Wednesday, January 14, 2015

Majlis Doa Selamat Wisma Microcorp





Assalamualaikum...

Pada 24 Disember 2014 yang lepas telah berlangsung majlis bacaan yassin dan doa selamat di ofis tempat aku bekerja. Majlis ni diadakan sempena hujung tahun yang bakal berlabuh dan sekali dengan solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia..

mug ikea..kerja aku la nak tulis nama-nama staf kat semua mug ni..hihik.;p


 

coklat custom made

Beberapa hari sebelum tu, ajk-ajk terlibat termasuk aku dah bertungkus lumus menyediakan tempat dan keperluan untuk majlis tersebut. 

Attendance

 

Majlis dimulai dengan bacaan yassin sebelum menjelang maghrib. Ustaz jemputan kami ialah Ustaz Zainuddin Abu Bakar. 

 


 


Then, solat maghrib berjemaah. Selesai solat maghrib, ustaz menyampaikan kuliah maghrib yang bertajuk "Tanggungjawab Mencari Rezeki yang Barakah" Alhamdulillah banyak input yang deprolehi..Ustaz ni santai je menyampaikan kuliah, diselitkan gurauan tapi penuh dengan input. Siapa yang terkena memang terasa la. Dia bagi contoh paling simple..Umpama la orang yang merokok kan, dalam sehari berapa kali dia take 5? Darab dengan seminggu dia bekerja? Sebulan? Setahun? Mungkin waktu tu tak la dikira haram dalam gaji yang kita dapat tiap bulan, tapi umpama tahi hidung dalam rezeki kita seharian. Kalau ko tengah makan nasi, dan tepi-tepi tu ada tahi hidung..nak ke makan??Euww...maaf lah kotor sikit. Tapi contohnye camtu la. Kalau asyik mengular time kerja, gaji yang kita dapat tiap bulan tu bercampur sekali dengan rezeki-rezeki yang kurang bersih..huhu..nauzubillah..



Then solat isyak berjemaah diikuti solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir..Last sekali baru jamuan. Menu adalah makanan lauk kampung. Sedapnye, alhamdulillah. Makan panas-panas lak kan, dengan ulam-ulaman, ikan masin dan gulai kawah..Ada gak brownies untuk cuci mulut. 

 


 

 
Bila masing-masing dah makan, time ni ajk bawa keluar kek untuk bos kitaorang. Actually besday dia 27 Disember nanti, tapi hari sabtu. So dah alang-alang kan, kita celebrate advance besday je lah. Suka gak bos aku dapat kek. Tapi pas potong kek untuk bos, masing-masing la dok kerumun nak kek tu..ingatkan dah kenyang..hihii..alhamdulillah, syukur majlis berjalan dengan jaya nya. ;)













4 comments:

  1. Alhamdulillah semoga acara ni kerap di adakan. Barakah itu penting kan. Aamiin

    **mug utk shareholder xde ker tanya bos ;)**

    ReplyDelete
  2. kenduri tu kira sambutan besday untuk boss jugak lah yer... bestnya ada sambutan besday macam tu... kelasssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira sekalikan je la..walaupun pada asalnya takde dalam plan..hehe

      Delete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers