Friday, February 10, 2012

Sate Willy

Camne nak eja? Sate ke satay?


Dah lama sebenarnya teringin makan sate willy ni coz asyik duk dengar orang bercerita tentang kelazatannya. So, dapat peluang untuk try, memang best. Kedai dia terletak cam kat area food court sg.ramal, tepi jalan besar je dah leh nampak. Time sampai tu sesak dengan kenderaan, padahal bukan hari minggu pon, tapi parking banyak, don't worry.



Mula-mula order 30 cucuk sate untuk perut 4 orang. Ada gak side order tauhu bakar ngan potato wedges. Tapi kejap je licin 30 cucuk tu, tambah lagi order 20 cucuk, tapi yang meneruskan makan cuma aku ngan member aku lagi sorang yang memang kaki sate. Sedar tak sedar kejap je dah licin. Padahal sebelum datang tu aku dah makan nasi dulu kat umah..Hihii..



Rasa dia? Sedapppp..Juicy...Terasa-rasa lagi kat anak tekak betapa sedapnya sate tu. Dia punya rempah ratus dan perapan memang cukup semuanya, perfect! emang lagi sedap la dari sate kajang. Hehee..Marah orang kajang dengar ni. Saiz nye besar cket dari sate biasa dan harganya 70 sen 1 cucuk. Memang agak mahal, tapi sekali dah rasa, tak kisah dah pasal harga tu coz memang puas hati. Ketupat dia wat sendiri. Tapi saiz ketupat kecik2 je, and nasi tu rasa agak keras. Pastu aku tertanya-tanya, kenapa la dia guna daun kelapa tua buat ketupat? Tk wangi ohh..Bau cam kelat je. Pakai ketupat segera lagi sedap dan lembut. Takpela, maby susah kot nak cari daun kelapa muda. Boleh diampunkan.



Senang je nak cari kedai ni. Exit tol kajang dari plus highway, rapat kiri hala ke kajang. Nampak seberang jalan ada shell. Lepas jejantas terus rapat ke kiri, dan belok kiri. Nampak deret-deret kedai makan. Kat situ la.

Fresh..gebu..;)


So, yang belum penah makan lagi sate willy ni, dialu-alukan..Anda pasti ak menyesal..hehe..







3 comments:

  1. owh...kedai nie sebelum nak ke kajang kan?
    selalu aku nmpk bnyk je kenderaan kat sini.nak trylah.lagipun skrg sate hj samuri rasa cam dah xbest.keras dan liat

    ReplyDelete
  2. try jangan tak try..rugi kalau dah dekat tapi tak pegi.slurpppp~ ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnye sate.. lamanya dni tak makan sate.. rindu... gulp!

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers