Friday, November 25, 2011

Tiada Duka yang Abadi


Lirik Lagu Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Bagi yang sedang berduka. Bagi yang tak tercapai impiannya. Bagi yang musnah harapannya. Bagi yang sedang ditimpa ujian dari Nya. Bagi yang sedang bersedih meratap nasibnya. Bagi yang sedang melolong mengenang nasib buruk yang datang bertimpa-timpa. Bersabarlah. Anda sedang berduka, tetapi bukan anda seorang yang mengalaminya. Lumrah dunia, kita tidak selalu bernasib baik dan nasib malang tidak selamanya kekal. Bersabarlah, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersabarlah, meratap nasib dan menyalahkan tidak akan mengubah apa-apa, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri pada Nya. Usaha pasti menghasilkan ganjaran, sama ada cepat atau lambat, kita tak tau. Jangan menyalahkan takdir, jangan buat perkara sia-sia kerana hukumnya berdosa...


Selamat menyambut awal muharam. Moga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Tutup buku lama, buka buku baru..;)






Tuesday, November 15, 2011

Tips: Memperbaiki Kehidupan


Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita?



Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha~

Oh, mungkin agak terlewat untuk aku post entry tentang aidiladha nih coz raye pon dah habis. Takpela, tak kisah la. Macam biasa, bila tibe raya je and dapat cuti, confirm la balik kampung. Tak kira la raye cina ke, melayu ke, india ke..Time2 ni la nak berkumpul sesama ahli keluarga coz masing2 pon tengah bercuti kan.

Raya haji di Johor takde la semeriah seperti di negeri2 pantai timur. Pada kebiasannya, pagi raya tu masing2 dah bangun awal, mandi sunat hari raya. Yang lelaki ke masjid untuk solat hari raya, yang perepuan solat kat rumah je la. Juadah biasanya ada ketupat dan rendang lah. Then bertukar-tukar juadah dengan jiran-jiran terdekat. Kalau raya aidilfitri, tukar-tukar juadah dengan saudara mara yang tinggal berdekatan kampung tu. Kat tempat aku, adat nie dipanggil "mengunjung". Tak tau lah kat tempat lain ada ke tak.



Tahun nie kampung aku ada gak yang buat korban, tapi tak banyak. Dalam 2-3 ekor je. Tapi kampung en.tunang wat 12 ekor korban. Wuhuu..Penuh la peti ais umah masing2 sepanjang raya haji nih..;) Pakcik aku sebelah rumah tumbangkan seekor lembu untuk aqiqah anak2 dia..Sekor lembu je mencecah 3k harga dia. Tu pon lembu kurus je..Gulp! Patutla coz kawen makin meningkat naik kan. Harga barang mentah pon dah mahal gitu. Eh, tetiba cite pasal kawen lak. ;p Aku tak pernah tengok lembu kena sembelih, so kali nih aku memberanikan la diri tengok dari dekat.





Lembu tu mula2 meronta-ronta. Tapi pas berjaya diikat kaki and tangan dia, baru dia diam siket. Amik masa gak la nak bagi dia bertenang tu. Mula-mula dia mendengus je, tapi bila tukang sembelih tu gi dekat dia, tepuk2 leher dia, tibe2 lembu tu berbunyi kuat...Mooooouuuuuuu..~! Tegak bulu roma aku. Uhuhuu.. Terkejut. Mungkin dia berserah dah kot and gembira coz dia terpilih untuk jadi lembu korban. Deangan lafaz Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar...Maka proses memutuskan urat halkum dan marih lembu tu pon bermula. Wuwww~ Darah membuak-buak..Kalau tadah mau sebesen. Darah segar lak tu. Sape tak tahan, jangan tengok dekat2, leh pitam..Pas disembelih, tukang sembelih tu pacakkan parang ke tanah dekat ngan muka lembu tu. Bila lembu tu dah menghembuskan nafas terakhir dan tak bergerak lagi, baru la tukang sembelih tu cabut parang tu balik. Maka proses melapah pon bermula. Time melapah, aku tengok takde darah yang mengalir sangat, kira cam daging tu clean je la..Mungkin itu la hikmahnya menyembelih cara islam, darah dah habis keluar ikut leher, so mudah la nak potong2 and uruskan daging tu.





Daging2 yang dah dilapah and potong2, dibungkus dalam plastik dan ditimbang. Setiap plastik lebih kurang 1kg lebih. Pakcik aku cakap biar lebih jangan kurang berat. Dapat la dalam 70 plastik kot. Then daging2 tu diedar2kan pada orang kampung. Kalau ikut hukum, sunat daging aqiqah ni di masak dulu, dengan juadah manis2 sebelum diedarkan pada orang ramai. Tapi oleh kerana aqiqah ni lembu, nak uruskan penyembelihan dan lapah daging pon amik masa setengah hari, tak sempat nak masak2 semua. Pas zuhur baru siap semua. Alhamdulillah~




Thursday, November 3, 2011

Wajah Semanis Gula

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"


Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."


Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.


Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat: Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan: Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Jom senyum! Moga bertambah-tambah rezeki kita insyaallah~ ^_^

sumber: i luv islam



Taufik.

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


source: internet


Wednesday, November 2, 2011

Bersangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.




Labels

Followers