Friday, September 12, 2014

Pengalaman Cabut Gigi Tak Sakit




Assalamualaikum..

Rasa macam dah laaamaaa sangat tak update blog. Idea dan cerita tu ada, tapi masa tu yang takde..huhu..
Okeylah, tetibe cerita pasal cabut gigi kan..

Alkisahnya, dalam minggu lepas aku terasa macam berdenyut-denyut la gigi dan gusi ni..Sakitnya on off..kejap ada kejap takde, tapi memang tak selesa lah nak buat kerja. Pastu sekali tu je la sakit, then lenyap. Bila aku gesel-gesel guna lidah, terperasan macam ada gigi geraham yang berlubang..Adohai, bila lak la lubang ni wujud. Sebab rutin aku tiap malam sebelum tidur, berus gigi, floss bagai dan cek kat cermin nak pastikan gigi ok la kan..tapi kalau gigi geraham mana lah nak nampak. Lagi pon yang tu gigi bongsu, tumbuhnya pon tak berapa nak cantik, senget semacam je, so maby kalau dah berus pon still ada sisa-sisa makanan yang tak tercapai oleh berus gigi tu, maka jadi lah punca kaviti dan gigi berlubang..eh eh..panjang pulak cerita nya.


Bila dapat tau gigi berlubang, aku dah susah hati..Sebab antara perkara yang aku takut dan cuba elakkan ialah jumpa doktor gigi..Yup, since kecik lagi aku tak suka doktor gigi. Kalau doktor gigi datang sekolah je, aku dah risau, rasa nak mengelak je pon ada..ekekee..Setelah berfikir-fikir dan menimbang tara, aku decide je lah nak serah diri kat dentist memandangkan gigi ni takde rasa sakit or bengkak pon, means belum parah lagi la kan. Kalau dah rasa sakit nanti, lagi susah nak wat rawatan kan? Time kecik-kecik dulu, cabut gigi tak sakit pon, gigi susu kot..asal goyang je leh cabut. Kadang-kadang abah aku gigi anak dia dah goyang, ikat je dengan benang then tarik. Tak pon kita goyang-goyang kan sendiri guna lidah, then nanti akan tanggal sendiri la gigi tu..Tak payah pergi klinik pon.Tapi dah besar-besar ni jadi takut la pulak.


Aku pon call la Klinik Pergigian Putra Permai kat Equine Park ni. Doktor dia Dr.Widya Suzanee. Aku pernah sekali pergi sini untuk tampal gigi, so dah percaya dengan kelembutan dan cara dia jalankan rawatan, berani lah nak pergi lagi. Sebelum pergi kena call and booking dulu. Boleh je pergi direct, tapi ikut nasib lah. Kalau penuh, kena tunggu lah. Mula-mula ingatkan nak tampal je lah, tapi setelah berfikir-fikir lagi, aku rasa better cabut terus je lah. Sebab gigi bongsu ni selalu memang camtu, nak tumbuh punya lah sakit, dah tumbuh menyusahkan pulak, so kita buang je lah..huhu...Aku punya takut tu sampai asyik dok terfikir-fikir je, tiap kali lepas solat aku berdoa agar mudah la proses cabut gigi tu nanti..Siap menggoogle pengalaman orang kena cabut gigi..Kebanyakannya bagitau sakittt..Adohai, yeke sakit nih? Huhu..Rasa nervouse tu lagi dasyat dari time nak bersalin. Kalau bersalin, fikir nak baby tu keluar cepat je, yang ni dah fikir rasa nak buat ke tak..nak buat ke tak..hahaa..Time bersalin dulu aku teringat la bibir aku dok terkumat-kamit baca doa nabi yunus, alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan kesakitan pon rasa ringan je and still boleh ditanggung...So nak pergi cabut gigi ni pon bibir aku dok la membaca .."Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin...." berulang kali.


Even dah buat booking, lepas sejam baru nama aku dipanggil..jenuh tunggu ha..Bila dah masuk bilik rawatan dan baring kat kerusi dia, aku masih terasa nervous, macam nak balik rumah pon ada, tapi ahh..layankan je lah..Selagi benda ni tak setel, memang rasa tak senang je hati. 


Then bermula lah episod...


Hati aku masih lagi membaca doa nabi yunus, then doktor pon masuk, tanya apa masalahnya. Then dia kata better cabut je sebab tu gigi bongsu kan. Pastu dia minta izin nak bagi injection "maaf ye, saya inject bius bagi kebas.." inject kat gusi..then lagi sekali kat langit2.."maaf ye saya inject lagi sekali" aku macam nak request dia bagi 3 kali injection supaya betul2 kebas and aku tak rasa pape..tapi benda tu hanya terdetik dalam hati la..injection tu pon tak sakit, aku rasa jarum tu halus je kot..lagipon doktor tu buat dengan penuh kelembutan dan sopan santun..kena gigit semut rasanya lagi sakit..wakaka..Lepas menunggu kira-kira 15minit, mulut pon dah rasa kebas, gusi dan bibir aku rasa tebal je..hehe..Doktor pon amik apa ntah alat-alat dia, then aku dengar macam bunyi..krek..krek..macam kita longgarkan skru dari soket tu..tapi aku takde rasa pape la, just dengar bunyi nya..Pastu doktor ambil gigi tu..siap! Aikk..cepatnya?? Aku pon macam pelik nape takde rasa sakit langsung or rasa gigi digoyang-goyang ke..Agaknya bius dia power kot? hehe..alhamdulillah happy dan syukur sangat..Lega dah..Teringat lagi first time cabut gigi geraham masa study kat uitm dulu, jumpa dentist kat klinik kesihatan uitm gak..walaupon tak sakit, still terasa-rasa ngilu la time dia cabut, rasa gigi tu digoyang-goyang, and kepala pon ikut sama goyang, then pas cabut tu pon macam sakit kat gusi bekas kena cabut tu..Kena tuam dengan ais baru kurang sikit..1-2 hari pon makan bubur je, tak berani makan yg keras-keras..Tu yang aku risau je nak pergi cabut gigi lagi..Tapi pengalaman yang ni lain plak. Serius takde rasa apa langsung.


Caj dikenakan RM105, dapat kapas dan ubat tahan sakit. Aku request gak nak bawa gigi tu balik, then derang pack kan..hihi..saje mengada kan. Sebab ada terbaca kat blog, orang tu bawa balik gigi dia yg dicabut. Gigi geraham ni panjangg..Ada la dalam 2cm. Aku tengok sekali je, pastu simpan ke buang tak ingat, sebab aku geli..hihi..Balik dari klinik tu, masuk kereta aku terus telan pil tahan sakit yang dia bagi. Tapi pil tu dalam bentuk kapsul, terpaksa la aku buka and telan serbuk dia je. Nasib baik la dalam kereta ada air mineral, tawakal je la..Sebab aku takut kang bius ni dah hilang, kesakitan berganda lak yang datang. Tapi alhamdulillah, sehingga entry ni ditaip, memang takde rasa apa langsung..Syukurrr..So, most recommended la untuk korang yang takut2 nak gi jumpa dentist macam aku, dapatkan rawatan kat situ..hehe..dan yang penting jangan lupa amalkan doa nabi yunus tu, insyaallah dengan izin Allah, dapat meredakan kegelisahan hati dan mengurangkan kesakitan..aminn..







9 comments:

  1. sy pun penah cabut gigi bongsu... best je rasa.. macam nak cabut lagi... hehehe lynan doktor pun buat kita senang, yela kita bayar mahai hihi

    ReplyDelete
  2. Miz Eija : itulah kan..pasni tak takut dah kalau kena jumpa dentist lagi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh tak nak mintak nombor hp Dr.Widya Suzanee? tq!

      Delete
    2. hai..boleh try call klinik dia 03 8941 6832

      Delete
  3. Selamat siang bapak/ibu,maaf numpang promosi ya,kami dari MEDIONE ..Perusahaan kami bergerak dibidang jasa rumah sakit diluar negri, diantaranya :
    *Malaysia (Pantai & Gleaneagles,Mount Miriam, Sunway Medical Center)
    *Singapore (Parkway Group,NUH,Tan Tock Seng,Singapore General Hospital)
    *Thailand (Bumrungrad)
    *Australia (Royal Children ,Health Scope Group)
    Kami dapat membantu bapak/ibu memberikan informasi pengaturan RS, temu janji dokter,Transportasi dan akomodasi ,secara gratis,yang dapat memudah kan anda dalam melakukan pengobatan / medical check up di luar negri.Bapak/ibu dapat menghubungi kami di
    021-45645694 / 085694454757
    email : admin@medione.co.id
    medione.hc@gmail.com

    Demikian informasi dari kami semoga bermanfaat

    Terima kasih
    MEDIONE

    ReplyDelete
  4. Huhuhuu, takutnya nak cabut Gigi, dah macam2 ubat makan tapi still sakit lagi...

    ReplyDelete
  5. kene operate x mase cabut gigi tu?

    ReplyDelete
  6. Saya pernah cabut gigi geraham bongsu masa mengandung,,,kurang kalsium...lepas tu dah tak tinggal minum susu dan ambil suplemen kalsium... Kalsium memang sangat penting untuk semua orang! Saya ambil Ostematrix shaklee juga

    ReplyDelete
  7. ala takutnya esok saya cabut gigi...... takutnya

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers