Thursday, May 8, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Kajang

Sebelum pergi hospital, sms mak abah dulu bagitau macam dah nak bersalin dan minta maaf banyak-banyak..minta didoakan semua dipermudahkan semua..Takmo kol coz nanti kang jadi drama lak..hik hik..Dalam kereta tu menitis gak air mata dok tahan sakit, hubby kat sebelah terus pujuk-pujuk sambil genggam tangan aku.."sabar ye sayang..abang ada ni..abang tau sakit..sayang tahan ye.." katanya.."sakittt..", balasku..Tu jela sekali air mata aku mengalir, pastu takde dah..sampaila selamat bersalin..kalau suami ada kat sebelah memang jadi manje sikit..hihii


Dalam perjalanan ke hospital tu sempat lagi aku teguk minyak kelapa dara terus dari botol dia, makan kurma and minum air zam-zam sikit..Sampai hospital, nurse cek CTG normal, dan doctor cek jalan dah buka 5cm..Patutla sakit semacam je. Tapi aku macam happy la gak coz kalau jalan dah buka banyak leh terus masuk labor room, tak payah tunggu kat wad lagi. Hehe..Terus tukar uniform pink dan register semua. Minta hubby bawa baju baby yang aku dah asingkan siap-siap dan bawa air zam-zam sekali yang tak sempat nak habiskan tadi. Minum la aku semahunya coz rasa dahaga sangat. Barang-barang lain semua serah kat hubby. Nak masuk labor room tak boleh bawa pape ye, takleh pakai jam ke, cermin mata ke, barang kemas ke, even underwear semua kena buka. Even rambut pon takleh ikat ye, petua mudah bersalin katanya..Tapi aku bawa masuk air zam-zam saiz botol mineral dan handphone dalam poket baju. Ekeke..


Then dalam kul11pm kot nak masuk labor room, tapi still penuh, so tunggu la kat luar labor room tu. Hospital Kajang ni hospital lama, so labor room derang tak banyak tapi still kalau ada orang datang nak bersalin, derang akan accept dan takkan tolak ke hospital lain. Dalam kul12 ke bape ntah aku dah tak ingat sebab tak pakai jam kan, baru dapat masuk labor room, berjalan kaki je terus baring atas katil dia. Hehe..Bergolek-golek la atas katil tu menahan sakit contraction. Tapi jalan buka lambat sangat dan aku rasa contraction pun macam dah tak tetap je. Kejap 5minit sekali, kejap 10minit sekali, kejap 3minit sekali..ke aku yang dah tak perasan kekerapan dia camne ke taktau la…Sebab macam aku cakap tadi, takde jam nak refer. Mulut masih tak henti-henti baca doa nabi yunus. Kat tepi katil tu pun ada tampal doa nabi yunus, zikir-zikir dan doa lepas bersalin. Ada doctor india yang masuk cek aku, maybe dia kesian tengok aku dok tahan sakit sampai menggigil-gigil, dia tunjuk doa tu suruh baca banyak-banyak kali..hehe..Letih duk lama dalam labor room, kehausan lagi, air yang aku bawa pun habis, then aku minta air kat nurse, dia bawa la dalam gelas dengan straw..slurppp..skali sedut je. Tak lama pastu aku minta lagi, then dia bagi lagi..ada la dalam 3 kali kot aku minta air coz dahaga. Doktor dah cucuk ubat tahan sakit (ponstan) tapi aku rasa takde kesan pun. Dia cucuk air kosong ke apa? Hehee..Sepatutnya dalam labor room korang takleh minum pun sebab taknak pundi kencing penuh. Bila pundi kencing penuh, baby pun susah nak kua coz macam block sikit jalan dia kan. So, doctor ada gak la dalam 2 kali sambungkan tiub kencing untuk kosongkan pundi kencing aku. Time dia cucuk tiub tu sakit ooo..rasa macam kena cucuk jarum la kat bawah tu. Padan muka, sape suruh minum banyak-banyak lagi..hehe..


Untuk cepatkan contraction, doctor masukkan ubat Pitocin, kalau tak silap aku. Tapi still terasa sama je contraction. Masih boleh bertahan..Takde plak makin kuat ke apa. Aku asyik la tanya doctor dan nurse yang keluar masuk, jam dah kul berapa coz tak nampak jam pun kat situ kan..Dah la tak nampak hari siang ke malam..Kejap-kejap aku terlelap coz rasa mengantuk sangat, then bila contraction datang aku terjaga. Menjelang pagi baru bukaan naik ke 7cm..8cm..9cm..Doktor dah pecahkan air ketuban. Bushhh..Terasa macam empangan pecah, panas je mengalir, memang takleh tahan-tahan dah la..hehe..Then, full! Tapi still aku tak terasa nak teran, tak terasa sakit yang kuat, just rasa contraction je tapi rasa nak push tu takde..Doktor bagi masa tapi tengok keadaan masih sama je, then dia seluk tangan kat bawah tu baru lah ada terasa sikit-sikit macam rasa nak berak, oh okey, buang air besar la untuk perkataan lebih sopan, hehe.. tapi belum rasa kuat lagi..Ke aku yang tahan sakit, taktau la sebab doctor kata kalau orang lain dah jerit-jerit dah tak tahan nak push. Adehhh..Bila datang rasa macam nak berak tu aku terus push, even taktau la usaha aku berhasil ke tak..push lagi..push lagi..Nasib baik kat rumah sebelum ni ada gak la praktis camne nak push dan selalu gak praktis teknik pernafasan yang betul. Itu adalah sangat membantu tau! Time nak push tu, tinggikan sikit badan korang, tangan pegang buku lali dan mata pandang perut..Jangan angkat punggung! Coz nanti jahitan banyak..Push..pushh..then kalau betul, doctor akan puji-puji..gooddd..bagus puan..puan pandai..lagi puan…derang tolak-tolak perut aku..ramai-ramai la derang kira 1…2..3..pushhh!! Time tu korang rasa macam bersemangat la even husband takde di sisi kan..huk huk..(hospital kajang, husband takleh masuk teman time isteri bersalin). Time push tu takde rasa sakit pun, cuma rasa nak cepat-cepat bagi baby keluar..Bila kepala baby dah nampak, doctor terus tarik tangan aku bagi rasa, huuu..terus la aku bersungguh-sungguh lagi push..Tiba-tiba zapp..terasa pedih dan aku tau itu adalah episotomi! Terhilang focus jap akibat terasa kepedihan, tapi pas episotomi, terasa makin senang nak push dan baby terus meluncur keluar..Alhamdulillah, tepat jam 9.56pagi, lahirlah puteri kami ke dunia..Tapi aku tak dengar suara dia menangis, risau je..Aku tanya doctor, doctor cakap takpe, kejap lagi dia akan menangis, pastu terus letak baby atas dada aku..uhh..beratnye..tanya doctor bape berat dia? 3.4kg..mak aihh…patutla macam susah nak kua..bila letak je atas dada aku, mata dia pandang mata aku dan terus menangis..uwwekkkkkk..kuatnya mak aihh..aku yang terkejut..hehe..pastu baby siap terbersin-bersin lagi..comel je..hehe..alhamdulillah..syukur…macam tak percaya dah jadi ibu dan dah berjaya bersalin secara normal..hihii…Nampak je baby terus lupa dah sakit-sakit tadi..Nurse akan bagi air milo suam untuk kita minum pastu.


Then doctor akan keluarkan uri, keluarkan semua darah kotor..Agak sakit sikit la coz dia akan tekan-tekan perut dan bersih-bersihkan yang kat dalam tu kan..Bila rahim mengecut, akan terasa macam contraction lagi, tapi tu normal..Then time nak jahit bawah tu aku tanya, ada bius tak? Doktor cakap takde coz time episotomi tadi dah bius..Lagipun kalau bius lagi, nanti jadi bengkak dan jahitan tak cantik, luka lambat sembuh..Uhuh, takde rasa macam bius pon time dia cucuk kat peha tadi. Still je terasa sakit. So, menyerah diri je lah untuk dijahit tanpa bius. Aku bersungguh-sungguh la sedut gas yang kat topeng tu dan fikir benda lain je time kena jahit tu, still terasa satu persatu jarum tu tembus kat kulit kita. Tapi paling terasa time dia jahit lapisan kulit luar la, tapi sebab malas nak fikir aku wat cool je lah. Doktor lak yang pelik, siap tanya “awak ni memang takde rasa sakit eh? Slumber je saya jahit ni..kalau pesakit lain dah macam nak tendang saya je, dan merintih-rintih sakit..awak ni diamm je..time contraction pun saya tengok awak tahan je..baguslah camni” ooo..aku pun taktau la aku jenis tahan sakit ke apa, tapi kalau aku jerit-jerit bukan leh kurangkan sakit pon. Hehe..Lagipun kesakitan tu aku rasa masih boleh tertanggung lagi..Alhamdulillah..nikmat sakit bersalin kan. Kalau rasa sakit, baca doa nabi yunus banyak-banyak..


Dah siap jahit, doctor bagi kita rehat jap kat katil..Then baju kita nurse tolong tukar, pakaikan pad..Dah siap, kena bangun ke wheel chair dan disorong ke wad. Time nak bangkit dari katil tu terasa macam nak pitam, serius..so aku bangun slow-slow je..Sebab kita dah lama sangat kat labor room dok tahan sakit kan, habis semua hilang tenaga dan darah yang keluar banyak, memang terasa lemah sangat..Duduk kat wheel chair tu sambil pegang baby pon rasa blur-blur je..Dah keluar dari labor room baru lah suami dipanggil..Nampak dari jauh hubby datang ke arah aku, taktau nak wat reaksi senyum ke apa coz dah tak larat sangat..hubby sampai je terus kucup dahi dan ucap “terima kasih sayang..”Then hubby ambil baby untuk diazan dan diiqamatkan..time tu rasa sebak sangat..sobs sobs..tapi takde pulak kua air mata..hehe..Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini..


Aku stay kat wad 2nd Class. Ok lah, untuk standard hospital kerajaan kan. Nasib baik lah ada kosong lagi coz hospital kerajaan kita takleh nak booking awal, dah check in kat hospital baru leh register wad mana. Dalam 1 bilik ada 4orang, ada private toilet yg siap heater (tapi time tu heater kat toilet wad aku rosak..uwaaa), ada air-cond, makanan pun ok..Ada nasi ayam, nasi tomato, etc..tapi yang aku makan nasi nya je lah..tak berani nak makan ayam walaupun orang cakap makanan kat hospital ni leh je makan even tengah berpantang coz derang dah letak ubat. Kos pun still affordable, caj semua hanya RM300 untuk tido semalam di wad dan bersalin normal la kan. Kalau ada bantuan lain cam vacuum ke, bersalin operate ke, atau kena tahan kat wad beberapa hari ke, maby caj dah lain.


Time pas bersalin tu kalau nak pergi toilet ke, nak mandi ke, minta la hubby teman sekali ye..Of course la hubby boleh teman time waktu melawat je. Minta tolong dia mandikan pun takpe coz badan kita memang tengah tak larat sangat, kalau dah pitam dalam toilet nanti kan naye je. Sengal-sengal seluruh badan, even aku nak angkat tangan untuk tukar baju pun macam tak larat dah. Huhu..


Selalunya susu badan agak malu-malu nak keluar time awal-awal bersalin. Ada yang tak keluar langsung. Hospital kerajaan takkan bagi susu formula pun even anak ko kehausan belum menyusu. Tapi baby yang baru lahir selalunya banyak tidur je, takde la meragam nak menyusu coz perut dia still dapat bertahan smpai 2hari dengan sisa makanan yg masih tersimpan dalam perut dia. So, sebagai persediaan, belilah susu untuk ibu menyusu contohnya Anmum Lacta. Lepas kua labor room dan masuk wad, minta hubby bancuhkan panas-panas dan terus minum. Boleh juga prepare pil galak susu yang boleh dibeli di farmasi atau klinik. Insyaallah pastu susu mencurah-curah. Kalau baby tak pandai nak latch or hisap, banyak-banyakkan bersabar..Kena train gak slow-slow. Sebelum ni dia duduk dalam perut kita 9bulan makan ikut tali pusat je kan, keluar je terus nak guna mulut, mestilah ambil masa gak..Tapi hospital kajang ni akan bagi taklimat time kita kat wad berkenaan cara menyusukan bayi dengan botol, kebaikan susu ibu dan sebagainya.


Alhamdulillah..esoknya, dah boleh discharge lepas baby dah berak dan kencing dan ibu nya pun sama. Dapat gak goodies bag untuk baby dari hospital. Okey lah gak servis kat hospital ni. Nurse dan doktor semua lemah lembut dan baik-baik..Semua pun beri kerjasama. Sama gak nurse-nurse dan doktor kat Klinik Kesihatan Kajang. Terima kasih banyak-banyak untuk layanan itu. 


Aku stay kat rumah 1 malam je sebelum bertolak balik kampong di johor esoknya untuk berurut dan berpantang. Sekian, tamat sudah cerita pengalaman bersalin anak sulung kami..hehe.


14 comments:

  1. tahniah ladydyot..
    tetibe rase touching part keluar labor room, husband cakap terima kasih sayang..

    ReplyDelete
  2. eyriqazz : tenkiu

    fatin laili : tenkiu fatin

    ReplyDelete
  3. tahniah..snangnya awk brslin..bestnye..

    ReplyDelete
  4. sharifah shahirah : alhamdulillah;)

    ReplyDelete
  5. panjang lebar ceritanya..thanks for sharing :D

    http://ummiammararif.blogspot.com/2014/10/esp-boleh-bantu-untuk-kurus.html

    ReplyDelete
  6. tahniah2....bestnya dpt bby kn..pengalaman yg indah walaupun menyakitkan...

    ReplyDelete
  7. Salam.thank sudi berkgsi info dan pengalaman dgn pembaca.

    ReplyDelete
  8. Haa, siyes touching bila hubby u say thanx… camni gaya, beranak kerap pon x pe..hihihi..

    Btw, all mommy, jom join giveaway ni..best..de hadiah nenarik bernilai RM750

    Jom meriahkan ramai2…

    Tamat 4/12/2014..

    ReplyDelete
  9. congrates..
    jemput ke blog saya http://umminuma.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete
  11. Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.

    ReplyDelete
  12. Jzkk.. Perkongsian yg menarik. Lebih kurang sama lah dgn pengalaman saya cuma saya kena induce, so duduk kat wad & labor room tu lama laa jugak. Saya bersalin di Hospital Kajang, duk kat bilik 2-bedded.
    Today is my daughter's birthday (anak sorang jer). Teringat moment bersalin nih 5 years ago. Sebak, hepi & macam2 perasaan duk rasa..
    Now I'm sharing your post to my sister yg tgh pregnant, and maybe bersalin kat Hospital Kajang jugak, insha-Allah..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers