Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum...


Seronok bila masin-masing duk bercerita berkenaan aidilfitri tahun ni kat blog masing-masing..Aku je dah jarang update blog. Tapi still nak cerita gak pasal raya, coz aku pon sambut raye gak. Hehehe..


Seperti tahun-tahun sudah, pada setiap kali raya, family aku akan choose 1 kaler untuk team Aidilfitri. Tapi biasanya aku yang decide kaler tu pon. Hehe..Kebiasaannya kain untuk baju raya family perempuan akan di sponsor oleh aku. Upah jahit oleh abang aku. Kain untuk baju melayu lelaki adik aku yang sponsor. Baju-baju kurung biasanya mak aku je jahitkan. Memang cantik bila baju dijahit dengan penuh kasih sayang oleh mak. Hehehe..Tahun ni hijau lumut. Actually aku nak hijau epal tapi abah aku tak berkenan lak coz cam terang sangat. Umo2 veteran cam dia, cari la yang gelap sikit katanya. Aku ikut kan je lah. Kain tu semua beli kat nilai, ntah camne bila dah potong2, tak ckup lak untuk baju mak aku. So, aku bagi perca kat en.tunang minta tolong carikan kat nilai. Jumpa dah kedai tu, tapi kain camtu habis lak..Puas dia meronda kedai lain, akhirnya jumpa gak kain sama. Alhamdulillah...Mekasih en.tunang..hehe.


Kebiasaannya bila raya pertama, akan beraya ke rumah sedara-mara belah abah aku. Of course la konvoi ramai-ramai dengan family adik-adik abah aku. Meriah gitu..Raya kedua duduk umah je tunggu tetamu dan marhaban lelaki. So, kena masak-masak la untuk jamuan marhaban. Hari raya ketiga akan beraya ke rumah sedara-mara belah mak plak. Dan pada kebiasaannya pada hari raya ketiga gak ada Family Day belah keluarga mak aku. Majlis ni ikut giliran. tahun ni belah pakcik aku yang no.4. Masing-masing pon ada theme colour sendiri..Baru lah sehati sejiwa kan..hehe..Giliran umah aku tahun 2014 nanti. eh banyak plak cite pasal raya. Kita layan gambar je lah.

Makan makan....

Tahun depan giliran derang plak. Ni geng-geng dari sabah bah.


Merahhhh..Muka sepupu aku tu cam apek pemain bola tu kan? haha


Orennn


Itu je lah. Oh, tahun ni bergelar tunangan orang. Takde beza pon, cuma leh la beli kad raya untuk "Tunang Tersayang" bagi kat orang tu..hahaha..Tahun last bergelar single. Kena nikmati sebaiknya. Hehe..



3 comments:

  1. mcm family aku juga.setiap tahun ada warna tema.baru best kan raya.thn nie ambik kaler merah.dan yg pilih adalah aku juga =).nmpk sangat kuasa 'akak sulung'.
    tahun depan beraya dah sebagai suami isteri pulak.

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : itu lah, yang lain cam tak kuasa kot nak pilih kaler bagai..kita je yg bersemangat jitu nak sambut raya. hehe..hopefully, dah ada family sendiri nanti pon, aku nak mntk bakal suami aku ikut kaler tema family aku gak.haha

    ReplyDelete
  3. lady d'yot:husband memang kenalah ikut kaler tema family.barulah dinamakan satu keluarga

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers