Wednesday, February 20, 2013

Trip to Pangkor Island



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Kali ni ada rezeki untuk ke Pulau Pangkor pas Chinese New Year hari tu. Actually, ni bukan lah first time aku jejakkan kaki ke Pulau Pangkor, sebab dulu kan aku pernah study kat Perak, so time study tu dah pernah berjalan-jalan sekitar negeri Perak termasuk lah Pulau Pangkor.

Tujuan utama gi Perak ni pon sebab nak datang berziarah ke rumah adik ipar aku merangkap adik bongsu hubby..Kebetulan rumah dia tak jauh pon dengan Lumut, so dah alang2 dekat dengan jeti tu kita pergilah ke Pangkor. Sehari sebelum tu dah pergi ke Teluk Batik dan Marina Island, tapi hujan lebat lak. Marina Island ni adalah pulau buatan milik anak Mahathir. Punya la besar pulau ni, tak macam buatan pon. Aku ingat memang pulau betul la wujud dari asal sebab seingat aku time aku belajar kat Perak ni takde plak dengar pasal Marina Island. Tapi pulau ni macam tak "hidup" sangat. Maybe kurang promotion dibuat kot. Tapi sebab ujan lebat kan..Tak feel lah nak jalan-jalan semalam. So, hari ni kita ke Pulau Pangkor lak. 

Tiket feri masih tak berubah cam dulu gak. Harga tiket untuk pergi balik bagi seorang dewasa ialah RM10. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit saja. Feri dia pon lebih kurang je cam feri pergi Langkawi tu.

Ko nak sewa kereta terus kat kaunter jual tiket feri ni pon leh. Tapi tak digalakkan lah coz ko bayar dulu, tengok kereta kemudian, iaitu bila dah sampai Pangkor nanti. So, kalau dapat kereta buruk, tak dapatla ko nak demand kereta lain lagi sebab dah bayar kan. Time weekend banyak kereta penuh. Sewa kereta iswara atau wira, RM70 sehari. Kalau nak sewa siap dengan tourist guide sekali yang bawa korang keliling pangkor, kena tambah lagi RM10..Kalau nak sewa van, dalam RM110, tapi yang RM80 pon ada..yang van kaler pink tu..yang ni pon siap tourist guide.Kitaorang sewa kereta je, so takde la terkejar-kejar kan. Suka hati nak pergi lambat ke cepat sebab kereta tu ko drive sendiri. Tapi minyak pon kena isi sendiri. Ala, Pangkor tu kecik je, isi RM10 pon dah cukup. Hehe..Kalau nak sewa motorsikal lak, RM25...

Ok, destinasi pertama adalah pantai..Teluk Nipah. Cantik sangat area pantai ni. Pasir halus dan air jernih. Ko kocak-kocak air pon still tak keruh air tu. Tapi bila tertelan, still rasa masin, takde nye tawar cam air sungai, walaupon kaler jernih cam air sungai. Cuaca pon sedang-sedang elok membuatkan suasana lagi best untuk bermandi-manda. Disebabkan takde plan pon nak mandi laut ni, maka sun block pon aku tak bawa..Abes la terbako kulit..Selipar pon tak bawa..Maka terbeli lah selipar jepun berharga RM13..Semata-mata nak wat berjalan-jalan tepi pantai kan. Hehehe..Sewa pelampung RM5..Suka hati lah nak berapa lama guna..Nak mandi, bayo RM1..Aktiiti-aktiviti lain pon ada cam island hopping, motorboat, banana boat, etc..harga pon lebih murah kot dari kat Langkawi. 


Pantai Teluk Nipah


hamboi..hamboi..;)
Dah puas mandi, isi perut dulu..Perut dah kenyang baru leh sambung jalan. Destinasi seterusnya ke Tokong Cina..Fu Lin Kong nama dia. Dalam kawasan tokong ni, ada tasik yang dalamnya ada ikan besar-besar gileeee..besar maksud ada ikan yang panjang nye sehingga mencecah 2 meter! bapak besar! ops, terkasar plak. Aku just nak menggambarkan tahap kekaguman aku je.hehe..aku ingat pebenda la duk berenang-renang dalam tasik tu..ingatkan boye ke? sekali ikan daaa..

