Friday, December 6, 2013

Tips Minum Air Gula







 Assalamualaikum...

Sejak kandungan menginjak ke 5 bulan, selera makan aku bertambah-tambah..kejap kejap lapar..kejap kejap lapar..tak dapat makan berat-berat pon, dapat kunyah-kunyah jadi lah..Kat umah sentiasa kena sediakan kudapan macam roti ke, biskut ke..tu pon kadang2 sekali hadap je dah habis..huhu...

Tambahan pula sekarang cuti sekolah kan. Maka tiap-tiap minggu tak putus-putus la dapat jemputan kenduri kahwin..Kadang-kadang dalam sehari tu sampai 3-4 tempat kena pegi..Dan tiap rumah yang aku pergi tu, mestilah kena makan nasi. Nasi baryani lagi tau..Sedap sangat, aku suka..Walaupon siang nya dah makan banyak, malamnya still boleh melantak yang berat-berat lagi macam sate, chicken chop..huhu..so bila next appointment...jeng jeng jeng...dalam 2 mgu berat dah naik dekat 4kg weiii...patutnya time tu datang check up sebab HB rendah, tapi sekali dapat detect berat terlebih naik, abeslaaa...

Berat sepatutnya bagi wanita hamil, bulan pertama hingga ke kelima, boleh naik 0.5kg je sebulan..berat selepas tu boleh naik 2kg je sebulan, atau 0.5kg seminggu..tapi berat aku tu dah macam berbulan-bulan punya..sebelum pregnant, 48kg je skrang dah 55kg..dekat nak bersalin nanti taktau la berapa plak. huhu..

Oleh kerana berat badan dah ternaik lebih dari yang sepatutnya, maka doktor suh set another appointment untuk minum air gula..Perkara yang paling aku dan ibu-ibu mengandung paling tak suke..Aku tak pernah kena pon sebelum ni. Ingat nak tipu-tipu gak la time bagitau berat tu kan, tapi risau lak..Kang jadi pape, padan muka aku. So relakan je lahhhh~

Alhamdulillah, tadi aku berjaya minum air gula dengan jayanya tanpa muntah. Hehe..Meh, aku share tips:

1. Kena start puasa dari pukul10 malam..
- Jangan makan or minum pape pastu. Tapi kalau dah haus sangat minum la seteguk dua air masak untuk basahkan tekak. Sebelum kul 10 tu aku dah makan nasi, makan kurma dan minum air masak banyak-banyak untuk tenaga keesokan hari nya.

2. Sampai klinik awal (sebelum kul8)
- Selalunya kaunter ambil no. giliran tu buka 30minit awal dari waktu temujanji, so 7.30pagi dah bleh amik no.giliran. Tapi ko kena sampai awal means 7.20 ke..So tak perlu la ko nak beratur panjang and tunggu lama..Nurse akan ambil darah then baru minum air gula.

mak oii...panjang dah.

Nurse akan bagi 2 tube untuk ambil darah sebelum dan selepas minum air gula
 
3. Minum laju-laju dan sementara air masih hangat
- Lagi satu untungnya kalau datang awal, nurse baru bancuh air gula tu. So ko kena minum time air tu masih suam. Sape yang datang lambat sikit, air dah sejuk dan gula pon jadi likat, lagi la loya ko nak minum. Dah la perut tengah kosong time tu kan. Minum laju-laju. Jangan stop sampai air dalam gelas habis. Jangan minum sikit-sikit. Jangan fikir apa pon time tu, fikir nak habiskan cepat-cepat je. Jangan lupa selawat dan baca bismillah sebelum minum, kang tersedak plak.

4. Kumur-kumur
- Lepas selamat dah minum air, pergi toilet dan kumur-kumur dengan air paip coz nak hilangkan sisa-sisa yang berbaki dalam mulut kan. Kalau tak, masih terasa-rasa melekat lagi rasa manis tu.

5. Tunggu 2 jam. Jangan plak ko pergi jalan-jalan or balik rumah, tunggu je kat situ. Coz takut kalau ko banyak bergerak, result akan terganggu. Nurse la cakap gitu, taktau la betul ke tak. Lepas 2 jam, nama ko akan dipanggil lagi untuk ambil darah buat kali kedua.

 

Siap! Dah bole balik.

Tapi aku tadi balik lewat cket la sebab HB rendah kan. Kena check up lain plak.





Sementara menunggu tadi, klinik ada wat ceramah untuk penjagaan gigi sepanjang kehamilan. Bosan tak buat apa, pergi jela. Dapat pemeriksaan percuma dan sample ubat gigi percuma..apa yang aku nak tegaskan kat sini, korang tak payah risau sangat kalau kena minum air gula tu..Rasa dia takde la teruk mana pon. Teruk lagi kalau kena minum air garam kot? Jamu ke? ahahaa..Lagi pon tu bancuhan glocose, bukan gula pasir yang biasa tu..So, anggap je la sedap. Boleh lagi la nak telan bagi aku. Leh try sendiri. 75g gula atau glocose bancuh dengan air saiz mug tu. Hehe..Dulu aku pon takut gak, siap plan nak wat appointment kat swasta je coz orang kata air gula dia lagi sedap, ada perisa oren la, blackcurrent la, macam perisa glucose tu la, tapi watpe nak membazir kan..Guna je la yang free ni ha. Hehee..




25 comments:

  1. betul..minum air gula hangat2 baru sedapp tak terasa la manisnya...

    ReplyDelete
  2. 2day is my 1st time..wpun ank no dua...xtahu nk ckp rs mcmn...hihi

    dlm ht dok pk nk minum n xnk muntah je...

    thanks 4 the tips..

    www.hayativitamin.com

    ReplyDelete
  3. Ayu pun masuk 22 week ni dpt apoiment minum air gula masa week 24 nnt. Sadis rasnya dok fikir. Sbb naik 1.4kg dlm 2 weeks pun kena dah. Apekan daya..

    ReplyDelete
  4. Esk sye pn nk kne minum air gule ni..cmnela rasenye kn..sabo jela..kn best kalo rase die cm strawberi ke..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat kat klinik swasta dapat la minum air yg berperisa punya..hehe

      Delete
  5. kalau kat klinik ptjya ni air gulanya perisa ribena..walaupun ada perisa tapi susah gak tekak ni nak telan..dalam susah2 nak telan tu abis gak minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu..tapi still rasa rebina yg sgt manissss kan..hehe

      Delete
  6. Sy pun baru lepas minum air gula. Uwekkk. Hihi

    ReplyDelete
  7. Saye baru lepas minum ni...usia kandungan 4bulan.. air gula perisa oren.. adoiii pasrah... mak abah x ade kencing manis or darah tinggi cume berat saye naik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kadang2 selera kita, hormon kita time pregnen ni memang berubah-ubah..tu berat jadi naik

      Delete
  8. emmm saya baru minum tadi pastu muntah ..esok kene minum lagi sekali..adoiyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesian nye..esok terus minum laju-laju tau..tapi ni sy terbayang-bayang air gula tu pon rasa nak muntah dah..hihi

      Delete
  9. Esok sy kena minum air gula..sbb berat naik 2.5kg...padan muka..

    ReplyDelete
  10. Saya baru minum tadi.tapi normal ke lepas minum air gula tu cirit birit? Sy msh cirit birit sampai sekarang. Risau la pla sbb bo cair mcm air dh aku tgk..

    ReplyDelete
  11. Sy pon cirit birit lepas minum air gula..dah 2 hr cirit..huhu

    ReplyDelete
  12. Wife kena minum air gula minggu depan, usia kandungan 9 minggu. Awal betul mungkin sbb Wife buka buku pink masa usia kandungan 5 minggu. So dorang terus set next appointment minum air gula. Wife boleh minum dengan berjaya ke tak tak tahulah, sejak masuk 8 minggu terus alahan muntah-muntah. Doakan Wife saya selamat semasa mengandung dan bersalin.

    ReplyDelete
  13. Wife saya hari ni buat MGTT, kandungan 9 minggu. Dah selesai MGTT, result tak dapat lagi. Hopefully normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..insyaallah ok ;)

      Delete
    2. mcm mana result wife u selepas minum air gula masa kandungan baru 9 minggu?

      Delete
    3. mcm mana result wife u selepas minum air gula masa kandungan baru 9 minggu?

      Delete
  14. ahahaha...

    bab nak tukar cek up kat swasta sbb tak nak mnum air gula tu sama!
    ahaha
    tp cek kkia lg detail org ckp so kita go on jelah

    redha :)



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers