Friday, February 7, 2014

Susu Ibu Hamil




Assalamualaikum...

Kali ni nak bercerita pasal susu untuk ibu hamil..Susu ni penting tau..Untuk tumbesaran janin dalam perut. Selalunya susu ibu hamil ni lengkap dengan acid folic, zat besi semua. Wanita sebenarnya disarankan untuk jadikan minum susu sebagai amalan harian sejak sebelum hamil lagi. Aku ada gak la minum, tapi susu dutch lady full cream..sedapp..lemak berkrim.

So bila kandungan dah nak masuk 3 bulan, tercari-carilah susu yang sesuai untuk ibu mengandung..Mula-mula aku try susu Anmum..Tu kan popular di kalangan ibu mengandung. Aku dah minum  semua perisa termasuk la vanilla, coklat dan mango. Yang mango memang sedap la. Semua pon sedap sebab rasa dia agak manis kan. Tapi still rasa loya tu tak hilang bila kena minum susu panas-panas. Wap dia menusuk-nusuk hidung..Peehh..Kadang2 minum susu sambil tutup hidung je. Huhu..Tapi bila lama-lama, rasa bosan lak dengan susu anmum, aku cari susu lain..


Aku beli dumex mama dengan harapan nak try dulu la..Oh my God, bila baru buka paket dia, dah terbau macam hancing kencing tikus menusuk hidung. Tak tau la aku yang over atau memang bau gitu..Tapi aku bancuh gak dengan air panas, dengan harapan bau tu akan hilang la, mungkin tu permainan minda je..Bila try telan, Allah rasa dia takleh tahan..dengan bau yang makin kuat. Terus aku buang sepeket tu semua. Tak tahan beb..huhu..Terasa bersalah coz dah membazir.


Then aku cari alternatif lain, aku buka website susu semua, dan request sample..So, macam-macam sample free aku dapat. Bukan sample je, termasuk la gift sekali yang diaorang bagi..best..best..Aku ada register dengan Friso, Enfa Mama, Anmum, Dumex dan macam-macam lagi..Bagi aku selain Anmum, Friso pon sedap gak. Rasa dia lebih kurang je..Tapi disebabkan kemalasan nak bancuh susu setiap hari dan penat nak tahun bau wap susu tu, maka aku setia je dengan susu Dutch Lady..heheee..Satu kotak besar tu aku boleh habiskan dalam 3 hari..Kalau cepat sikit dalam 2 hari lah. Senang kerja aku. Masuk je peti ais, bila nak minum, tuang je dalam gelas. Susu ni takleh simpan lama bila dah buka, tu yang kena habiskan dalam 3 hari gak..


Bagi ibu-ibu hamil yang takleh minum susu, boleh try macam aku, minum je susu kotak. Walaupon agak costly, tapi brbaloi la gak. Aku selalu beli time ada promo coz kalau beli normal price mahal kan. Sekotak mau RM5.60..Kalau time promo kat Giant ke, Econ Save ke boleh la dapat dengan harga RM3.99 ke, RM4.30 ke, yang penting tak sampai RM5 lah sekotak. Then aku beli bundle terus untuk buat stok..hehe..Oh, lagi satu kalau nak minum susu tu seeloknya yang vanilla la coz kalau coklat, doktor tak suggest sangat coz banyak gula dan perasa je, tapi kalsium dia rendah..Pastu boleh wat HB rendah..Kalau minum susu Dutch Lady ni, better ambil yang Low Fat la sebab kalsium dia tinggi..Kalau yang full cream tu berlemak dan boleh tambah berat. Sejak berat aku tambah mendadak hari tu, aku terus tukar ke Low Fat..Mula-mula macam tak bape best la, tapi lama-lama dah boleh adapt, sedap je aku rasa. Hehe..Hubby suka gak, tapi dia minum yang perisa coklat je.


Kalau nak travel macam balik kampung or outstation ke, aku beli pek yang kecik2 tu..Senang kan. Nak minum terus ambil je dan habiskan, tak payah simpan. Alhamdulillah, sepanjang aku amalkan minum susu dutch lady ni, takde la rasa sakit gigi ke, sakit belakang yang teruk ke, means jumlah kalsium aku ambil mencukupi la kot..hehe..boleh plak kot kot kan..Jangan risau kalau susu tu takde vitamin tambahan coz ubat yang klinik bagi kan ada. Tu pon dah mencukupi asalkan ko tak skip-skip makan ubat tu. Alhamdulillah, syukur Allah permudahkan perjalanan kehamilan aku. Semoga time bersalin nanti pon dipermudahkan gak. Amin...








 

3 comments:

  1. Wah tq tq...kite pon dok tru minum ducth lady....ingat nak minum hi goat tapi takut panas pulakkk...

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers