Wednesday, August 6, 2014

First Shawal for Hanan


Assalamualaikum..

Masing-masing dok update pasal raya..Aku pon taknak ketinggalan lak..Lagipun tahun ni first time raya buat Hanan, so excited lebih sikit..Alhamdulillah, persiapan ala kadar je aku wat..Beli baju raya sepasang, beberapa hari sebelum raya..Sepasang lagi dah siap awal coz tu ikut tema family belah aku..dan sepasang lagi mak mertua hadiahkan..rezeki aidilfitri..so jadi la jumlahnya 3 pasang..Kuih pon beli untuk bawa balik kampung je.     

Tapi apakan daya, dua hari sebelum raya, Hanan kena sakit mata lak ngan demam panas..menjelang malam, suhu badan dia makin panas..kitaorang ronda-ronda la cari klinik mana yang buka, disebabkan dah pukul11 malam dan esok nak raya dah, banyak klinik dah tutup..Jumpa lah 1 klinik yang buka 24 jam, boleh tahan ramai gak yang menunggu..yang sakit mata gak ada juga..Musim kot??Bila doktor dah cek, amik ubat, kena RM80 untuk ubat demam, sakit mata dan antibiotik..Ubat sakit mata tu aku tengok kat farmasi sebijik sama harga RM3 je sebotol..huhu..takpela, untuk anak kan..janji sihat walafiat..kesian tengok dia merengek je..Malam tu sampai je rumah terus bagi ubat, esoknya bangun pagi, alhamdulillah anak ummi dah sihat dan ceria..Tapi mak ayahnya pula berjangkit sakit mata..huhuhuu..Ada orang kata susu ibu baik untuk mengubati sakit mata kan? Aku try la gak titis kat mata aku, alhamdulillah cepat la gak baik, tak sempat merah membara pon mata ni, baru merah manje2 camtu..Tapi titis kat mata mak aku dan suami tak berkurang lak sakit mata derang cuma lega sikit la sebab susu ibu terasa sejuk je kat mata, kalau titis ubat mata tu pedih kot.

cian budak demam..nak senyum pon tkde mood

Dan bermulalah episod jangkit menjangkit..mak aku..adik-adik perempuan aku pon turut berjangkit..termasuklah family belah suami..hanya ayah dan adik lelaki aku yang kebal. hehe..so hari raya pertama tu kitaorang duduk kat umah je la berehat-rehat tapi still pakai baju raya gak. Aku nak je pakai t shirt biasa tapi rosak lak mood raya nanti. Lagipun time raya pertama ni la ramai saudara - mara datang berkunjung kan. Selalunya bila raya pertama, kluarga belah abah akan berkumpul kat rumah atuk, tetapi sejak atuk dah meninggal 2 tahun lepas, adik-beradik abah yang lain akan berkumpul kat rumah kitaorang memandangkan abah adalah anak sulung. Maka meriah lah rumah kami..

 

ni sebahagian je coz yang lain giliran beraya rumah mertua

Pada hari raya kedua, berziarah ke rumah sedara-mara belah hubby. Hubby macam biasa kena beraya pkai spek hitam..Tapi time ambil gambar ni aku suruh dia buka spek.hehe..cian..leh nampak kan mata tu membengkak.


red chilly~

Setiap tahun, pada hari raya ketiga akan diadakan family gathering untuk keluarga belah mak lak. Adik beradik mak ramai, 10 orang dan anak-anak derang pon ramai..Sebelum ni pon wat family gathering kat umah atuk kat Benut tapi memandangkan dua-dua orang tua dah takde, maka tiap tahun bergilir-gilirlah tempat adik-beradik..Tahun ni giliran pakcik aku yang atas mak, buat kat Kukup Golf Resort Pontian. Alhamdulillah memang cukup meriah..Selain disajikan dengan hidangan hari raya yang sedap, ada juga persembahan karaoke untuk mereka yang suka menyanyi lah dan last sekali sesi gambar beramai-ramai..Malam tu ada lagi acara light painting tapi family aku tak join coz kitaorang dah balik rumah. Hehee..

family paling glamer..sebab masing-masing pakai spek itam..ekeke..

wehoooo!! cer cari mana aku?

Sepatutnya hari raya keempat hubby dah start kerja tapi memandangkan demam dia tak kebah lagi, hubby ambil MC satu hari. Ye lah, nak drive jauh-jauh risau gak kan..Aku nak drive tapi hubby tak bagi lak. So petang raya keempat tu baru kitaorang balik rumah kat Kajang. Malamnya sampai rumah buatkan hubby bubur, makan ubat dan dia terus tertidur..Alhamdulillah esoknya hubby dah sihat sikit dan boleh pergi kerja. Hubby cakap, "ni demam rindu kat rumah kot..dah sampai rumah baru rasa sihat cket" ololoo..homesick plak eh? hehe..

Alhamdulillah, raya kali ni sangat seronok sebab beraya dengan hanan sekali..Actually takde la pergi beraya sangat pon sebab sakit mata kan. Tapi duit raya hanan boleh tahan banyak gak, boleh la bayar duit umah sebulan ke, loan kete ke..ekeke..takdelah, ummi akan simpan sume duit hanan untuk kegunaan hanan di masa depan okey ;) Dikesempatan ini, kami nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..kosong-kosong ok! ^___^

3 comments:

  1. hanan xde baju kurung ke ;) nak tengok

    ReplyDelete
  2. Rohani Hashim..takde saiz..lagipun panas lak pkai baju kurung, maybe next year..hehe

    ReplyDelete
  3. Ooo yg kain cotton ready made tu xde size eh? Kalau bj melayu byk kan yg kecik2 ni. Cute sgt tgk

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers