Assalamualaikum..
Sempena cuti Chinese New Year yang lepas, aku dan hubby takde balik kampung pon coz hubby kena kerja hari Ahad tu..Tapi takpela coz extra lagi 2 hari tu dia cuti..Yeyy..Leh la berjimba-jimba. Hari Jumaat tu kitaorang banyak menghabiskan masakat umah je..Hari Sabtu baru keluar berjalan-jalan..Paginya pergi bershopping groceries..petangnya gerak ke Pantai Bagan Lalang..
Mungkin sebab cuti umum dan ramai gak yang tak balik kampung, so sepanjang jalan nak ke Bagan Lalang tu jem la plak..Uhuhu..Aku yang duduk sebelah driver pon dah rasa kebas punggung. Hubby relax je, takpelah. Selepas lebih kurang 1 jam lebih perjalanan, sampai la kami ke tempat yang dituju. Ada kawan hubby dah sampai awal sikit dari kitaorang, dia dah book tempat untuk makan-makan nanti..Kalau berjalan ke laut atau pantai, tak syok la kalau tak pekena seafood ye dak? Tempat yang dipilih adalah Sea View Restaurant, dekat je dengan pantai..Plan nak asal nak makan tempat lain, tapi tempat tu dah penuh, nak booking pon dekat kul10 mlm baru ada..huhuu..Tempat tu famous kot tapi lupa la apa nama dia.
Sementara tunggu makanan siap, aku ngan hubby berjalan-jalan la tepi pantai..Memang ramai la pengunjung hari ni..Meriah! Dengan yang main layang-layang lagi, ber BBQ lagi, bercamping lagi..Tapi air dia macam tak berapa bersih la kalau nak mandi. Biasalah pantai, berpasir je kan..Lain la air terjun, jernih je air..
Pas maghrib baru la makanan dihidang. Punya lama tunggu sebab orang ramai kan. Air yang di order pon dekat nak habis. Ok la dia charge. Dalam RM170 je untuk 6org makan..Ada ikan siakap 3 rasa, ikan stim halia, kerang rebus, sayur kailan, jus oren, sotong goreng tepung..Nyam2..Baliknya sempat lagi aku beli Durian Crepe kat situ harga RM10, tp saiz besarrr gila..Aku redha je la kalau rasa dia tak sedap pon. Tapi bila rasa ummmppp..melekat! Memang sedap la, puas ngan saiz dia gemuk2 gitu. Tapi sayangnya tak sempat lak nak ambik gambar. Hehee..
Dugong terdampar di tepi pantai..;p |
hahaha dugong kaler ijau ;)
ReplyDelete