 

tolong cover pwot hubby yg makin "maju" ke depan..ekekee~

jambatan atas tasik
Kunun-kunun nak try pakai shawl gaya blogger Sepet, tapi apsal aku pakai nampak huduh, dia pakai cantik je..huhu..T_T Kesimpulan nye, jadi lah diri sendiri..hehe..

blogger Sepet yg comel..Pic amik dari blog dia.
Then ada gak dibina mini tembok besar china..sebijik cam yang original punye, cuma yang ni saiznye kecik-kecik comel je la..nak jalan-jalan dalam tu pon tak muat. hehe..

Tembok "Kecik" China...hehehe
Pastu gi shopping-shopping souvenir la plak. Benda wajib yang mesti dibeli kalau berjalan-jalan kemana-mana tentulah couple-T dan fringe magnet..penuh dah peti ais kat umah tu dengan fringe magnet..kena beli peti ais baru gamak nye ni. *sambil jeling-jeling hubby* ekeke~ Pastu pergi ke kilang yang proses makanan laut kering cam sotong, ikan kering, udang, sotong gula...nyam2..murah-murah..tapi kat jetty pon ada gak yang jual murah..sate ikan bulat-blat tu, 16 bungkus baru RM9.60..murah kan~


Dah puas berjalan, kitaorang balik lah. Sebabnya balik ni nak singgah ke UTP lak untuk menziarah adik aku..seronok nye berjalan-jalan..Tengah cari time nak ke cameron plak. sejukkk katanye~ hehe..;))




















Trip to Malacca


Alhamdulillah...

5 Jan 2013 - 6 Jan 2013


Dapat gak gi honeymoon sama2..hihi..Actually trip ni sebelum ke Langkawi hari tu. Tapi tak menyempat nak update, so sekarang la baru story mory pasal nih. Rugi satu entry kalau tak citer ;p Trip ke Melaka kali ni gi berenam iaitu dengan kawan2 kerja hubby..Masing-masing dah berkahwin lah. Seawal jam 10 pagi dah gerak dari umah menuju ke R&R seremban.

Kita pakai baju sama..yey! Couple T yang aku beli online je kat internet. Aku suka shopping online. Leh tengok gambar puas2 pastu tak memenatkan nak berjalan ke kedai. Hehee..Tapi aku dah survey puas-puas dulu baru beli..Ada kat blog lain aku nampk dia jual baju yg sama tapi mahal cket. Nasib baik aku jumpa yang jual murah..Pandai kan? Hehee..Lagi pon baju ni nampak sopan cket bila aku pakai coz labuh sampai lutut kan.

Sampai Melaka terus berjalan-jalan kat Bandar Hilir. Nak panjat A Famosa. Bila sampai tempat parking, kena letak kupon letak kereta lak. Pastu aku tunggu je la dalam kereta sementara hubby and kawan-kawan dia gi cari kupon letak kereta. Tempat jual kupon tu jauh. Tempat bayar saman dekat lah. Tunggu punya tunggu sampai la terlelap..Mengantuk lah..tapi tibe2 dengar bunyi bising, aku terjaga..Ada orang tengah bercakap-cakap pastu blah..Alamak, tu macam orang majlis bandaran je??Kan betul..Aku tengok balik kat cermin luar, ada sekeping saman dia dah letak..adeii..camne la leh tertido..huhuuu..cepat je derang letakkan saman. Tak lama pastu hubby pon sampai....Aku takut sgt abg marah sampai mood aku sendiri yang  hilang..Dalam masa yg sama aku bengang kenapa leh kene saman..So sebab dah perasaan bercampur baur camtu, aku pon diam je lah. tapi muka ketat tu leh nampak la. Dalam hati dah cuba pujuk-pujuk diri sendiri. "behave nadia..behave..jangan sampai rosakkan mood nak berjalan-jalan nih.." huhu..

muka aku takleh blah..haha!

Masa naik beca tu pon aku masih diam lagi walaupon dalam hati suka sebab memang teringin pon nak naik beca..hehe..time amik gambar berdua tu aku dah cam kekok nak senyum, so nampak la gambar tu muka aku semacam je..huk huk..Tapi tak lama pastu ok je. Sebab aku pon tegur aku cam biasa je, cam takde pape je. Pujuk aku cakap tak payah pikirkan sangat, benda dah jadi. Lagipon bape sen je saman parking tu, walaupon aku tau dia memang takkan bayar..kikiki..So watpe aku nak layankan perasaan sgt kan? Ngade2 la tew~ hehee..Pastu kami gi naik A Famosa, jalan-jalan..Pastu gi makan asam pedas. Nasib baik dah tanya orang kedai tu dulu. Memang kena letak kupon parking la. Orang yg parking sbelah kitaorang takde kupon, dia kena saman..dia ternampak, dia nak kejar orang majlis bandaran tu, tapi saman dah kuar, takleh watpela kan...Dah membebel la dia sorang2 kat situ marahkan orang yang bagi saman tu. Mahal tau makan kat situ dah la tak sedap! opss..sowie~ mey ngan laki dia makan ketam goreng, leh kedai tu cas sampai RM40 ..fuyohh..dah cam makan seafood kat restoren la plak. Ketam goreng biasa je pon!



 

Bila malam gi naik cruise lak..cantik, dapat tengok lampu2 sepanjang tepi sungai..tapi bila nak ke darat pening lak, rasa cam nak muntah. Mabuk sungai kot? Bukan mabuk laut..hahaa..Pastu kawan2 hubby nak gi jalan2 tempat lain, tapi aku dgn hubby nak gi jumpa family aku jap. Kebetulan family aku jalan-jalan kat situ gak. hehe..pastu beli tauhu bakar, belacan, fringe magnet an macam-macam lagi..Besar up town kat melaka ni. Puas gak la ronda-ronda..

beratur gi beli tiket cruise

cantik kan lampu-lampu yg bergemerlapan`

Pagi tu tak dapat nak bekfast kat hotel coz kupon dah hilang. Entah mana lah tercicir. Tapi kalau takde kupon leh kot makan je, kot la derang takde cek kan? Hehee..Kita serapan pe yg ada je lah..Dalam kul12 gitu, kua balik, check out dari hotel and sambung jalan2 ke menara taming sari, muzium, etc...
pemandangan dari atas Menara Taming Sari..
Pas naik menara taming sari, gi Mini Rider lak coz tiket dia sekali pakej. Dia cam ko masuk 2 orang dalam mendalah tu, pilih filem pe yang korang nak, filem 3D lan kan.Then benda tu akan gerak-gerak sekali sama cam dalam filem. Konon nak bagi effect la. Aku pilih cite duk dalam gerabak keretapi. Pastu time gerabak tu menjunam ke bawah, ko pon rasa cam menjunam. Bila habis naik benda ni, masing-masing rasa pening dan nak muntah. Hahaha~

ni muka sebelum naik mendalah tu..hehe

di Muzium Samudera bersama couple masing-masing..
Pastu gi taman mini malaysia. Cantik...kat situ ada rumah-rumah ikut negeri-negeri kat malaysia..semua rumah tradisional dari kayu..pastu ada persembahan tarian. Kitaorang pon ikut menari sekali. hehe..ntah pape je kan..kawan hubby ada amik gambar time kitaorang dengan penari-penari tu, tapi takde plak aku minta gambar tu dari dia. Kalau tak leh tunjuk betapa tebalnye mekap yang derang pakai. Scarry~ 

Taman Mini Malaysia..cantik kan rumah tu?

 Dah petang tu, kawan-kawan hubby terus balik kl, tapi kami ke bukit baru untuk ke rumah abg kandung aku.. Malamnye abg aku bawa gi makan kat apa ntah nama tempat tu. Ingatkan dapat makan ikan bakar, tapi takde. So makan ikan stim je lah. Alhamdulillah...boleh la rasa dia..Dah orang yg banje. ;) Makan 4 org, abes rm60++ gak..Pastu baru gerak balik gi kajang..adoi penatnye..walaupon tak drive..hehe..sok nak kene keje lagi..Pe pon, rasa hepi sangat dapat jalan2.Pertama kali tidohotel sama-sama kan? Dah la terlupa bawa sijil nikah sementara. hehe..bawa yang potostat je. Tapi alhamdulillah, takde rush pon. ;)








Thursday, February 14, 2013

Seronoknye Balik Kampung ^_^




 Assalamualaikum...

Alhamdulillah..Chinese New Year yang lepas, dapat gak balik kampung..Rasa macam dah lama gile tak balik kampung. Tapi memang betul pon. Sejak pas mendirikan rumahtangga, ni la baru first time balik kampung bersama. Hehe..Nak wat camne kan, time kawen and honeymoon hari tu dah bercuti lama, so banyak la kerja kena disiapkan sehingga takde masa and cuti untuk balik kampung. cuti kali ni ambil extra sehari. Mula-mula plan leh la amik sijil nikah sekali kan, tapi kol pejabat kadi, sijil tak siap lagi..Huhu..takpela, kita guna je dulu yang sementara ni sampai la yang original dah siap. 

Kali pertama balik kampung bersama, dan sebagai isteri, mestilah ada lain sikit kan. Selalu kemas barang sendiri je, pasni kena siapkan sekali pakaian dan barang2 hubby..berkali gak cek kot2 ada lagi yang tertinggal.Huhu..Hari sabtu baru gerak balik, singgah umah aku jap untuk jumpa mak ayah dan hantar barang2..Malamnya tido umah mama @ mak mertua untuk 2 malam..Dah berkeluarga, kena la adil kan.kena gilir-gilir. Untungla kawen dekat2, nak ulang alik pon senang. Hehe..

Walaupon cuti 5 hari, tapi terasa padat diisi dengan pelbagai aktiviti. Sepanjang kat umah mama, ada bawa mama pergi kenduri kahwin. Sehari sampai 3 tempat. Maklumlah time cuti sekolah, memang memanjang je undangan yang tiba kan. then bawa mama gi shopping complex, jalan2, shopping2..bukan selalu pon balik kampung. Time yang ada ni lah kena guna dengan sebaiknye.

Then tiba lah giliran untuk tido di rumah aku lak, eh, umah ayah aku. hehe..Isnin tu kitaorang ada kena attend kenduri kahwin kat kampung aku. Actually yang kahwin tu membe sekelas kitaorang gak time skolah. Tapi membe aku dari tadika la. tak sama tadika dengan hubby coz dia kampung lain. Bila skola menengah baru kitaorang sekelas. Hehe..Kitaorang panggil membe ni "emun" sebab time subjek sains kat skola, dia suka la sangat sebut imunisasi..imunisasi..nah amik kau, kitaorang trus panggil immune @ emun je. Hehe..Eh, tapi kalau citer aku ni silap sori lah. Sebab aku pon cam dah ingat-ingat lupa ;p Hubby kena la rewang sekali sebab dah jadi orang kampung daku. Kikiki..Nasib baik lah dia jenis cepat bergaul dengan orang kan. So tak kisah la sangat. Ramai kawan-kawan skola kitaorang yang hadir. Tapi yang menariknye, umo sebaya kitaorang ni memang ramai kahwin dengan membe skola sndiri or kahwin dengan umo sebaya. Bukan kitaorang je..Ada la 5-6 pasangan gak. Tak ke ramai tu? Sepupu aku yang sebaya aku pon, kawen dengan kawan skola dia. So, bila ada lagi geng2 kitaorang yang baru nak kawen, dah jadi cam reunion plak coz geng2 yang datang pon ramai yang kitaorang sama2 kenal. Hehe..dah jodoh kan? Perkara yang kita tak sangka pon leh jadi kenyataan. Sesungguhnya semua itu dah ditetapkan oleh Allah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur ditemukan jodoh dengan bestfriend sendiri.  ^_^

Time cuti ni gak kitaorang ambil kesempatan untuk berziarah ke rumah saudara-mara. Kan dah jadi adat pengantin baru, kena ziarah ke rumah saudara -mara selepas mendirikan rumahtangga. time pas kahwin hari tu kitaorang memang tak sempat, banyak benda nak uruskan, then terus balik KL..So, baru kali ni lah kesempatan tu ada..Alhamdulillah, lega dah bila dah tertunai coz kalau tidak, ada gak makcik pakcik yang dok tanya bila pengantin baru nak bertandang ke rumah? Hehe..Tapi sekarang dah jadi pengantin lama. Inai kat jari jemari pon dah habis. Cuma kat jari2 kaki je ada lagi ;)

Pejam celik, kejap je dah habis cuti..Alahai, bestnye kalau dapat duk kampung lama-lama. Dah la musim ujan ni..Memang rasa sejukkk je memanjang. Kat kampung, time tak ujan pon sejuk. Tido malam tak payah buka kipas or econ. Best kan..Kali ni bawa mak mertua balik ke umah kami sekali. Hehe..Kena behave ye wahai diri. Kamu ada tetamu di rumah ;) Pagi tadi sebelum pegi keje sempat wat breakfast and lunch sekali untuk mama. Nasib baik lah dah biasa, coz sebelum ni pon selalu siapkan nasi and lauk lunch untuk suami dulu sebelum gi keje. Tengah berfikir2 malam ni, juadah apa pula nak dihidangkan ;)






Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers