Tuesday, May 31, 2011

Tidak Menutup Aurat, Solat Tak Diterima.

Rasulullah telah bersabda bahawa:
10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Mungkin tanpa kita sedar ada diantara kawan-kawan kita, saudara-mara kita tergolong di dalam golongan seperti tersebut di atas..Atau mungkin juga diri kita. Seringkali kita terdengar dialog mereka yang tidak bertudung "aku tak pakai tudung pun, aku tak penah tinggal solat, so aku lebih baik dari orang yang solat pun tunggang langgang" Pernah tak mereka terfikir bahawa solat yang didirikan hanya lah sia-sia jika ia tak diterima oleh Allah..Tapi, aurat perempuan bukan lah hanya rambut, tapi seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Oleh yang demikian, marilah kita menutup aurat secara sempurna.


Solat adalah tiang agama, jika solat pun tak terjaga, bagaimana dengan amalan yang lain nya?

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


p/s: muhasabah diri sendiri


Istidraj.

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b.ik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.


Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.


Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. (^_^)

Rasulullah bersabda, “Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).



By: Nur Arina Amin




Monday, May 30, 2011

Cuti Sekolah.

Cuti skola kini tiba lagi..Tapi untuk golongan bekerja cam aku nie, takde rasa beza pon antara cuti skola or hari-hari biasa..Umah pon dekat ngan office, memang tak merasa lah jalan jam ke apa. Kalau dulu time kecik2 syok la cuti skola. Tak payah bangun awal pagi, tak payah basuh and kapur kasut, tak payah iron baju untuk diri sendiri and adik-adik sekali, tak payah buat keje umah..Ehhh, kena wat gak. Bila tiba cuti skola je, mesti cekgu bagi keje umah melambak..Cheaa..tapi biasanya, esok dah masuk skola, malam tu baru nak wat..hohohoo...


Dan bila tiba cuti skola ni gak la, ramai yang amik kesempatan untuk mendirikan umah tangga. Kadang2 bila tibe weekend je smpai 4-5 jemputan kena hadir. Huhuuu..Tahniah la yea..Apa pon, aku nak ucapkan selamat menjalani cuti skola, terutama buat golongan budak skola and cekgu2..









Sunday, May 29, 2011

Aku Lemah Tanpa Mu

Ya Tuhanku...


Aku hanya mahu menjadi orang yang baik..
yang melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaatnya..
Namun jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku membuat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..
Kerana diam juga merupakan satu ibadah..


Kini aku lemah ya Allah..
Namun tidak pula aku mahu lemah untuk selama-lamanya..
Aku harap aku akan kuat..
dan menjadi kuat untuk melakukan kebaikan..
dengan itu aku akan berusaha..
dan kepadaMu saja tempat aku mengadu dan berharap..
Redhailah aku ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa Mu





Friday, May 27, 2011

Doa Untuk Pengantin.

Doa Untuk Pengantin


“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -





p/s: Awak, selamat pengantin baru...;)

Tuesday, May 24, 2011

Tahan Marah.

Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)

Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)



Dicedok dari: Tazkirah

Kalau kita tengok pon, orang yang suka marah-marah ni, wajah dia nampak cam tua cket, yela, bila asyik marah je, urat-urat kat wajah tu pon berkedut tau..Kalau nak awet muda, kena la rajin-rajin senyum...Kan senyum itu sedekah. Bila ada orang marah kat kita pon, senyummmm jee..Orang yang marah tu dapat penat, kita dapat pahala..Ha, sape yang untung?


Lagi satu, orang yang suka marah-marah nie, lebih berisiko untuk dapat macam-macam penyakit tau cam tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung..Bila kita marah, tekanan darah jadi tak stabil, perasaan pun cam meluap-luap je, bernafas pun tak teratur. Cuba bersabar, tenangkan fikiran, istigfar banyak-banyak...Tamo marah-marah k..Tamoo..Sikit2 je taper..hehe..


Bab mulut pon kena jaga gak. Kalau marah tu, cuba tahan mulut dari bersuara. Sebab kalau kita bersuara, kita tak sedar apa yang kita cakap. Masa kita marah, fikiran kita tak berapa waras, bukan lah gila atau biol, tapi kita berfikir ikut perasaan jeee..Tu yang kadang-kadang terkeluar lah perkataan yang tak sepatut nya. Bila agak2 dah cool down, baru lah bersuara..ok? Tau tak, kalau kita suka marah ngan maki hamun orang dengan perkataan yang bukan2, itu merupakan doa, dan akan berbalik semula pada kita or anak2 kita...So, kalau taknak doakan benda2 buruk kat diri kita atau anak2 kita, ucapkan lah perkara yang baik2..haaa...


p/s: Bak kata P.Ramlee, "jangan marah-marah, nanti kena jual" ;p

Monday, May 16, 2011

Penat.

Kadang-kadang rasa penat..letih...lesu...
Nak menghadapi perangai setiap orang..
Nak menjaga hati setiap orang..
Walau perilaku, gerak geri dan wajah terpamer senyum ceria.
Hati menjeruk siapa yang tau.
Terima kasih ya Allah.
Kerana selalu ada untukku.


Aku jenis tak suke pamerkan kesedihan dan kelemahan diri.
Aku tak suke orang anggap aku lemah.
Aku tak suke orang bersimpati dengan aku.
Aku tak suke orang persoalkan apa aku buat.
dan aku tak suke cerita perihal diri pada orang lain.
So, bagi sape2 yang ada dengar cite pasal aku,
sila tanya pada tuan empunya diri sebelum pandai-pandai nak judge aku.
Mind Your Own Business!


Sape2 nak share cite or masalah dengan aku.
Meh, aku leh bagi pinjam bahu.
Aku leh bagi pinjam telinga.
Aku leh bagi pinjam masa.
Maybe aku takleh tolong solve, tapi aku leh tolong simpan.
Tapi aku harap kamu dan kamu, kamu, kamu juga boleh tolong.
Tolong jangan sampai jatuh hati kat aku.
Tolong jangan sampai pedih hati kerana aku.
Tolong jangan buat benda bodoh kerana aku.
Tolong jangan paksa diri.
Tolong...
Jangan gugurkan air mata itu.
Hanya untuk mendapatkan hati ini.
Aku takleh bagi pinjam hati aku.
Penat aku jaga hati ni, mana leh senang2 bagi orang.
Dulu hati nie penah patah, remuk, berderai.
Aku kutip balik sorang2.
Aku cantum balik satu persatu serpihan tu.
Sampai bercantum, terbentuk jadi hati balik.
Walau pon dah tak lawa cam dulu, masih ada bekas-bekas luka tercalar.
Tapi aku sayang hati aku.
Sebab aku cume ada satu je hati.
Aku taknak hati ni ilang lagi.
Terima kasih ya Allah.
Di atas kurniaan Mu.


Aku hanya manusia biasa-biasa.
yang banyak kekurangan dan keburukan.
Kesabaran aku pun ada batas nya.
dan aku harap kesabaran aku masih bersisa.
Untuk menghadapi hari-hari muka yang penuh pancaroba.


Hati ini aku simpan.
dan hanya akan aku serahkan kepada yang berhak.
Terima kasih ya Allah.
Ku titipkan hatiku hanya untuk Mu.
Moga akan ada insan yang ikhlas menerima hati ini untuk mendapatkan keredhaan Mu ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada Mu ku berserah.







Hati Biar Ikhlas.

Berbuatlah sesuatu dengan ikhlas kerana Allah..
Bersahabat lah kerana Allah..
Berilah bantuan kerana Allah..
Berbuat baik lah kerana Allah..
Jika kamu tak ikhlas dan mengharapkan balasan,
hati kamu takkan tenang.
Kamu akan terus menagih.
Kamu akan terus tertanya-tertanya dan ternanti-nanti.


"Inikah balasan untuk aku atas semua kebaikan yang aku berikan?"
"Inikah layanan untuk aku atas jasa yang aku telah buat?"
"Inikah? Inikah?"

Kamu akan mengungkit..Kamu akan makan hati..
Apa lagi bila hasilnya tidak seperti kamu harapkan..
Bila orang yang kamu tolong tidak dapat memberi apa yang kamu mahu.
Jangan memilih jika ingin membantu.

"Aku nak tolong dia, sebab aku ada hati kat dia, aku suke kat dia.."
"Aku nak wat keje ni sebab dia bos aku, senang la nak bodek nanti"
"Aku nak tolong sebab aku harap dia akan faham perasaan aku, dia boleh terima aku"
"Aku nak bagi derma ni, sebab nanti aku boleh jadi terkenal!"

Bukan...Itu bukan ikhlas.
Tapi itu menolong kerana mangharapkan balasan.
Jangan katakan diri kamu ikhlas jika hati kamu menidakkannya..
Memang ikhlas tak dapat dilihat.
Ia hanya urusan kamu dengan Allah.
Tapi sukarnya mendapatkan hati yang benar-benar ikhlas.
Ibarat mencari permata di padang pasir.






Dunia yang Mempersona.

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ?kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka


Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati


Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan




Thursday, May 12, 2011

Pergi Tak Kembali.

I thought watching u leave is hard...
But knowing u will never come back is harder.....




"..Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi.."




I miss you...;)

Monday, May 9, 2011

Sabar Itu Indah.


Sabar itu ganjarannya syurga.
Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.

Sesungguhnya..

Sabar itu indah.

Macam mana nak jadi sabar? Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu ikutkan hati, kelak mati. Jangan ikutkan rasa, kelak binasa. Ikut akal, kerana akal yang waras mampu berfikir secara waras. Bukan semua benda buruk kita minta ia terjadi, dan orang lain pon tak minta ia terjadi. Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, tak kira lambat atau cepat, pasti ada hikmahnya. Tak semestinya apa yang kita fikir, sama seperti apa yang orang lain fikir. Tak semestinya kita betul dan tak semestinya orang lain salah.


Berdiam diri bukan lah bererti menyerah kalah. Tapi mungkin menang kerana mampu mempertahankan sifat sabar. Mampu menahan amarah. Mampu mengelakkan konflik menjadi lebih parah. Mampu membuat diri kita dan sebelah pihak lagi berfikir dan muhasabah diri. Belajar lah untuk bersabar. Anda tak rugi.



Friday, May 6, 2011

Gua.

Kadang-kadang rasa macam nak duduk gua and bertapa sorang2 kat situ..
Sonok kot..Takde gangguan..senyap sunyi aman damai...eh tapi, bilik kat umah pon dah cam gua..kunci pintu, tutup langsir...Bila dah duduk dalam tu, tamo kua2..Memang selesaaa..motif? perlukan masa dan ruang untuk berseorangan...;p


Masa cuti hari pekerja yang lepas diserang demam sampai takde sore..lagi2 time baru bangun tido..oh, sepatah haram pon tak kua..masa tu lah terasa nikmatnya suara. nak berbual dengan orang pon takleh..dugaan...agak nya mulut nie banyak cakap benda sia-sia kot, tu yang Tuhan bagi rehat. nie pon ada balance2 lagi, cakap depan2 leh kontrol lagi, cakap kat tepon, leh dengar jelas la sengau tu..tapi bos leh lak komen, "i lagi suke dengar sore u camni, cam matured cket..haha." erkk...adakah sore aku seblom nie kedengaran agak kebudak-budakan? nak wat camne kan..muka pon ala-ala baby face, sore pon sama la...uwekkk~ ;p


Oh, berbalik pada gua..Aku teringin terokai gua. Gua kelam pon jadi la. Macam best je kan? Sape2 nak pegi, jangan lupa ajak aku..!



Thursday, May 5, 2011

Jangan Jadi Bakhil.

Dari Abu Bakar r.a:

Yang bermaksud: "Orang bakhil tidak terlepas dari(kemungkinan akan mengalami) salah satu dari tujuh perkara:-

1. Dia mati, kemudian hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan
mempergunakannya ke tempat yang menyalahi perintah Allah S.W.T.

2. Allah memberikan kuasa kepada serang pemimpin yang zalim, dan akan
membinasakannya dengan perampas hartanya setelah menghina dirinya.

3. Allah S.W.T meninggikan syahwatnya yang akan merosakkan hartanya.

4. Timbul fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, sehingga kerana itu hartanya musnah.

5. Dia ditimpa salah satu dari bencana dunia, seperti hartanya tenggelam, terbakar, kecurian dan lain-lain yang seumpama itu.

6. Di ditimpa penyakit yang berpanjangan, sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk mengubatinya.

7. Dia menanam hartanya di suatu tempat, lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya."



Labels

Followers