Tuesday, October 29, 2013

Daftar Buku Merah

Assalamualaikum..

Ok lah, kali ni nak cite pasal buku merah. Aku taktau la sape yang start bagi nama tu, tapi maybe sebab kaler buku tu merah, so orang panggil la buku merah atau buku pink. Ibu-ibu bila dapat tau dah hamil je boleh segera daftar kat klinik kesihatan dan buka buku merah ni. Kalau dulu, dah cukup 3 bulan baru boleh daftar tapi sekarang takde tempoh masa, walau ko baru pregnant 2 minggu pon dah boleh daftar. Iye lah kan, lagi awal lagi bagus, so doktor boleh cek dan bekalkan vitamin yang sesuai untuk ibu dan baby..

Kita sambung lak dengan cara-cara untuk mendaftar. Almaklumlah takde pengalaman sebelum ni, so sebelum pergi tu aku dah google and survey dulu kat internet camne nak buat buku tu. Ada gak tanya kawan-kawan..Ada yang cakap kena bawa sijil nikah la, takleh bawa kad nikah atau salinan je..bawa salinan ic suami isteri..Eh, macam gitu eh? 

Then, time daftar tu aku pergi la dengan member aku yang tengah pregnant gak. Dua-dua blur lagi..Hahaa..Suami masing-masing kerja, tak dapat la teman. Kitaorang pergi kat klinik kesihatan kajang coz rumah pon kat kajang kan? Takleh nak register kat klinik lain coz ada quota camtu, pastu pas bersalin nanti senang nurse nak datang melawat ke rumah. Datang klinik terus ambil no kat kaunter pintu masuk, bagitau nak buka buku merah coz kat klinik kajang ni dia terbahagi dua bahagian, satu untuk pesakit luar/pesakit biasa dan satu lagi untuk klinik ibu dan anak. Baguslah macam tu, tak bercampur..Nak menunggu pon duduk sebelah ibu-ibu je and tak terlalu lama. Nurse kat situ terus bagi borang dan dua buah buku merah untuk kita isi maklumat. Takde pon dia minta sijil nikah ke apa. Senang je haa..Maybe bergantung pada tempat gak kot. Buku tu ada dua coz satu untuk ibu simpan, satu lagi klinik simpan. Kena isi detail tentang ibu dan suami. Ibu tu ko la, bukan mak ko..Jangan macam member aku ni, nama ibu dia pergi letak nama mak dia..Hahaa..Kena letak nama sendiri. Tarikh nikah, tarikh last period..semua tu kena ingat tau. Then tunggu la sampai no dipanggil..Tima ni aku pergi sesi pagi, ramai gila orang menunggu..Pasni, next check up nak tukar petang la plak.

Klinik Kesihatan Kajang..Besar dah mcm spital ;)

Mula-mula kena ambil berat, tinggi, tekanan darah...Pastu tunggu lagi..Kena ambil darah lak coz nak tau kalau kita mengidap pape penyakit. Aku suka nurse yang ambil darah ni coz dia pandai buat dan takde rasa sakit. Kadang-kadang kalau nak ambil darah tempat lain, nurse suka cakap urat aku halus la, tak jumpa la, sampai la kena tepuk-tepuk, inject 2 kali..huhu...Pastu urine test lak..Jumpa doctor dan scan..Tak nampak apa sangat pon. Nampak seketul objek bulat je. Doc kata tu kantung baby, baby nye kecik je lagi macam dot gitu. Lagipun time aku register buku merah ni, kandungan baru je berusia 6 minggu..Sebulan lebih camtu. Terharu tengok ada zuriat aku dan hubby dalam tu..Sobss..sobss..Touching cket..Hehe..Tapi scan kat klinik kerajaan takde la dia bagi copy gambar dah print, so aku snap je guna enpon and tunjuk kat hubby..Hehe..Dah siap semua tu, ambil vitamin kat farmasi dan boleh pulang. Pergi awal pagi dalam kul8, dalam kul1 tengahari camtu baru siap..Taubat pasni aku nak wat petang je..Nasib baik la bawa bekal sandwich and air..lapooo oh menunggu lama.


Next check up lagi sebulan..Untuk 6 bulan awal ni, kalau takde pape masalah, check up perlu dibuat sebulan sekali je..Alhamdulillah, tiada sebarang bayaran dikenakan walaupon untuk registration yang dulu kita kena bayar singgit tu. Dah dimansuhkan ke bayaran tu? Atau pon ada pengecualian?







11 comments:

  1. tahniah! jaga kandungan baik2.. insyaAllah moga ibu n baby di permudahkan dlm segala urusan

    ReplyDelete
  2. Ibu mengndung mmg d kecualikn byr rm1.freeeeee.....je.
    tahniah.jg kndungn elok2

    ReplyDelete
  3. nk tnya..bg ibu yg mngndung ank luar nikah..bgaimna dia hndk mmbuat bku merah trsbut..adakah dia akn d kne kan byrn yg tnggi untk mndptkn bku merah itu,apabila dia mndftr d klinik ibu dan ank ataupun klinik krajaan yg lain..

    ReplyDelete
  4. Anonymous : time nak daftar, nurse akan tanya tarikh nikah atau minta kita tunjuk salinan sijil nikah..kalau untuk anak luar nikah, of course takde dokumen tu..yang tu saya tak pasti, elok pergi ke klinik kesihatan berhampiran dan tanya pada nurse yang bertugas untuk lebih kepastian..bayaran tinggi rasanya tidak coz kalau pekerja asing yg sah pon dikenakan bayaran biasa je (lebih kurang rm15-20 setiap kali check up)

    ReplyDelete
  5. buka buku merah tu hari apa je boleh? Ke hari2 boleh utk buka buku or check pregnancy?

    ReplyDelete
  6. Salam sis.... Nak tanya... Nak buka buku merah tu bebila hari pun boleh ke? Ke dia ada hari yg boleh je? Tq

    ReplyDelete
  7. loveable daisy : yup..hari apa-apa pon boleh, tapi pastikan datang awal pagi.

    ReplyDelete
  8. hai kakak.gugle2 jmpe ini pulak.skali blog kakak sndiri daah.haha

    ReplyDelete
  9. Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers