu ada 2 orang nama nadia.so, membe aku cipot, start panggil aku nard tok bezakan aku ngan kawan aku lagi sorang tu..nama ni la melekat sampai sekarang...tp ramai je gurl len yang nama nadia pon dipanggil nad gak. Huhu

4. nonie
- nama nie aku dapat time praktikal diploma dulu kat pejabat tanah rengit..aku pn tak tau la apsal bos aku,(D.O.kt situ) ske pgil aku nonie even dah banyak kali aku ckap ngan dia nama aku nadia...nadia..Dah budak-budak ofis yg len pon pgl aku nonie..huhu

5. nadia
- nie general la..sape2 pon panggil nama nie..trmasuk la orang yang baru knal ke..yang tak bape rapat ngan aku ke..

6. nard elainy
- ramai tertanya-tanya tentang maksud nama nie..jawapannya, rahsia..ahaha.nama nie aku selalu guna untuk karya2 aku.contohnya, kalau ada cipta sajak ke, novel ke, lirik lagu ke, lukisan ke, grafitty ke, etc..dalam akaun2 internet aku cam frenster, tagged and myspace pon aku gne nick nie..cam cute la kan??ehehe..Wahh..pasni ramai la google nama ni kan? kan? (perasan)

7. sayang
- Ekeke...ni pon nak letak ke?? Of course yang ni hubby sorang je leh panggil..Even sampai sekarang pon aku masih tak biasa lagi nak biasakan diri aku dengan panggilan tu. Still gak guna saya..saya..Pastu hubby cepat-cepat betulkan "sayang lah..." Tapi masih tersaya-saya gak..Ok la tu kan dari guna aku-kau..Haha!


Ok, itu je kot. Korang ada nama gelaran?




Wednesday, April 10, 2013

Mari Balik Mengundi

Alhamdulillah...

PM dah mengumumkan tarikh mengundi iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad).
So, yang telah berdaftar sebagai pemilih mengikut alamat kampung halaman masing-masing, marilah kita balik mengundi. 


Kebetulan 1 Mei tu cuti Hari Pekerja kan. Kot cuti banyak lagi, leh apply cuti straight sampai hari mengundi. Hehee. Kalau masih bujang, mesti aku dah buat dah. ;) Alhamdulillah gak tempat mengundi en.hubby dan cik.wifey tak jauh. Dah sekampung gak. Mesti pusat mengundi pon dekat-dekat jek. So, dapatlah kami sama-sama mengundi..Kalau pasangan berjauhan, kena la bertolak ansur kan, wat pilihan nak balik kampung suami ke isteri. Kalau sorang kat utara, sorang kat selatan, agak letih gak nak balik dua tempat dalam masa yang sama.

Tetapi sekarang ramai yang bijak, kalau dah kerja and rumah pon beli kat situ, menetap kat situ, tukar je la alamat kat IC, then daftar alamat baru untuk pemilih. Kan sonangggg...tapi terpulang lah, hak masing-masing. 

Buat pilihan yang bijak. Mengundi guna akal bukan nafsu. Fikirkan kebaikan untuk masa hadapan bukan semata-mata ganjaran. Peace! (^_^) V

Thursday, April 4, 2013

Atttt...chumm..!!




Assalamualaikumm..


Att...chummm!!
Att..chummm!!


Kesat-kesat hidung.


Att...choooo..!!!




Tersandar ke kerusi..Kepala dah pening..Bersin tak juga henti-henti.

Kalau tutup air cond mungkin kurang sikit. Tapi panas la plak. Apa pon tak boleh. Itu lah gejala resdung. Bila start gatal-gatal hidung, terus bersin tak henti-henti..Macam-macam dah aku try, tapi tak berkesan gak. Dari facial resdung, sedut-sedut asap, makan tablet..Mungkin tak istiqamah kot.

Ingat nak try rawatan yang Permata Hijrah tu, tapi pernah kua paper kan tentang kes produk dia kan? so cancel lah. Nak kata alahan seafood, aku bukan makan seafood pon, melainkan ikan je. Tapi bila start bersin-bersin ni, pening dibuatnya. Kadang-kadang boleh sampai demam. Tiap pagi mesti nak terbersin, sejuk sikit pon nak terbersin..Sampai merah-merah muka. Huhu..Bila kat ofis lagi la susah, time jawab call, tetibe terasa nak terbersin...Haaa..haattt...~_~ Addeiii~ Selalu bila terbersin-bersin ni, hubby laju-laju je cakap.."eeee..virus..viruss.." Cait~ Pastu gelakkan aku cakap bersin macam kucen..=_=

Korang ada resdung x? Apa produk yang elok untuk atasinya eh?








Wednesday, April 3, 2013

Header Free!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, murah rezeki hari rabu...Tengah dok blog walking, tetibe ada blog yang buat promotion nak bg header free kan..Maka, mari lah kita mencuba nasib. Tak sangka, baru beberapa saat hantar request, dia reply bagitau header dah siap. Wahhhh...happy makcik. Tenkiu meuz!!! ^_^


Taddaaaa...






Disebabkan background asal tak bape sesuai dengan kaler header ni, so aku adjust la cket.. Baru lah nampak header ni cam menonjol kan. Hehee..Maklumlah aku ni jenis malas nak hias blog. Semua pon amik yang free dah tersedia je, termasuk la template blog.

Kalau korang nak mencuba nasib untuk dapat header free gak. Jemputlah singgah :








Tema Raya

Assalamualaikum readers...


Poyo!!
Cam la ada readers ramai kannn..
Tapi rasanya silent readers yang ramai..kan..kan..
Malu ler tew nak ngaku ;p


Berbalik pada tajuk...Ye aku tau, pose pon lom, tapi dah pk raye kan?
Of course...Planning is important.
Tiap tahun family aku ada theme colour sendiri. 
Bukan family aku je, tapi family pakcik, makcik aku pon sume ada theme colour masing2.
so bila family day time raya nant, baru lah meriah nak pakai colour masing2 kannnnn~ ^_^

So, minggu lepas aku sms sorang2 family member aku.

aku : salam...tema raya tahun ni kaler pe?

tett...tett...satu persatu sms masuk.Adik aku no.2 nak turqoise..Adik bongsu aku nak purple..Abang aku nak purple gak. Tapi dia suh tanya mak aku, sebab hari tu time bual-bual abah aku cakap nak grey..Mak aku ikut je kaler pape..Adik laki aku sampai ke sudah tak balas sms..Penat kot. Dia kan baru balik dari Jepun. Bila aku kol mak, mak aku cakap abah aku tak kisah pon kaler pape...Tapi kitaorang tau abah aku tu cerewet cket, kalau dia tak suka, terus dia tak pakai..So aku ikut majoriti lah. Kaler purple, tapi kena cari betul2 supaya berkenan di hati abah. Hehee..

Selepas menggoogle, banyak plak jenis-jenis kaler purple ye? Purple..Lilac..Lavender..etc..etc...Semua pon cantik-cantik..



 Nie macam ok kan? Tapi macam pekat sangat plak...Nanti abah reject. Haha!




Yang purple lembut ni la lilac..Tapi hubby dah ada baju melayu kaler camni, time jadi pengapit untuk sepupu dia yang kawen dulu. Tamo la..Lelaki bukan selalu pakai baju melayu pon.




Yang ni paling cantik bagi aku...Cam biru biru purple gitew..Hehe..Cantikk...Nanti nak survey la. Korang selalu borong kain katne? Nak pergi kl malas la plak redah jam dan panas..Nak gi jakel, paling dekat pon kat shah alam..jauh gak. Hubby ajak gi nilai, tapi tunggu dia free..Haha! Part tu cam nak gelak coz dia ni bila nya ada free. Kerjaaaaa jeee...Takpela, untuk kesenangan aku gak. ;)

Korang dah beli ke baju raya??






Tuesday, April 2, 2013

Kita Sungguh Bertuah...


Assalamualaikum...

Lately aku tengok ramai post link kat alam maya berkenaan kisah sesorang suami yang begitu menyayangi isterinye..Isterinye jatuh sakit, dan dia jaga dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat si isteri tercinta. Ntah camne tergerak lak nak klik link ni--> http://abil4fauziah.blogspot.com dan membaca coretan-coretan dalam blog tu...Kesemua entry adalah karangan suami untuk isterinye..Ayat yang diguna cukup lembut dan romantis...


Aku baca entry by entry...



Allah..sedihnye....T____T



Si isteri tu baru saja meninggal dunia...T____T

 

Usia perkahwinan masih muda..Baru beberapa tahun..
Dan pasangan ni diuji dengan dugaan yang sangat hebat..Isteri yang dulu menjadi penghibur, peneman, hanya terlantar sakit..Bila tengok gambar-gambar isterinya yang diuplod pon aku cukup sebak T___T. Walau pon si isteri sakit tenat, dia bertuah dapat suami yang penyayang camtu..Sanggup berhenti kerja untuk jaga isteri 24 jam..Suapkan makan..Tukar lampin..Mandi kan..Then aku terfikir, kalau aku jatuh sakit cmtu, agak-agaknya hubby sanggup tak jaga aku? Uhuhu..Jauh tul berfikir. Hopefully kita sentiasa dikurniakan kesihatan. Aminn..

Dan membaca entry-entry dalam blog nie buat aku rasa terlalu bertuah. Dikurniakan badan yang sihat, suami yang baik dan semuanya insyaAllah cukup..Kadang-kadang terfikir, dah cukup bagus ke layanan aku untuk suami selama ni? Kadang-kadang kita sebagai isteri ni tak sedar, kot-kot ada mengguris perasaan suami kan...Benda kecik pon nak merajuk. Lambat balas msg pon merajuk...Kekadang takde sebab pon tetibe merajuk..Haihhh..Walaupon tiap hari, tiap malam dah minta maaf kan, tapi hati manusia mana kita tau kan, ada yang dipendamnye saje. Walaupon kita tau, syurga isteri terletak di tapak kaki suami..tapi kekadang diri ni jadi alpa. Maklumlah, manusia biasa..Semoga kita semua akan jadi isteri solehah dan terbaik buat suami. Aminn..

Kadang-kadang kita tak menghargai sesuatu yang kita ada...kesihatan..duit...kebahagiaan..orang tersayang..Kita wat cam biasa je. Bila nikmat-nikmat tu dah ditarik balik, baru nak melolong, mengaduh, menganga kan..Huhu..Time badan sihat ni taknak jaga betul-betul, taknak jaga pemakanan, taknak wat excercise..Taknak simpan duit untuk kecemasan..Dah jatuh sakit, baru nak terfikir tu semua..Lambatlah..aku cakap ni pon untuk ingatkan diri sendiri gak.

Tibe-tibe ayat dalam entry ni cam moody je kan..Mood kepada sedih lah. Tapi memang sedih pon. Terharu tengok pengorbanan suami camtu. Dia puji-puji isteri dia dalam blog tu. Cukup romantik. Cukup-cukup tabah. Aku doakan beliau banyak-banyak bersabar dan redha dengan pemergian isteri tercinta.


Alfatihah buat arwah Fauziah. Semoga tenang di sana... 










Labels

Followers