Wednesday, October 15, 2014

Water Filter Pilihan - Hexagon by Cosway


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur..
Akhirnya tercapai hasrat nak memiliki penapis air sendiri..eh, macam pelik lak sebut penapis air..ok lah, water filter.

Penat rasa nak mengusung botol-botol air naik ke rumah. Dah la berat. Tiap minggu nak beli air mineral kopak juga. Aku tak minum sangat air kat rumah sebab rasa payau semacam dan aku tak yakin dengan kebersihannya. Dulu rajin isi air guna mesin yang 20sen seliter tu tapi tak bagus rupanya mesin tu. Sebab dia tak filter betul2 pon, serupa minum air paip je. Dan kalau mesin yang lama-lama tu, takde maintenance. So korang minum la sekali karat-karat dalam tu..Dan boleh terkena virus e-coli lagi..Ada kajian dibuat dari 10 mesin yang derang kaji, hanya satu je yang masih berfungsi untuk menapis air dengan baik..ish ish..terus kitaorang tak beli lagi dah air 20sen seliter tu. Tapi bulan 10 ni usia hanan dah hampir 6 bulan, dah start makan, takkan nak guna air paip kat rumah untuk masak?? So by hook or by crook bulan ni kena gak beli water filter pasang kat rumah..Setelah berbulan-bulan dok mencari maklumat dan survey-survey, akhirnya kami suami isteri sepakat nak beli water filter Hexagon brand Cosway nih. Alasan nya ada lah seperti berikut :

1. Harga mampu milik - Tak payah la habis beriban semata-mata nak beli water filter je. Duit lebih tu boleh buat beli benda lain. Lagi satu, aku tak suka beli secara hutang, bayar ansuran-ansuran tu..Melainkan dah tak mampu sangat beli cash macam harga rumah tu, baru lah bayar ansuran.. Harga dia tak sampai pon RM800 untuk member. Kalau bukan member 1k++ gak..Membership fee RM30 je, valid untuk setahun.



2. Air dia alkaline yang mana bagus untuk kesihatan antaranya seperti manfaat untuk kecantikan, melancarkan sistem pencernaan, menyihatkan jantung, kesegaran tubuh dan sebagainya..Boleh juga refer kat sini untuk tau kebaikan lain air yang tinggi kandungan alkali nya. Kebaikan Alkali Aku pernah survey water filter yang guna teknologi RO atau Reverse Osmosis. Ada pros and cons nya, so aku batalkan niat untuk mencari water filter jenis tu. Air RO elok kerana bersih (ye lah, sebab dah filter kan) tapi ada debat mengatakan air RO tak mengandungi sebarang kebaikan mineral. Lagipun water filter jenis ni kebanyakan nya mahal..1k -2k dan ada yang lebih mahal dari tu..tapi tak semestinya la tak bagus. Kalau korang berminat dan mampu, boleh je beli. Air kat ofis aku pon guna brand Elken yang berteknologi RO, hari-hari aku minum alhamdulillah sihat je..hehe..

3. Kos maintenance yang mampu milik - Water filter ni guna tiga filter je. dua filter perlu ditukar 2 tahun sekali dan satu filter setahun sekali atau bila kita test guna cecair yang derang bagi, result tak menunjukkan perubahan, tu maksudnya dah sampai masa untuk tukar water filter. Satu filter tu harga dalam 100++ je. Boleh pasang sendiri dan senang dikendalikan. Tak perlu nak panggil orang datang service, nanti kena service charge lagi, macam sesetengah brand water filter. 


4. Saiz yang compact - Muat la nak letak dapur atau dekat dengan singki, kalau saiz dapur korang comel je macam aku punya memang sesuai la. 


Gambar semua dari Google. Hehe..

Tapi fungsi dia hanya filter air je lah, takde fungsi air panas. Terus boleh minum tak perlu masak. Kalau masak, kurang la kandungan alkali dalam air tu, dah macam air mati, kosong takde mineral. Tapi kalau perlu air panas, aku masak gak. Water filter ni takde fungsi air panas. Memang taknak pon coz takut nanti melambung lak bil air aku, dah jadi cite lain lak..hehe..hubby pon tak bape gemar minum air panas.

6 comments:

  1. Water filter setkt yg akak survey rasanya la mcm alken dgn coway yg bagus. Tp tu lah dua dua rege kemain lagi.haha xmamfu lagi ler. Both mmg boleh ansuran la tp better coway sbb direct debit,alken rsnya guna cc,ansuran dgn cc la.lagi bahaya tu. Akk skrg guna delcol je.haha dahlama guna delcol tp boleh perasan la berapa tertapis sgt...hmmm tunggu masa lah ni nk survey yg lain lak.

    ReplyDelete
  2. Cosway barang memang good! Hexagon Water Filtration System 2 is like having a “miracle water” spring in your own home, pouring straight from your tap! You may also check review article for Hexagon Water Filtration System 2 from a blogger at:
    http://kidbuxblog.com/hexagon-water-filtration-system-2/

    ReplyDelete
  3. Saya tgh Cari penapis air halal...mmg tertarik ngn cosway
    ..cuma Xtau halal @tak katridge dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi saya di 014-3389788 untuk water purifier beralkali dari cuckoo international untuk penerangan percuma

      Delete
    2. Puan boleh hubungi saya Azhar di 012-9008086 untuk penapis air jenama Coway. Ramai yang telah guna dan berpuashati dengannya dari segi after sales service dan sebagainya.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Saya fitri dari cuckoo international, maaf tumpang buat pengiklanan sikit. Produk water purifier dari syarikat kami menapis air ke air bralkali dan mendapat pengiktirafan dari WHO, serta halal untuk diminum. Kami juga menyediakan skim sewa beli dengan pembayaran mudah serendah rm68 sebulan. Boleh hubungi saya di 014-3389788 untuk penerangan produk secara percuma

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers