Wednesday, August 27, 2014

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum..

Meh, kali ni nak share pasal pengalaman berpantang..Biasalah kan, anak sulung ni excited terlebih sikit..Semua pun macam benda baru dan pengalaman baru..hihii..

Hari ketiga selepas melahirkan Hanan, kami bertolak balik ke kampong di Johor. Sebelum bertolak tu, aku dah siap-siap pakai bengkung dari rumah. Dalam kereta aku duduk kat seat belakang, duduk atas nursing pillow..Ada guna gak beli nursing pillow ni kan? Huhu..Tak berani nak duduk atas seat kereta coz perjalanan jauh kot, kang tergoyang sana, tergoyang sini, mau koyak balik luka jahitan aku nanti. Mama pun duduk belakang sambil pegang baby Hanan.

BERURUT

Sampai Johor, tidaklah terus menuju ke rumah family aku, tapi kitaorang terus menuju ke rumah tukang urut kat Parit Raja yang aku dah booking siap-siap sebelum bersalin. Nama tukang urut ni kak ita dan muda lagi umo baru 40++. Kak ita bukan sahaja pandai mengurut, tapi dia pun ada sijil gak tau.. Kira tukang urut bertauliah gak la. Hehee..Kat tempat ni siap disediakan sekali homestay untuk mereka yang duduk jauh dari Parit Raja. Kalau rumah area situ je, kak ita akan datang rumah untuk mengurut.

Pakej mengurut kak ita lengkap..Sebelum mengurut, dia akan sediakan air daun dan akar kayu untuk kita mandi. Wangi je bau air tu..Memang sungguh menyegarkan. Then dia akan tolong cuci luka kita dan sapu ubat. Then baru lah mengurut seluruh badan. Memang selesa dan ringan rasa badan lepas berurut. Urut tu ada lah dalam sejam. Then kak ita akan sapukan param ke seluruh badan, pakaikan tapel dan bengkung serta pilis di kepala. Rambut akan disanggul tinggi siap-siap. Baby pun kak ita yang akan mandikan.

Aku amik pakej 3 hari 2 malam..Sesi berurut akan diadakan sekali setiap hari, mandi air daun sekali pagi dan sekali petang dan mandikan baby pun sekali pagi dan sekali petang. Caj mengurut ni RM50 sekali urut dan caj homestay RM50 semalam. So total kena bayar ialah RM250..Cukup murah dan berbaloi dengan servis yang diberikan. Seriously, aku ni bukan lah jenis yang suka berurut badan coz aku akan rasa geli bila orang pegang-pegang badan aku, tapi dengan kak ita ok je sebab sangat selesa. Sekali ko berurut dengan dia, mesti rasa nak ulang lagi sebab style dia urut macam standard kat spa tu la..Kalau urut pun dia tak pakai minyak yang busuk tu, tapi pakai minyak aromaterapi..Mana la tak rasa macam nak tertidur je time diurut kan..Hehee..Selesai berurut, baru lah aku balik ke rumah family aku di Rengit..

Hubby ambil cuti seminggu untuk jaga aku sepanjang berpantang. Mak pun ambil cuti seminggu. Pastu derang akan kembali bekerja seperti biasa, pandai-pandailah aku nak uruskan diri dan baby.

MANDIAN

Seminggu pertama badan memang tak kuat lagi, banyak bergantung kepada hubby dan mak untuk buat itu ini..Nak pakai bengkung, ikat rambut, pakai stoking semua hubby buatkan..Terasa dilayan macam tuan puteri lak. Hehee..Time berpantang aku guna Set Bersalin Tanamera, memang puas hati lah guna produk ni. Nanti lain entry aku buat review pasal produk ni. Setiap pagi dan petang mak akan sediakan air rebusan herba tanamera untuk aku mandi. Orang berpantang ni takleh sejuk-sejuk, so setiap hari pun mandi air suam-suam kuku..Klasss kau..Bila herba mandian tu dah habis, mak sediakan sendiri air rebusan daun tu. Untunglah duduk kat kampong kan, senang nak dapat tumbuhan-tumbuhan tu..

PEMAKANAN

Pemakanan time berpantang juga perlu dijaga. Jangan makan sebarangan je coz badan nak pakai lama, time berpantang biar jaga betul-betul. Time sebelum bersalin aku dah siap-siap beli ubat lawas kot la nanti pas persalin terkena sembelit ke apa kan, tapi Alhamdulillah, semua system perkumuhan aku berjalan lancer..hehe..yang penting kena banyakkan minum air suam dan makan buah-buahan seperti oren dan betik. Oren ni kaya dengan vitamin c dan boleh membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Alhamdulillah gak sepanjang mengandung aku suka makan buah oren, tiap hari lah makan, so bila baby lahir, langsung tak kena kuning.

Menu harian hanya boleh dimasak secara kukus panggang grill..kukus panggang grill..hehe..jangan mimpi la nak makan yang pedas-pedas ke, bergoreng ke, or berempah. Ikan bakar, ikan stim, or sayur rebus..itu lah menu harian. Tapi sedap je aku rasa even lauk simple-simple pun, kadang-kadang sampai bertambah aku makan dan kuantiti yang aku makan adalah 3kali ganda dari biasa. Maybe sebab breastfeed kan baby, so mudah rasa lapar dan haus..huhuu..

PENJAGAAN LUKA

Sebenarnya ini lah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Bila luka ni dah baik, nak buat kerja lain pun senang. Kelahiran anak pertama selalunya memang tak dapat nak elak lah dari kena episiotomy dan jahit. Kalau anak kedua dan seterusnya maybe boleh lagi. Bila luka dirawat dan dijaga dengan betul, insyaallah dalam seminggu dah sembuh dah, 2 minggu dah boleh berlari..Aiceh~ hehe..

Sepanjang berpantang, seeloknya gunalah tandas duduk. Kalau takde tandas duduk, korang boleh guna kerusi untuk orang sakit atau tandas OKU macam kat bawah ni. Aku guna yang ni lah coz tandas kat kampong semua tandas cangkung. Tak berani lah nak mencangkung awal-awal ni kan..Daripada berdiri, baik guna benda alah ni..memang sangat-sangat membantu. Kalau beli pun harga baru RM50++. Selalunya ada jual kat farmasi.


Firstly, tukar pad korang setiap kali ke toilet. Boleh juga pakai pad berherba atau panty liner berherba tu letak kat pad untuk rasa dingin dan selesa..hahaa..Jangan pakai sekeping pad yang sama untuk masa yang lama sebab tu bukan saja menggalakkan pembiakan bacteria tapi juga menjadikan luka sentiasa lembap dan lambat sembuh. Jangan beli pad yang bertali tu macam yang hospital bagi tu, maternity loop pad coz ia menyakitkan..Beli je pad jenama macam pureen ke yang lekat cam biasa coz ia lebih lembut dan selesa.

Korang juga boleh gunakan dettol or cecair antiseptic untuk bersihkan luka tu or tiap kali nak beristinjak. Bancuh dettol dengan air paip dan isi ke dalam botol penyembur. Guna tiap kali ke toilet.

Then, lepas je keluar toilet or mandi, guna hair dryer untuk mengeringkan tempat luka..Pandai-pandai la korang adjust camne nak guna hair dryer tu. Penggunaan hair dryer untuk mengeringkan tempat luka adalah lebih selamat berbanding korang lap-lap dengan tisu or kain, kot tercarik benang jahitan, wat naye je kan..haaa..pe lagi? Pergi cari balik hair dryer yang orang hadiahkan time kahwin dulu, bukan setakat nak keringkan rambut je, boleh guna untuk lain gak tau..hehe..Lagipun tempat luka akan rasa lebih selesa kalau dalam keadaan kering.

Selepas guna hair dryer, sapukan ubat luka guna facial tissue coz tissue tu lembut dan tak melekat. Tekap-tekap pada luka tu secara perlahan, jangan ganas-ganas okey..Letak banyak-banyak pun takpe coz selalunya hospital bagi ubat luka tu sebotol besar. Ok, siap!

Insyaallah, kalau korang amalkan macam ni, kejap je luka dah baik dan kering.

PEMAKAIAN BENGKUNG, PILIS DAN PARAM

Gigih aku berbengkung 24 jam sehari walaupun agak panas dan nak bergerak pun susah. Takpela, 40 hari je pun kan, bukan nak berjalan ke mana sangat pun. Harap-harap la pasni boleh dapat pinggang saiz 28 balik..Wakaka..Pilis dan param aku sapu setiap hari, tapi bila dah habis, aku stop. Malas lak nak beli lain coz malas dah menyapunya ke seluruh badan lagi..Habis baju dan kain batik aku berdebu je. Hehee..

Stokin pun kena pakai 24 jam ye..Aku siap pakai stoking dan selipar tidur lagi untuk berjalan-jalan dalam rumah. Lagi bagus kalau korang ada stoking bola yang tebal dan panjang tu. Sweater tu aku pakai seminggu pertama je, pastu terasa panas, aku tak pakai dah.

Jamu, ubat periuk, air kunyit dan sebagainya boleh la start dijamah selepas 3 minggu kelahiran. Makan awal-awal takut anak kena kuning pula. Tapi aku amalkan salindah, kaedah homeopathy untuk menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin. Maybe nak try gak jamu walaupun tak pernah aku minum jamu sebelum ni, bau pun dah nak munnn…x_X

Selalunya kalau orang tua yang jaga kita time berpantang, memang strict sikit, contohnya mak aku tak bagi aku duduk dengan kaki terjuntai kebawah..kaki kena sentiasa berlunjur, sebab takut kaki bengkak dan darah tak mengalir lancar..time nak tidur, kena letak bantal tinggi-tinggi, takleh baring flat terus, takut darah putih turun..takleh membaca buku or surat khabar ke yang tulisan dia kecil-kecil untuk elakkan rabun mata dan sakit kepala, dan macam-macam lagi lah dan aku ikut kan je lah..Tapi tu selalunya untuk minggu-minggu pertama je, pastu ok dah..


AKTIVITI TIME BERPANTANG

Selalunya orang berpantang ni kena duduk memerap je dalam rumah kan..takleh nak keluar jalan-jalan..so bosan..selain tengok tv, apa lagi korang boleh buat..shopping!!! sekarang kan dah moden, shopping dengan hanya menggunakan jari..hehe..shopping online la..Banyak kedai baby online yang korang boleh terjah untuk dapatkan barang-barang baby yang murah tetapi menarik, salah satu nya ialah kedai online The Baby Store Malaysia. 

Jom terjah!!!^_^

http://www.thebabystore.com.my




Ok, itu saje kisah berpantang aku..Ada lagi 15hari ni..yeyyy~

17 comments:

  1. Assalam,

    Boleh minta no contact kak ita?
    Saya berminat nak urut ngan dia.

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Nama saya Emma.
    Salam perkenalan.
    Saya berminat nak berurut dgan kak ita.
    Yang homestay tu rm50 sewa bilik ke rumah?
    Boleh share contact number kak ita?
    Msg/whatssapp ke nombor saya boleh?
    0177905373.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. As Salam....1st time tgk kerusi utk org sakit tuh. Tak penah tau pun ada jual kat farmasi. tq for da info...

    ReplyDelete
  4. KOLEKSI BERPANTANG SAYA DULU

    saya suka guna minyak herbanika nona roguy
    bengkung beli yang amway
    mandian herba
    tungku tradsional (balut dengan daun daunan)
    mandian tradisonal (akar inai, daun inai, daun serai wangi)
    PALING PENTING, untuk yang makan ni, saya x makan jamu.
    saya makan SHAKLEE . hehe

    jemput ke blog saya:

    http://kopiahbenangkait.blogspot.com/
    dan
    http://www.bijaksihat.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..berpantang ikut keselesaan masing-masing kan

      Delete
  5. Detail pengalaman berpantang Puan.

    Saya anak ke2 berpantang sendiri je. Mujur sekarang dah byk kemudahan untuk org berpantang. Mandian herba, herba tangas, semua instant.

    Jemput singgah ke blog saya
    www.husnanetwork.com
    dan
    www.dcerdas.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Saya pun sama, berpantang sendiri dengan anak kedua. Saya upah orang datang balik hari ngurut, bertangas, mandi dan urut baby. Saya kongsikan pengalaman berpantang sendiri saya di sini, jemput baca ya.

    www.kedainutrisi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh dipraktikkan bila bersalin anak kedua nanti..hehe

      Delete
  7. Assalamualaikum bole x saya nk dptkn no fon kak ita tu

    ReplyDelete
  8. Salam....
    Bole tak saya tahu no contact kak ita.sy duduk area pt raja. .tgh cari org urut bersalin.tq

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera tuan tanah. thanks for sharing. good info actually. memang dipraktikkan pun oleh isteri. Tapi isteri saya cuba ini hasil dari testimoni yang ramai orang tak tahu.

    ReplyDelete
  10. Salam,..isteri sy mencari org yg leh jaga dia berpantang dari pagi sampai petang je, sbb sy keje ofis hour,blah mlm sy ada...selama 2 minggu..kami di bukit mertajam..boleh bantu? email sy ahmad_aswad@usm.my

    ReplyDelete
  11. Pandai ek. Haha. X leh Gi shopping complex kita shopping click2. Hihi. Nice sharing.

    ReplyDelete
  12. Baca kisah org2 berpantang ni syokkk jer.. Kita pun xlama lg nk berpantang nih. Doakan semua selamAt ..

    Terjah blog saya, jom!  DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers