Monday, May 5, 2014

Overdue...


Assalamualaikum…

Alhamdulillah..Selamat sudah kelahiran puteri kami ke dunia pada 13 April 2014 yang lepas. Entry-entry selepas ini adalah berdasarkan kisah imbas kembali coz aku taip time cuti berpantang..Bosan tak buat apa, baik taip entry banyak-banyak pastu tinggal upload je kan. Oklah, kita sambung cerita..


Kalau ikut EDD (Estimated Due Date) yang doctor bagi sepatutnya 7 April..Tapi masih takde sebarang tanda-tanda yang muncul walaupon hari nya hampir tiba. Aku masih pergi kerja macam biasa, cuma bezanya aku tak drive sendiri. Pergi kerja hubby hantar, balik kerja berjemput. So seawal jam 6.30pagi dah gerak pergi kerja. Bukan taknak drive sendiri, tapi hubby tak bagi. Lagipun perut yang dah membesar dengan jayanya tak muat dah nak duduk kat seat driver, sangkut kat stereng..ekeke..kalau nak kebelakangkan seat, kaki lak tak sampai nak pijak pedal. Hihii..


Seminggu sebelum EDD iaitu 29 Mac, kitaorang ada balik kampong kat Johor untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku. Esoknya 30 Mac aku rasa baby dah betul-betul turun ke bawah (pelvic) coz aku mula rasa sakit kat bawah dan payah nak tunduk, macam ada benda sangkut kat kelengkang gitu.Even nak duduk kat lantai pon rasa sakit dan bila nak bangun semula amat la berat aku rasa badan ni. So 1 April aku dah start solat cara duduk. Tidakla dari mula sampai akhir solat tu aku duduk je coz aku masih mampu berdiri kan, so bila time nak sujud or duduk je baru aku duduk. Aku masih lagi pergi bekerja walaupon nak berjalan rasa sakit, melangkah pun dah slow-slow je. Time berjalan bila rasa sakit, aku stop jap, then sambung berjalan balik. Kaki pon dah makin bengkak dan kadang-kadang cramp. Dari pinggang ke bawah memang terasa sakit. Aku tak  mampu dah nak angkat kaki tinggi-tinggi coz rasa kaki berat macam di simen. Time nak tidur lagi la terseksa, memang tak pernah lena dah. Tiap jam bangun pergi toilet. Nak bangun dari katil pon ambil masa agak lama coz badan dah terasa berat dan kaki cramp je kan, kena berpaut kat tepi katil or dinding, baru leh bangun. Bila dah baring mengiring ke kiri, memang payah nak mengiring ke kanan or terlentang dan begitu la sebaliknya.

Sampai lah 4 April, aku rasa tak larat dah nak pergi ofis..Takleh nak focus dah wat kerja coz duduk lama-lama depan pc pon pinggang aku dah menjerit-jerit sakit. So, officially aku mengumumkan 4 April aku start cuti. Hehe..Emergency leave. Coz aku takde apply cuti awal pon sebelum tu..Bajet nak tunggu sampai bersalin la kan baru start cuti..Takde maknanya..ekekee..Time tu mak mertua aku stay kat umah kitaorang. Ye la, kot2 tiba-tiba aku terberanak ke, ada gak orang lain yang jaga kan. So, takde la aku bosan keseorangan di rumah. Tapi duk umah pon aku tak diam je, aku exercise gak. Berjalan keliling rumah. Then turun naik tangga dari tingkat 1 sampai 10..Aku pon macam tak percaya aku segagah itu di saat tengah sarat dan sakit-sakit camni. Hehe..Semua tu aku buat dengan harapan cepat la baby keluar. Weekend je kitaorang pergi jalan-jalan kat shopping complex ke, pasar malam ke..Walaupon aku berjalan terkedek-kedek coz dok menahan  sakit kat bawah, tapi aku kuatkan semangat gak.

9 April..Dah overdue 2 hari..Huhu..Time bangun tido pagi tu aku perasan tilam macam basah, leaking. Alamak, petanda ke tu? Tapi aku takde rasa sakit contraction ke, dan leaking tu pun sikit je, takde la mengalir  tak berhenti. Lagipun aku takut tu cecair lain lak kan..ngeee…;p Memandangkan esok ada appointment lagi kat klinik, so aku decide esok je la tanya doctor.

10 April..Bila aku cite kat doctor pasal leaking tu, doctor terus wat refer letter ke hospital kajang. Means, malam tu gak aku kena pergi hospital untuk cek. Sebenarnya dia suruh pergi cek cepat-cepat, takut tu leaking air ketuban je, takleh lebih 24 jam, takut baby lemas, tapi aku yang tangguh2-tangguh sampai malam..huhu..Balik klinik tu leh lagi ajak hubby pergi jalan-jalan kat Mydin Hypermarket yang baru buka kat area rumah kitaorang. So, malam nya bergerak la ke hospital kajang. Aku takde la rasa nervous ke apa coz memang hati aku rasa aku takkan bersalin malam tu pun. Sampai kat hospital kajang, derang cek air kencing, tekanan darah, heart beat baby, CTG. Part ni yang aku lemah sikit coz korang kena baring terlentang dalam keadaan yang of course sangat tak selesa dengan perut besar camtu kan. Rasa macam kena hempap gitu. Pastu kena static je takleh gerak-gerak mengiring ke kiri ke, kanan ke, coz nanti heart beat baby tak cantik..Dalam 30minit gak duk dalam posisi camtu. Adeh..Tercungap-cungap gak la time tu. Then last sekali..jeng jeng..Doktor nak cek jalan. Time ni ada sedikit nervous la coz berdasarkan pengalaman-pengalaman orang lain, derang kata benda ni sakit sangat..Ada yang sampai berdarah-darah..huhuu..Doktor akan masukkan alat amende ntah yang macam muncung itik tu kat bawah, then alat tu akan buka menganga..Aku just relax kan diri je. Alhamdulillah takde rasa apa, tak perasan pun dah siap. Maby berkat rajin mengamalkan urutan premium dengan minyak kelapa dara, so bawah tu dah jadi anjal..gitew~ haha! Yang penting korang kena relax je, jangan keraskan badan..Insyaallah takde rasa apa lah.

Bila dah siap cek semua, doctor kata belum ada jalan buka lagi and air ketuban pon banyak lagi. So yang leaking tu maby bukan air ketuban lah. Hihi..Tapi doctor suggest aku masuk wad dan induce untuk cepatkan kelahiran baby memandangkan time tu aku dah overdue 3 hari. Bila dengar je perkataan induce, terus aku balas No..no nooo..i still want to wait! Hoho..Seriau oh dengar cerita orang pasal induce, derang kata induce ni sakit sangat-sangat..Kalau bersalin biasa pun dah sakit, induce ni lebih sakit dari tu coz macam dimasukkan ubat untuk dipaksa bersalin kan. So, contraction yang datang pon secara dipaksa. Huhu..Sebab aku dah berkeras gak, so doctor pun mengalah la..haha..So dia bagi 2nd option, iaitu tunggu lagi 10 hari..Kalau baby tak keluar gak, baru lah induce..Memandangkan aku dah overdue 3 hari, so ada masa 7 hari lagi..Eh, macam banyak sangat je taip “so”..huhu..dup dap dup dap..


Esoknya 11 April..Jumaat. Aku sambung lagi exercise turun naik tangga tu..Then aku perasan time pergi toilet ada bloody spot, tapi sikit je.  Bila tanya kawan-kawan yang dah berpengalaman, derang cakap tu tanda nak bersalin la tu, tak lama lagi la..Ramai yang suggest, bila dah rasa sakit contraction, baru pergi hospital, so takde la menunggu lama sangat kat labor room. Aku terus happy..Yea..tak lama lagi baby nak keluar dah. Rasa berbaloi gak usaha aku turun naik tangga tu. Hihii..


12 April..Masih ada bloody spot, tapi sikit-sikit je. Hubby tak kerja. Then dia ajak kua jalan-jalan and makan apa yang aku rasa teringin nak makan, coz time berpantang  nanti dah takleh makan sedap-sedap dah. So kami pon pergi ke Metro Point, makan kat Secret Recipe..nyum2..Time berjalan-jalan kat Metro Point tu dah terasa mild contraction, sejam sekali..then 30minit sekali..Tapi aku still tahankan je. Mama dan hubby pun maybe tak perasan yang aku dok tahan sakit je. Hehe..Then petang tu kitaorang balik rumah, contraction makin kerap. Time ni aku takleh nak sembunyi dah. Masuk bilik je rasa nak baring, tapi still tak kurang sakit contraction tu, berjalan-jalan dalam bilik, duduk membongkok, macam-macam cara la aku cuba nak kurangkan sakit tu. Satu cara je bila contraction datang, aku akan berdiri dan membongkokkan badan, macam nak rukuk tu, kalau buat camtu macam lega sikit kot walaupun still sakit. Hubby dah tapau makanan, time makan asyik terberhenti je bila contraction datang, then sambung makan balik laju-laju..Perut takleh kosong, kang takde tenaga nak push. Huhuu..So aku paksa gak diri makan. Lepas solat isyak, contraction dah 5minit sekali so time ni baru ajak hubby pergi hospital…jeng jeng jeng..Sambung ke episode seterusnya ye. Hehee..




1 comment:

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers