Monday, October 31, 2011

Derma Organ


Derma darah tu mungkin dah biasa..Tapi...Korang pernah terpikir tak nak derma organ?


Apa?


Takut?


Tapi derma organ tu hanya dijalankan bila penderma dah meninggal dunia je..Nape nak takut?


Mungkin ada yang risau, bila kita derma organ, nanti kita mati, badan kita jadi tak sempurna..Takde jantung, takde paru-paru, etc..Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna.


Aku pun rasa takut sebenarnya. Orang kata rasa sakit sakaratul maut tu cam kulit direntap dari badan. So, bila kita mati luka-luka kat badan leh bayangkan camne, cume tak nampak dari mata kasar. Sebab tu orang cakap, bila nak uruskan jenazah, buat dengan lemah lembut, kerana setiap inci badan jenazah dah cedera. Hatta kalau ada sehelai rambut tercabut pon, rasa nya macam nak tercabut otak dari kepala. So, aku bayangkan camne plak sakitnya bila wat operation nak pindah organ tu? Uhuhu...Ok, sekarang dah pikir lebih2. =.= Tak baik camtu kan? Kita beramal biar ikhlas. Kalau niat dan tujuan kita baik, insyaallah dipermudahkan oleh Nya. Even masa tu kita dah meninggal dunia, mungkin dengan jasa kita tu, kita dapat bagi peluang untuk manusia lain teruskan hidup. Ada kawan-kawan aku yang dah daftar untuk derma organ ni. En.tunang cakap dia pon nak daftar. Aku, insyaallah...Dah kena tarbiyah ngan dia, "Semua lepas kita dah takde kat dunia..Even pon sakit..Kalau organ yang diderma tu dapat bagi orang lain kehidupan..Rase nya dah tak kisah pasal sakit tu..Lagipun organ2 kita hak sementara je, yang Allah amanahkan kita untuk jaga..Kita cume jaga time kita hidup je..Kita dah rasa nikmatnya time hidup..Apa salahnya bagi orang lain guna plak untuk teruskan kehidupan diorang.." Sob..sob..T_T


Bila dah decide nak daftar untuk derma organ nih, jangan lupa berbincang dengan waris atau ahli keluarga korang dulu. Ye lah, untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari. Kang ada yang bergaduh lak tak bagi organ anak dia di ambil, itu juga untuk mengelakkan waris dari terkejut tak tentu pasal. Sebaik nya, bincang dulu elok2 k.


Untuk keterangan lanjut, leh refer kat website nih = Derma Organ

Nak daftar online pon boleh ;)






Friday, October 21, 2011

Yang Lalu, Biarlah Berlalu

hidup ini terus berubah, selalu berganti
ada duka dan ada tawa disana
jangan pernah engkau menyesali
semua yang telah kau lewati, lepaskan semua



yang lalu biarlah berlalu
biarkan saja apa adanya
yang lalu biarlah berlalu
jadikan kisah hidupmu


yang lalu biarlah berlalu
jadikan kisah hidupmu
lepaskan semua, lupakan saja





Korang pernah ada diary? Aku ada...First time guna diary dari Form1 (1999) sampai lah tahun nie (2011)...Tapi bila umur makin meningkat nih, dah jarang update diary tu..Diary tu siap berkunci bagai. And penuhhhh dengan rahsia..Hehehehh...Tapi skang orang dah tak pakai diary kan? Orang guna blog..Taip je, tak payah lenguh2 tangan nak tulis. So, aku decide nak hapuskan je la diary nih. Cam hapuskan bahan bukti..Ala, bukan apa..Malas nak simpan dan malas nak baca balik. So, apa guna nya? Hehehee..Sayang nak bakar? Tak lahh...Sebahagian cite dalam tu masih terakam kemas dalam memori otak aku, just hard copy je yang terhapus. Hehee..Biarlah menjadi sejarah..Yang penting, kita tumpukan pada perkara sekarang dan akan datang. Hidup kena ceria dan bahagia. Insyaallah.. ;)



Good bye to u..;)







Tips Untuk Ibu Bapa

TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO' DR FADZILLAH KAMSAH



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

· Sebelum tidur

· Semasa tidur

· Selepas tidur

· Selepas riadah

· Selepas solat

· Selepas mandi air suam
12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak, solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak yang cemerlang " (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Wednesday, October 19, 2011

Hati Tenang Tanpa Bebanan Hutang

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud:-

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari." ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)


Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?

1-Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin
2-Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan
3-Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa
4-Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang
5-Libatkan saksi dalam proses peminjaman
6-Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan
7-Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling
8-Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang


"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia."


Tak mengapa tak banyak harta, takde kereta, takde rumah besar, tak mewah tapi hati tenang tak dikelilingi hutang. Eh, tapi. hutang ptptn tak habis bayar lagi..T_T. Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.


Sumber: i luv islam




Thursday, October 13, 2011

Habit.

Habit ialah tabiat yang kita dah terbiasa buat dan sukar nak ditinggalkan. Kadang-kadang kita pon tak perasan kita ada habit tu, sampai la orang lain yang tegur.


Aku pon ada habit gak. Tapi tak tau la tu leh dikategorikan sebagai habit or just minat.
Tapi lebey kurang je kot??


1. Aku suke letak lengan atas dahi seblom tido. Bile aku nak tdo je, otometik seblah tangan aku letak atas dahi cam orang tgah berpikey tu. Tapi aku takdela pk pape pon time seblom tdo. Tapi habit ni dah berkurang cket, coz kena tegur dengan someone, tak elok kata nya. Then, aku suke tido smbil plok smting. Contoh paling besh, bantal or bear la..Besh! Takleh tdo kalau tk dpat plok pape..Kalau tkde bende nak diplok aku rela tdo tak berbantal coz bntal tu aku nak wat plok. Ohhohoo..


2. Lagii...lagi aku suke bau kertas! Cam habit lak bila dapat buku baru, aku akan selak2 kertas tu and cyom puas2..Bau dia besh! Bau duit baru pon best! Yummy~ Aku suke masuk kedai buku, cari buku tebal2..sambil belek2, sambil cyom bau kertas dia..Ehehee..Syiok! Tak ramai tau coz aku selalu kaver2 je..Tapi nie dah terkantoi lak..Bia je la...


3. Pastuuu..Apa lagi ekkk..Aku suke bersila bile dah duduk lelama..Tak kisah la duduk kat opis ke, pondok tunggu bas ke, dalam kete ke, kat panggung wayang ke...Bile dah rase lenguh, aku terus je bersila..Ohhohoo..Sangat tak sopan kannn..Tapi kadang2 aku kaver2 gak..Mungkin aku kurang kalsium kot? Tu tulang cepat rasa lenguh2 je..Tapi kalau dah lenguh sangat, dulik pe..Bersila je la! ^_^


4. Haaa...yang part nie aku rase ramai mbe2 aku dah tau..Aku suke bile minum guna straw tu kann..Aku akan lipat2 straw tu. Cara tu wat air yang aku minum lagi lambat abes. Tapi kadang2 air dalam gelas dah abes pon jari aku tak benti2 lagi melipat straw tu..Hoohooo..Kang kalau korang makan2 kat mana2 kedai then ada trjumpa straw cam terlipat2, tu aku la wat.."Nard was here" ahahaha...eh, Lady Dyot was here haa..





So, kowang cmne? Ada habit nak dikongsi?? or kowang pon tak pasan pe habit kowang..???



Wednesday, October 12, 2011

Ikhlas.

Ikhlas...senang disebut, tapi tak semua mampu untuk praktikkan.

Imam al-Ghazali menyatakan, semua manusia sebenarnya celaka, kecuali yang berilmu. Ilmuwan juga celaka, kecuali yang benar-benar mengamalkan ilmunya. Yang disebutkan terakhir ini pun celaka, kecuali yang menghiasi diri mereka dengan sifat ikhlas. Ringkasnya, selama seorang Muslim itu menyerahkan dirinya sepenuh hati kepada Allah dengan penuh keikhlasan, maka selama itulah segala gerak gerik dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai satu langkah ikhlas dan tulus menuju keredhaan Allah.


Tiga ciri ikhlas
Seorang yang ikhlas memiliki ciri tersendiri sehingga menjadi lambang keperibadiannya:


Pertama, tidak terpengaruh atau termakan oleh pujian dan cercaan orang lain. Bagi mereka segala pujian yang indah atau cercaan yang buruk adalah sama nilainya.


Kedua, tidak mengharapkan balasan atau ganjaran dari amal kebajikan yang pernah dilakukan, tetapi dia hanya mengharapkan keredhaan Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian dipisah-pisahkan, apa yang dikerjakan karena Allah dan apa yang dilakukan bukan karena Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka.'' (Hadits riwayat Baihaqi)


Ketiga, orang yang tidak pernah mengungkit-ungkit kembali segala kebaikan yang pernah dilakukan. Ertinya, orang yang selalu menyebut tentang kebaikan yang pernah dilakukan, apalagi menghina dan memburuk-burukkan orang yang pernah diberikan bantuan, maka sesungguhnya dia sangat jauh dari golongan orang yang ikhlas. Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita agar bersedekah secara diam-diam, jauh dari penglihatan orang banyak. Umpama tangan kanan memberi sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya. Sabda Rasulullah SAW: ''Bahwa sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia hanya melihat kepada hati kamu.'' (Hadits riwayat Muslim)


Tanpa keikhlasan, semua amal kebajikan yang dilakukan, sangat mudah terkena penyakit hati yang sangat berbahaya seperti riya, bangga hati dan sakit hati.




Tuesday, October 11, 2011

Jangan Bersedih

JANGAN BERSEDIH

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar



Monday, October 10, 2011

Update: Book Sale!









haaaaa....

Kan dalam entry sebelum nih aku ada story mori pasal book sale kan?


Korang dah pegi lom? Aku dahh..alhamdulillah, sempat gak memunculkan diri dan menghabiskan duit serta mencuci-cuci mata kat Maeps tu. heheh..At first, tak plan pon nak pegi situ, tapi cam dah alang2 kan, takleh la lepaskan peluang. Lagi pon area umah aku dah dekat sangat ngan maeps tu. Maeps ni besar dan luas la amat, leh sesat kot dalam tu. Huhu..Nak cari tempat book fair ni pon betul2 ikut sign board yang derang letak sepanjang jalan and follow je kete2 depan. Sampai je parking, ada shuttle bus yang menanti untuk sampai ke dewan tu. Nak menapak leh gak, takde la jauh sangat ponnn..tapi kalau balik nya dah bawa buku berat2, tak sanggup la plak kannn...

ni sape ntah..saje aku uplod kat sini nak penuhkan ruang entry.


time nak bayar, kaunter adalah banyak..so tak payah beratur panjang and tunggu lama..nice~

Terlaaaaluuuuu banyak buku sampai berpinar-pinar mata dan pusing otak nak memikir buku mana harus dibeli. Harga buku-buku tersebut juga sangaattt murah sampai rasa nak hantuk kepala kat dinding dan cubit-cubit pipi banyak kali coz tak percaya..Bayangkan buku-buku National Geography, business, peta Atlas dunia yang harga kat luar beratus-ratus, korang leh dapat dengan harga RM15 jek?? Novel-novel yang berharga RM30-50, dijual dengan harga RM8 jek..???Kebanyakan yang datang pon bawa troli dan kotak sendiri coz derang memang borong habiss...Puas aku round-round dari hujung ke hujung, tak sedar dah 2 jam duk dalam tu. then, aku capai la mana sempat coz ada destinasi lain nak gi plak pas tu..Masa memang mencemburui kita kan..;(

ini lah hasilnya..hehe..


sume ni berjumlah RM46 sahaja..;)

Ohh...nasib lah tak ikutkan nafsu tamak..kalau tak memang lagi banyak wang melayang..hehe..Kalau korang lom pegi, jangan lupa pegi...Masih ada lagi kat maeps tu sampai 16 OKTOBER 2011 ni! ;)




Tuesday, October 4, 2011

Rabbi Yassir Wala Tu’assir


Rabbi Yassir Wala Tu’assir

maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.


p/s: Amalkan lah doa ini setiap pagi, setiap masa..Moga2 segala urusan kita menjadi mudah dengan izin Allah..;) Aminn..




Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers