Wednesday, February 20, 2013

Trip to Malacca


Alhamdulillah...

5 Jan 2013 - 6 Jan 2013


Dapat gak gi honeymoon sama2..hihi..Actually trip ni sebelum ke Langkawi hari tu. Tapi tak menyempat nak update, so sekarang la baru story mory pasal nih. Rugi satu entry kalau tak citer ;p Trip ke Melaka kali ni gi berenam iaitu dengan kawan2 kerja hubby..Masing-masing dah berkahwin lah. Seawal jam 10 pagi dah gerak dari umah menuju ke R&R seremban.

Kita pakai baju sama..yey! Couple T yang aku beli online je kat internet. Aku suka shopping online. Leh tengok gambar puas2 pastu tak memenatkan nak berjalan ke kedai. Hehee..Tapi aku dah survey puas-puas dulu baru beli..Ada kat blog lain aku nampk dia jual baju yg sama tapi mahal cket. Nasib baik aku jumpa yang jual murah..Pandai kan? Hehee..Lagi pon baju ni nampak sopan cket bila aku pakai coz labuh sampai lutut kan.

Sampai Melaka terus berjalan-jalan kat Bandar Hilir. Nak panjat A Famosa. Bila sampai tempat parking, kena letak kupon letak kereta lak. Pastu aku tunggu je la dalam kereta sementara hubby and kawan-kawan dia gi cari kupon letak kereta. Tempat jual kupon tu jauh. Tempat bayar saman dekat lah. Tunggu punya tunggu sampai la terlelap..Mengantuk lah..tapi tibe2 dengar bunyi bising, aku terjaga..Ada orang tengah bercakap-cakap pastu blah..Alamak, tu macam orang majlis bandaran je??Kan betul..Aku tengok balik kat cermin luar, ada sekeping saman dia dah letak..adeii..camne la leh tertido..huhuuu..cepat je derang letakkan saman. Tak lama pastu hubby pon sampai....Aku takut sgt abg marah sampai mood aku sendiri yang  hilang..Dalam masa yg sama aku bengang kenapa leh kene saman..So sebab dah perasaan bercampur baur camtu, aku pon diam je lah. tapi muka ketat tu leh nampak la. Dalam hati dah cuba pujuk-pujuk diri sendiri. "behave nadia..behave..jangan sampai rosakkan mood nak berjalan-jalan nih.." huhu..

muka aku takleh blah..haha!

Masa naik beca tu pon aku masih diam lagi walaupon dalam hati suka sebab memang teringin pon nak naik beca..hehe..time amik gambar berdua tu aku dah cam kekok nak senyum, so nampak la gambar tu muka aku semacam je..huk huk..Tapi tak lama pastu ok je. Sebab aku pon tegur aku cam biasa je, cam takde pape je. Pujuk aku cakap tak payah pikirkan sangat, benda dah jadi. Lagipon bape sen je saman parking tu, walaupon aku tau dia memang takkan bayar..kikiki..So watpe aku nak layankan perasaan sgt kan? Ngade2 la tew~ hehee..Pastu kami gi naik A Famosa, jalan-jalan..Pastu gi makan asam pedas. Nasib baik dah tanya orang kedai tu dulu. Memang kena letak kupon parking la. Orang yg parking sbelah kitaorang takde kupon, dia kena saman..dia ternampak, dia nak kejar orang majlis bandaran tu, tapi saman dah kuar, takleh watpela kan...Dah membebel la dia sorang2 kat situ marahkan orang yang bagi saman tu. Mahal tau makan kat situ dah la tak sedap! opss..sowie~ mey ngan laki dia makan ketam goreng, leh kedai tu cas sampai RM40 ..fuyohh..dah cam makan seafood kat restoren la plak. Ketam goreng biasa je pon!



 

Bila malam gi naik cruise lak..cantik, dapat tengok lampu2 sepanjang tepi sungai..tapi bila nak ke darat pening lak, rasa cam nak muntah. Mabuk sungai kot? Bukan mabuk laut..hahaa..Pastu kawan2 hubby nak gi jalan2 tempat lain, tapi aku dgn hubby nak gi jumpa family aku jap. Kebetulan family aku jalan-jalan kat situ gak. hehe..pastu beli tauhu bakar, belacan, fringe magnet an macam-macam lagi..Besar up town kat melaka ni. Puas gak la ronda-ronda..

beratur gi beli tiket cruise

cantik kan lampu-lampu yg bergemerlapan`

Pagi tu tak dapat nak bekfast kat hotel coz kupon dah hilang. Entah mana lah tercicir. Tapi kalau takde kupon leh kot makan je, kot la derang takde cek kan? Hehee..Kita serapan pe yg ada je lah..Dalam kul12 gitu, kua balik, check out dari hotel and sambung jalan2 ke menara taming sari, muzium, etc...
pemandangan dari atas Menara Taming Sari..
Pas naik menara taming sari, gi Mini Rider lak coz tiket dia sekali pakej. Dia cam ko masuk 2 orang dalam mendalah tu, pilih filem pe yang korang nak, filem 3D lan kan.Then benda tu akan gerak-gerak sekali sama cam dalam filem. Konon nak bagi effect la. Aku pilih cite duk dalam gerabak keretapi. Pastu time gerabak tu menjunam ke bawah, ko pon rasa cam menjunam. Bila habis naik benda ni, masing-masing rasa pening dan nak muntah. Hahaha~

ni muka sebelum naik mendalah tu..hehe

di Muzium Samudera bersama couple masing-masing..
Pastu gi taman mini malaysia. Cantik...kat situ ada rumah-rumah ikut negeri-negeri kat malaysia..semua rumah tradisional dari kayu..pastu ada persembahan tarian. Kitaorang pon ikut menari sekali. hehe..ntah pape je kan..kawan hubby ada amik gambar time kitaorang dengan penari-penari tu, tapi takde plak aku minta gambar tu dari dia. Kalau tak leh tunjuk betapa tebalnye mekap yang derang pakai. Scarry~ 

Taman Mini Malaysia..cantik kan rumah tu?

 Dah petang tu, kawan-kawan hubby terus balik kl, tapi kami ke bukit baru untuk ke rumah abg kandung aku.. Malamnye abg aku bawa gi makan kat apa ntah nama tempat tu. Ingatkan dapat makan ikan bakar, tapi takde. So makan ikan stim je lah. Alhamdulillah...boleh la rasa dia..Dah orang yg banje. ;) Makan 4 org, abes rm60++ gak..Pastu baru gerak balik gi kajang..adoi penatnye..walaupon tak drive..hehe..sok nak kene keje lagi..Pe pon, rasa hepi sangat dapat jalan2.Pertama kali tidohotel sama-sama kan? Dah la terlupa bawa sijil nikah sementara. hehe..bawa yang potostat je. Tapi alhamdulillah, takde rush pon. ;)








4 comments:

  1. aku dah 3kali pergi melaka.last g dengan family in law.memang dekat melaka kau kena beringat.xboleh letak parking sebarangan.aritu aku letak kereta depan hotel..sekali pagi tengok ada surat saman.sejak kena saman memang aku dah selalu beringat.parking xboleh sebarangan.

    ReplyDelete
  2. aku tak ingat la bape kali..tapi tiap kali pegi, dah makin maju..mungkin duit dari saman2 parking tu la dia guna untuk mencantikkan bandaraya melaka..hehe..tp hubby aku tak bayo pon ;p

    ReplyDelete
  3. lagi sesak bandar melaka bila tiba time cuti..memang aku rasa terlalu padatlah time tue.lepas nie kau cuti kemana?

    ReplyDelete
  4. pelangi chenta : nak pegi cameron...tapi tak plan lagi pon bila..haha

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers